Skip to main content

Bukan Melayu MB Kelantan.

KOTA BHARU 28 Dis. - Kerajaan Pas Kelantan sedia meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi memberi peluang kepada orang bukan Melayu yang beragama Islam menjadi Menteri Besar.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu selaras dengan dasar Islam yang tidak memandang bangsa dalam memilih pemimpin sebaliknya mengutamakan kelayakan dan akhlak seseorang.
Beliau berkata, cadangan itu juga mampu meluaskan penyebaran Islam kepada masyarakat lain kerana bertindak adil kepada semua kaum.

"Undang-undang Kelantan itu lain kerana ia dibuat pada zaman itu. Benda itu boleh diubah.
"Masalah undang-undang yang dibuat mesti bangsa Melayu itu masalah undang-undang sahaja.
"Yang kita tengok adalah pandangan Islam macam mana," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ijtimak Ulama Muda Negeri Kelantan 2009 di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang sedia berkempen untuk melantik orang Cina Kelantan yang beragama Islam, berpelajaran dan berakhlak baik sebagai Menteri Besar.

Nik Abdul Aziz menjelaskan, dasar Islam untuk memilih seseorang pemimpin tidak mengenal bangsa sebaliknya berdasarkan akhlak yang baik.

"Dasar Islam adalah dia orang Islam, akhlak baik cukuplah, tak kira bangsa, tidak ada kelebihan bangsa Arab berbanding bangsa lain kecuali takwa pada Allah.

"Kalau orang Arab jahat, saya akan kempen tak beri, saya akan lawan, tapi kalau Cina baik, saya akan sokong jadi Menteri Besar, ini boleh meluaskan keadilan Islam di Malaysia," ujarnya.



MB didakwa gadai maruah

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dianggap sanggup menggadai maruah apabila bersedia menggubal undang-undang bagi membolehkan orang bukan Melayu juga menerajui negeri itu.

Prsiden Persatuan Anak-Anak Kelantan Darul Naim (Pakatan), Datuk Dr. Noordin Ab. Razak menegaskan, pihaknya menentang sekeras-kerasnya cadangan itu dan yakin ia juga dikongsi bersama oleh majoriti rakyat negeri itu terutamanya Melayu Islam.

Menurut beliau, cadangan itu adalah amat tidak logik dan tidak masuk akal memandangkan majoriti penduduk Kelantan adalah Melayu.

"Sejarah juga telah termaktub bahawa negeri ini semasa naungan British merupakan negeri tak bersekutu yang mempunyai undang-undang tubuhnya sendiri iaitu memberikan keutamaan kepada Melayu beragama Islam untuk menjadi Menteri Besar.

"Orang British pun tahu hakikat ini, sebab itulah mereka menetapkan hanya Melayu sahaja boleh menjadi ketua negeri, janganlah pula Nik Abdul Aziz nak menjadi lebih Inggeris daripada orang Inggeris," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Noordin juga mengingatkan Nik Abdul Aziz supaya sedar dengan amanah yang diberikan oleh rakyat dan tidak seharusnya membiarkan diri serta kerajaan yang dipimpinnya terus dipergunakan oleh pihak lain yang berkepentingan.

Comments

  1. Bodoh betul Dr Noordin tu. Kat negeri P.Pinang tak berani pulak dia komplen pasal apa ketua menteri bukan dari kalangan melayu pasal P.Pinagn dalam negeri tanah melayu. bodoh piang punya "doktor haiwan".

    ReplyDelete
  2. makin nyanyuk org tua Nik Aziz ni....

    tunggu la Pilihanraya akan datang..Melayu Kelantan mesti tolak Pas...kecuali la Melayu Kelantan dok meratah pil taksub je..huhu

    ReplyDelete
  3. Melayu Kelantan dah tak taksub lagi sebab darah dah bercampur siam, cina, keling, arab, omputih. Melayu Kelantan lebih percaya ketuanan Islam melebihi ketuanan melayu.

    ReplyDelete
  4. kat johor MB melayu asli pun bangsa melayu kat mana ramai.... felda jer la.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. Personally knowing Ariffahmi and Nik Abduh, I’m with Husam all the time. You cannot preach to Islam if you have even minor interest to yourself!

