Skip to main content

Isu DAP persoal dana masjid.

Oleh : AdukaTaruna

Dari segi kebebasan amalan demokrasi, lu cakaplah, persoalkan lah apa sahaja. Dari segi ahli politik yang mahu mengetahui erjalanan harta negara, tanyalah dan cungkillah serapi-rapinya.

Tapi dari segi taktikal politik, atau khusus seperti N3 yang terdahulu mengenai kestabilan, DAP tidak wajar memilih perjuangan itu untuk fasa sekarang. Dalam perenggan ini, gua memilih untuk bersetuju dengan Nash.

Apa yang berlaku sebenarnya.

Apa yang berlaku sebenarnya ialah tangan2 yang merosakkan Islam. Tungku Rahman seingat gua pernah menjawab soalan media Hong Kong akan kewajaran membina masjid yang banyak. Dia menjawab BN terpaksa membina masjid yang banyak supaya tidak tenggelam oleh PAS dalam sentimen Islam.

Pada gua, masjid-masjid yang dibina oleh pemerintah munafik akhir zaman memang mengarut dan melampaui keperluan. Ianya adalah fitnah kepada Islam sendiri. Masjid berkos RM4 juta boleh naik sehingga RM8 juta. Dan bila tiba saat2 jemaah, hanya 8 orang. Jangan kata Nga atau Ngeh, gua pun meluat.

Masjid terlalu banyak dan rapat-rapat. Program masjid tidak setimpal dengan kos hasil duit Cina yang membayar cukai paling tinggi. Memang benar, ada masjid di bawah dana zakat, tapi, bagaimana mahu mengurangkan fitnah kepada Islam kalau sejumlah besar yang lain adalah benar seperti yang mereka dakwa?

Macam Pusat Dakwah Islam Paroi. Gua tak nampak fungsi yang berbaloi dengan jumlah kos pembinaannya. Kalau setakat menempatkan pejabat, tidak perlu membazir sebegitu. Kalau setakat program solat terawikh setiap Ramadan, juga tidak perlu sebegitu melampau.

Masjid adalah elemen propaganda.

Sebenarnya, kalau boleh gua bagi angka, 90% masjid yang dibina BN adalah elemen propaganda. Mereka membina masjid bukan kerana keperluan, tetapi kerana propaganda.

Gua fikir dan yakin, kalau kesemua masjid yang dibina BN, berfungsi padat seperti Rusila dan Pulau Melaka dan Sri Petaling, berbaloi dengan jumlah wang yang dibelanjakan, DAP pun segan nak pertikaikan. Dan seandainya mereka mempertikaikan juga dalam bentuk demokrasi, kita mempunya hujah dan keyakinan yang tinggi untuk mendepani mereka.

Tapi kalau dalam hal ini? Gua nak fight pun rasa lemau.

Pendekatan politik dalam isu ini.

Gua ingat PAS kena bentuk satu delegasi berjumpa dengan Nga (DAP) bagi menjelaskan kekeliruan yang dia alami. Delegasi itu adalah satu bentuk jenama kepada PAS. Para pengundi melihat bagaimana corak PAS mencilok hak-hak kedaulatan Islam dalam satu pakatan yang masih diperhati rakyat.

Mungkin PAS boleh mengisytiharkan sudut yang mana PAS setuju dan sudut yang mana PAS tidak setuju. Contohnya, dalam kes-kes penyalahgunaan dana pembinaan masjid, jika ada, PAS setuju dan menyokong DAP untuk melawannya. Atau pun jika wujud elemen pembaziran dalam satu-satu projek tidak kira masjid atau bangunan lain, PAS juga menentang.

Tetapi, dalam tajuk perbandingan jumlah masjid dengan jumlah rumah ibadat lain, PAS membantah secara demokrasi dan ilmiah. Dan dalam hal ini juga, inteligen PAS perlu pantas mengeluarkan jumlah masjid dalam negara berbanding rumah-rumah ibadah agama lain.

