Skip to main content

Encik Tantawi, terlebih politik dengan bangang politik adalah berbeza.

Oleh : AdukaTaruna

Bhai... tajuk si atas tu gua yang letak. Tajuk sebenar Bongkar Sauh lain. Kang ada pulak yang bangang babitkan Bongkar Sauh dengan kebiadapan gua kang. Tanpa membuang masa, meh kita baca tulisan Bongkar Sauh. Kening dia mcm gua la.... Kategori Jifat Alam Pewira. Kah kah kah..

Minda Zolkharnain Oleh : Bongkar Sauh

Ada perkara yang boleh dipersetujui dan ada pula yang tidak setelah membaca tulisan Ketua Pemuda PAS Pusat selepas ia dilaporkan oleh media arus perdana. KPP itu melahirkan kekecewaannya mengenai ‘kemelut’ dalaman PAS yang dirasainya bergegar dan makan sebelah.

Katanya lagi, sebahagian pimpinan dan anggota PAS yang berlebihan dalam gerak kerja politik dan sangat tidak prihatin kepada usaha tarbiah, menyumbang kepada masalah itu.

Bersungguh-sungguh mempertahankan kerusi, lebih suka mendengar suara-suara luar, ingin cepat menang dalam pilihanraya dan banyak lagi telah menjadikan PAS bergegar dan makan sebelah. Bahkan kalau boleh saya menambah, telah pun bergesel dengan pembahagi jalan.
Baca artikelnya di sini. 

Kenyataan itu ada benarnya, tetapi bagi saya, semua itu menimpa PAS bukan kerana ‘terlebih berpolitik’ tetapi kerana ‘tidak bijak berpolitik’.

Tarbiah (rasanya ini ejaan yang tepat kerana kalau dieja begini, ‘tarbiyyah’, bermakna di atas huruf ya’ ada sabdu yang menunjukkan ia adalah ya’ nisbah, sedangkan ya’ dalam ungkapan tarbiah bukan ya’ nisbah, tarbiah adalah kata terbitan kepada ‘rabba’ – mohon perhatian KPP) tidak semestinya mukhayyam, qiamullail dan seumpamanya. Benar itu adalah program tarbiah, tetapi bukan maksud tarbiah yang sebenar.

Tarbiah bermaksud pendidikan. Pendidikan menghasilkan kebijaksanaan. Kalau tarbiah menghasilkan kejumudan, itu bukan tarbiah. Itu ‘tasjin’, mengurung atau memenjarakan orang dengan program yang dinamakan dengan program tarbiah.

Qiyamullail bukan melahirkan orang ‘mengantuk politik’ tetapi melahirkan orang ‘bijak politik’. Mukhayyam tarbawi bukan melahirkan ‘pekerja lingkungan sendiri’ tetapi ‘pekerja umat’.

Kebijakan berfikir termasuk keupayaan berfikir di luar lingkup sendiri, adalah sebahagian daripada ‘kebijakan politik’. Ini yang kita kurang. Disebabkan tidak bijak berpolitik, kita gagal membaca mood serta kehendak rakyat. Lalu timbullah isu seperti isu sebelum ini sehingga mendorong seminar khas diadakan.

Saya tidak bimbang dengan ‘terlebih berpolitik’, seperti yang dibimbangi oleh KPP, kerana PAS memang parti politik.

Kita tidak perlu memecahkan gerakan kita kepada gerakan tarbiah, gerakan dakwah dan gerakan politik. Cukup kita katakan bahawa kita adalah gerakan politik. Dalam gerakan politik kita boleh berdakwah, bertarbiah dan saya katakan bahawa dakwah dan tarbiah paling berkesan adalah dakwah dan tarbiah melalui saluran politik.

Bukankah kita adalah da’ei siyasi, da’ei murabbi? Justeru, apa perlunya gerakan kita dibahagikan sebegitu rupa?

