Skip to main content

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna

Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam.
  • Mekanisme pencegahan rekrud baru
  • Pusat Tahanan itu sendiri
Mekanisme pencegahan rekrud baru.

Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara.

Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu.

PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat).

Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangster Cina (komunisme). Dan di sinilah muncul satu entiti baru bergelar MERAH atau 36. Satu entiti yang menggabungkan unsur PEKIDA dengan komunisme. Jika dalam PEKIDA Pak Long Burung bertaraf abang, dalam 36 dia bertaraf Ayah.

Kes yang sama terjadi pada penjenayah India. Penjenayah persendirian dan berkumpulan kecil akan menjadi besar selepas keluar dari Pusat Tahanan Simpang Renggam. Pelbagai ilmu, teknologi, cable, kemahiran, etc akan diperoleh dari situ. Pusat Tahanan Simpang Renggam seumpama University Jenayah Malaysia.

Jadi, KDN perlu mengambil tajuk ini dengan serius. Satu kajian dan sistem pemangkin perlu dilaksanakan kerana ianya membarah dan kembali menyusahkan awam.

Pusat Tahanan itu sendiri.

Pusat Tahanan Simpang Renggam TIDAK BOLEH ditutup semata-mata kerana taktikal politik Samy Vellu, atau taktikal politik UBN itu sendiri. Samy Vellu bagi bola tangguh, UMNO smash untuk kelihatan juara kaum. Kemudian UMNO bagi bola tanggung pulak, MIC smash untuk dilihat juara kaum.

Pusat tahanan itu perlu kekal bagi menahan dan mencegah jenayah. Cuma isu tajuk di atas perlu diselesaikan. Pusat Tahanan perlu kekal sama ada di Simpang Renggam atau dipindahkan ke tengah pulau atau ke mana sahaja. Untuk tajuk pusat tahanan.

Sekali lagi yang perlu diambil tindakan ialah pencegahan rekrud baru dalam pusat tahanan, sistem pemilihan tahanan yang perlu telus, tidak wujud elemen cuai yang mengundang padah pada orang yang tidak bersalah, keselamatan penduduk sekitar sekiranya berlaku kes lari, etc.

Wallahualam.

Comments

  1. bro,

    lu percaya cerita dongeng pekida?

    lu study la sejarah bertulis camna gengster melayu nih wujud.Bukan sejarah mouth to mouth.

    Merah/putih nih dah wujud masa zaman pemerintahan ingeris lagi

    Paling senang nak tgk lu study la pasal asal usul boria.Lu akan amaze..

    ReplyDelete
  2. aku penah bual ngan sorang kaunselor penjara simpang renggam

    dia cakap kat situ tahanan pun ada kumpulan masing2 ikut kaum

    mana2 yang lembik or tanak joun sesape akan ajdi mangsa tiga2 kaum

    so tak heran bila diaorang keluar terus buat kumpulan jenayah baru

    ReplyDelete
  3. Lu betul.. mana-2 kaum pun memang ada 'kesatuan' diorang..bese 'preference' ni dah universal norm... hat persatuan tu yang ada nama sah pada undang-2 tubuh, tu depa duk dlm terang. Kalu Melayunya diorang ada Pekida etc...hat Melayu-Islam yg duk dlm gelap ni ada bagai-2...dulu tu memang dah ada 'semangat subversif'/underground ni spt. Pekima, API, Pelita, dll (tak silap aku ler)...Hat ni bagus TAPI dah banyak "tido/cuti" dlm perjuangan..jenis maleh nak menunjuk pun ya..dll hal ler.
    Juga ada yg dinamakan 'kongsi' pasal unsur 'cari makan', leh pow orang meniaga, denda,bagai-2, dgn jurus buah depa ler..ada 3 line,Sahabat, 36, 306,77 dsb. Hat ni ngaku baik, ngaku buat hat Islam suruh spt. rai kenduri, kematian tapi depa gak pi ngamun, mencuri, tarik kerata dgn rakusnya, bawak masuk budak-2 tak cukup akal/ sifat etc...Hancus... Tu belum yg hat dari persatuan silat ..Persada ler bagai-2..Kebanyakan ok ler...walaupun cam 'syok sendiri' jer...maleh aku nak tulih sini.

    Tapi mana-2 'kongsi' yg ngaku hebat & kuat pun, aku tengok bab aqidah dulu, kalu akidah lari, sah sesat ler...pastu tgk ler teladan apa yg leh ikut...kalau takat nak jadi ada geng & rekrut anak buah jadi jahat, perangai cam setan, tak payah ler...moral & akhlaq Islam tu penting walaupun pada sorang ulamak ..hat tu aku pentingkan pada orang-2 besar/pemimpin/ayahanda/kekanda etc.

    ReplyDelete
  4. -xenan, kalu lu lbih tau, lu cite ar bro..malas ar nk g cari2..kan genetik melayu,hehehe..

    -wa pun nk gak tau sejarah brtulis pukida nie..yg byk wa dgr dr mulot org jer..

    -zargus-

    ReplyDelete
  5. "Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme"
    betulkah ni..?yg saya tahu dalam gengster cina sama dengan pekida ada struktur abang besar/adik dan hormat ahli gengster yg lebih tua,kalau u maksudkan gengster cina di malaysia saja mungkinlah.tapi gengster cina di hk,twan,china lebih kepada kekeluargaan macam MAFIA family first

    ReplyDelete
  6. yup! btul tu zargus.. cite la xenan kalau lu btul btul tau

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  7. kalau dah nama gengster apa juga yg dia porg buat semua nak nyusahkan org. tak kiralah kaum apa. Soalnya tak ada pun cadangan mcm mana nak jadikan dia org ni kuar penjara jadi org baik..

    ReplyDelete
  8. Wa bkn seorg yg racist, tp rsnya suma org stj, India n Cina ni klu depa kmpl rmai2, depa akn stat naik kpla. Br aje jd 2-3 hr lps, gua mcm biasa main bola ptg2 dgn membe gua kt pdg awm. Pdg ni mmg kecik, so kna kongsi pdg la. Yg India ni plak, coz depa rmai, so depa cb ambik hmpir sprh pdg.

    Wa pegi ckp baik2 spya depa kecikkan skit area diorg sbb ni pdg awam. Tp depa ketegaq n mrh gua. Pastu gua ckp direct kt depa spya jgn bsr kpla, gua ckp elok2. Gua cm nk bg cth aje cmne skp depa bila depa kmpl rmai2.

    ReplyDelete
  9. macam cerita prison break..
    tak pun.. shawsank redemption....

    ReplyDelete
  10. tak puas hati kita jumpa kat simpang la!

    ReplyDelete
  11. penjara simpang renggan wajar dtutup.. =)

    psst: Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  12. http://selamatkanpastgna.blogspot.com/2009/12/pemburu-syahid-wajib-insaf.html

    ReplyDelete
  13. xenan pembohong..xtau ape ape mengaku tahu...fakap lu xenan! mcm bagos?!

    ReplyDelete
  14. Awak Dengar cerita ni dari mne?? Sebelum Lu berbicara pasaL ini Line Lu balik rumah study dLu tau. .

    ReplyDelete
  15. Asalammualaikum.. Sabar shabat kalian ..
    Buat apa kita bergaduh.. Kita satu kalimah..
    Bersatu lah kita bangsa melayu...
    Jangan bagi muka kt cina ngn india ..
    D7

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.