Skip to main content

Ulang Tayang : Kete rosak di Bukit Putus.

Kisah benar ni gua dah story dulu kat N3 nih. Tadi kete member gua rosak gak. Terus teringat story nih. Hahaha. Ni gua ulang tayang balik dengan tambah ajinomoto sket.



Oleh : AdukaTaruna

Baru selesai jadi skuad penyelamat. Ponek lum hilang lagi. Terus catat dalam blog. Macam tak caye plak wa dah jadi penulis diari. Hahahaha.

Dulu, mase sekolah rendah, wa selalu kutuk abanghensem. Dia dulu ada diari beb. Buku biodata. Selalu passing kat student pompan suh tulis biodata. Siap kaler2 tu beb. Wahahahaha.

"Kenanglah daku dalam doamu, Rosmah."

Haha. Camtu la antara tulisan dalam buku biodata abanghensem oleh bebudak pompan. Warrghhhh hahahahaha. Punyalah kasanova camtu boleh jadi Penjaga Dasar skang ni.

Ok2... dah melalut plak. Wa terima kol tadi. Member wa. Nombor public phone. Member gua pun dulu ada cakap tu no public phone. Dia cakap 2 nombor terakhir tu, kalau ditambah menjadi (bape ntah lupa) adalah no public phone.

"Wa takder duit ni. Public phone. Kete wa rosak kat Ulu Bendul. Bawah sikit dari Ulu Bendul. Kat restoran. Tolong wa..."

Tut tut tut..

Terus putus beb. Ekeleee...

Wa cam suara siapa. Takder duit? Public phone? Takder syiling la nih. Suara macam member wa si Wan. Wa pun sms adik si Wan, cakap kejap lagi wa datang ambik, kete abang dia rosak. Dia cakap ok. Dengan lelaki memang senang. sms jer, terus paham dan on. Tapi kalau pompan, tu diaa..... berjela story kena jawab.

Kena lalu Bukit Putus ni beb. Pukul 12 malam dah ni. Mase zaman jahiliyah dulu, member wa pernah kena kejar dengan orang tua naik basikal beb. Mase tu dia nak buang body RxZ curi. Kena kejar beb. Cane laju la ambil coner kat Bukit Putus tu, org tua tu tetap saing sebelah lu. Dia la, wa takder pengalaman. Tapi orang tua naik basikal memang femes la kat Bukit Putus era2 zaman rempit gua dulu. Skang ni takda kot. Maybe orang tua tu dah beli LC. Tak pun beskal dia kena rembat.

Lepas wa ambik adik member wa tu, wa terus menuju Bukit Putus. Gelap wooo... hutan simpan ma. Setelah bertukar menjadi Karamjit Sigh, wa selamat melepasi Bukit Putus. Bawak slow. Mana kete member wa ni?

Pendek cerita, wa jumpa. Satria silver. Member wa lambai2. Bebudak kampung lepak kat restoran tu usha kitorang. Ni bebudak kampung ahmad_garang la nih. Hahahaha.

Kete semput2 beb. Macam 3 piston jer jalan. Jalan mmg boleh jalan. Tapi nak daki Bukit Putus tu memang tak lepas.

"Tak lepas ni wan. Tinggi bukit kat 'tengkolok' tu."

"Takper, lepas kot. Lepas tu dah turun bukit dah."

Memandangkan wa tak tahu apa pasal engine kete, wa wala' jer la. Adik member wa bawak Satria, abang dia dok sebelah. Wa follow dari belakang. Pasang double signal.

Memang slow beb. Gear satu ma. Sampai kat bukit tengkolok tu, kete dah takleh gerak dah. Memang takleh panjat punya. Wa dah cakap. Gelap ni wooo... jangan orang tua naik basikal tu buat kelakar dah. Le tour de Langkawi dah lepas dah ni. Jgn nak memandai2 lalu depan kitorang pulak. Kalau org tua tu muncul, wa jual nama Haron Din jer beb. Tak kira wa. Wa cakap jer Haron Din pakcik wa. Otomatik gua terus jadi ahli UG.