PAS tidak akan berada di persada seperti hari ini sekiranya PAS tidak ‘lebih berpolitik’. Kalau PAS mengendurkan kerja-kerja politiknya dan memberi tumpuan kepada kerja-kerja tarbiah dalaman semata-mata, nasib PAS sama sahaja dengan Jamaah Tabligh.

Saya lebih bimbang kalau PAS tidak ‘lebih berpolitik’. Kalau tidak mahu ‘lebih berpolitik’, usah jadi parti atau gerakan politik. Jadi sahaja gerakan sufi atau gerakan ratib. Pilih sahaja mana-mana lobang atau gua, berkumpullah di situ untuk meratib. Adakah ada pemimpin PAS yang ingin membawa PAS ke situ?

PAS perlu ‘lebih berpolitik’. Jentera-jentera PAS dalam lajnah apa pun perlu digerakkan untuk kerja-kerja politik termasuk lajnah tarbiah. Bukankah di sana ada pendidikan politik sehingga ilmu politik telah menjadi sebahagian cabang ilmu penting termasuk dalam disiplin ilmu Islam sendiri?. Ya, Siyasah Syariyyah, ini ilmu politikkan?

Perlukah dipisahkan antara tarbiah dan siasah dalam PAS? Adakah sekarang PAS ‘terlebih berpolitik’? Perlukah PAS mengorbankan masa berpolitiknya untuk memberi ruang kepada tarbiah? Saya fikir inilah jerebu pemikiran yang masih menyelubungi kotak fikir KPP Pusat.



Bagi saya PAS telah berada di atas landasan yang betul dengan ‘lebih politiknya’. Kalau perjalanan PAS diganggu oleh makan sebelah atau gegar, itu bukan salah PAS, itu salah pemandunya yang tidak tahu memandu di jalan yang berlopak dengan lopak-lopak politik yang semakin rencam dan mencabar.

Comments

  1. bagi wa.... kalau tak nak terlebih politik jangan join PAS.... join jamaah lain la....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. ostaz Zolkarnain Abidin al-Hafiz ni antara pemimpin Pas yg berani, cerdik dan kritis..kepala hotak dia macam ostaz Zaharuddin abdul Rahman, Saiful Islam, al Bakistani......

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  3. tunggu masa jer mamat neh akan di'ghaib' perlahan2...PAS nak pemimpin yg laju cam kura2...

    -anti VC UM-

    ReplyDelete
  4. seharusnya kita harus jujur menilai..
    usah dengan persepsi buruk kita..
    jgn libatkan dendam dlm persepsi..

    article ini adalah satu wacana ilmiah..
    jika mengambil dari persepsi negatif.. makanegatiflaa hasilnya..
    jika untuk memajukan pemikiran..
    maka itu yang kita dapat..

    ----

    ReplyDelete
  5. yg suka berdendam ni ialah mereka yg cinta sgt kat Umno...dan mereka yg cenderung ke arah itu....iaitu penyokongnya! sanggup khianat amanah ahli parti, sanggup khianat harapan pengundi atas pagar...lepas tu berbohong dlm berbicara, menipu dlm berkata-kata...undi dijanjikan Syurga, tak wala' dijanjikan Neraka..hebat tak hebat pemimpin Pas yg mencintai Umno!!

    ReplyDelete
  6. kening xenan pulak kategori ifrit utama...hahaha

    jibam

    ReplyDelete
  7. -wa lbih minat ngan Ji Kao bro..lg gagah..huhuhu..

    -brani ustad nie mnyanggah artikel KPP PUSAT PERUT..ermm,tgula KPP PUSAT PERUT jd the rock,trpelanting la lu dr gelanggang..huhuhu..

    -zargus-

    ReplyDelete
  8. -senang btul cik mncarisorga nie komen..kalu lu bace artikel nie dr sdut negatif,negatif la jdnye..kalu lu pk dr sudut positif,postif la jd nye..

    -bestnye pmikiran cmnie,kencing pun tak berak pun tak,dah tue trmenung je kt dlm toilet..

    -utk UG,kalu lu pk dr sdut negatif,ngatif la jdnye..bgitula sbaliknye..

