Skip to main content

Bila pengeluar pil wala tiba-tiba tidak wala.

Oleh : Ali Bagan Utama




Previously on "Harun Din Missing in Action"

Salam Jalan Raja Laut. Misteri kehilangan Timbalan Mursyidul Am iaitu Prof. Dato' Harun Din semasa mesyuarat lajnah politik pada hari Isnin lalu telah terjawab pada hari ini. Harun Din rupanya membantah keputusan PAS. Aksinya jelas bak bagaikan terang lagi bersuluh. Hari Rabu 13 Jan 2010, Harun Din telah menyertai solidariti 30 NGO Islam untuk bersetuju menggesa Majlis Raja-Raja Melayu supaya mengekalkan hak eksklusif nama ALLAH hanya bagi orang Islam sahaja.

Harun Din bukan sekadar hadir dan duduk diam monggok begitu sahaja, beliau juga memberikan ucapan dalam pertemuan tersebut. Peh. Ini memang lawan sungguh keputusan Parti.

Turut BERUCAP forum itu ialah timbalan mursyidul am PAS Datuk Dr Harun Din, felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Mohd Asham Ahmad, dan juga setiausaha agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Ang Wan Seng.

Apa itu keputusan Parti PAS ?? Keputusan Parti PAS ialah keputusan yang dipersetujui bersama dalam mesyuarat khas yang lalu bagi isu ini. Ini juga adalah statement Presiden PAS yang dipersetujui dalam meeting tersebut. Nah baca bai.

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah DIBENARKAN untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Lalu apa tindakan Parti PAS terhadap Harun Din yang secara jelas melawan keputusan mesyuarat yang telah dipersetujui bersama ?? Nak tanya Tuan Ibrahim Tuan Man maybe dia akan buka kertas siasatan pada tahun hadapan. Lagi pun itu member kamceng dia sejak rancangan tv RTM 1 Hal Ehwal Perdana sebelum Anwar Ibrahim kena pecat.

Presiden PAS mana ?? Sebab Harun Din lawan statement Presiden PAS yang mewakili keputusan Parti. Patutnya Hadi keluar kenyatan balas dengan cepat supaya publik tidak keliru dan parti lawan tidak menangguk air yang keruh. Hadi hilang lagi. Ke mana pula agaknya dia.

Click for enlarge. Tolong baca yang den highlightkan dengan kaler kuning tu. Hadi jadi wakil khas Ulama' Islam Sedunia bagi isu Yaman. Baik tak payah jadi Presiden PAS. Pergi join BN jadi Kerajaan Perpaduang lagi bagus. Lepas tu mintak jadi Menteri Luar Negeri. Apo nak jadi ni bai.
 



 

Comments

  1. Kalau x kutuk dan maki ulama' x sah agaknya hidup Aduka ni.

    Teruskan kerja anda. Mudah2an beroleh rahmat Allah.

    TGHH buat kerja utk Islam., tapi anda?? Buat fitnah sahaja.

    TGHH dilantik oleh Yusoff Al-Qardhawi tapi anda??

    Bertaubatlah Aduka..

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  2. x boleh ke tgk bukan dari sudut kepartian? susah sgt ke?

    ReplyDelete
  3. FZY, apa pandangan lu tentang tindakan Haron Din tersebut?

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  4. baguslah Ustaz Harun Din tegas dgn pendirian dia..bermakna dia ikhlas dan amanah dgn ilmunya...

    nko tak payah dengki dgn Tok Guru Hj Hadi..Allah bagi dia karomah..Allah bagi dia kemuliaan hingga disenangi oleh ulama' seluruh dunia...dia disegani dan ditakuti musuh..dia disayangi dan dimuliakan rakan....

    ReplyDelete
  5. wa suka hadi
    jadi wakil luar utk PAS,
    fulltime fokus bede2 luar
    bg meletakkan PAS dikenai diluar sana.

    zaman beliau
    utk main game
    dan berlalu..
    elok kasi laluan kat sahabat2 lain.

    PAS hanto harun din ke
    utk event tu?
    or atas hak peribadi sendiri?


    ntahlah,
    bg wa..
    org lurus bendul
    x sesuai main game.

    ReplyDelete
  6. Sila baca posting terkini pasal Harun Din ini di TB,semua cerita musuh dalam selimut ni dah keluar.Gua ada komen pasal background dia.Perasan tak dia tak pernah beri komen support kat Mursyidul Am bila ada isu2 sebegini.Dan juga dia dah tak jadi lecturer jadi mana pendapatan dia bolih pakai Mcedes & senang2 operate kat IJN ,banyak belanja tu.Takkan semua duit dari Darusyifa di Bangi tu.Tu pun dia dah tak jaga dah cuma kuncu2 dia aje.Yang gua tahu dia ada corporate sponsor.Cuba cek syarikat AMONA di Setiawangsa, ada satu Dato Osman,kalau taksilap gua, rapat dgn TPM

    ReplyDelete
  7. Moleklah Prof Harun Din x wala tu. Boleh join projek langgar Hadi kita. Kuat sikit back up.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...