Tekniknya ialah PAS perlu menekankan, jumlah masjid perlu dibaca bersama jumlah rumah ibadat agama lain secara total (Budha, Hindu, Kristian, etc). Ianya pasti seimbang. Kalau dibaca jumlah masjid dengan jumlah rumah ibadah satu agama sahaja, pembolehubahnya tidak sama.

Rumah ibadah berkadar terus dengan keperluan penganut. Jika muslim lebih ramai, sudah pastilah masjid lebih banyak. Sepatutnyalah. Walau sebenarnya, jumlah pembinaan masjid oleh kerajaan tidak berdasarkan keperluan, sebaliknya keperluan propaganda, tapi hal itu, biarlah pembaca blog gua jer faham.

Uiks? Takder maki ke? Fakap penembah burung unta. Haha.

Comments

  1. - bg aku isu masjid byk tp xde pngisian nie , dah brbuih dah org pas slalu ckp..mmg DAP nmpak agak gelojoh dlm isu nie, tp wa rase bgus bangat..biar puak2 umno n fraksi umno naik segan ngan org bukan islam, smpaikan diorang pun leh nmpak betapa byknye masjid2 kt mlaysia nie yg kosong dan x brbaloi dibuat trlalu byk..mcm lu ckp, masjid dibina bkn sebab keperluan tp sebab propaganda n of course utk kontraktor ali baba jgak..

    -zargus-

    ReplyDelete
  2. AT,

    Nga bukan persoalkan nisbah masjid yg banyak. Dia persoal kenapa rumah ibadat lain dapat sikit sangat bantuan kerajaan berbanding masjid.

    Kalau ikut logik, kalau jumlah masjid adalah mengikut nisbah penduduk islam, bolehla diterima. Yg dibangkitkan, RM yg diperuntukkan utk kuil, tokong, gereja dll kenapa sikit sangat.

    Aku bersetuju benda dijawab oleh kerajaan.

    Salah satu sebabnya ialah aku tengok banyak pembaziran dalam membina masjid kebelakangan ni. Contohnya masjid besi kat Putrajaya berharga RM200 juta lebih. Tempat sembayang dia boleh muat berapa orang lah sangat. Mahalnya sebab kos binaan yg terlalu lah canggih kononnya. Tak tau lah kot ada untung berlebih dlm tu.

    Tambah pula dah ada masjid besar lain berdekatan yg juga berharga beratus juta RM.

    Itu dana kerajaan. Kalau masjid yg Syed Mokhtar buat contohnya depan VI tu, tak berapa juta RM pun. Cantik dan praktikal.

    Pada aku biar kerajaan jawab pasal isu ni.

    - kuntau

    ReplyDelete
  3. haha baru nko tau betapa karomahnya bumi Rusila..aku harap nko dan team langgar nko dapat pulang ke rumah masing2 dgn selamat lps balik dr bumi barokah Rusila nanti. jgn ada yg sakit perut sampai rumah atau lebih malang kena cirit birit sebelum sampai Rusila lagi, hehehe....

    nko fikir masak2 sebelum langgar Tok Guru Hj Hadi. buat la solat istikharoh dulu minta hidayah dan petunjuk..jgn menyesal di kemudian hari.

    ReplyDelete
  4. hoi hoi..sedapnya lu memakap gua eh?! kapt_shiqaqi punye budak!

    bhai.. dlm isu ni, Ibrahim Ali lebih laju dr MP UMNO ..kalau laju macam ni, ada can ganti Hadi kot..muahahaha...

    -penembak burung unta-

    ReplyDelete
  5. lim kit siang,
    g bertandang umah hadi ok je..
    sihat walafiat je.
    so bg wa
    apa2 pon..
    niat kene bersih..
    nak hentak pon
    niat kene kasi bersih...
    org bjuang ada yg giler glamer..
    ada yg giler ppuan..
    ada yg giler jawatan..
    ada yg giler duit..
    mcm2 giler ada...haha

    so pastikan niat bersih ala2 bersih dlm debu...haha

    setakat nak bertanya hadi
    wa rasa x payah istikarah pon..
    masa saidina umar kene hentak,
    wa x pasan samada yg g hentak saidina umar tu
    dah wat istikarah ke tak.?hehe

    klu sakit perut tu,
    sah lu kene racun dibumi rusila...haha

    apa2pon..
    niat kasi bersih
    klu punye niat tarak elok..
    elok jgn cari pasai..ehehe

    ReplyDelete
  6. Agak agaknya lah kalau masih ada lagi sahabat Rasulalllah yang 10 orang tetap di janji syurga itu melihat semua masjid di malaysia ....berapakah yang bukan masjid dhirrar yang tinggal ye....mungkin yang kat hujung kampong di bina secara gotong royong dan tanah yang diwakafkan sahaja le...