    ReplyDelete
  6. anon 1:06....

    wa pun sama gak..... wa ada member keje dalam PMBK.... wa kenal sapa Husam.... wa kenal sapa Ariff ni..... wa tak tau apa yang dia orang buat kat TGNA..... nampaknya selagi TGNA jadi MB selagi tu la pengacau² dalam kerajaan kelantan ni buat kacau.... tapi setakat ni InsyaAllah kedudukan Husam masih lagi kuat di Kelantan.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  7. tak payah tengok Johor la abangtakhensem sebab Johor ada Singaporean dan Indon, ramai migrate sepertimana Kelantan yg ramai gile Siam dan Kemboja..kita tengok aje Lembah Klang..Melayunya ramai kat mana?

    CgLyn..kalau bukan taksub, amalan tok2 imam Kelantan yg tepek muka Nik Aziz kat dinding rumah, warong kopi dan pintu jamban lalu mendakwa bila tengok dapat pahala tu nak panggil apa pula ya?
    hinggakan poster Tok Guru Hj Hadi takde tempat di Manek Urai..hinggakan petugas pilihanraya dr Terengganu diperli dan dianaktirikan di sana..amalan tu nak dipanggil apa?

    ReplyDelete
  8. Cuba lihat balik Al-Quran dalam surah al-anbiyaa' ayat 105, ada tak Allah SWT sebut bahawa yang layak jadi pewaris dan pemerintah di bumi hanya ORANG MELAYU?

    Nampak sangat doktor haiwan tu tak banyak baca al-quran dan buat kajian tentang ayat2 Allah.

    apa daa....

    ReplyDelete
  9. wa malas taip panjang² lagi banyak masa wa abis layan orang kutip fakta dalam tong taik ni.....

    MaLin wrote

    sebab Johor ada Singaporean dan Indon, ramai migrate sepertimana Kelantan yg ramai gile Siam dan Kemboja....

    tong taik mana lu ambik fakta ni.... gilo punya fakta.... tak pernah wa baca fakta sebodoh camni.... kelantan ramai giler orang siam dan kemboja?.... hahahahahahahahaha

    MaLin wrote:
    kita tengok aje Lembah Klang..Melayunya ramai kat mana?

    takkan kat Klang jer nak tengok.... kat bandar besar negeri lain lu tak nak tengok ke hasil tangan pemimpin UMNO yang kononnya bela nasib melayu.... ke bandar lain berjiran ngan beijing.... hahahaha....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  10. ya elok ler 'option' bangsa sbg MB (semua negeri) tu terbuka. Apa pun pelantikan tentu ler atas dasar merit,calon yg terbaik antara terbaik, must tick all the boxes, dgn ketaqwaaan,iman, akhlak,anak watan etc.
    Tu dah dpt mengurangkan 'ketaksuban' orang ramai & buang 'status quo' hanya Melayu-Islam saja boleh memerintah, jadi MB. Yg nyata ni mendaulatkan prinsip Ketuanan Islam. Orang Melayu kena ada saingan sihat. Juga ni menjamin keadilan kpd semua bangsa yg lebih menyeluruh & selaras dgn 'PAS for ALL'.
    Tapi sapa pemimpin Cina-Islam dibayangkan TGNA sbg MB-in-the-making?

    ReplyDelete
  11. TGNA= Grand master politician.
    orang melayu yang melatah= rabun jauh
    Da'ie = peluang dakwah semakin luas

    pada malin= dulu TGHH penah cakap "kalau melayu selamat Islam belum tentu selamat, Tapi kalau Islam selamat melayu PASTI SELAMAT

    ReplyDelete
  12. wa rasa something wrong dgn maLin. badigol nye pro-ug. ug nye pasal, lu hentam tgna, buang tebiat ke bro?lama wa x follow pkembangan ni. wa nye plan nak langgar aduka time dia langgar hadi. wakaka...

    Projek Langgar Aduka 2010

    ReplyDelete
  13. abanghensem.. 8 tahun aku keje kat Kelantan. nko tengok sape majoriti peniaga wanita kat Pasar Siti Khadijah, Pasir Panjang dll.. malah bekas isteri YB Dun Melor yg ada kes tu pun org Kemboja..punye la ramai sampai ada Kelab Penyokong Pas Siam..apa kes bang?

    saye.. nko jgn lupa Tok Guru Hj Hadi pernah tegaskan tentang 3M = Majoriti Melayu Muslim.

