Skip to main content

Kencing padu maut terbaru dari Ostad Idris Penerangan PAS.

Konvensyen Blogger turut dibuka kepada penyokong PAS

KUALA LUMPUR - Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat.

Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit.

Hanya peserta yang mendaftar awal, iaitu sebelum 18 Disember 2009 sahaja yang akan dibenarkan masuk ke Dewan Dat' Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Program akan dirasmikan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato' Hj Abd Hadi Awang dan Kelab Blogger PAS akan turut dilancarkan pada hari berkenaan.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

1. Pelik. Ni dah kes kencing dah nih. Punyalah PAS bergadoh dengan blogger BR bukan ahli PAS yang mempertikaikan kewajaran mengundang blogger berahli PAS sahaja; kini PAS U turn dengan jemput blogger bukan ahli PAS.

Gua tidak mengatakan gua setuju atau tidak dengan keputusan PAS ingin mengadakan konvensyen khusus untuk blogger ahli PAS (BAP); tetapi tindakan U turn ni memang pelik. Pada wa, kes ni memang kes kencing. Hanya tahap ahli PAS sahaja layak untuk dikencing.

Katakan mendapat sambutan hangat dari BAP, sudah pasti PAS, terutama puak UG dengan megah menggunakan sambutan blogger BAP terhadap program konvensyen. Berminggu-minggu dihighlight dalam Siasah dan Harakah. Betapa besarnya kekuatan mereka.

Dan jika mendapat sambutan BAP, katakan sehingga mencecah ratus, sudah pasti TIDAK WUJUD SAMA SEKALI keputusan U turn dengan membuka peluang blogger PAS bukan ahli (BPBA) untuk turut serta. Bukankah BPBA tidak memahami karektor sebuah jemaah Islami? Tidak tahu apa itu thiqah dan wala', etc?

2. Persoalannya di sini, ialah; mengapa berlaku ketetapan falsafah U turn? Setakat IQ taraf Ostad Melayu macam Idris sungguh mudah. IQ tahap ulama genetik Melayu cukup simple. Katakan Melayu Abu sebelum ini berkeras tidak mahu menghadiri majlis kenduri Ali. Dan diberi alasan pelbagai. Alasan dalil dan nas.

Kemudian, apabila wujud keperluan terpaksa menghadiri majlis kenduri Ali, sudah pasti dia takut dan diburu dengan bayang-bayang terdahulu. Ludah-ludah terdahulu. Sebaik sahaja sampai di majlis kenduri Ali, tanpa ditanya, perkataan pertama Melayu Abu akan keluarkan ialah mengenai ludah-ludah terdahulu.

"Gua datang ni sebab tak sampai hati kat Ali."
Atau pelbagai lagi kenyataan yang bermotif menutup ludah-ludah terdahulu. Ini IQ stendet. Satu reaksi normal. Dari dari situ kita boleh menentukan motif.

So, mari kita pergi kepada perenggan pertama dari sebuah kenyataan U turn dari IQ tahap ulama gen Melayu.

Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009..
Kerana takut ludah-ludah atau bayang-bayang, ayat pertama ostad Melayu ni susun ialah mengenai 'permintaan'. Ini kes kencing bhai... gua bukan ahli PAS. Lu nak tipu semudah itu. Tak munasabah di akhir2 tarikh konvensyen, tiba-tiba tebang falsafah pertama untuk tegakkan falsafah U turn.

3. Sebenarnya, katakanlah malu dan segan kerana BAP hanya berjumlah kurang dari 10 orang untuk dijadikan satu bentuk konvensyen. Gua bukan produk jemaah Rusila, gua bukan produk tarbiyah PAS untuk lu kencing semudah ABC.

Ostad Idris, tu pasal gua cakap lu akan kekal bodoh walau ijazah lu menggunung. Lu masuk blog wartamaya dan listkan BAP selain pimpinan PAS. Lu takan dapat jumlah ratus. Paling banyak lu akan dapat 20.

Dan dari 20, berapa UG dan berapa BR? Kerat janggut Hadi depan jemaah Rusila gua berani, tak sampai 10 BAP selain pimpinan. Dari dari jumlah itu, berapa yang berkemampuan untuk hadir? Campur dengan BAP berstatus pimpinan. Dapat berapa? Belas orang sahaja bhai..

Dari belas orang, lu nak tangkap gambar macamana dalam dewan sebesar Ostad Fadhil tu? Dan gambar itu akan menjadikan lu (PAS) semakin damage. Nak siar damage, tak siar lagi damage.