Selaku pakar motivasi kat situ, gua bagi 2 solution. Tarik atau patah balik.

a. Kalau tarik, rantai takda. Terpaksa potong seat belt buat tali.

b. Patah balik, park kereta rumah member wa. Si ahmad_garang. Kena kol dia dulu. Dia dok Nilai. Menyusahkan mak mertua dia plak. Kalau tak nak, park jer kat memana yang rasa selamat.

Last2, potong seat belt. Kete wa tarik satria. Masalahnya, si 2 beradik ni wat hal. Tak nak sorang2 drive satria. Penyudahnya diorang dok dalam satria, wa sensorang tarik. Berat ma. Kejap2 pandang cermin. Kalau ada penumpang, memang wa lari masuk satria kat belakang tu. Hahahaha. Tapi kalau tetiba ada Hasan dan Nasha, memang sah gua lempang muka diorang laju2. Logik bhai diorang muncul time tu. Sebab diorang ni pakar perjumpaan dalam gelap. Gua blogger plak tu.

Tarik punya tarik, alhamdulillah sampai gak kat bahagian menurun. Kitorang berhenti dulu. Nak wat keputusan. Nak biarkan Satria ni menurun sendiri, wa follow belakang ke; atau biarkan dalam keadaan wa masih menarik Satria nih.

Kalau masih menarik satria, kena hati2. Enjin mati, break kaki tak makan, steering berat. Kena main handbreak. Tali tu pendek. Silap2 berlanggar pulak.

"Wa ingat biarkan cani la. Bawak slow2. Kena main handbreak la."

"Lu bawak satria la Ngah. Tak pandai wa."

Ok lagi beb. Masalah sekali lagi 2 beradik sehidup semati ni, 2-2 naik kete wa. Wa sensorang naik Satria. Terus wa teringat orang tua naik basikal. Adoiii yaiii..

Pendek cerita, kitorang pun bergerak slow2. Kete lain memang hampir tiada. Kalau ada pun peduli apa diorang. Sama gak kalau wa pon. Hahaha. Kalau Han_Azdi lain la. Park kete tepi jalan, dan buka 3 pintu. ///

Bawak slow2. Bukit Putus masih panjang. Terasa pulak panjang Bukit Putus ni. Dulu mase wa zaman motor, wa rasa macam pendek jer. Ngeeee...

Tengah2 laluan Bukit Putus, tetiba belt tadi tercabut. Member depan nak berhenti, tapi kan menurun. Kereta satria tu meluncur laju. So, tak payah la berhenti. Dia terus jalan la.

"Jalan...!!! jalan...!! jalan....!" Wa jerit dari belakang. Member wa kat depan teragak2. Belt tu putus sebelah wa. So, kete depan terjurai la tali tu. Kalau dia tak laju, tayar satria ni pulak langgar tali tu. Mau jadi bumblebee plak Satria ni kang.

Wa keluar kepala, wa jerit dengan kuat.

"Laju Wan! Laju Wan! Laju Wan!"

Pastu wa dengar adik dia pulak jerit.

"Laju bang! Laju bang! blah! blah! blah!"

Terus mangkuk 2 beradik tu laju sampai hilang beb. Hasan Ali korang. Tinggal wa ni beb. Akalaa........

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Jangan kau muncul orangtua basikal!

Ni kalau orang tua beskal tu tetiba muncul sebelah pintu gua, memang gua bukak pintu tu kasi dia menyarap atas jalan. Kena plak orang tua tu kepala dengan usus jer... pergh... gile seram nih. Cecepat gua tekan butang power windows.
Waaarghhhhhhhhh!!!!! Tingkap sebelah gua tak naik. Kena bantu dengan tangan. Nasharudin Mat Isa punya Proton!!!!! Tengok cermin belakang. Warghhhhhhhhh!!!! Gelap wooooooo...

Bila sampai bawah, dah ada lampu jalan, wa nampak diorang berhenti. Jibauk 2 ekor ni mesti ditempeleng. Wajib. Itu ijtihad 2 pahala gua. Wa terus parking tepi. Belum parking pun, 2 jibauk tu keluar dan berlari ke arah gua dalam keadaan tercungap2..

