Skip to main content

Video AdukaTaruna bersumpah vs video Tulang Besi bersumpah.




Oleh : AdukaTaruna

Ini falsafah paling sochai. Dia ingat gua penakut macam Anwar Ibrahim ke apa? Lu nak langgar gua, lu ke gua silap bro. Try test tgkk sat.... Meh sini gua story bayeekkk punya.

1. TGNA adalah ahli politik. Dia perlu menjaga persepsi pengundi terhadap jemaah dia.

Hari ini blogger A tuduh TGNA bawak bohsia masuk hotel pukul sekian, tarikh sekian, esok pulak TGNA kena sumpah laknat tak buat benda yang sama. Memang kalau dakwaan itu sehingga mendamagekan keadaan, TGNA perlu bersumpah laknat. Sebab dia ahli politik.

Tapi selagi tidak mendamagekan keadaan, lebih baik buat kerja lain. Kalau tidak mampos nak jawab semua. Meriah dengan dakwaan demi dakwaan; sumpah demi sumpah.


2. Gua pulak bukan ahli politik. Gua bukan ahli politik yang di bawah pembolehubah pengundi. Gua tak perlu sedaya upaya menjaga persepsi pengundi. Gua peniaga kecil. Politik adalah tanggungjawab sosial gua secara part time.

Jadi, bila lu tuduh gua, lu suruh gua bersumpah laknat menafikan; pergi mampos sama lu. Pedulik hape gua.

Namun.


Lu silap besar la dalam bola tanggung nih. Mustahil gua nak lepaskan. Lu datang dengan tuduhan, maka :

1. Sila sediakan bukti.
2. Jika tiada bukti, sila kemukakan video bersumpah laknat lu terhadap tuduhan yang lu kemukakan.

Kemudian, setelah lu melengkapkan sesi pertuduhan lu, gua akan melengkapkan sesi pembelaan gua. Gua akan membuat video sumpah laknat menafikan Arifahmi telah berjumpa gua di Kelantan, membeli gua, etc.

Jadi.

Dengan persaksian langit dan persaksiam bumi oleh seluruh pembaca, secara terbuka :


AdukaTaruna mencabar Tulang Besi mengemukakan bukti terhadap tuduhan yang dikemukakannya, dan bersumpah laknat terhadap tuduhan yang dikemukakannya.

Dan saya, AdukaTaruna akan :

Membuat satu rakaman sumpah laknat menafikan tuduhan dari pihak Tulang Besi sebagaimana yang diminta.

Sekarang ianya kembali semula ke Tulang Besi. Gua berjanji dan bersumpah akan mengemukakan video sumpah laknat seperti yang diminta selepas selesai pusingan pendakwaan.

Comments

  1. wow..
    perang siber..
    AT vs TB ...
    best giler...
    x sabo den..

    ~ hampaihnyok ~

    ReplyDelete
  2. dulu wa respek giler sama Tulang Besi nih. sbb wa nampak dia nih boleh kata educated la jugak.n profesyenel yg bleh tahan. tp bila TB start tuduh AT ni dibeli ArifFahmi, wa plak rasa nak muntah sekali.

    TB, lu kan golongan propesyenel. belajar tinggi, kerja bagus. perkara simple mcm ni pong lu dah tehegeh2 ke. lu yg kuar tuduhan, lu la kene kemukakan bukti.

    apa lu tak pernah dgr term 'burden of proof' ke?

    semper necessitas probandi incumbit ei qui agit

    yg tak spiking latin, maksud term diatas adalah..

    the necessity of proof always lies with the person who lays charges

    cth mcm nih:

    TB tuduh AT berak tak basuh. jadik, adalah menjadi tanggungjawab TB mencari dimanakah lokasi AT berak tak basuh, dan kemukakan bukti apakah yg menyebabkan TB mengatakan AT berak tak basuh. kot TB ada pasang cctv kat toilet umah AT ke..

    kahkahkah..

    word of advice to Tulang Besi, this is one 'battle' you cannot win. hee hee.... if u r smart, u might as well apologize now,act like a man, and admit you make a mistake. otherwise, u'd be an old fool.

