Skip to main content

Surat terbuka gua kepada Nik Aziz..

Oleh : AdukaTaruna

Salam Tuan Guru..

Gua dah kekok nak tulis ala2 bahasa biasa dalam surat macam gua belajar time UPSR dulu. Gua hentam jer la cara yang gua dah terbiasa nih. Nak gua tulis ala2 sastera kang segan plak gua kat Anual Bakhri. Nama die jer dah sastera dah tu. Mau dia gelak baca bahasa sastera gua plak nantih.

Salam Tuan Guru..

Gua sentiasa percaya dengan fakta yang telah lu tunjukkan bertahun-tahun bahawa lu jenis yang terbuka. Jenis smol metter punya pemimpin. So, gua harap surat gua ni sesat sampai ke pancaindera lu.

Salam Tuan Guru..

Gua sangat setuju bahawa penaklukan institusi keluarga ke atas pemerintahan rakyat perlu disekat. Ini last punya kaedah la nih. Yakni meminta lu sekat atau pun kurangkan. Sebelum ni gua minta pada keluarga lu sendiri untuk tidak menakluk pemerintahan negeri. Kali ni, last punya usaha, gua minta lu sendiri la sekat.

Salam Tuan Guru..

Gua tak kisah langsung Arifahmi itu dilantik as CEO kalau dia dilantik ikut prosedur yang betul, ikut kelayakan yang betul. Tapi bila dah jadi isu yang memburukkan persepsi, yang mengundang fitnah; maka, memang wajarlah Arifahmi meletak jawatan. Dia pun bukan jenis cikai untuk tidak bergantung kepada kerja-kerja kerajaan negeri.

Itu pasal gua dah berpuas hati dah dengan pelan pengundurannnya. Dan menentang golongan yang tak sabar-sabar nak tarik rambut dalam bancuhan tepung likat. Tamat 1 bab.

Salam Tuan Guru..

Bab anak perempuan lu plak yang tiba-tiba buat kelakar berminat dengan dunia blog. Buat blog hal-hal resepi dah la... tak payahlah menggangu fokus parti dengan mengarut secara emosi perihal parti. Gua dah minta dia supaya berhenti, malah lain-lain pemimpin PAS pun dah minta dia berhenti.

Ni last punya usaha, gua minta lu sekat lah. Gua tak tahu nak buat caner lagi dah. Sebagai ayah yang bukan sahaja dimiliki oleh keluarga lu, tapi juga dimiliki oleh 22 juta rakyat Malaysia, minta lah anak prempuan lu berhenti dari menggangu kerja-kerja orang dalam keahlian.

Lu celakakan blog yang menimbulkan spekulasi Husam letak jawatan. Memang wartawan merujuk kepada Penarik Beca, dan memang reaksi lu menunjukkan betapa pentingnya Husam pada parti. Tapi takdirnya, anak lu sendiri yang berblog meminta satu exco yang dipercayai Husam meletak jawatan jauh lebih dulu dari Penarik Beca sehingga ditegur oleh beberapa pemimpin PAS lain.

Gua harap Tuan Guru baca surat gua nih. Kejayaan satu individu lelaki ada wanita dibelakangnya. Satu individu. Tetapi kemusnahan satu empayar ada wanita dibelakangnya. Satu empayar. Tamat satu bab lagi.

Salam Tuan Guru..

Bab 2 pegawai yang tidak disambung khidmat mereka. Pun gua takda hal punya. Kalau lu nak ambil jalan tengah atau sebarang taktikal politik lain, gua sokong. Jangan Anual jadi bangsat ala kickthefella dah. Bila ditarik khidmat, bertukar jadi niamakahai. Falsafah sesat. Majikan mengupah khidmat, dan majikan boleh menamatkan upah khidmat. Lainlah kalau rakyat yang pilih dan letak dia di situ, barulah rakyat juga yang boleh menamatkannya di situ.

Tapi, dapatkanlah penganti yang bukan PENAKLUKAN KELUARGA dan BUKAN PENAKLUKAN HUSAM. Ambillah orang yang layak dan berkecuali. Jika tidak, gua terpaksa bantah. Bantah secara kebebasan bersuara lah.

Biarlah Nik Aziz sendiri yang pilih, bukan Husam dan bukan Nik Abduh atau Arifahmi. Settle 1 bab lagi.