    ReplyDelete
  14. hehe
    pelik ngn lu malin..org pas mmg dah di asuh zaman berzaman ketuanan islam bro.

    wa sempat lepak kltn n banyak gak wat keje belah sana.Sng cita susah la TGNA nak kne tolak bro.

    Geng gila Melayu kat kltn hanya UMNO/pekida yg kebanyakan pemandu teksi?hahaha..low class!

    ReplyDelete
  15. oii malin dah lebih 30 tahun wa dok kelantan.... lu selidik lagi.....btol ke majoriti kat pasar yang lu cakap tu majoriti bangsa lain.... wa ada member meniaga dalam pasar siti khatijah tu.... sipa jadi supplier beras siam lagi..... mamat tu pun orang melayu malaysia bro..... bukan siam atau kemboja......... jangan sebab lu kenal sorang dua orang siam bisness dalam tu lu pukul rata jer..... setakat 8 tahun dok kelantan dok bising dah otai sorry la wa lebih otai dari lu..... orang cam lu bersepah wa jumpa..... ada dok jaja kata tanah kelantan di jual kat bangsa lain.... ada kata cina nak ambik alih itu la ini la... tapi bila mintak bukti tang mana benda tu berlaku sekor pun tak dapat bagi bukti..... wa dah bosan la dengar cakap orang cam lu ni..... sumber korek dari tong taik jer..... kelab PAS siam pun nak bising ka.... abis tu kat negeri lain ada kelab PAS bangsa lain apasal lu tak bising... lu ni dah makin dekat dah ngan perangai UMNO... lebihkan bangsa..... elok sangat la lu sokong UG..... sikit² warna lu berubah.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  16. woit maLin & abanghensem....
    toya aih...
    pasai tu pon nk gaduh...
    awat nye klu malin sokong ug..
    ade die minta makan kt lu ke abanghensem..?
    Lu malin... lantak le sape nk niage pon..
    lu x yah gi beli..

    gengkilang

    ReplyDelete
  17. tp sepengalaman gua kt klantan ler memang de peniage burma & siam.
    Kat area kedah & penang ni pon ade gak..
    bior ler kt die org..
    gua memang x beli kt diorang punyer..
    gua memang pangkah peniage luar ni..
    "pe salahnyer barang buatan gombak'

    gengkilang

    ReplyDelete
  18. Xenan.. pemandu teksi ke doktor ke peguam ke, undi mereka tetap 1, dan undi mereka yg 1 tu la yg ditagih Pas masa pilihanraya..sekarang boleh la kutuk, nanti nak pilihanraya bukan main lembut manis lidah merayu undi..hahaha.....

    relek la abangtakhensem..takkan dgn rakyat biasa macam aku ni pun nko dah mengamuk macam Nik Aziz malam tadi..siap mencelakakan blogger..haha....

    aku tak kisah pun dgn Kelab Penyokong Pas kaum Cina atau India sebab tu memang antara kaum dominan dalam Semenanjung..umpama Kelab Penyokong Pas Kadazan atau Iban di kepulauan Borneo.

    aku sebut Kelab Pas Siam tu bagi menggambarkan betapa ramainya org Siam di Kelantan hingga tubuh Kelab..itu yg sokong Pas tu, belum kira yg tak sokong Pas lagi...humaanggg aiii mesti berjota2 kan? hehehe...

    ReplyDelete
  19. wa bukan marra wa hangin jer.... biasak la ujom² tahun ni banyak uwang kuar buat bayar utang..... jadi blog si aduka la tempat wa lepas keanginan wa..... hahahahaha..... lu pun satu gengkilang..... tang mana plak datangnya orang burma kat negeri wa ni..... kalau mat bangla sekor dua yang keje di pam minyak tu ada la..... apparaaaa.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  20. PUKIMAK LU...LU JAWAP ..NAK JMPA MANA???LU JGN SAMPAI GUA CARI LU SIAL...KALAU JUMPA,MUNGKIN GUA KASI PELUANG DGN LU LAGI..TAPI JGN SAMPAI GUA CARI LU...

    ReplyDelete
  21. jatesini@yahoo.com

    TRY TENGOK LA..NAK CARI KA DAK...hehe..CUBA BAGI NO FON HANG PADA EMAIL DIATAS..TRY TENGOK..TAKPA AIH..TAK SAKIT AIH...TRY JA...BELUM CUBA BELUM TAU...TRY LA..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.