    ReplyDelete
  3. Berbaloi ke wat camni? Sudahnya kalah jadi arang, menang jadi abu..

    ReplyDelete
  4. salam bro!

    ha aa laa! blogger vs blogger. atau lebih tepat tukang goreng char kue teow vs tulang sardin.

    kuang kuang kuang....

    sampai sumpah laknat melaknat nih apa cerita bro..

    itula bila spesis juhala'-juhala' nak jadi blogger dan asyik buat buat keje fitnah sana sini...akhirnya Allah taala laga sesama diorang...

    kuang kuang kuang....

    dalam sekejap masa ja Allah taala dah tunjukkan.

    wa doakan mudah2an dua2 ekor blogger mendapat pengajaran setimpal dari Allah taala hasil keje tangan masing2.

    hehehe...aduka oh aduka...

    lu goreng char kue teow udah la...

    aaa wakakaka!!!!

    ReplyDelete
  5. woi, toksah wat sumpah laknat lah, macam bebudak belum sunat pulak! jom pi mandi sungai, nanti settle le game ni.

    ReplyDelete
  6. AT, wa ingat lu dah misinterpret ayat TB la..bukan dia yang tuduh lu. orang lain yang tuduh. Dan TB mintak lu nafikan tuduhan tu. betul tak?

    ReplyDelete
  7. Sudahlah Aduka Taruna

    Aku tahu apa benda yang dibincangkan dalam pertemuan di Kota Bharu tu. Ko jumpa dengan Ariffahmi dan berpakat dengan Nik Abduh dan Takiyuddin Hasan untuk jatuhkan TGNA. Dan naikkan Nik Amar sebagai MB. Betul tak? Lebih baik ko bersumpah kalau berani.

    Skrip awalnya adalah dengan serangan Nik Abduh terhadap ayahnya sendiri di dalam blog Nik Abduh. Dan ko akan lengkapkan skrip seterusnya. Jangan nak mengaku bebas la. Kalau berani, buat majlis sumpah yang ko tidak terlibat dengan kospirasi untuk jatuhkan TGNA.

    ReplyDelete
  8. aku sokong ngan kenyataan Brahim Nyior..kita sebagai pendukung PR tak wajar berperang sesama sendiri...geng2 BeeEnd dok tunggu peluang aja nak score....bila ada chance...:P

    ReplyDelete
  9. Ko delete komen aku!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum,

    Boleh aku boleh bersumpah, tapi masalaah nya bukan aku yang tuduh.

    Yang tuduh ni pembaca kao jugak:

    Aduka Taruna says
    Sunday, November 29, 2009 6:06:00 PM MYT

    Sudahlah Aduka Taruna

    Aku tahu apa benda yang dibincangkan dalam pertemuan di Kota Bharu tu. Ko jumpa dengan Ariffahmi dan berpakat dengan Nik Abduh dan Takiyuddin Hasan untuk jatuhkan TGNA. Dan naikkan Nik Amar sebagai MB. Betul tak? Lebih baik ko bersumpah kalau berani.

    Skrip awalnya adalah dengan serangan Nik Abduh terhadap ayahnya sendiri di dalam blog Nik Abduh. Dan ko akan lengkapkan skrip seterusnya. Jangan nak mengaku bebas la. Kalau berani, buat majlis sumpah yang ko tidak terlibat dengan kospirasi untuk jatuhkan TGNA.
    .

    Aku cuma kata orait jugak idea untuk kau bersumpah nafi benda ni sebab khabar2 angin kau dah kena beli dengan Arifahmi ni sudah bertiup kencang.

    Baik kau bersumpah untuk mematikan khabar angin ni semua.

    Betul tak?

