Skip to main content

Ahli PAS ditangkap ceroboh Tadika KEMAS.

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Diceroboh
Posted on Wednesday, December 30 @ 16:47:23 PST
Dilulus untuk paparan oleh CyberSniper



Oleh: Syabab Paka
 
PAKA: Petang Khamis, satu kejadian yang amat tidak disangka-sangka, kejadian yang menandakan ada usaha untuk menjatuhkan sistem pendidikan Islam, kejadian yang memberitahu bahawa kejadian ini adalah antara satu agenda yang diperintiskan oleh Yahudi laknatullah yang direalisasikan oleh proksinya (Yahudi), kejadian yang sama sekali akan membangkitkan lagi semangat Ahli PAS untuk menentang rejim proksi Yahudi ini.

Kejadian ini berlaku di PASTI Ibnu al-Baita, Felda Kertih 1. Dinyatakan oleh salah seorang saksi, bahawa kejadian itu didalangi oleh 3 orang remaja, yang dikatakan remaja tersebut adalah orang luar (bukan orang felda). Apa motif kejadian ini?

Sebelum kejadian ini berlaku, petang Rabu, Pemuda PAS Dun Paka telah mengadakan XPDC Edaran Risalah Kempen Pendaftaran PASTI 2010.

Berkata Ketua Pemuda Dun, Saudara Ramzi Abdullah: "Kejadian ini bukan setakat berlaku di Felda Kertih 1 sahaja, bahkan keesokannya, Jumaat, dengan bilangan remaja yang sama, telah cuba untuk menceroboh masuk PASTI Kuala Paka, tetapi tidak berjaya. Yang hanya mereka mampu lakukan dengan memecahkan cermin tingkap PASTI dan menghancurkan apa-apa yang berlaku di luar PASTI".

Kami, Majlis Tindakan Dun Pemuda PAS Dun Paka, ingin memberi amaran yang sekeras-kerasnya kepada si pelaku demikian dan kepada yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami tidak akan sekali-kali berdiam diri. Kami akan cari 3 remaja ini. Untuk pengetahuan si pelaku dan yang menjadi dalang di sebalik tabir kejadian ini, kami turut mengadakan solat hajat mudah-mudahan Allah taala memudahkan urusan untuk mengesan remaja tersebut dan seterusnya memberi ganjaran yang setimpal di atas perlakuan anda semua.






http://syababpaka.blogspot.com

Comments

  1. tak patut sekolah di buat macam tuu...

    mungkin ada yang panas hati pasal tadika kena kunci masa zaman nizar dulu kot??

    wa agak jer...

    ~ngee~

    ReplyDelete
  2. zaman nizar tu fitnah BN, bro. Lu tak tgk youtube n gambar kat blog alhussyen ke?

    cikgu tadika tu siap marah lagi bukakan rantai tu sebelum TV3 datang. Hahaha.

    tp gua tak heran la bro kalau lu tak tahu.

    Kalau zaman Hadi di Terengganu dulu, baru real punya story, kecuali drama bebudak usung kerusi as drama nasi tambah.

    tapi skali lagi, gua tak heran la melayu tak tahu.

    ReplyDelete
  3. sedap mulut nko je Aduka..nko tengok statistik kutipan zakat di Terengganu bermula 1999 hingga 2003..mencanak meningkat dgn drastik..itulah rezeki kurniaan Allah ke atas negeri yg penuh rahmat dan barokah di bawah kepimpinan ulama'.....

    ReplyDelete
  4. kat perak tu banyak kes nyer...

    bukan setakat yang 'buat2' kena mangga tu jer...

    psssttt....si maLin tu asyik hangin ngan lu jer apahal??

    dalam bahasa jaworld, malin tu dekat ngan perkataan maling = pencurik.

    ~ngee~

    ReplyDelete
  5. sapo yg wt onar & kemusnahan keatas puak2 Islam + harta bende tu kire proksi yahudi ler...
    Tapi Islam yg benar2 Islam sahajer...
    hu hu...

    gengkilang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.