Skip to main content

Kita doa sampai pecah perut : Nik Aziz

Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu.

Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan.

Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain. "Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya.

Bagaimanapun, sorakan mereka terhenti seketika, apabila seorang hadirin demo yang hanya mahu dikenali sebagai abanghensem menjerit : "Tahaluf dengan UMNO lebih syarie!"

Comments

  1. apa la nak jadi dgn tok guru kesayangan korang ni..huhu

    ReplyDelete
  2. Kononnya Islam itu Pas dan Pas itu Islam.

    Ada satu teka-teki: Apakah perbezaan di antara orang Islam dengan orang Pas?

    Jawapan: Akhlak dan tingkahlaku.

    ReplyDelete
  3. doa je pon..bukn curi duit rakyat pon..bukn bunuh org pon.doa je pon nk jd modal.org miskin smpai mkn siput babi x kesa....

    ReplyDelete
  4. jarang TGNA macam ni..aku rasa mmg bergetar hati Najib dan UMNO..aku agak pasni Najib atau Muhyiddin mesti bergegas ke Kelantan mengadap TGNA...kononnya lawatan kerja la....

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  5. Bhai..wa ingat lu kena tukar projek lu Langgar TGHH kepada TGNA..Wa rasa la..itu baru betul..Pasal yang dok datang menyokong tuh semua tajaan Ariffahmi..tak gitu bhai?
    Lagi satu agak2 tahun depan..kalau tak jadi jugak TGHH ..wa tak tahu nak cakap apa la..Pasal lu sembang lebat beb..Dah berbulan2 plan..tapi tak jadi jugak beb..apesal?Aku nak jugak tgk berita utama kat Utusan Meloya..TGHH dilanggar oleh Blogger AT..Baru lu glamer bro..

    ReplyDelete
  6. oiii oiii oiii... wa mana ada pagi tadi.... orang lain tu nyamar jadi wa.... jangan memain..... nanti wa saman kan.... ujan lebat giler kat umah wa.... yang peliknya kawasan umah wa jer ujan lebat... kat tempat lain elok jer....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. Dulu, masa kat sekolah ada kecurian. Ustaz panggil kami semua. Ustaz kata siapa yang ambil sila pulangkan segera. Kalau tidak ustaz akan beri minum air yasin. Siapa yang ambil, perut dia akan kembong macam belon. Mendengar itu, seorang budak tampil mengaku dan memulangkan barangan yang dicuri. Mungkin kaedah sebegitu yang mahu dilakukan tok guru. Memberi ugutan supaya pesalah gentar dan memulangkan benda yang dicuri.

    ReplyDelete
  8. Najib kata, biar pecah diperut jangan pecah di mulut ahaha, drp pecah di mulut altantuya, biar pecah perut dan meletup semua badan dgn c4

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.