Skip to main content

Lembaga Disiplin : Khalid Samad atau Hasan Ali yang kena?

G. Manimaran, Adib Zalkapli dan Syed Jaymal Zahiid Syed Kamal

PETALING JAYA, Dis 25 – Jawatankuasa disiplin PAS mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti adanya kes kukuh terhadap dua pemimpin PAS Selangor termasuk ketua negeri Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, Hasan yang kini merupakan pesuruhjaya PAS negeri dan bekas timbalannya Khalid Samad akan dipanggil untuk memberi penjelasan lanjut kepada jawatankuasa itu minggu pertama bulan depan.

Pengerusi jawatankuasa disiplin Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, walaupun mereka, yang bertemu malam kelmarin berpuas hati dengan laporan bertulis kedua-dua Hasan dan Khalid. tetapi memerlukan penjelasan lanjut.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan bertulis diberikan oleh mereka. Kami mendapati adanya kes terhadap mereka.

“Jadi, kami memutuskan untuk memanggil mereka supaya memberi penjelasan lisan berhubung beberapa aspek,” tambah beliau ketika dihubungi.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan aspek yang memerlukan penjelasan lanjut. Tanggal 7 dan 9 Jan telah ditetapkan untuk memanggil mereka menghadap anggota jawatankuasa disiplin, kata Tuan Ibrahim yang juga salah seorang naib presiden PAS.

“Kami sudah pun menghubungi Khalid dan beliau telah bersetuju untuk bekerjasama dengan kami dan akan menemui jawatankuasa pada 7 Jan. Beliau sudah pun bersetuju untuk menemui kami,” ujar beliau.

“Bagaimanapun belum ada tarikh persetujuan daripada Datuk Hasan dan sekretariat akan berhubung dengan Datuk Hasan untuk membolehkan beliau menemui kami,” katanya.

Kedua-dua mereka sedang disiasat kerana mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang didakwa menjejaskan imej parti. Antara bukti yang diserahkan ialah rakaman audio seorang pemimpin PAS yang didakwa memperlekeh kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat. Tuan Ibrahim menjelaskan bentuk hukuman bergantung pada penjelasan susulan mereka.

Jawatankuasa disiplin mempunyai tiga pilihan hukuman iaitu memberi amaran bertulis, menggantung jawatan yang disandang ataupun memecat dari parti, bergantung pada tahap serius kesalahan dilakukan.
Belum ada keputusan untuk memanggil saksi-saksi lain, kata beliau.

“Jawatankuasa disiplin akan menentukan hukuman, bukannya jawatankuasa pusat. Bagaimanapun mereka yang disabitkan kesalahan boleh merayu kepada jawatankuasa pusat,” kata Tuan Ibrahim.

Mengenai khabar angin bahawa Hasan sudah diputuskan hukuman ketika pertemuan kelmarin, Tuan Ibrahim menafikan perkara itu.

“Kami masih di peringkat mengkaji penjelasan mereka, jadi tiada situasi demikian (hukuman sudah dijatuhkan),” katanya.

Khabar angin bahawa Hasan yang juga Exco Kerajaan Selangor sudah dikenakan hukuman bertiup sejak awal pagi semalam, beberapa jam selepas jawatankuasa disiplin selesa mengadakan mesyuaratnya. Spekulasi mendakwa jawatankuasa disiplin telah mengesyorkan agar Hasan digantung dari parti selama dua penggal.

Hasan tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau. Bagaimanapun kelmarin Hasan memberitahu pemberita bahawa beliau bersedia meletakkan jawatannya dalam parti jika perkara itu diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.

Namun beliau berharap apa pun keputusan yang bakal dikenakan jawatankuasa disiplin, ia perlu dibuat secara adil dan tanpa sebarang muslihat.

The Malaysian Insider juga difahamkan khabar angin Hasan sudah dikenakan hukuman disebarkan oleh saingan dalam parti dalam usaha untuk mengenakan tekanan ke atas jawatankuasa disiplin agar menghukum Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Gombak Setia itu.

Kumpulan yang menentang kepimpinan Hasan bimbang jawatankuasa disiplin akan mengambil masa sebelum membebaskan beliau, demikian kata seorang pemimpin PAS.

Bagaimanapun dua lagi naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar semasa dihubungi The Malaysian Insider lewat semalam juga menolak khabar angin sedemikian.

“Apa jua keputusan ia mesti disahkan oleh jawatankuasa pusat tetapi kami belum mendengar apa-apa,” katanya.

Salahuddin juga berpandangan sama dengan Mahfuz. Bagaimanapun katanya, beliau “tidak pasti” sama ada jawatankuasa disiplin sudah memutuskan bentuk hukuman ke atas Hasan.

Dalam pada itu, Khalid pula ketawa besar sambil menganggap ia sebagai “jenaka” hujung tahun.

“Saya ada mendengar khabar angin ini dan ada blog yang membawa maklumat ini,” kata Khalid, juga Yang Dipertua PAS Shah Alam, yang turut dihubungi lewat semalam.

Bagaimanapun kata beliau, adalah terlalu awal untuk mengatakan mengenai keputusan siasatan jawatankuasa disiplin. Khalid mengandaikan mereka akan mengetahui keputusan jawatankuasa disiplin akhir bulan depan.

“Kita masih di peringkat awal siasatan, mereka (jawatankausa disiplin) masih meneliti laporan kami dan mereka akan mengemukakan kepada jawatankuasa pusat untuk perbahasan,” kata Ahli Parlimen Shah Alam ini.

The Malaysian Insider difahamkan jawatankuasa pusat PAS akan mengadakan mesyuarat akan datang pertengahan bulan depan.

Comments

  1. oh great..cantik la tergantung camtu...Apa kes? Tak pulak disebut dakwaan apa nama?

    Kalo kena pecat, harus si Hasan tu lambat siang nak masuk UMNO. Kalo takat turun pangkat/ gantung, ada ada hal pada si Hasan.
    Khalid Samad pun apa silap dia, hukum sajalah. Biar adil.

    ReplyDelete
  2. mimpi di panas terik apa..? 7 JAN 2020..lembaga displin kata "demi memperkukuhkan PAS maka semua pihak dan individu dlm PAS akan yg bertelagah tiada tindakan dsiplin dan diminta semua kembali ke asas perjuangan PAS dan ahli PAS hendaklah sentiasa wa'la....BLA..BLA.BLA.."....

    ReplyDelete
  3. Aduka,

    Rasanya kena cari karpet yang lebih besar dan lebih teballah!

    ReplyDelete
  4. hahaha....

    pasal gntung 2 penggal tuh, bukan ker lu AT yg timbulkan mende nih selepas kecewa dk nuggu kptsn mesyorat mlm tu. hahaa... sengal giler diorang. ada gk yg caye berita ko ni. budus tul....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.