KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan di setiap pasaraya di negeri itu susulan kejadian di pasar raya KB Mall petang semalam apabila dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.
"Pagi ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat ke tempat kejadian dan beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.
"Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.
Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar berkenaan di tingkat bawah pasar raya berkenaan.
Takiyuddin berkata antara perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat terbabit ialah bagi mendapatkan gambaran jelas daripada pihak polis dan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah segera yang akan diambil oleh pihak pengurusan pasar raya.
"Kita akan bincang dan dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian itu. Kita percaya polis atau bomba sudah mengenalpasti puncanya melalui siasatan awal," katanya.
Sehingga pagi ini beliau berkata pasar raya itu masih ditutup kepada orang ramai bagaimanapun keputusan untuk membuka atau menutup pasar raya itu akan ditentukan di dalam mesyuarat terbabit.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kira-kira setengah jam.
Tinjauan mendapati orang ramai masih berpusu-pusu di luar pasaraya bagi melihat kejadian semalam selain menunggu arahan sama ada pasar raya itu ditutup atau dibuka untuk urus niaga hari ini. - Bernama
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.
"Pagi ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat ke tempat kejadian dan beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.
Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.
Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar berkenaan di tingkat bawah pasar raya berkenaan.
Takiyuddin berkata antara perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat terbabit ialah bagi mendapatkan gambaran jelas daripada pihak polis dan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah segera yang akan diambil oleh pihak pengurusan pasar raya.
"Kita akan bincang dan dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian itu. Kita percaya polis atau bomba sudah mengenalpasti puncanya melalui siasatan awal," katanya.
Sehingga pagi ini beliau berkata pasar raya itu masih ditutup kepada orang ramai bagaimanapun keputusan untuk membuka atau menutup pasar raya itu akan ditentukan di dalam mesyuarat terbabit.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kira-kira setengah jam.
Tinjauan mendapati orang ramai masih berpusu-pusu di luar pasaraya bagi melihat kejadian semalam selain menunggu arahan sama ada pasar raya itu ditutup atau dibuka untuk urus niaga hari ini. - Bernama
kene tolak leh runtuh bangunan ke?
ReplyDeletehaha..
klu langgar masa bwk kete
mau 1 bangunan KB MALL roboh kot..haha
lawak pon ada..
sapa yg buat KB MAll tu?
harap bukan kroni yg dibolehkan dlm islam yg buat...hehe
dengarnye ni projek kroni jugak. bukang nye kroni TGNA or husam or TGHH or, task force.. wa dgr2 ni projek kroni raja pompuang klantang? btoi ke bhai..?
ReplyDeleteSumber 1.
ReplyDeletehttp://dikelantan.com/kota-bharu-kelantan/kb-mall-makan-kb-bazar-ish/
Sumber 2.
Wholly owned and managed by Y.S. Tang Holdings Sdn Bhd, KB Mall is a joint venture with Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).
http://www.malaysiapropertynews.com/2007/10/shopping-haven.html
Jauh lagi la Takiyuddin nak jadi MB :)
ReplyDeleteklu kroni sultan2 yg wat..
ReplyDeletebior blogger2 je
memainkan peranan...haha
Bnda nk jd, np nk slhkn bgnn plak?? Klu hangpa yg reka bgnn, ade ke hgpa akn pk bnda2 pelik cmni bley jd? Rasional la bro.. Tkde kaitan dgn kroni n sewaktu dgnnya. Gua bg cnth, klu lu nk buat bgnn dkt airport, ade kah lu akn reka bgnn yg bley thn klu ade kapal terbang jth??? Dh ttu bnda2 cmtu lu tkkn pk.. Org yg slh adlh driver yg cuai.. Simple.. Sm mcm kes keta terjun bgnn yg pernah jd kt Selangor.. t
ReplyDeletelain kali 'car park' atas bangunan tu kita kena kukuhkan/tebalkan lantai dan dinding supaya bila kren berat 30 tan langgar pun tak jadi apa..tak lut..tak runtuh...buat ler apa patut asalkan alasannya konkrit..hehe.
ReplyDeletebangunan KBMALL ni ada campur tangan istana gak.... masa nak bukak pun atas arahan istana KBMALL dibukak sebelum siap 100%.... abis tu kerajaan negeri nak buat apa..... kena akur la....
ReplyDelete-abanghensem
Ambe tak pernah letak kete kat atas bangunan. Bimbang jatuh.
ReplyDelete'bangunan KBMALL ni ada campur tangan istana gak.... masa nak bukak pun atas arahan istana KBMALL dibukak sebelum siap 100%.... abis tu kerajaan negeri nak buat apa..... kena akur la....'
ReplyDeleteabanghensem,
kalau begitu apa beza kerajaan Umno dgn Pas? buat bangunan tak ikut spesifikasi sbb wala' kan istana.
bila berlaku macam ni ada berani kerajaan negeri nak blame istana? istana goyang kaki aje bhai....
di Perak, Pas berani lawan istana, siap nak saman..kenapa Pas Kelantan takut??
CgLyn,
kalau begitu jangan letak kereta atas tanah bimbang tanah runtuh...
jangan letak kereta bawah garaj bimbang garaj tumbang.....
apa la punya mind set..ape apehal berbalik kpd kewaspadaan kita la bhai.....
-Penembak Babi (ori)-
apa lg,
ReplyDeletebukaklah kertas siasatan awam...hehe
kerajaan negeri leh wat tak?
tgk drawing plan bangunan tu,
samada drawing yg hampeh
or yg buat binaan tu yg hampeh..hehe
ni masalah
utk hentak raja yg mgabiskan duit rakyat....haha
penembak babi oiii....
ReplyDeleteelok lu la ketuai protes kat istana kelantan.... setakat cakap dalam ni tak de guna bro.... lagi pun kerajaan kelantan ni dah berapa kali dah sound istana pasal hal² pentadbiran.... tapi orang kelantan kenal sangat sapa permaisuri tu... bukan nak dengar cakap orang.... sekarang sejak Tengku Faris jadi pemangku lah tenang skit pentadbiran negeri dari campur tangan istana..... sebab tu la TGNA berani mintak istana bawak balik sultan berubat kat Malaysia.....
-abanghensem
-jgn provok penembak babi kandang wat demo..kang tak pasal2 wat sepanduk 'KAWE NOK BRAHIM ALI,NATE MU' kt depan istana tue..
ReplyDelete-geng2 pemuda umno nie jgn wat memain,sume nie hasil mnghayati lgu 'anak kecil main api'..kahkahkah..
-zargus-
gua kat hutan Amazon ni, tgh cari babi buat lauk. mana boleh buat demo....
ReplyDeletelu yg duk Kelantan la gegar sikit istana berhantu tu.....
-Penembak Babi (ori punye tau)-
betul ke dinding mcm tu, kt parking mana2 perlu ada tulang besi? kat bangunan mn dinding mcm tu ada tulang besi?
ReplyDeletersnya tembok mcm tu mmg mcm dinding rumah je, x de tulang..
tumpang bertanya je..
anon 2:28....
ReplyDeletependapat wa.... minah tu laggar bukan penghadang jalan tu.... tu kat tengah bnagunan.... bukan kat tepi bangunan.... tak silap wa tu dinding kat tengah² bangunan..... ada sisp angin cam tingkap NAKO rumah tu...... sebab tu lah dinding tu diikat bata ikut standard rumah jer.....
-abanghensem
Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw:
ReplyDelete“Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.