Skip to main content

Isu Disiplin Dr Hassan Ali & Khalid Samad Diketahui Hari Ini



PETALING JAYA: Nasib Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat berhubung tuduhan terhadap mereka akan diketahui hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sebarang keputusan mengenai siasatan terhadap kedua-dua pemimpin berkenaan akan diputuskan dalam satu mesyuarat khas jawatankuasa itu.

"Esok adalah hari penentunya...hari penghakiman buat mereka.

"Kita akan bermesyuarat esok bagi membuat pertimbangan terakhir mengenai tuduhan terhadap pemimpin-pemimpin berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini semalam.

Menurut Tuan Ibrahimm, jawatankuasanya akan bermesyuarat di Ibu Pejabat PAS Pusat pagi esok dan dijadual akan berkahir sebelum solat Jumaat.

"Buat masa ini saya tak boleh beri banyak komen, tunggu esok... sebelum (solat) Jumaat insyaAllah mesyuarat kita akan berakhir," katanya.

Pada penghujung Disember lalu, Hassan dan Khalid dipanggil oleh jawatankuasa disiplin bagi memberikan keterangan berhubung beberapa perkara berkaitan siasatan terhadap mereka.

Seterusnya pada 7 dan 9 Januari lalu, kedua-dua mereka dipanggil sekali lagi bagi menyelesaikan siasatan berhubung tuduhan terhadap mereka.

Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, pihaknya sudah menerima semua dokumen tambahan yang diperlukan bagi melengkap siasatan pihaknya.

"Awal bulan lalu kita sudah dapatkan keterangan dan kita minta mereka serahkan dokumen tambahan... dokumen itu pun kita sudah terima.

"Semua maklumat sudah lengkap dan esok kita akan menilai semuanya secara terpeinci dan mendalam sebelum membuat keputusan akhir," katanya.

Comments

  1. Seperti yg diramalkan,kptsn j/k disiplin PAS ditangguhkan ke 29 Jan.( http://www.malaysiakini.com/news/122582 )


    hehe....

    ReplyDelete
  2. cepat la bro...cepatkanlah projek langgar hadi tu....

    DENGAN INI AKU ISYTIHARKAN BAHAWA PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN PAS ADALAH SAMA SPESIES SEJENIS SPRM, PDRM DAN HAKIM GULA2 HACKS YG MAMPOS BARU2 NI.....

    Justice delayed, justice denied....

    wala' cipan lu laaaa....

    http://corongkita.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Lu baca tak ni?
    tangguh sbb apa?
    jgn main taram je, sorok2la sket bodoH tu huhuhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.