    ReplyDelete
  11. La.. bukan lu tuduh ke TB? Hahaha. Belit2 ma.... takpo la... kalau lu bukan tuduh, biar jer la gua buat rakaman sumpah sorang2... hahaha

    Adoiyaiii... macam2... senak peyot gua....

    ReplyDelete
  12. Ya memang aku tak tuduh. Kao je yang salah baca.

    Lain kali baca betul2

    ReplyDelete
  13. Salam,

    www.nuruliman.com.my

    terima kasih banyak kat bloger yang ajar pembaca sunnah . bila kita berbeza pendapat.
    tapi ana rasa ni sunnah jin yang anta amal

    ReplyDelete
  14. yer ler. TB tak tuduh. AT nih la bongok salah baca. kah kah kah. kickdefella pong tak tuduh. husam pong salah baca. arif fahmi pong kalau camtuh salah baca surat jugak. jgn2, geng2 UG sumer nih pong salah baca jugak. sbnrnya takde kerajaan perpaduan. sumer org pong salah baca. kah kah kah.

    sapa lagi yg salah baca nih.

    kah kah kah

    eeee.. lawak siot. geli ketiak den camnih.

    ReplyDelete
  15. Ko jangan cuba nak belit Aduka Taruna. Ko kena akui pertemuan tersebut memang ada. Ko cuba nak main benda-benda teknikal kat sini untuk mengelirukan orang lain.
    Ko tak perlu buat teks sumpah, aku yang akan buat teks sumpah untuk ko. Sebab aku tahu, kalau ko buat teks sumpah, ko sumpah perkara yang umum dan tidak kena mengena dengan ko. Aku cabar ko bersumpah dengan teks di bawah ini.
    “Wallahi, wabillahi, watallahi, Bahawasanya saya, (Nama penuh dengan bin, nama samaran tak main), bersumpah bahawa tidak pernah sama sekali berada di dalam satu pertemuan di Kota Bharu bagi membincangkan perihal kepimpinan YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat”. Jika saya berbohong, maka TERCERAILAH ISTERI SAYA TALAK TIGA DENGAN SERTA MERTA, dan terlaknatlah saya dunia dan akhirat”.
    Macam tu bunyinya. Jangan nak cuba merewang ke benda lain.
    Di dalam pertemuan itu, anak beranak Nik Aziz, berpakat untuk menjatuhkan ayahnya sendiri. Sebab mereka tahu, ketulusan Nik Aziz akan menyukarkan mereka untuk berkuasa di Kelantan. Dan mereka akan mula membuat pelbagai cerita yang pelik-pelik kepada TGNA agar TGNA akan menyingkirkan orang di sekelilingnya yang kuat menyokong kepimpinan TGNA. Aku malas nak berbelit la. Orang itu adalah Husam Musa and the geng.
    Sebab itu selepas pertemuan tersebut:-
    1. Pemecatan Kickdefella, adalah berkaitan dengan perancangan ini. Kerana mereka tahu, kickdefella ini orang Husam. Dan sebarang tohmahan pada kickdefella akan terkena kepada Husam. Dan Apabila Husam terkena, maka orang yang mempertahankan kepimpinan TGNA selama ini, banteng TGNA selama ini akan runtuh. Sebab itu dalam keadaan semua pihak meminta Nik Aziz meletakkan jawatan, Husam usa mempertahankan TGNA, bahkan meminta TGNA bertanding kerusi parlimen agar boleh pergi kepada PM Malaysia.
    2. Konspirator ini tahu bahawa Kickdefella seorang yang degil dan berkepala angina. Dan kickdefella mengetahui banyak skandal dalam PMBK. Oleh itu, pemecatan kickdefella akan menyebabkan kickdeflla menjadi tidak waras kerana periuk nasinya tiada. Dan akhirnya akan mendedahkan salah laku PMBK. Apabila kickdefella mendedahkan salah laku PMBK, maka ia akan digunakan sebagai alasan kononnya TGNA tidak mampu memimpin. Ia juga sebagai alasan bagi menyatakan Husam Musalah yang merancang menjatuhkan TGNA.
    3. Dalam masa yang sama, serangan sebanr adalah daripada Nik Abduh. Nik Abduh menyerang dengan keras ayahnya sendiri di dalam blog beliau dan mempertahankan kepimpinan korup Ariffahmi. Imej Ariffahmi tidak boleh diselamatkan lagi. Apabila keluarga Nik Aziz mempertahankan Ariffahmi, maka persepsi Kronism Nik Aziz akan terdedah kepada masyrakat. Walaupun TGNA tidak tahu menahu perkara ini. Ini merupakan sabotaj kepada ayahnya sendiri.
    4. Nik Abduh meminta ayahnya meletakkan jawatan di dalam blognya sendiri. Nik Abduh memang terkenal di dalam mesyuarat Pemuda Pusat sebagai seorang anak yang suka mengutuk ayahnya sendiri dengan mengatakan ayahnya tidak tahu apa-apa. Tidak mustahil seorang anak, dendam kepada ayahnya sendiri. Sejarah membuktikan!
    5. Nik Amar meminta TGNA menyatakan pengganti beliau segera. Ini semua tekanan kepada TGNA agar meletakkan jawatan.
    6. Aduka Taruna menyerang bertubi-tubi Husam Musa di dalam blog beliau
    7. Pinkturtle yang selama ini pro Pakatan Rakyat, menyiarkan artikel Nik Abduh yang terkenal sebagai pro UG di dalam blog beliau. Sedangkan artikel Nik ABduh tersebut, dengan jelas MEMINTA TGNA MELETAKKAN JAWATAN.
    8. Dan selepas ini, kita akan dapati, Aduka Taruna juga akan menyokong usul meminta TGNA meletakkan jawatan dengan pelbagai alasan yang pelik-pelik yang beliau akan buat. Cuba kita tengok.
    9. Dan pelbagai lagi, benda yang pelik-pelik berlaku di Kelantan/Malaysia selepas ini.
    Bagi membersihkan tangan mereka, satu nama “”Kolonel Mat” diwujudkan dan dibisikkan kepada TGNA agar tumpuan masyarakat kepada agenda menjatuhkan TGNA seolah-olah bermula daripada Kolonel Mat. Dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan Husam Musa yang berusaha menjatuhkan Nik Aziz.

