Skip to main content

Songkok Putih mahu bersama gua langgar Presiden FAM.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang Suka saya menarik perhatian mengenai persepsi. Tulisan Prof Aziz Bari dan klip video yang disiarkan oleh Malaysiakini.com mengenai satu ucapan petikan Prof. Dr Aziz Bari mengenai Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang mengatakan "Tuan Guru jauh sekali dengan pemimpin-peminpin lama PAS seperti Ustaz Fadhil. Jauh sekali sekali dengan Anwar!".

Beliau menambah mengatakan "Hadi terkial-kial untuk mempertahankan kawasannya sendiri". Maksudnya Tuan Guru Haji Abdul Hadi hampir kalah di kawasannya sendiri, malah Perlimen Marang Tuan Guru telahpun kalah. Saya bukan berniat untuk komen kenyataan Prof. Dr Aziz Bari. Siapalah saya ini?

Tapi saya sedikit terbuku di hati untuk meluahnya sebagai seorang yang mempertahankan Tuan Guru Haji Abdul hadi Awang sebagai Presiden PAS. Sama juga saya mempertahankan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am PAS. Saya pertahan dia pasal dia Presiden PAS. Kalau dia Presiden FAM saya dah lama bersama Aduka Taruna Langgar dia.

Tidak ada apapun pada batang tubuh Abdul Hadi Awang, tapi jika dia Presiden PAS kewajipan saya rasanya menepati apa yang Allah firmankan. Kalau Rasulullah s.a.w. masih ada sehingga hari ini, kita mungkin akan menjadi seperti sahabat mempertahankan batang tubuh demi menyelamatkan Rasulullah s.a.w.

Sekarang ini siapa yang perlu kita pertahankan? Tidak lain tidak bukan Presiden Parti Islam. Tidak kira siapa di situ. PAS ada organasasi, ada salurannya, ada kaedah dan caranya. Melainkan kita tidak mengikut saluran dan cara yang telah disediakan atau kita berada dipinggiran Jamaah Islam, tidak memahami dan menghayatinya secara halus dan tulus.

1. SP pertahankan Presiden PAS atas nama PRESIDEN PAS. Bermakna, sebagai ahli PAS, dia wajib mempertahankan Presiden PAS.

Lemah mana pimpinan kita dia tetap pimpinan Islam!!! Lemah mana pimpinan kita dia adalah teraju kita untuk membina NEGARA ISLAM!!! Lemah mana pimpinan kita dia adalah kewajipan kita...

2. Jadi, kat sini, uma silap besar. uma. Lu patut ikut SP. Kerana lu ahli UMNO berdaftar, mana boleh lu tekan Paklah turun dari Presiden UMNO.

3. Jadi, konsep yang SP ingin tengahkan ialah, ahli wajib mempertahankan pemimpinnya sendiri, walau lemah, walau kena buli, walau lagi jahanam dari kelemahan Abu Dzar. Namun, bukan ahli boleh melanggar pemimpin ahli lain. Sebab SP boleh setuju untuk bersama gua langgar Presiden FAM. Dan SP pun sudah puluh tahun langgar Presiden UMNO.

Sekali lagi. Konsep yang diketengahkan SP ialah :

Ahli A tidak boleh melanggar pemimpin A. Walau lemah.
Tetapi ahli A boleh melanggar pemimpin B. 
Dan sepatutnya ahli B juga boleh melanggar pemimpin A.
Apatah lagi bebas tidak berahli, boleh melanggar pemimpin A dan B.

Pergh.... best gile gua nih. Maknanya gua tak berdosa lah ni langgar Hadi. Fuh... nasib baik. Ngeee...

Comments

  1. dah tengok gambar hadi semebelih lembu aritu?

    macam tu la nanti kau kena sembelih ngan hadi nanti. ada hati nak langgar

    ReplyDelete
  2. hmmm..tu 1 masalah kepimpinan..sapa ke peminat & penyokong bolasepak Malaysia yang tak mau Malaysia maju boleh terus wala dgn Presiden & barisan pegawai FAm yan g ada sekarang. Heran.. Presiden FAM tu sapa pun tak mau langgar, guling ker gulung ker...bengkek betul..Derhaka kpd Sultan? apa ada? kalau M'sia asyik kalah maknanya FAM ada silap ler tu,dia kena betulkan ler,kalau tak, tanggung ler kutukan/ doa orang ramai yang x puas hati.
    Kalau dia letak jawatan pun tak guna jugak..tak ada impak selagi legasi kepimpinan FAM tak kena 'format' sekali...entah apa jenis virus dah membarah FAM..harus banyak gile. Semua pemimpin FAM dan strukturnya kena rombak balik...kalau tak, masalah tak selesai setakat ganti sorang S/U FAM yg tegas saja.
    Raja Ahmad tu sorang lagi..entah apa dia buat entah? tak ada apa faedah besar kpd bolasepak negara pun nampaknya. Masa pegang FA Perak dulu pun dia pernah ada masalah e.g. Gaji/elaun? Tapi jasa dia bawak Perak juara entah brp x tu, terima kasih aje ler.

    ReplyDelete
  3. x habis2 lg khayalan kau ni Aduka Tirana. Apa yg kau nyanyukkan kat sini.

    Tapi sekurang2nya menghiburkan hati juga baca tulisan kau walaupun merapu.

    Mudah2an kau akan sedar satu hari nanti.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. FZY, hiburkan hati lu dgn bait bait Al-Quran, dgn alunan tarannum ayat ayat Allah..bukan dgn tulisan Adukataruna yg fana....
    lu pun serupa bodoh macam dia.....
    fakap lu yg menjadikan dunia sebagai sandaran!