    -kalu lu pkir tndakan hadi awang dr sdut ngatif,ngatifla jdnye,bgitula sbaliknye..

    -kalu lu pkir tndakan asan ali yg bancking DO-DO tu sume n hentam SELCAT scara negatif,ngatifla jdnye..bgitula sbaliknye..

    "e'eh,dah tue ape tndakan susulannye?"..

    -cik mncarisorga ckp,kalu tndakan lu dr sdut ngatif,ngatifla jdnye..

    -zargus-

    p/s:ade mnusia sesat dlm mncari syurga..

    ReplyDelete
  9. en Zargus..

    lu tengok komen lu..

    heyy manusia.. hehe..

    lu nak hentam , hentam atas tajuk laa..
    jgn bangang nak mampuss..

    orang citer pasal article KPP, lu citer pasal UG, hasan ali n SELCAT wat ape??..

    tengok.. puak mana yang buat lari tajuk bila tak puas hati??..

    mudah sungguh tuduh orang.
    tapi susah nak admit kekurangan sendiri..

    emosi letak tepi la..
    cerna minda yang elok..
    lu fikir sambil berak ke??

    nak kata lurus bendul..
    lu bleh plak sokong cara penulisan AT.. ( wa puji AT ni, penulisan kreatif dgn satira tp tak semestinya semua bleh pakai.)

    heyyy.. be fair laa..

    kuat lu punya dendam.. hehe..

    lu sceptical kat wa, kalu atas tajuk takper laa..

    ada ke.. bagi contoh berak tak berak..

    otak lu duk jambam ke??
    amik koo.. wakakaka..

    kes hasan ali.. tajuk lain..
    kes UG tajuk lain..

    lu ni suka baling tahi laa..
    bila palit kat orang yang lu nak hentam..
    lu memang keji busuk sampai mati walaupun dah basuh..

    wakakaka.. perumpaan tahi...

    hey..

    syurga memang perlu dicari..
    namun dalam mencari ada juga yang sesat..
    tapi nabi SAW berpesan..
    takkan sesat sesiapa yang berpegang pada dua tali iaitu Quran dan Hadis..!!!

    lu cari syurga macam mana??
    cara wa salah ke?
    bleh tunjukkan cara betul..??
    wa pun ngaji tak habis ni..

    ReplyDelete
  10. Aduka..

    Gua dapat kesan lu dah lama tak rebiu pasal bola. El clasico pun lu tak buat ulasan. kapt_shiqaqi btol la lu.

    ReplyDelete
  11. salam...setiap manusia akan usaha dengan sungguh terhadap apa yang diyakininya.......kita sebagai orang islam...kene yakin bahawa ,kita akan mendapat kejayaan apabila kita mentaati perintah Allah dengan cara yang dilaksanakan oleh baginda saw....

    ReplyDelete
  12. klu ramai pwakilan pale mcm ni..

    hadi leh tergolek..
    klu x,
    lu org jgn harap samy
    leh tergolek klu pwakilan mic pale mcm pwakilan PAS,haha

    cian pwakilan PAS,
    x pasai2 kene hentak pale..hehe

    ReplyDelete
  13. Satu kupasan yang baik dari Us.Zulkarnain.Ana setuju dengan pandangan beliau kerana begitu ramai pemimpin PAS yang bukan saja "kurang berpolitik" tetapi " kurang faham berpolitik".Keadaan inilah yang menyebabkan "suasana" dalam PAS dewasa ini.Ramai yang berfikir PAS wajar mengutamakan dakwah dan politik dikeduakan.Apa bila kalah teruk dalam pilihanraya,pucuk pimpinan akan mengatakan "PAS tidak mengutamakan kemenangan politik".Kenyataan sebagini dianggap sebagai "anggur masam"(sour grapes).Kalau menang banyak suka dan mendabik dada,kalau kalah teruk cari alasan.Ini buktinya "tak faham berpolitik".
    Sebagai mana yang telah disebut oleh beberapa tukang komen disini,Ketua Pemuda PAS yang baru ni,ada baiknya menyertai kumpulan tableigh - bukan memimpin Dewan Pemuda PAS.Sejak jadi Ketua Pemuda,begitu banyak menimbulkan kontrovesi dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang meragu dan mengelirukan.

