Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Jan 6, 2010

Hasan Ali muncul sanggah Presiden?


Sumber asal : Penarik Beca
 
Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dengan lantang menegaskan, penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam.

Sebelum itu, dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS, Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan, "PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".

Dr Hassan membuat penegasan itu berdasarkan enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Tok Guru Presiden bercakap berdasarkan "kaedah Islam". Dr Hassan pula memberi amaran berdasarkan "enakmen dan fatwa".

Menurut Tok Guru Presiden, al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Justify Full
Untuk rekod, Dr Hassan juga menghadiri juga menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS yang berakhir dengan kenyataan Tok Guru Presiden itu. Tidak diketahui adakah beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertegaskan pendiriannya. Mungkin beliau berbuat demikian. Maklumlah, beliau ada hujah berasaskan "enakmen dan fatwa".

Saya rasa, perasaan Dr Hassan selepas mesyuarat itu boleh dibaca dalam posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Pendirian PAS macam rokok Marlboro Light: Berangin tetapi tidak menyengat".

Semalam, apabila kebetulan entah macam mana dapat bercakap dengannya, saya beritahu Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad bahawa saya tak sokong pendirian sikap Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad yang lurus bendul macam jawab soalan matematik dan bersikap terlalu naif konon kita tak tahu apa niat orang kerana itu dalam hati mereka dan kita tak nampak sedangkan ada ayat al-Quran yang mengingatkan kita semua supaya berwaspada "وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ".

Saya juga tak setuju dengan sikap Timbalan Presiden yang saya rasa seperti jurucakap Umno yang membawa kad keahlian PAS. Lihat laporan Mingguan Malaysia 31/12/09 "Islam perlu bersatu". Saya juga tak setuju sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Senang-senang nak kafirkan orang (lihat Lihat berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din").

Untuk makluman, PAS sudah berpuluh tahun tidak kedengaran mengkafirkan orang kerana tokoh-tokoh utama mengkafirkan orang seperti Mohd Noor Idris dan lain-lain semua dah pakat-pakat masuk Umno.

Saya mohon Idris supaya mengambil jalan tengah di antara pendirian Khalid dan sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Dan saya rasa kenyataan Tok Guru Presiden amat seimbang.

Tak payah nak jerkah sampai pecah rengkung. Tak payah nak pedas (teringat pula cerita seorang OKT yang satu lokap dengan saya dulu yang mendakwa antara cara siksaan polis ialah memasukkan carrot yang dilumur cili yang pedas gilerr ke dalam dubur orang yang disiksa).

Orang yang ada akal dan tak bangang boleh memahami kenyataan berikut dari PAS:
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Ha, sekarang saya nak tanya. Tok Guru Presiden mengingatkan supaya jangan main "politik murahan".

Siapa yang nampak sangat main "politik murahan" sekarang?

Dan yang lebih penting untuk ditanyakan ialah kenyataan mana yang ikut Quran? Kenyataan Tok Guru Presiden atau kenyataan Dr Hassan yang nampak macam menjerkah-jerkah kenyataan Presiden PAS.

 

13 comments:

The Highlander said...

Biarkan dia, suka sangat cari publisiti murah.

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA
PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR

Berhubung dengan isu pengguna kalimah ALLAH yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31hb Disember 2009 yang lalu, PAS Selangor bersetuju dan bersependapat dengan pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am, Y Bhg Timbalan Musyidul Am dan semangat daripada kenyataan yang diutarakan oleh YB Dato’ Seri Presiden.
2. Dalam hubungan ini, seandainya keputusan mahkamah itu dikekalkan, PAS Selangor bimbang akan berlaku penyalahgunaan kalimat tersebut. Penggunaan kalimat itu akan akan memberi tamparan kepada penganut agama Islam khasnya kerana kalimat ALLAH tersebut mempunyai erti yang sangat istimewa serta implikasi tersendiri bagi penganut agama Islam.
3. PAS Selangor berpendapat, suasana yang ada di Selangor tidak mengizinkan sama sekali penggunaan kalimat tersebut selain daripada yang merujuk kepada agama Islam. Ditambah pula dengan adanya enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa untuk tidak mengizinkan kalimat itu digunakan dengan sewenang-wenangnya. Jika sekiranya perkataan ALLAH ini dibenarkan, maka ianya akan mengundang penyalah tafsiran kalimat ALLAH tersebut khususnya dikalangan golongan bukan ahli agama termasuk orang awam.
4 PAS Selangor memberi amaran kepada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan daripada keadaan ini supaya berhenti dengan serta merta mengeksplotasi isu ini. Mereka yang akhir-akhir ini kelihatan begitu ghairah melaungkan bantahan terhadap keputusan mahkamah itu, sedangkan mereka tidak mempunyai kredibiliti dan tindakan mereka boleh diragukan. PAS Selangor mengesyaki wujudnya perancangan jahat pihak-pihak ini dengan cuba menangguk di air keruh.
5. PAS Selangor ingin menyeru semua pimpinan parti di setiap peringkat termasuk ahli dan penyokong supaya tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jamaah. Mereka diminta untuk sering merujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil.
6. Akhirnya marilah kita berdoa supaya apa juga tindakan yang merugikan Islam dan masyarakat Islam tidak akan mendapat kejayaan disisi ALLAH SWT.

YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
5hb Januari 2010

kepunden said...

poning2................

CgLyn said...
This comment has been removed by the author.
CgLyn said...

Tdk perlu siar artikel berbahasa melayu di semenanjung malaysia sbb umumnya penganut kristian di sini adalah dalam kalangan bukan melayu / bumiputera.

Anonymous said...

CgLyn, melayu tak semestinya islam. silap besar kita samakan melayu dgn islam. takda siapa suruh. adakah kita lbh sygkan melayu drp islam? kita kecoh klu melayu murtad tapi klu bangsa lain murtad kita tak kisah.

~PakKaramu~ said...

Wah nampaknya majlis fatwa lebih hebat dari al quran yang di cipta Tuhan, elok la tu, berjuang dalam islam akidahpun tak faham

Anonymous said...

tau pon hj hadi tu betol

yg kau nak tibai2 dia lagi pehal

bodoh piang la lu AT

kutty hitam said...

ak buat ayat.
jesus anak tuhan.
jesus anak Allah.

jesus is messanger of God.
jesus is son of God.

if anyone want to back fire me,pls do so.but in a proper manner n with acedemic thought.

Anonymous said...

1lg fenomena kt msia ni,
ak xfhm ape la yg nk dtakutkn
sgt dgn agama kristian.ak mmg xsokong la wat majalah kristian bbhasa mlayu.tp yg ak xfhm
emel2 foward ni.air holy water yg mnyebbakn msuk kristian ni.serius
ak rs annoyed gile.klo la air 2power sggt baik bg kt org barat.
dh tntu smua msuk kristian dgn jayanye.come on la pk la gune kpala.klo ye org msuk kristian,yg jd
sbbnye kgagaln kt nk urus zakat.
org dok tepi umah bapak MB mkn siput babi.i2 la puncenye,mksd ak bukn puncenye siput babi,pncenye kmiskinan.tp ak yakin org yg mkn siput babi 2iman kuat.kite bodoh, kt salahln org pandai.yahudi jauh2 2yg korg salahkn.pdhal yahudi 2bukn pndai mane pon.ak nk dgr sum1 yg suggest ak mnum air holy day 2.
pls la tolong la suggest

kutty kepale kote said...

wa dah kata Pas ni makin mengarut lu x caye.....

restless.. said...

seme dah kena main dgn unit perang saraf UMNO dah,hancai bancai la

MaLin-0ri said...

takde maknanya unit perang saraf umno nak main dgn isu ni, main-main dgn putri umno lgi bess, mcm kakmemot kata hidup biar SEDAP huhuhu