Last kopek.

Gua terbukakan surat gua ni kerana model Islamic State itu terletak di Kelantan. Dan Kelantan itu terletak atas kepala lu. Dan skang ramai pihak turut nak naik atas kepala lu. So, kedudukan model Islamic State sudah goyang seh..

Harap awan hitam berlalu. Harap lu dapat kembalikan Kelantan yang kami sayangi seperti dulu. Tanpa campur tangan keterlaluan dari keluaraga, tanpa cengkaman dari satu exco secara perseorangan, dan tidak seimbang. Meletak orang2 aneh dengan kontrak kerja aneh seperti kickdefella bukan sahaja di PMBK tetapi di agensi kerajaan negeri yang lain.

Hentikanlah semua ini.

plis... plis... plis..... kamu jangan nakal.

Comments

  1. ish2... meleleh air hidung gua bace surat lu bro....
    Cam insaf sebenta... Pe lu ckp tu mmg betul pon...
    TGNA sgt2 lah patut amik pot dlm hal ni...
    Gua sgt simpati & padan muke penarik beca, sbb yang dok wat kalut pesal..
    Se ganas2 blog AT yg tahap naga bukit jempol (N9) blum laii kene celake...

    Lu dah kene ... kui2..

    "Perjuangan tetap diteruskan"

    gengkilang

    ReplyDelete
  2. aaaa.....
    lg satu nape xde dlm group aduka dok bising pasal Jawatan Kuasa Disiplin aaa?
    Ntah satu blog mane dok bising cm anjing tersangkut telur jer...

    gengkilang

    ReplyDelete
  3. Kalau mu mari klate lagi, aku nak bawo mu gi juppa Huse. Mu boleh langgar dia pulok!

    ReplyDelete
  4. 'kamu jangan nakal'

    minat gak lu kat Alif Sattar ye..haha

    ReplyDelete
  5. Aduka haa..Lu mutut mutut API BATU punya..tapi Lu punya api byk bagut la...kasi masak itu Kelantan punya ketupat laun palas..bukan kasi bakar negeli..WA sokong Lu..JEBAT kata haa

    Berani kerana BENAR...TUAH sikalang cakap Melayu sudah mau hilang dali ini dunia..fasal talak sumayang punya olang..

    ReplyDelete
  6. bukan minat bro sambdol.. enset adik gua manjang memekak lagu nih jer. sampai gua naik hafal.

    haha

    ReplyDelete
  7. Bro tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bernikah.. eheh selamat pengantin baru..

    ReplyDelete
  8. bro, bygkn tb2 tok guru lantik hang jd s/u akhbar.. hahaha..

    ReplyDelete
  9. su akhbar kena terer ckp omputeh bhai...

    hang bygkan gua tanya nik aziz balik bile wartawan tanya gua dalam omputeh. Hahaha

    ReplyDelete
  10. lu ckpla yg lu hy pndai arab.. hahaha..

    ReplyDelete
  11. PUKIMAK LU...LU JAWAP ..NAK JMPA MANA???LU JGN SAMPAI GUA CARI LU SIAL...KALAU JUMPA,MUNGKIN GUA KASI PELUANG DGN LU LAGI..TAPI JGN SAMPAI GUA CARI LU...

    ReplyDelete
  12. jatesini@yahoo.com

    TRY TENGOK LA..NAK CARI KA DAK...hehe..CUBA BAGI NO FON HANG PADA EMAIL DIATAS..TRY TENGOK..TAKPA AIH..TAK SAKIT AIH...TRY JA...BELUM CUBA BELUM TAU...TRY LA..

    ReplyDelete
  13. ape yg hang dok melalut kt cni wahai jatesini??? ilang akai kew. ///30

    ReplyDelete
  14. JATESINI aku bagi no aku suruh hang call jer ..hang hantar sapa 2 org berlegar legar depan rumah aku hah??hang jgn main gila dgn aku..

    ReplyDelete
  15. AT berlu-wa dgn TGNA pun masih nampak hormatnya. Lain benar bunyinya berbanding lu-wa dengan Hj Hadi.

    Tak perlulah berpura2 semata2 nak tunjuk yang kita ni tak bias kepada mana2 pihak.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...