    ReplyDelete
  14. eleh..mcm dia tak boleh nak tepon ust tantawi..?yang pi tulis kat blog tu nak bakpe..tulislah yang hentam UMNO kat blog,yang masalah dalaman ,call la cara sahabat...

    pi rah..yang mangkuk2 ni pi salahkan perwakilan PAS pasal apa..hang sorang ja yang ada otak..pap..pap..pap..pirahhh..

    pak hang la klu hang main kat luar tali,org wrestling dlm tali..ayun

    -hentamsedap-

    ReplyDelete
  15. lama ana follow komen Searchforheaven. x sangka emosi juga anta ni. org berhujah anta serang peribadi. ingatkan anta rasional n profesional, rupanya suka bermain sentimen dan emosional. cara anta dgn Aduka taruna dah takde beza. cuma Aduka taruna ada point bila bercakap. ada hujah yg tak mampu dijawab oleh lawan. hanya dijawab dgn maki hamun. tp anta punya hujah, opss mungkin tak layak dipanggil hujah, hanya ulasan n alasan yg terlalu lemah dan standard org awam sahaja. hentikanlah bermain ayat-ayat Allah dgn penuh emosi dan sentimen taksub membabi buta dlm menegakkan kesilapan dan kekurangan pemimpin kita. hentikan lah.....

    ReplyDelete
  16. abis nak salahkan sapa lak?klu perwakilan UMNO naikan pimpinan korup..x kan salahkan perwakilan PAS kot...haha

    maka terpaksalah salahkan
    pwakilan PAS
    klu angkat pak lah versi PAS..hehe

    ReplyDelete
  17. Kata2 lebih politik daripada terbiah itu sering diungkapkan oleh UMNO untuk menggambarkan PAS, dan kini diakui sendiri oleh pemimpin Pemuda PAS. Hujah UMNO dibela PAS sendiri.

    ReplyDelete
  18. salam,
    Nur Amina..

    komen kedua kat atas itu bukan untuk respon untuk article ini.. tapi respon untuk ZARGUS..

    bila plak ana hentam peribadi ni??
    tunjuk kat ana part mana??

    Zargus bagi perumpamaan Berak.. wa kasi dlm kategori sama.. buku bertemu ruas.. kalo ana bagi perumpamaan dlm quran/hadis, kan jadi isu lain..

    enti kata ana taksub membabi buta??
    apa maksud itu..
    ana sokong tanpa sandaran ke??
    kalu ana sokong tanpa sandaran.. itu baru taksub membabi buta..

    correct me if i m wrong..

    enti tuduh ana.. kasi la ayat ana yang memberi maksud tuduhan enti itu.. baru ana boleh terima..

    kalu enti tabur macam tu aje..

    u can see sape yang main cara lain..

    enti mengahalang ana mengguna sandaran quran/hadis atas dasar ana saje permain2 kan ke??

    Tidak.. enti salah faham..
    ana juga mencari kebenaran..
    jika ana salah memberi hujah..
    patahkan hujah dengan quran/hadis..

    kerna bila ada dalil naqli, secara mutlak, berdosa ana kalu masih ingin menegak benang yang basah..

    sebab itu.. bila AT berhujah.. hujahnya terlalu mngikut logik dunia tanpa sandaran dalil Naqli..
    sebagai ahli PAS yang mengamalkan ISLAM sebagai cara hidup, susah ana nak mngikut saranan sebegitu jika masih samar2..

    tetapi tidak semua hujah AT sampah..
    ada yang boleh pakai..
    cuma kita kena adil laa..

    jgn bila kita serang hujah KPP..
    semua hujah yang baik pun, kita pandang serong..

    itu bukan yang kita inginkan untuk membentuk pemimpin kita..

    am I WRONG??