    -Penembak Bhabee-

    ReplyDelete
  5. -xde la plak aku bace hujah SP nk counter blik hujah aziz bari ..kalu aziz bari kondem hadi awang brdasarkan kepimpinan die mngikut isu2 semasa, prtahankan la blik..nie duk sebok2 lg nk kaitkan ngan Rasulullah,kwajaran kite mnyokong RAsulullah jika baginda msih hidup lg skang..hal tue sume org faham,sume org akan stuju untuk mmprthankan baginda..KEKASIH ALLAH tu!!..tp skang nie hamba Allah yg brnama HADI AWANG!!!..

    -argghhh...mkn pil wala' lbih sgt nie..smpai overdose..

    -zargus-

    ReplyDelete
  6. Diambil drpd laman web:
    http://yusofembong.blogspot.com/

    Salam teman-teman,

    Saya menjenguk banyak blog bila ada kesempatan di rumah. Kalau out station payahlah sikit. Antara blog itu ialah Mohd Sayuti Omar, Kickdefella dan lain-lain. Begitu juga blog pimpinan parti Islam samada pemuda atau peTua; itu sudah semestinya.

    Melalui blog kita boleh menyampaikan dakwah, boleh memberi pandangan dan kritikan yang membina, menyatakan rasa ketidakpuasan hati.

    Tetapi melalui blog juga kita dapati ramai bloggers yang tak fikir soal dosa pahala, memaki hamun orang lain, menabur fitnah dan meracuni pemikiran dan cara bertindak orang ramai. Terkadang semacam sengaja berbuat demikian untuk mengadu domba dan menajamkan pertelingkahan; yang akhirnya menghancurkan jamaah dan memusnahkan persahabatan.

    Lisan/lidah merupakan anugerah sekaligus amanah Allah subhanahu wata'aala. Oleh itu wajiblah kita jaga sebaik mungkin.

    Amanah dan anugerah yang akan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah subhanahu wata'aala; kelak di hari Kiamat. Anugerah yang bukan hanya dapat menyelamatkan pemiliknya, tetapi dapat pula menjerumuskannya ke dalam jurang kehancuran dan penyesalan yang mendalam, jika tidak berhati-hati dalam menjaganya.

    Tidak seorang pun dapat selamat dari kejahatan lisan, kecuali orang yang menjaga lisannya dengan ketentuan syari'at Allah subhanahu wata'aala dan tidak menggunakan lisannya kecuali untuk sesuatu yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

    Banyak manusia yang kurang perhatian dan cenderung meremehkan dalam hal menjaga lisan@tulisan. Bahkan ironinya, sebagian mereka justru telah terbiasa menggunakan lisannya untuk mencela dan mencaci maki manusia. Juga menggunakannya untuk hal yang haram, seperti: Bernyanyi yang lagha dan yang diiringi dengan musikyang tidak halal, berdusta, ghibah (menggumpat), atau mengadu domba, berdebat tanpa hikmah, bersaksi palsu.

    Banyak manusia meremehkan bahaya dan musibah yang disebabkan oleh lisan@tulisan, tidak waspada dari perangkap-perangkapnya!
    Banyak tuhan-tuhan yang disembah selain Allah dengan lisan@tulisan!
    Banyak ajaran-ajaran baru di dalam agama ini (bid'ah) dipromosikan oleh lisan@tulisan?! Banyak hubungan kekeluargaan dan kekerabatan putus dan hancur karena lisan@tulisan?! Banyak hati yang tercerai berai, pertumpahan darah, dan hilangnya nyawa manusia disebabkan oleh lisan@tulisan!

    Banyak orang-orang terzalim yang disebabkan oleh lisan@tulisan?
    Berapa banyak wanita-wanita baik-baik dicerai juga disebabkan oleh lisan?
    Berapa banyak harta benda dirampas karena ulah lisan?
    Dan banyak wanita-wanita shalihah dituduh berzina lewat lisan?

    Lisan@tulisan merupakan salah satu faktor yang dapat menyeret pemiliknya ke dalam neraka. Maka dapat kita pastikan bahwa menjaga lisan merupakan pilar kebaikan.
    Sebagaimana hal ini pernah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam kepada Muadz bin Jabal radhiallahu `anhu, setelah beliau menyebutkan Islam, Solat, dan Jihad kepadanya,

    "Mahukah ku khabari kepadamu tentang pilar semuanya itu? "
    Muadz radhiallahu `anhu menjawab, "Iya wahai Rasulullah!"
    Maka Rasulullah shallallahu 'alahi wasallam memegang lisannya dan bersabda, "Jagalah olehmu ini."

    Lalu Muadz radhiallhu `anhu pun berkata, "Benarkah kita akan disiksa dengan apa yang kita bicarakan dengan lisan ini?
    Beliau shallallahu 'alahi wasallam bersabda, "Celakalah engkau wahai Muadz radhiallahu `anhu. "Tidaklah manusia dilemparkan ke dalam neraka melainkan akibat dari lisan-lisan mereka?" (HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dan dishahihkan oleh al-Albani).

    ReplyDelete
  7. -Penembak Bhabee-

    Saudara x faham sindiran barangkali.

    Saya x sebodoh Aduka saudara. Harap saudara jgn salah faham.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  8. fzy..memang lu x sebodoh aduka,sbb lu lebih bodoh dr dia..kah kah kah.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.