Skip to main content

Timbalan Presiden suci dari masalah disiplin - Tuan Ibrahim Tuan Man



MAHAGURU58 said...


Assalamualaikum tuan.

Yang mendedahkan bab lafaz taklik oleh setiap calon pilihanraya PAS jatuh talak 3 ke atas isteri jika belot semasa saya dan bloggers lain hadir itu bukan Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sendiri.

Harap maklum. Kami yang merakam segala percakapan di majlis dailog itu diminta tidak menyiarkan sebahagian kecil sahaja pendedahan tentang hal ehwal berkaitan EXCO Selangor oleh Dato Dr Hassan Ali. Bab taklik ini tidak terangkum didalam perkara yang diminta rahsiakan itu.

Namun saya tak sampai hati nak siar sebahagian mahupun keseluruhan rakaman audio tersebut kerana kasihankan nasib parti PAS dimana natijahnya pasti lebih heboh dari bab bai'ah ini yang sedang heboh dicanang oleh setiap ahli politik didalam negara kita.

Jika saya musuh kepada PAS dah lama saya siar tetapi saya sayang kedua dua pihak umat Islam yang sedang bertelagah tak sudah ni iaitu baik UMNO mahupun PAS! Nak kata kawan tu , kawan ni pun tak bersih tara mana. Nak kelepiak kawan ni, hak belah tu pun jongoih sama! Telan mati emak; luah mati bapak. Serbasalah saya dibuatnya.

Namun bab dok main gadai rumahtangga sebab dok keloloh sangat nak berkuasa ni, saya rasa tak comel lah. Sebab tu saya siar bab lafaz taklik ni iaitu rahsia kenapa ADUN dan AP PAS tak main lompat lompat katak macam Berahim Ali dan 3 katak di Perak tu!

Itu pun saya minta pengesahan dari sahabat saya iaitu salah seorang Naib Presiden PAS sendiri. Bila dia mengaku memang dok ada macam tu baru saya siar. Itupun selepas minta izin darinya. Mahaguru58 tak ada kepentingan politik mana mana. Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa. Itu saja. Bab PKR dan DAP, saya malas nak kata apa apa.

Jika nak tahu arahtuju kepimpinan mereka, tengok saja apa jadi pada kes Dato Dr Hassan Ali nak banteras jualan arak di Selangor? Siapa yang dok bangkang usaha Dato Dr Hassan Ali beriya iya benar jika tidak puak DAP? PKR buat derk je. 'Play safe' kata orang. Habis nak harap siapa lagi? Tengok sajalah nasib umat Islam di Selangor ni bila Tok Hassan kena pangkah! Hancurrr.

Jadi saya harap semua yang dok baca ni , sedar bahawa bab lafaz taklik ni bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri. Sampai sekarang ramai yang dok sembang deraih kokok berderai derai macam lah mereka dok ada di majlis tersebut. Saya serahkan pada Allah Rabbul Jalil untuk menghakimi kita semua.

Siapa yang adil dan siapa yang menzalimi sesama Islam dan separti? Berani siar kerana itu benar. Tak mahu langgar amanah Tok Hassan selagi dia tak bagi lampu hijau lagi. Wassalamualaikum.


November 10, 2009 3:53 PM [Link]

Blog baganutama

Comments

  1. ekau laie jongoih mahaguru,,,,, hahahah dahi kau hitam,,, melambang kan cahaya api neraka,, !!!!!!!

    ReplyDelete
  2. mahaguru who? sudah ler.. mahaguru jangan temberang pasal 'serbasalah' lu, pasal "Saya nak tengok orang kita bersatu dan kekal berkuasa" (u mean UG ker?)
    Jangan ler back si Hassan tu...walaupun pasal baiah taklik bukan didedahkan oleh Dato Hassan Ali tetapi Timbalan Presiden PAS sendiri (wah bagus mamat Nasha ni?)

    ReplyDelete
  3. kepala BUT la mahaguru...

    zaman umno perintah selangor lu tak bising lak jual arak merata? sibangsat mb2 dan exco2 umno dulu semua buat pe? lu plak mana?sibuk mengampu nak projek ke..??

    lagi skali gua nak kasi tau kat lu mahaguru...kapla but bapak lu la...

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana tidak mendedahkan segala2nya. Sekurang2nya awak masih memegang amanat. Sudah nasib PAS mempunyai timbalan presiden yang sedemikian rupa. Apo nak dikato.

    ReplyDelete
  5. salam.

    sebenarnya hasan ali hanya dijadikn korban demi menyelamatkn geng UG.

    nasib ko la hasan ooiii...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.