    ReplyDelete
  16. Pembaca-pembaca sekalian, tidak nampak ke ini satu grand design. Kan tersusun sangat skripnya sebagaimana yang saya tulis tu.
    Pembaca-pembaca yang tidak cermat percaya kononnya agenda Husam Musa ini. Sedangkan, beliau hanya jadi kambing hitam sahaja. Yang pelik, kenapa Kickdefella yang dituduh hendak menjatuhkan TGNA, SEDANGKAN ORANG YANG TERBUKA YANG MENDESAK TGNA MELETAKKAN JAWATAN ADALAH NIK ABDUH DAN NIK AMAR. Itulah permainan licik mereka bagi mendesak TGNA meletakkan jawatan dan menjadikan orang lain sebagai kambing hitam.
    Yang menarik, Takiyudin Hasan, Nik Abduh dan Nik Amar memang pernacang utama Pro-UG. Ini semua adalah perancangan sulit geng PAS Terengganu untuk membalas dendam terhadap TGNA kerana TGNA telah memalukan mereka dengan isu EGM tidak lama dahulu. Tetapi sangat cantik perancangan mereka bukan? Mereka menggunakan peluru musuh mereka untuk membunuh musuh mereka pula. Tidak mustahil, konspirator UMNO bersama mereka untuk menjalankan grand design yang sangat teliti ini. Target mereka, NIK AZIZ JATUH. Jalan mereka, HUSAM MESTI JATUH DAHULU JIKA MAHU NIK AZIZ JATUH.
    Kotor dan pelik kan? Yang lagi pelik adalah apabila Aduka Taruna terlibat di dalam konspirasi kotor ini.
    Lagi satu, aku nak bagitahu ko, Aduka Taruna, AKU BUKANNYA TULANG BESI DAN TULANG BESI BUKANNYA AKU. Jadi tak perlu minta Tulang Besi bersumpah, Dia tak tahu apa-apa. AKu yang tahu isi pertemuan kotor kamu di Kota Bharu. Tulang Besi Cuma mengikut aje.

