Skip to main content

Perkembangan Projek Langgar Hadi 2010.

Oleh : AdukaTaruna

1. Projek Langgar Hadi 2010 insyaallah akan berlaku. Yang pasti sebelum World Cup 2010.

2. Projek T-Shirt akan dibuka untuk tempahan dalam masa terdekat.

3. Gua merayu sumbangan dalam bentuk pinjaman peralatan rakaman. Dugong Darat atau Perak Express, kalau ada handycam yang tidak diguna untuk tarikh Langgar Hadi, gua merayu nak pinjam. Siap pakej dengan jurukamera sekali pun lagi cantet. Ngeee....

4. Songkok Putih menjanjikan bantuan perjalanan. Gua tak sure dalam bentuk kewangan atau logistik.

5. Gua dihubungi Ali BaganUtama memaklumkan seorang blogger terkenal bermurah hati nak taja dalam bentuk kewangan. Gua tak sure dia setuju dedahkan nama atau tidak. Kalau tak jadi hal, gua maklumkan siapa penaja itu. Nyiru gua tadahkan.

6. No akaun untuk derma Projek Langgar Hadi akan dimaklumkan kelak. Selepas tarikh langgar diumumkan. Insyaallah.

7. Ari tu masa gua on the way balik dari Kelantan, gua dah usha Rusila. Cantik siott.. nanti gua story dalam Catatan gua di Kelantan 3.

Comments

  1. ceh berapa punya kedana le lu ni, nak buat projek mintak sedekah, dulu org pas mintak derma, siap maki hamun, ni jadi pemintak sedekah, cakap tak serupa bikin le lu ni, ntah projek nk langgar hadi ni nak menghalalkan cara nk dpt duit cara mudah, boleh bersenang-senang dgn bini, mintak sedekah guna bahan mentah

    ReplyDelete
  2. salam bro AT..

    wa setuju pendekatan lu utk bersemuka dgn haji hadi..itu yg terbaik..

    cuma nak tanya, bro ada FB tak?
    kalau ada, apa kata bro join FB TGHH..pastu cuba diskus dari sana dulu..pasal projek langgar lu ni pun boleh gak..kot2 kene buat temujanji ke apa ke.

    sekurang2nya kalau bukan haji hadi yg reply, hasrat lu dah boleh sampai pada beliau menerusi pembantu atau 'tukang urus' blog beliau...

    so, amacam bro?;D

    ReplyDelete
  3. salam
    semoga pakat perbaiki akhlak bersesuaian sunnah (lihat sunnah rasullullah bila menulis)

    w.ww.nuruliman.com.my

    ReplyDelete
  4. pria malaya;
    songkok putih dah bagi green light aduka hampeh ni boleh jupa HH, dia dah buat arrangement dengan jemaah bangang rusila, kau ni ketinggalan berita ke. aduka je yg saja panjangkan masa, kot kot boleh tarik diri dari projek ini. dulu debat dengan ali pun batal saat akhir, cakap je besar, konon pro le tu, khaiiikkk tuihh

    ReplyDelete
  5. pijataduka,

    maksud aku, kalau AT ada FB, boleh la nk bersemuka secara 'maya' dahulu sebelum bersemuka secara realiti nanti..

    boleh tengok, apa reaksi haji hadi sendiri o orang kat sana..bleh gak intai2 apa yg sepatutnya perlu tahu..sekurang2nya ada modal nk tanya or berdepan dgn haji hadi nanti..

    kalau tak nak guna FB sendiri, guna FB org lain pun boleh, FB 'ulit' bak kata AT..haha..

    pepun, ni cadangan jer..hehe..

    ReplyDelete
  6. yang facebook malaysia reform kt sebelah kanan tu pun boleh pakai. Aduka mmg ado fb tapi khas utk ngorot bini nombor dua maa.

    Dia kena sama byk dgn hadi. Nanti tak sama standard. Ha Ha Ha.

    ReplyDelete
  7. Adukataruna...,

    Kalau lu nak lancarkan projek langgar hadi 2010, tiada siapa yang boleh halang niat lu. Gua harap projek itu akan mendapat kejayaan.

    Gua bukan ahli PAS atau mana-mana ahli parti. Gua pengundi. Setiap kali ada pilihanraya ditempat gua, gua pasti pergi mengundi. Pada tahun 2008, gua telah pangkah calon PAS yang bertanding tempat gua menyebabkan calon dari UMNO/BN tersungkur dan berdengkor. Alhamdulahhh...

    Oleh kerana undi gua pada 2008 adalah untuk PAS maka dengan itu gua sentiasa ambil perhatian setiap pergolakan yang berlaku dalam parti PAS sama ada di negeri atau pun pusat.

    Apa yang berlaku dalam parti PAS masa kini adalah corak baru atau perubahan yang perlu dilaksanakan.

    Gua tidak kenal siapa Hj. Hadi secara dekat dan tidak pernah bercakap dengan Awang walau pun gua biasa membaca perihal diri beliau dalam politik. Dan kerana itu juga gua tidak pernah berguru dengan Hj. Hadi maka gua tidak panggil dia sebagai Tuan Guru Hadi Awang.

    Pada pandangan gua, Hj. Hadi adalah seorang lelaki yang lemah lembut yang bukan seperti pondan. Dia banyak berfikir sebelum bertindak membuatkan dia dilihat seperti lembab. Tak ubah seperti kura-kura berjalan... terhegeh-hegeh.