    ReplyDelete
  19. Searchforheaven bercakap dgn muslimat bukan main lemah lembut.

    cuba cakap dengan Zargus,kena pelangkung rasanya mamat tu.

    wahahahaha.......

    ReplyDelete
  20. tul lah tu

    dgn muslimat kene lemah lembut skit..
    jiwa diaorg lembut...hehe

    ReplyDelete
  21. ASTAGHFIRULLAHAL'ADZIM....

    Apa nak jadi dengan remaja akhir zaman...Jagalah ikhtilat dan muamalat kamu semua...Jauhi jarum jarum zina dan maksiat...Bersuara keras dan bertegaslah sesama Ajnabi dan bukan mahram...hindari zina mata,hati,lidah dan anggota..ingatlah akan azab dan seksa Allah ke atas umat engkar....hari ini medan internet terdedah dgn fitnah dan bahaya..kuatkan iman dan taqwa...mari ikut ana keluar 40 hari..ayuh sahabat sahabatku....


    PRESIDEN
    Jamaah Tabligh Rasulullah Malaysia (JTRM)

    ReplyDelete
  22. rilek laa..

    mana yang betul kita amik..
    mana yang salah.. jadikan sempadan..

    biasa la tu dlm mencari kebenaran..

    lu ingat wa betul sangat ke..
    haha..

    mana2 melencong.. kena tunjuk jalan yg betull..

    tapi dlm isu politik standard laa berbeza pemikiran..

    le tengok blog bongkar sauh ni..
    ustaz zolkarnain boleh critic dan pada masa yang sama open to critic atau explanation drpd KPP ni..

    itu yang kita raikan..
    tapi bab2 hentam sesama kita tanpa akhlak yang dianjurkan nabi SAW..

    itu yang kita kalo boleh nak elakkan..
    kerana fenomena ini boleh mengerohkan suasana jemaah ISLAM..

    lastly, wa pun sorry laa kalu tersinggung..

    to zargus sorry laa..
    wakaka..

    standard laa, lu komen keras.. wa pun boleh komen keras tapi wa pilih bulu laa... wakakaka..

    ReplyDelete
  23. Saya suka ulasan yg ini

    "yg suka berdendam ni ialah mereka yg cinta sgt kat Umno...dan mereka yg cenderung ke arah itu....iaitu penyokongnya! sanggup khianat amanah ahli parti, sanggup khianat harapan pengundi atas pagar...lepas tu berbohong dlm berbicara, menipu dlm berkata-kata...undi dijanjikan Syurga, tak wala' dijanjikan Neraka..hebat tak hebat pemimpin Pas yg mencintai Umno!!"

    jadi SP, kapten_shiqaqi, SFH and especially Terangganuans.. take note about it.

    Anda semualah yg menyebabkan parti jadi lemah. Anda penyokong yg membawa rebah - meminjam kenyataan Ust Zolharnain Abidin.

    p/s Ust Zol satu ketika adalah penykong kuat UG, tapi alhamdulillah kini kebenaran telah ditemuinya dan beliau sendiri bangun untuk memperbetulkan persepsi2nya yg salah dulu.

    ReplyDelete
  24. To ANON kat atas,

    ""Anda semualah yg menyebabkan parti jadi lemah. Anda penyokong yg membawa rebah - meminjam kenyataan Ust Zolharnain Abidin."" quote lu..

    hehe.. bila parti lemah lu main tuding sape2 lu suka jer laa..

    menyokong pemimpin atas dasar prinsip bersama2 hujah aqli dan naqli dikata sokong membawa rebah!!

    Come On la..
    open your mind..

    Kita meraikan perbezaan pendapoat yang sehat..

