Skip to main content

Kerajaan Kelantan kaji semula tahap keselamatan setiap pasar raya

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan di setiap pasaraya di negeri itu susulan kejadian di pasar raya KB Mall petang semalam apabila dua mangsa terkorban dihempap sebuah kereta yang terjatuh daripada tempat letak kereta di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi memperhalusi dan membincangkan mengenai aspek keselamatan di setiap pasar raya.

"Pagi ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melawat ke tempat kejadian dan beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) supaya mengadakan mesyuarat segera hari ini.

"Kita akan panggil jabatan berkaitan seperti polis, bomba, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak pengurusan pasaraya KB Mall pada mesyuarat itu bagi membincangkan langkah seterusnya selain akan mengkaji semula tahap keselamatan bangunan pasar raya di negeri ini," katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian di sini hari ini.

Mangsa yang maut adalah Siti Nor Amira Samsuddin, 19, dan Siti Nor Diana Azman, 18, kedua-duanya dari Kolej Kejururawatan Masterskill Cawangan Kota Baharu manakala dua lagi yang parah iaitu rakan mereka Rashidah Ahmad Lutfi, 24, dan pemandu kereta Ford Laser TX3, Nor Ain Said, 19.

Kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Nor Ain itu rosak dan ditolak rakan beliau yang dikenali sebagai Sabri dan hilang kawalan, merempuh tembok penghadang bumbung pasar raya itu lalu terjunam dan menghempap tiga pelajar berkenaan di tingkat bawah pasar raya berkenaan.
Takiyuddin berkata antara perkara yang akan dibincangkan di dalam mesyuarat terbabit ialah bagi mendapatkan gambaran jelas daripada pihak polis dan bomba bagi mengenal pasti punca kejadian dan langkah segera yang akan diambil oleh pihak pengurusan pasar raya.

"Kita akan bincang dan dapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai kejadian itu. Kita percaya polis atau bomba sudah mengenalpasti puncanya melalui siasatan awal," katanya.

Sehingga pagi ini beliau berkata pasar raya itu masih ditutup kepada orang ramai bagaimanapun keputusan untuk membuka atau menutup pasar raya itu akan ditentukan di dalam mesyuarat terbabit.

Sementara itu, Nik Abdul Aziz ketika ditemui selepas melawat tempat kejadian berkata kejadian itu adalah sesuatu yang tidak dijangka dan berlaku di luar dugaan.
"Benda ni berlaku payah nak fikir, semua kuasa Allah, berlaku dinding yang begitu tebal tiba-tiba boleh runtuh, daripada runtuh kena yang di luar dugaan kita dan juga engineer (jurutera) itu sendiri," katanya yang melawat kira-kira setengah jam.

Tinjauan mendapati orang ramai masih berpusu-pusu di luar pasaraya bagi melihat kejadian semalam selain menunggu arahan sama ada pasar raya itu ditutup atau dibuka untuk urus niaga hari ini. - Bernama

Comments

  1. kene tolak leh runtuh bangunan ke?
    haha..
    klu langgar masa bwk kete
    mau 1 bangunan KB MALL roboh kot..haha
    lawak pon ada..

    sapa yg buat KB MAll tu?
    harap bukan kroni yg dibolehkan dlm islam yg buat...hehe

    ReplyDelete
  2. dengarnye ni projek kroni jugak. bukang nye kroni TGNA or husam or TGHH or, task force.. wa dgr2 ni projek kroni raja pompuang klantang? btoi ke bhai..?

    ReplyDelete
  3. Sumber 1.

    http://dikelantan.com/kota-bharu-kelantan/kb-mall-makan-kb-bazar-ish/

    Sumber 2.

    Wholly owned and managed by Y.S. Tang Holdings Sdn Bhd, KB Mall is a joint venture with Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

    http://www.malaysiapropertynews.com/2007/10/shopping-haven.html

    ReplyDelete
  4. Jauh lagi la Takiyuddin nak jadi MB :)

    ReplyDelete
  5. klu kroni sultan2 yg wat..
    bior blogger2 je
    memainkan peranan...haha

    ReplyDelete
  6. Bnda nk jd, np nk slhkn bgnn plak?? Klu hangpa yg reka bgnn, ade ke hgpa akn pk bnda2 pelik cmni bley jd? Rasional la bro.. Tkde kaitan dgn kroni n sewaktu dgnnya. Gua bg cnth, klu lu nk buat bgnn dkt airport, ade kah lu akn reka bgnn yg bley thn klu ade kapal terbang jth??? Dh ttu bnda2 cmtu lu tkkn pk.. Org yg slh adlh driver yg cuai.. Simple.. Sm mcm kes keta terjun bgnn yg pernah jd kt Selangor.. t

    ReplyDelete
  7. lain kali 'car park' atas bangunan tu kita kena kukuhkan/tebalkan lantai dan dinding supaya bila kren berat 30 tan langgar pun tak jadi apa..tak lut..tak runtuh...buat ler apa patut asalkan alasannya konkrit..hehe.