    Gua amat percaya ahli PAS yang layak mencalonkan Hj. Hadi sebagai presiden bukanlah kesemuanya bodoh memilih. Mereka telah berbincang sesama mereka terlebih dahulu sebelum memilih orang yang akan jadi presiden parti PAS. Dan kedudukan itu akan dilihat sebagai ketua ulamak Malaysia.

    Sejak kebelakangan ini gua banyak baca artikel dari beberapa blog termasuk blog lu yang mengecam dan mengutuk cara Hj. Hadi bertindak menyelesaikan bebarapa masaalah yang timbul dalam parti PAS.

    Sebenarnya Hj. Hadi dengan Mohd. Najib mempunyai kedudukan yang hampir sama walaupun tidak serupa. Kedua-duanya adalah presiden parti. Dan mereka ini walau pun hebat tapi mampu menjawab secara jelas bila ditanya berbagai pekara dalam satu masa. Sedangkan setiap soalan perlu dijawab secara spontan dan dijadikan sebagai lidah parti.

    Sebagai contoh, lihat Mohd. Najib menjawab soalan wartawan berkaitan Saiful Bukhari dengan isu liwat. Dalam dia cuba berbohong lidahnya juga tersasul berkata benar bahawa dia memang terlibat dengan isu liwat II.

    Oleh kerana itu sebelum kita bertindak menuduh Hj. Hadi sebagai lembab, perlulah kita selidik siapa yang berada disekelilingnya yang bertindak sebagai penasihat belau. Senaraikan satu persatu dan lihat rekod mereka dalam parti.

    Bagi gua orang-orang ini biasanya jadi pembodek dan juga penasihat kepada presiden yang boleh jadi penyelamat atau perosak parti kerana mereka mencipta berbagai idea melalui lidah presiden.

    Disebabkan presiden yang berkata-kata dan kata-kata itu pula menjadi arahan maka kita semua terus menganggap bahawa presiden parti PAS memang bangang...?

    Mungkin betul, dan mungkin juga salah. Tapi pada gua, lu mesti langgar orang disekeliling Hj. Hadi dulu sebelum kita boleh buktikan bahawa Hj. Hadi memang presiden PAS yang lembab.

    Atau lu memang ada calon untuk menggantikan tempat Hj. Hadi...?

    ReplyDelete
  8. Aduka...

    You can count on me...

    No Problem..

    Yang problem kalau program bertindih jer... kalau tak Camera jer yang datang... Aku tak... Ok Bro...

    Langgar.... Langgar langgar langar...
    Langgar langgar langgar... Langgar langgar la... LANGGAR... LANGGAR... LANGGAR....
    (imagine korang tukar iklan potong dengan langgar)

    ReplyDelete
  9. ooi at, ari tu bukan ko songkok putih samo geng tranungkini dan kato nak sponsor semuo termasuk AV equipment. ni bukan perkombangan projek ni, ni cerito yang samo kau ulang dan berpuluh kali. ko kau sajo nak bagi laku t-shirt

    ReplyDelete
  10. SEMAKIN RAMAI ANTI HADI?

    SETIAP WAKTU YANG BERJALAN , KEAHLIAN ANTI HADI BERTAMBAH

    BILA TIBA 2010 , MUNGKIN HAMPIR SEPARUH AHLI PAS ANTI HADI

    BILA TIBA PEMILIHAN AGUNG PAS SEMUA AHLI ANTI HADI...TAPI..

    HADI BIJAK ..DIA TANGGUH DULU PEMILIHAN PAS SEHINGGA LEPAS PILIHANRAYA....

    BILA TIBA PILIHANRAYA PAS DAH TAK LEH BUAT APA... MAMPUSSSS...

    LEBIH PAS JGN BERTANDING DLM PILIHANRAYA 13... SEMUA KERUSI CONFORM KALAH....

    MALAYSIABARU.COM SOKONG ADUKA TARUNA

    ReplyDelete
  11. tngguh pemilihan sebab takut kalah? buat lepas pru? alamak tu standart umno la bro. pak lah boleh la buat camtu. walaupun gua tak sokong TGHH. gua masih belum boleh letak dia kat tahap tu.

    ReplyDelete
  12. TGHH memang bagus, lemah lembut,bijak & hensem & kuat kudrat dia (kalau tak camna dia leh kawin byk?).

    Tapi aku rasa orang keliling tu matlamat sebenar. Sebab depa tu cam pria malaya kata tu, boleh jadi pembodek/ penasihat/ penjahanam PAS. Kalaulah TGHH sendiri mintak turun pangkat atau nak jadi Ketua Dewan Ulamak, habislah orang sekeliling TGHH yg nak sgt UG tu.

    Harapan aku, pojek langgar TGHH yg AT nak buat ni, bukan nak 'streamroll' TGHH & memalukannya, tapi nak bertanya & kot leh bg nasihat dia berkenan kerisauan ahli & pengundi PAS saja. Kalau ikhlas berjuang dlm Islam insyaAllah ada jln dibuka/dimudahkanNya.

    Lagi 1, jgn le AT buat pasal, guna bahasa blog dia (bhs kasar & kesat), bila jumpa sorang ulamak cam TGHH tu..naya je kang kena sepak terajang orang Rusila, mau jer Us. Nasha & Mustapha Ali bagi 'flying, side & back kicks' kat AT...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.