    ReplyDelete
  7. masjid dibina dengan banyak kerana mengikut fahaman orang melayu, banyak masjid= hebat Islamnya.

    so pasal dah bina, tak yah la nak kata dirar ke tak dirar, paling kurang ada kemudahan untuk solat. nak solat jumaat pun boleh pilih mana yang cepat. bab pengisian takda bukan tugas kerajaan je tapi tugas kita semua.

    so kalau DAP komen pasal nasjid banyak bantuan tapi kuil kurang, tak dapek la na disokong. kita kan negara majoriti umat Islam. tapi kalu dipersoalkan peruntukan masjid banyak giler tapi kalau dikira2 jumlah peruntukan dengan jumlah kos pembinaan nampak ketirisan boleh disokong

    ReplyDelete
  8. DAP jolok isu ni pun bagus gak walau pun agak kasar bunyinya...kerajaan ler kena jawab pasal peruntukan & perbelanjaan duit rakyat.

    Projek BN jer nak bagi nampak byk masjid merata-rata negara, dapat bg pojek kpd rakyat (kroni?),padahal tak perlu pun ada. Tak perlu bila dah ada masjid dekat situ & mencukupi menampung keperluan/ bilangan jemaah. Tak cukup pun, kita leh buat tambahan yg patut je. Tak perlu bina sebijik lain pun. Berjuta-2 RM rugi..tiris duit rakyat.
    Majlis/ jab. agama Islam negeri-2 pun aku tgk dah byk bina pejabat depa, tambahan ler, upgrade ler.. bagai-2... pakai duit mana entah ler..kot pakai duit kerajaan pun kena teliti gak, sedangkan hasil zakat tu untuk golongan yg berhak saja tapi tak diagihkan sepatutnya, ada yg minta tolong tak dilayan sewajarnya pun...Tak amanah & tak adil ler namanya tu...tu tak boleh ler berlaku...memang tak patut.

    Pembaziran/ketirisan camni boleh dielakkan masa depan.

    ReplyDelete
  9. pengisian lebih penting dari bangunan..
    dahulu,
    Masjid nabi tiada segagah sekarang tapi agama ISLAM tinggi syiarnya kerana pengisian dan tarbiah diutamakan..

    hari ini, masjid byk,
    tetapi pengisian ditinggalkan.

    Sama ada tidak dihadiri atau tiada penganjuran..

    di masjid ada penganjuran, tiada yang hadir..
    di masjid yang berdekatan dgn perumahan, dipantau kegiatan tanpa usul periksa..

    Maka jadilah masjid hanya satu simbol wujudkan umat ISLAM di sekitarnya..
    NAMUN.. qualiti Umatnya.. BAGAIMANA??

    ReplyDelete
  10. yo, bro aduka taruna. lu citer bab masjid, bile lak lu nak bina masjid sendiri? kalo lu xde calon lg, lu better follow blog ni, belajar sikit2.... kuang kuang ~~

    Lu try masuk baca laa... hahaha xkan nak bujang sampai ke tua:
    Baytulmuslim

    ReplyDelete
  11. Tenguk!
    DAP jolok sikit tentang hal yang berkaitan dengan agama Islam,sesama islam berbalah sesama sendiri!!!!
    Orang bukan islam,terutamanya DAP,senyum sampai ketelinga!!!!
    Wahai orang Islam,rasional sikit dalam hal sebegini!!Jangan jadi seperti tok-tok Arab,Israel dok melompat aja,melihat kebodohan pemimpin Arab!!!!



    orgkampungje!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...