    Kalu lu tuduh macam ni.. sehat ke??

    kemudian lu tuduh atas sifat kenegerian..
    chaittttttt... racist punya orang..!!

    hahaha..
    lu tulis camni..
    semua orang akan nampak ciri2 racist ada pada siapa..
    ciri2 kenegerian ada pada siapa..

    orang berhujah atas dalil2 aqli dan naqli..
    lu main tuduh je..
    main terjah je..

    wa layan2 komen ke atas wa skang ni sbb ada masa je.. kalu wa takde masa.. wa tak layan...
    lu bertuah wa ada masa kali ni..
    bleh kita main-main tuduh2 mcm lu buat pada wa..

    ehhe..
    you happy now??
    ngee.. ngee..

    ReplyDelete
  25. Aqli dan naqli?

    Mana naqli untuk UG?
    Pernah Allah dan RasulNya di suruh bentuk Kerajaan Perpaduan dengan musuh?

    UG yang didokong oleh pemimpin tertinggi PAS yang datang dari negeri Terengganu yang lebih racistnya.

    Perjuangan untuk bangsa dan agama. Bilakah Rasulullah berjuang mempertahankan Arab?

    Try to show your arrogance but unfortunately a bunch of ignorance and recalcitrance..

    ReplyDelete
  26. SFH, lu baru kahwin... jaga anak bini betul2.... tu mukaddimah.

    jgn suka tempelak ayat orang jika ayat lu sendiri berterabur.. lu cari syurga, sebenarnya lu sedang bawa anak bini masuk neraka.. kenapa?

    tengok sini. ayat sokong bawa rebah bukan ayat wa. ayat itu dari exco dewan ulamak yang bernama Ust Zolkharnain Abidin Al-Hafiz. Pergi ke blognya dan baca sendiri.

    Beliau menasihatkan ahli2 jangan wala tak tentu pasal.

    Justeru itu, jika lu anggap ayat itu menuduh dan menerjah lu, lu gi cari Ust Zol Al-Hafiz.

    Ingat, bawa seluruh juzuk Al-Quran dalam hati jika nak bertemu dengan beliau kerana Ustadz Zol tak bercakap hanya dengan aqal.

    Allah Maha Mengenal SFH. Jadi tak payah nak temberang kat orang lain siapa lu. Malaikat keliling ramai yang perhatikan tentang lagak dan angkuh lu yang cuba menyesatkan lebih ramai ahli jemaah.

    Lu belum kenal mana syariat mana hakikat sebab lu belajar Islam pun tak habis. Baik mengaku sajalah sebelum wa buka lagi lu punya....

    jgn tunjuk lagak dan angkuh sesama manusia, jgn selam lautan dalam jika kailmu hanya panjang sejengkal.

    pergi cari guru mursyid dan belajar lagi.

    ReplyDelete
  27. Ini Tantawi paham ke apa dia PAS? PAS tu bukan parti politik ke? Kalau PAS sebagai parti politik yg kerjanya bertanding lawan BN & UMNO, kenalah berpolitik. Tapi kalau bukan parti politik, tak payahlah bertanding pilihanraya. Kalau sebagai parti politik yang nak menang, Kenalah lebih berpolitik. Kalau tak mau berpolitik, tak payahlah PAS berharap nak menang kerisi politik.

    Yang si Tantawi bertanding merebut jawatan ketua DPP tu atas landasan apa? Landasan politik ke landasan tarbiah? Kalau dia nak bertarbiah, lebih baik buat macam Dr. MAZA saja.. bertarbiah tanpa masuk parti politik. Kerana semua orang paham PAS itu adalah berdaftar sebagai parti politik. Habis parti politik apa kalau tak mau berpolitik?

    Nak tanya lagi 1 soalan.. Si Nasa & geng UG yg berperpaduan dalam gelap dengan UMNO tu berpolitik ke atau bertarbiah?

