KOTA BAHARU 7 Dis. — Struktur tembok bangunan penghadang kenderaan di tempat letak kereta tingkat tiga bangunan pasaraya KB Mall yang tidak kukuh dipercayai punca kepada kereta yang dipandu seorang wanita terjunam ke dalam bangunan itu semalam.
Ketua Polis Kelantan SAC1 Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata sekiranya tembok setinggi 1.8 meter itu dibina dengan bata dengan terdapat tetulang besi di dalam, mustahil boleh runtuh sebagaimana berlaku semalam.
"Dinding itu dibina dengan bata setinggi 1.8 meter dan tidak terdapat TULANG BESI di dalam bagi menguatkan dinding itu daripada mudah runtuh,” katanya kepada pemberita pada majlis Berkhatan Beramai-ramai anak warga PDRM, Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.
Pada kejadian pukul 5 petang semalam, dua pelajar perempuan Kolej Kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu, Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, terbunuh dihempap kereta terbabit ketika berada di atas tangga bergerak pasar raya itu.
Dua mangsa yang cedera parah ialah Rashidah Ahmad Lutfi, 24, juga pelajar kolej yang sama dan pemandu kereta terbabit, Nor Ain Said, 19, kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini. - Bernama





11 komentar:
Bhai....
Tulang Besi tak terlibat kerana kontraktor nak menjimatkan kos dalam kerja pembinaan tue... hehehe...
Amacam Tulang Besi... jangan marah yer... hahaha
oiii C++.... lu tak ke pasal civil engineering ni..... klau tak tau baik lu diam jer.....
-abanghensem
elak kemalangan, jangan SMS ketika memandu! - Bahaya SMS (Ketika Memandu)
memang la tulang besi takde dalam dinding. dia kan kat dalam blog. sbb tu la dinding tuh roboh. hua hua hua
-boyot-
lepas ni kontraktor juga dipersalahkan .. BN juga yg kena .. kahkahkah! padahal bukan bN punya .. kahkahkah! sialan PAS punya .. WAHAHAHAHAHAHAH!
kesian..tak pasal2 mampos
Nur Eisha... wa nak tanya skit.... tu avatar tu gambar btol lu ke... ke lu ni jantan tapi nyamar guna nama pompuan...
-abanghensem
Taliban,
Mana ada Taliban kata kepada manusia mampos, Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Taliban selalu beradab. Salah nickname ni... tukar lain beb.....
Bhai AbangHensem,
Gua ader dua kelulusan la...
1. Civil Engineering (struktur)
2. Electronic & Computer Technology
hahaha... yang gua tuliskan tue takder kena mengena ngan isu bangunan... itu ayat menyakat Tulang Besi.... hahaha... jangan la salah sangka... hehehe...
-abghensem,nur eisha tu laki pun bkn, prmpuan pun bkn..die SHEMALE!!!kahkahkah..
-zargus-
SHEMALE?
istighfar la zargus.
bawak bertaubat.
jawapan anta tu dah menunjukkan anta ni macam mane.
minat dan kecenderungan anta.
gunakan internet utk kebaikan.
mati itu pasti.
ingatlah saudaraku.
Yg benar,
.............
Presiden
Gabungan Ulama' Pencinta UMNO (GUPU)
Post a Comment