4. Berbuih mulut gua story sama lu. Ulama Melayu adalah bodoh secara genetik. Apatah lagi untuk wadah perang macam ni. Sebab itu Islam menetapkan satu falsafah yang lengkap dan tidak ada kelemahan walau sebutir zarah. Yakni; serahkan sesuatu itu kepada ahlinya.

Bukannya Kepimpinan Ulama. Asal tak tinggal solat, walau bodoh macam babi ternak, kita mesti thoqah dan wala'. Ini bidaah sesat yang dicipta manusia.

5.

Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan Blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang.
Jadi, kalau lu nak cover damage; langkah suntuk pertama ialah U Turn dengan open kepada BPBA. Dan kalau itu pun still tidak dapat sambutan, atau diboikot, langkah terakhir ialah wajibkan semua AJK cawangan hadir. Penuh dan ramai Dewan Ostad Fahil.

Then, konvensyen tu berbau program kursus ala2 Puteri UMNO anjurkan supaya peserta jadi blogger. Tak caya? Wait n see la. Setakat IQ Ostad Idris n Hadi.....

Comments

  1. aduka tak takut ke bila kata2 aduka yang kasar dan angkuh ini di hisab di depan Allah di depan Allah?

    ReplyDelete
  2. -kan senang klu ajak awal2,nie x, mase mula nk wat konvokesyen nie,kemain eksyen lg, jmput yg ahli jer, yg bkn ahli xleh join sbb katenye nk dilantik pimpinan blogger,yg akan dihantar sorang(pres bloger la tue) wakil ke ajk pas pusat, bile di semak2 yg hntar confirmation utk join 2-3 kerat jer..ermm, trpaksa la jilat blik ludah tue sudahnye..pemimpin yg merasmikan pun,geng ug,blog pun xde, malah xtau la ade intrnet ke kt umah tue...mcm2 pas skang nie..

    -nanti2 la klu nk wat konvo tue pun, slesaikan dlu kes asan ali tue,rakyat dah lame tggu..

    -zargus-

    ReplyDelete
  3. wa rasa diaorg wat kornar baring laaaa... cecah pipi tu..haha

    so wa harap
    xada baiah cerai taklik masa
    semua blogger pro PAS turun...haha

    ReplyDelete
  4. Ni ayat yang aku suka sangat2 tulisan Aduka yang 200% percent tepat lagi tidak menyesatkan....

    "Ulama Melayu adalah bodoh secara genetik. Apatah lagi untuk wadah perang macam ni. Sebab itu Islam menetapkan satu falsafah yang lengkap dan tidak ada kelemahan walau sebutir zarah. Yakni; serahkan sesuatu itu kepada ahlinya".

    "Bukannya Kepimpinan Ulama. Asal tak tinggal solat, walau bodoh macam babi ternak, kita mesti thoqah dan wala'. Ini bidaah sesat yang dicipta manusia"

    ReplyDelete
  5. hah bukan ke betul kata aku, kalu ajak salah tak ajak salah, setakat aduka taruk ni, memang boleh baca perangai bangang dia, dah memang bangang tahap tapir dah dia ni, kalu tak ajak dia kata macam macam mesti ada aje idea celaka dia, alah apo salahnya ustaz idris kencing lu pun, lu memang tempat kencing je

    ReplyDelete
  6. Biarlah Allah yang membalas kata-kata awak.

    Jika baik akan mendapat balasan baik.

    Jika tidak tanggunglah sendiri!

    -Den budak Langat

    ReplyDelete
  7. "Bagi yang berminat menyertai konvensyen pada 20 Disember ini bolehlah mendaftar kepada penerangan.paspusat@yahoo.com dengan menyertakan Nama Sebenar, No. Kad Pengenalan, Alamat Blog, Email dan No. Telefon Bimbit."


    Awas..sila berhati-hati.
    Bila anda mula dikenali,
    mungkin nasib anda seperti ditimpa 'BALA'.

    Bukan takut, tapi bijak dalam mengatur strategi meneruskan perjuangan yg penuh rintangan !

    Salam Perjuangan..

    -Den budak Kedah

    ReplyDelete
  8. konvesyen ni patutnya bagus diadakan...tapi tu ler dia, konon untuk memperkasakan PAS...aku takut depa geng UG guna ni untuk depa 'ikat' bloggers dgn rantai kaki tangan 'wala & thiqah'..belenggu minda, jgn tulih lelebih kang masuk neraka bla bla bla....ho ho ho..sapa nak pi, selamat pi & balik...kalau tak pi lagi elok kot.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...