    ReplyDelete
  28. hey.. manusia tak bernama..

    wa baca laa blog bongkar sauh tu..
    wa follow laa..
    tu pasal, dlm komen pertama,
    wa suruh kita jujur dlm menilai..

    wa tau maksud dia..

    tapi lu quote ayat tu untuk balas hujah wa,

    it mean itu, lu punya kata.. sebab lu cakap pinjam.. maknanya lu mau guna untuk diri lu..

    to ANON 9:23..

    hehe.. dah desperate sgt dgn istilah UG ke, sampai suh aku cari dalil naqli untuk itu..
    kita skang discuss pasal article ustaz Zolkarnain ni, bukan pasal UG..

    pinjam kata AT-- bodoh atas tajuk..


    Lu nak dalil.. lu bacala perutusan UG yang TGHH bagi tu.. byk dalil Naqli dan Aqli yang dia guna..
    tapi nak buat apa..
    bukan lu letak dlm kapla pun..
    lu dah pandang UG sampah..
    wat pe wa nak defend lagi..
    wa dah kalah bab tu pada pandangna lu..
    so, wat per nak panjang2 citer..
    that's it laa..
    wa declare wa kalah hujah..
    lu puas hati ?? hehehe..
    kalu tak puas hati lagi..
    tak tahu laa.. waakaka..

    adeh..
    ini yang malas nak layan anon ni..
    tak tahu ujung pangkal.. wakakaka..
    sib baik malam ni.. malam wa bermain keyboard laptop ni..

    suka laa tu..
    wa layan lu.. wakakaka

    ReplyDelete
  29. sfh, apasal lu punya bini bendela sulah melah ker mlm jumaat pentik keyboard? wakakaka

    ReplyDelete
  30. selepas SongkokPutih, kini SFH mnyerahkan dirinya di sini untuk dibogelkan.

    Siapppp. Para malaikat bersedia mendedahkan kebenaran.

    diari seorang bekas drebar...

    ReplyDelete
  31. kui..kui..
    best gak laa aku melayan anon malam ni..
    hahahha..

    suka laa tu.. wakakaka

    ReplyDelete
  32. satu hal jer nak diperingatkan kamu wahai sfh,
    jgn merasa diri kamu hebat.
    kita hamba Allah.
    mesti lemah
    tetapi daripada tulisan2 kamu sebelum ini... menampakkan keangkuhan kamu.

    stail kamu.. aaaah... suka sgt dengan merendah2kan org, kelak pasti Allah akan merendahkan kamu.

    saya pakai anon jadi perikaian..
    sbb kamu belum kenal Dia Maha Dekat dengan urat kamu sendiri. Dia menghantar sesiapa yg dikehendaki dengan apa nama sekalipun membawa kebenaran. ingatlah sewaktu malaikat yg busuk menghampiri majlis rasulullah. tidak dikenali... dia anon... tapi dia mengajar manusia tentang islam, iman dan ehsan!

    ReplyDelete
  33. hahaha..
    malaikat dtg dengan bau busuk??

    adeh... lu nak citer pasal hadis yg dlm hadis 40 yang popular tu ke??...

    kiraman katibii tengah catit apa yang lu tulis ni..

    sama ada benar atau tidak..

    satu lagi..

    defend pakai anon konon....

    kalu macam tu, ilmu sanad utk hadis tak berguna laa kalu nak nasihat takde sandaran..

    tulis elok2 bang..

    ok..

    TQ for the FUN..
    layan ko.. lain plak ko bawa pembaca2 komen ni karang..

    wa stop dulu..

    bubye...

    ReplyDelete
  34. teruskan kesombonganmu dalam tulisan2mu, kelak nanti kamu akan kenal bahawa Dia Yang Maha Sombong.

    itu selendangNya. kamu telah merampasnya

    ReplyDelete
  35. No thanks... current PAS crops with strength & fame, don't need any1 like Zolkarnain Abidin al-Hafiz...hehehe.

    Ironically, thanks Allah sebab masih ada pemimpin PAS yang berjiwa besar & bijak politik macam Zolkarnain Abidin al-Hafiz dan lain-2 tu.

    p/s: tasjin? ooOOO

    ReplyDelete
  36. apa ler SFH, mengaku ahli PAS, cakap berdegar2 tentang PAS, tapi perlembagaan PAS tak baca.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.