"Apsal Ngah? Apsal? Lu nampak orang tua basikal tadi ke?"

Comments

  1. bro,

    kenal tak dak lalok yang duk paroi jaya tu..?

    ReplyDelete
  2. dak lalok mana satu? lu ke? Hahaha. Ke budak silat tu?

    ReplyDelete
  3. hahaha duka cite cam same je pesen cam cikgu kimia aku bagi mase form 5

    cita satu (hantu beskal)

    ko bawak kete kat highway then potong sorang pakcik naik beskal tua .....


    then lama2 dia follow dari belakang sampai dekat dengan lu, makin lu laju makin dekat dia dengan lu sampaikan sebelah driver je location die dengan selamber kayuh mengayuh kah kah kah . . . mahu tak ter HASAN ALI ko?






    CITE 2 (HANTU LOCKER/DORM)

    dia boleh detect sape yang blom tidoq lagi dan sape yan berpura2 tidoq kah kah kah . . . celaka punya seram.

    modus operandi lepak atas locker mengilai then kire then siap bagi tau lagi bape yang dah betol2 tidoq bape yang pura-pura tidoq kah kah kah . . . mau ter NASARUDDIN MAT ISA korang kalau dalam keadaan camtu tak tidoq lagi dengar dia kira korang. cilakak punya seram.

    ReplyDelete
  4. wakakakakakaka...

    lawak siot citer kau....

    wakaaa hahahahha huhuu bagus kau terbit majalah lawak macam ujang

    ReplyDelete
  5. Roslan Sms punye budak..senak perut aku gelak tanpa henti selama 5 minit tadi..mesti jiran aku tau aku tak keje hari ni..
    abis la, lps Jumaat mesti dia ajak aku ngumpat..
    lepas Jumaat aku kena serong bawah jembatan gantung la..bwk broadband skali..adoiiyaiii........

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  6. orang N9 memang pandai berlawak ke? Ujang, Aduka....

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. poik..

    kalau kau kenal lalok budak silat tu, ko mesti kenal lalok lagi sorang tu...

    hehehehe

    kalau ada lalok dua beradik dalam satu masa, lalok budak silat tu, org panggil lalok senior / lalok besar... sorang lagi, lalok junior / lalok kecik...

    ReplyDelete
  9. tak kenal la bro. mat lalok zaman bile yg lu cakap tu. Hahaha. Budak PJ yg gua kenal :

    zunun

    bebudak Mertang

    Ostad Shamsuri (pergh gilo ostad2 tu kawan dgn wa)

    ei'an gangster PJ tu gua kenal gak. tp dia tak kenal gua. Haha

    Brother Burger Ejan yang pakai BMW

    ReplyDelete
  10. ok la tu...

    kau nie kira member2 aku la..

    zunun tu member aku, budak gile business tu kan..

    bebudak mertang tu, bos dia member aku (yang adik la...)

    e'an tu, sedara aku.. sekolah2 dulu aku lepak dengan adik dia yang kecik2 tu laa.. hehehe..

    adik dia sorang lagi tu, bini pada norhafiz zamani misbah... hehehe, zamani tu member aku jugak.. hehehe..

    tapi skarang nie kalau aku balik sban, aku lepak dengan budak2 yg ada dalam youtube kat bawah nie..

    klik sini

    sorry la gua buat expose kat lu punyer blog nie...

    nanti lu dah abis tengok klip tu, lu tolong delete posting nie.. hehehehe

    boleh kan?

    tapi, camana ko kenal lalok silat tu?

    ReplyDelete
  11. lu org wat
    jejak kasih lak yeaaa...haha

    ni blog maki-maki..
    dah jadi blog jejak kasih lak yeaa...haha

    ReplyDelete
  12. -nape wa trase lu msukkan N3 nie utk sindirkan seseorang je...ke aku sndri yg ade persepsi cmtu?..haha

    -zargus-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.