1. Hubungi gua di sini.



2. Untuk yang berminat untuk iklan, sila email gua utk pertanyaan harga, etc.



3. Wa lancarkan enovel sulong wa RM10 sahaja. Akaun Maybank no 155014038030 Then, emailkan ke Calling2 Gua butir-butir bayaran anda. Kalau calling2 gua tu tak berfungsi, lu email jer la kat adukataruna2008@gmail.com



Insyaallah. Dalam masa 24 jam, wa akan reply terus e-novel anda beserta passwordnya. Dan anda boleh ulas, bantai, kritik, debat, cadangan, karya tersebut di link ini.





Sahabat

Iklan





260412






011012

Jan 6, 2010

Budak sekolah, guru disiplin Mengaku Tidak Bersalah Curi Dan Lupus Enjin TUDM


Seorang budak sekolah Tingkatan 2 dari Sekolah Menengah Pekan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini terhadap pertuduhan bersubahat mencuri dua enjin pesawat F5 milik TUDM.

Roslan Ali, yang lengkap berpakaian seragam sekolah hanya mengangguk memahami dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan itu.

Guru disiplin sekolah berkenaan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama terhadap pertuduhan dengan sengaja membantu menghapuskan barang curi milik TUDM itu.

Hakim Aslam Zainuddin membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM150,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Feb ini untuk sebutan kes itu.

Roslan didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J8521 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini.

Bagi kesalahan itu dia boleh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Rajandran, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin milik TUDM, di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang, pada 30 April 2008, mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika ditanya adakah Mohamad Shukri akan didakwa, Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran berkata beliau masih belum menerima sebarang arahan.

Mengenai kemungkinan lebih ramai dituduh berkaitan dengan skandal itu, Raja Rozela berkata beliau hanya menerima arahan untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja.

Terdahulu, Raja Rozela memohon mahkamah memandang serius kerana barang yang dicuri bukan enjin motosikal tetapi ia adalah enjin pesawat pejuang.

Peguam bela V. Ravichandran yang mewakili Tharmendran dan peguam bela Pritam Singh Deol yang mewakili Rajandran memohon kepada mahkamah agar anak guam mereka itu diberi jaminan yang rendah berikutan kesemua akaun telah dibekukan dan tidak mempunyai wang yang banyak.

Bagaimanapun, Raja Rozela membantah kerana ia bukanlah faktor utama dalam memohon jaminan.

Rajandran dijamin oleh abangnya sementara Tharmendran gagal membayar jaminan. Sebelum ini, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata semua usaha sedang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan semula dua enjin yang hilang itu dengan secepat mungkin yang kali terakhir dikesan di Uruguay. - FAKAP

7 komentar:

Pak Sarjana said...

Adakah Malaysian Airforce ini pangkat tertingginya adalah Sarjan, patutlah P. Ramlee bikin filem Sjn Hassan. Rupanya pangkat tertinggi nya Sarjan. You see... Malaysian Airforce run by a Sergeant. Cantikkkkkkkkkkk..

maLin said...

tak logik budak sekolah 12 tahun terlibat..apa nak jadi mahkamah Malaysia ni..peguam negara pun bodoh...dasar penjilat Umno!

jika benar sekalipun, bicarakan budak tu dalam mahkamah juvana..bawah umur tu...

Rajandran tu pulak nak hapuskan 2 enjin jet di dalam rumah? lagi tak logik..byk keraguan ni.. mudah kerja peguambela...pening pendakwaraya nak menang kes ni.

kepunden said...

Lepaih ni gua nak pi curik gak enjin kapal terbang sbb bleh letak dalam bonet kete jer...
Gua rase standard sarjan tu proton wira jer...(same ngan gua)
Due org pon boleh angkat...

Kepala hotak Najebon & celaka gani petai...

Babi pon x der wat kejer cam ni..

Anonymous said...

Gua nk kacuk enjin keta kancil gua dgn enjin turbo jet blh tk? Mn2 sarjan yg nk tolak enjin jet mrh2, kontek la gua.. Klu dpt enjin MIG 29N yg gov tknk pkai pn dh kira ctk dh. BErdesup laju nti. Kalah EBO.. Hahaha.

Anonymous said...

pasni cari enjin jet dalam mudah.com.my atau lelong.com.my..nak best lagi letak dlm ebay..tgk sape bida paling tinggi..wakakaka.. kartun betul la.. - Neo

kutty-kutty xde jubur said...

"beliau hanya MENERIMA ARAHAN untuk mendakwa kedua-dua tertuduh sahaja"

lu nk soh bdk umno baca ni ke?

Jom Kawan said...

TQ atas post ini.. =) t shirt printing