    ReplyDelete
  8. bangunan KBMALL ni ada campur tangan istana gak.... masa nak bukak pun atas arahan istana KBMALL dibukak sebelum siap 100%.... abis tu kerajaan negeri nak buat apa..... kena akur la....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. Ambe tak pernah letak kete kat atas bangunan. Bimbang jatuh.

    ReplyDelete
  10. 'bangunan KBMALL ni ada campur tangan istana gak.... masa nak bukak pun atas arahan istana KBMALL dibukak sebelum siap 100%.... abis tu kerajaan negeri nak buat apa..... kena akur la....'

    abanghensem,

    kalau begitu apa beza kerajaan Umno dgn Pas? buat bangunan tak ikut spesifikasi sbb wala' kan istana.

    bila berlaku macam ni ada berani kerajaan negeri nak blame istana? istana goyang kaki aje bhai....

    di Perak, Pas berani lawan istana, siap nak saman..kenapa Pas Kelantan takut??

    CgLyn,

    kalau begitu jangan letak kereta atas tanah bimbang tanah runtuh...

    jangan letak kereta bawah garaj bimbang garaj tumbang.....

    apa la punya mind set..ape apehal berbalik kpd kewaspadaan kita la bhai.....

    -Penembak Babi (ori)-

    ReplyDelete
  11. apa lg,
    bukaklah kertas siasatan awam...hehe
    kerajaan negeri leh wat tak?


    tgk drawing plan bangunan tu,
    samada drawing yg hampeh
    or yg buat binaan tu yg hampeh..hehe

    ni masalah
    utk hentak raja yg mgabiskan duit rakyat....haha

    ReplyDelete
  12. penembak babi oiii....

    elok lu la ketuai protes kat istana kelantan.... setakat cakap dalam ni tak de guna bro.... lagi pun kerajaan kelantan ni dah berapa kali dah sound istana pasal hal² pentadbiran.... tapi orang kelantan kenal sangat sapa permaisuri tu... bukan nak dengar cakap orang.... sekarang sejak Tengku Faris jadi pemangku lah tenang skit pentadbiran negeri dari campur tangan istana..... sebab tu la TGNA berani mintak istana bawak balik sultan berubat kat Malaysia.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  13. -jgn provok penembak babi kandang wat demo..kang tak pasal2 wat sepanduk 'KAWE NOK BRAHIM ALI,NATE MU' kt depan istana tue..

    -geng2 pemuda umno nie jgn wat memain,sume nie hasil mnghayati lgu 'anak kecil main api'..kahkahkah..

    -zargus-

    ReplyDelete
  14. gua kat hutan Amazon ni, tgh cari babi buat lauk. mana boleh buat demo....

    lu yg duk Kelantan la gegar sikit istana berhantu tu.....

    -Penembak Babi (ori punye tau)-

    ReplyDelete
  15. betul ke dinding mcm tu, kt parking mana2 perlu ada tulang besi? kat bangunan mn dinding mcm tu ada tulang besi?
    rsnya tembok mcm tu mmg mcm dinding rumah je, x de tulang..

    tumpang bertanya je..

    ReplyDelete
  16. anon 2:28....

    pendapat wa.... minah tu laggar bukan penghadang jalan tu.... tu kat tengah bnagunan.... bukan kat tepi bangunan.... tak silap wa tu dinding kat tengah² bangunan..... ada sisp angin cam tingkap NAKO rumah tu...... sebab tu lah dinding tu diikat bata ikut standard rumah jer.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  17. Benarlah keadaan yang digambarkan oleh Rasulullah saw:

    “Akan berlaku di akhir zaman keadaan yang celaru, orang amanah dikatakan khianat, orang khianat dikatakan amanah, orang benar dikatakan bohong dan orang bohong dikatakan benar”.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...