1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jan 4, 2010

Ia Satu Penghinaan – Dato’ Ustaz Harun Taib


http://buletinonline.net/images/stories/berita18/uht.jpg
 
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib menegaskan bahawa PAS sama sekali tidak akan bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan di gereja katolik.

Menurutnya, penggunaan Allah dalam penerbitan Herald The Catholic Weekly dilihat sebagai satu penghinaan terhadap agama dan juga umat Islam.


Lebih jelas katanya, keadaan itu dilihat boleh mengundang kekeliruan orang Islam di seluruh negara dan dikhuatiri penggunaan kalimah agung itu tidak mengikut maksud sebenar sebagaimana dalam Islam.

“Saya tidak bersetuju kerana ia boleh mengelirukan umat Islam, tidak semua mereka guna mengikut maksud sebenar perkataan itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Pada masa sama katanya, kepercayaan orang Islam dan bukan Islam juga berbeza apabila Islam meyakini Allah bersifat Esa yang jelas bercanggah dengan kepercayaan agama lain.

Ustaz Harun yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat berkata, penggunaan kalimah itu memberi kesan amat besar kepada umat Islam yang boleh mengguris perasaan mereka.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan mingguan Herald The Catholic Weekly, menyebabkan ia telah mencetus bantahan banyak pihak dalam kalangan masyarakat Islam. - Buletin Online

4 komentar:

Anonymous said...

aku masih berteka teki..apa tujuan AT post entri ni..
Haron Taib, tp takde unsur2 sindiran pun.
musykil musykil.....

~KOPI JANDA

Taliban said...

word Terengganu tu.hehe

Sinar Harian ni pun,apahal tak singgah Rusila.kesian org tua tu tak dikunjungi.

CgLyn said...

Kenyataan terbaru Presiden Pas ke?

Anonymous said...

Orang2 ISLAM THAILAND dah jatuh hukum bunuh kat AT ni...Dia tunggu masa jer dia org jumpa dia...so kita tak payah cakap atau buat apa2 kat dia..depa duk cari dia la ni.