Skip to main content

Rayuan derma & tunjuklah simpati..

Posted on Saturday, December 05 @ 19:25:42 PST
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih

Bicara Webmaster Oleh Songkok Putih

Beberapa hari lalu saya tidak berada di dalam kawasan, al Hamdulillah sekarang ada sidikit kelapangan untuk saya berbicara beberapa perkara dalam ruang ini.

Saya telah menerima maklumat bahawa Ketua Pengarang Kumpulan Harakah, Ahmad Lutfi Othman telah menjalani rawatan jantung iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat. Pembedahan ini memerlukan kewangan yang melibatkan angka yang besar.

Ahmad Lutfi Othman seorang perjuang reformasi semenjak di Universiti lagi. Seorang yang low forfile tidak menonjolkan diri, mempunyai pemikiran terbuka, kritis dan semangat waja.

Jasanya di Harakah cukup besar walaupun beberapa kali beliau telah di "buang" daripada Harakah dan masuk semula untuk beberapa kali dengan rendah diri dan tidak pernah mengungkit kisah-kisah lama kenapa dia disingkirkan sebelum ini.

Ya seorang yang bekerja kerana Islam bukan kerana manusia sejagat! Sukar memperolehi manusia seperti ini di zaman muktahir ini.

Pernah bawa keluarga tidur dalam Toyota Unser, tidak pulang ke rumah demi menjaga keselamatan keluarga bila beliau membuat serangan beberapa siri pendedahan kebajetan pemimpin-peminpin Negara!

Hasilnya seorang Menteri Besar telah tumbang dan seorang lagi hampir tumbang!!

Ahmad Lutfi perlu dibantu, dimana beliau ingin mendapatkan wang sebegitu banyak jika kerja yang ditawarkan oleh akhbar-akhbar lain dengan kemewahan di tolak semata-mata ingin bersama dengan arus perjuangan Islam yang banyak menggunakan wang dan duit saku sendiri?

Sampai masanya untuk kita buktikan apa yang kita selalu bercakap tentang teori ukhwah, persahabatan dan perjuangan. Kita mesti membantu merasa perit maun yang dirasai oleh Ahmad Lutfi Othman. Kita mesti meringakan bebannya.

Jangan sampai nanti ada sahabat-sahabat UMNO yang kita benci dan nista mendahului kita memberi bantuan. Jangan pelekeh kenyataan saya. Semasa Ahmad Lutfi di dalam tahanan ISA dahulu, sesiapa yang berusaha mengeluarkannya. Bukan Pemuda UMNO Selongor !! Siapa yang bantunya semasa dia di saman??

Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh...

Saya menyeru dalam kesempatan ini bantu seadanya untuk meringankan beban beliau, semoga Allah akan memberikan kita kemuliaan disisiNya....

Akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman (Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi) 162179670906

Comments

  1. caya la aduka..pro dalam isu kemanusiaan.


    SP, wa suka ayat lu -
    "Kita mahu ada orang bekerja dengan Islam sepenuh masa.. Tapi kita tidak bersedia membantu mereka... Jika ini sikaplah kita masa depan perjuangan kita masih jauh..."

    dakwah semua terpaksa buat part time. Sampai bila nak menang? Ramai je yg nak buat full time, tapi nanti kalau dia kenakan bayaran atau mintak bantuan, orang kata kerja tak ikhlas..abis anak bini sape nak kasi makan

    ReplyDelete
  2. -stopa ali,nie bekas staf lu nie..jgn amik maklum jer..tp ntah knal ke x stopa ali nie kt lutfi..

    -zargus-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...