    ReplyDelete
  17. Wahai anda berdua... sesungguhnya kebijaksaan anda berkata-kata di dalam kenyataan yang diberi... sesungguhnya menunjukkan kebodohan anda berdua sendiri...masing-masing ingin tunjuk hebat sehingga kelemahan diri tertonjol tanpa disedari... musuh-musuh menunggu peluang bila ada.
    Ingatlah .. apa yg terjadi pada TGNA maka akan terjadi pada anda berdua jua....yg bodoh dalam bijak...maaf.. jika berlagak macam ustaz....kekadang kita nie.. bila dah besar sukar nak terima nasihat..
    Bukan nasihat cuma perlu beringat...
    tak rugi pun kalau beringat...
    Bersambung ....entah bila...

    ReplyDelete
  18. he he. cayalah AT

    1. gua tak habis gelak lagi "Salah baca" nampaknye lu kena tukar skrip sumpah la. "kalau gua tak buat: laknat kat org yng tuduh gua dan jugak kat tukang bakar (TB)".

    2. kat mamat yang minat giler kat AT ni sampai guna nama yang sama gak (boleh jadi scandal ni he he) skrip lu panjang sangat la mcm khutbah, lu bukan tak tau AT ni pemalas, mesti dia tercungap2 nak baca. apa kat lu bagi je nama sebenor lu so boleh masuk kat sumpah laknat dia. amacam berani? kalau tak tukar nama la, tambah siti kat depan he he

    ReplyDelete
  19. Kalau ko berani, ko buat la. Aku tahu ke memang tak berani. Sebab ko memang terlibat dengan pertemuan di Kota Bharu. Jangan nak alih isu lain pulak. Kan!

    ReplyDelete
  20. weih... gile lu AdukaTaruna(tak ori).. tak berani gua nak sumpah2 ni. Sebab mmg Arifahmi beli gua pun.

    Malah bukan gua sorang kene beli. dak saye kek atas nun paling mahal kene bayar.

    Hihi..

    ReplyDelete
  21. Aduka Taruna

    Daripada awal aku tahu ko tak berani bersumpah. sebab benda tu memang betul.

    Dan ko akan terus ubah tajuk dan alih isu.

    Dan akan terus merewang ke isu lain yang entah apa-apa.

    Anyways, jalan taubat masih ada. Kembali kepada track yang asal. Iaitu fokus utama, hapuskan geng UG.

    Geng UG Kelantan

    1. Nik Abduh
    2. Takiyuddin Hasan
    3. Nik Amar.
    4. dll

    ReplyDelete
  22. Budak yahudi At dah malu babi...tu pasal nak tulis siasat dulu...jangan palai belasah aje dah design blog barumacam sial.....perangai penulis pun macam sial.....pegi mampus yahudi AT.

    ReplyDelete
  23. kasi tambah sikit.... kickda pun kena beli gak...kena beli dgn geng ug...

    ReplyDelete
  24. tb dan at bersalam le buat ape nak gaduh dan jatuhkan satu sama lain. orang bangsa lain tepuk tangan tengok bangsa kita hancur oleh orang kita sandiri dan berkorbanle sedikit. hapuskanlah hasad dengki dan maule ke depan

    ReplyDelete
  25. kes apa ni?

    kasi intro skit..
    dari awal2
    baru wa leh jadi hakim yg Adil
    lg bijaksana...hehe

    buat permulaan..
    masing2 leh kasi wa pguam masing2.
    utk bentang kes...hehe

    ReplyDelete
  26. perang amendenye aduka dh msuk jel.tdola nkau kt sana

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu