Skip to main content

Adik gua kena beli serbuk kari.

"Aiman.."

"Yer mak."

"Tolong beli serbuk kari jap. Mak nak masak kari."

"Ala.. suruh la Angah."

"Kan Angah tengah mesin kelapa. Kau kan takda buat apa. Alang2 main basikal, kayuh terus kat kedai tuh."

KUALA LUMPUR, 24 Nov: Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat baru baru ini telah bersetuju melantik Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Penolong Setiausaha Agung PAS.
Beliau akan membantu Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dalam hal-hal berkaitan pendaftaran ahli baru PAS, pendaftaran pertubuhan berkaitan PAS dan hal ehwal pakatan rakyat.
Di peringkat PAS negeri Kelantan, beliau adalah Timbalan Yang Di Pertua PAS kawasan Kota Bharu. Selain itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bunut Payung merupakan exco kerajaan negeri Kelantan memegang potfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan.

1. AJK PAS bersetuju bermaksud meluluskan.

2. AJK PAS meluluskan bermaksud, hanya meluluskan. Bukan bertanggungjawab mengeluarkan permohonan.

3. Bermakna, siapakah yang menghantar permohonan supaya Takiyuddin menjadi penolong Cikgu Pa kepada Mesyuarat AJK PAS?

4. Untuk sekadar menjadi penolong, mengapa Takiyuddin Kelantan dalam banyak2 muka pimpinan PAS lain yang free komitmen sama ada as exco, atau as ADUN atau as Ahli Parlimen. Penolong je ma.. ambillah sekor dari Pemuda PAS yang komited dan kurang tanggungjawab.


Perghh... emak gua lagi faham dari Cikgu Pa, beb.

Comments

  1. nenek gua pon tahu...
    Boneka & gile jawatan & tak tau wat keje & kroni
    ops2...
    PAS tau ke kroni tu ape..
    he he

    ReplyDelete
  2. ala..tu geng terengganu nak jahanamkan PAS kelantan la tu.angkat falsafah dialah timbalan YDP Kawasan, dialah exco, dialah penolong S/U, dialah team anti husam..opss.

    ReplyDelete
  3. blog lama tu lagi cun......pantang kena api AT tak tetap pendirian...

    lu kecoh apa hal, tubuh parti sendiri,lu sendiri jadi PRESIDEN lu sendiri jadi Ulamak.

    kemaruk ......

    ReplyDelete
  4. woiii mudz, At bukan ulamak le, AT maki ulamak tu kegemaran dia, Ratib harian dia mesti maki ulamak seluruh keturunan dia memang cerdik species yahudi, selain dari keluarga dia sapa lagi cerdik atas mukabumi ni,

    ReplyDelete
  5. ingatkan lu kene hisap dgn parpukari.....

    gong geng

    ReplyDelete
  6. Aduka
    Cik gu Pa & Geng nak buang TGNA sbg pesuruhjaya PAS Kel dan nak ganti dengan besi burok gengnya Ust Halim x TMB.So ini kerja Cik Gu Pa.pahtu dok congak nak cari geng UG ganti TGNA jadi MB kel pilihannya ialah YB Nik Amar.sbg TMB dan seterusnya MB selepas masa YB Ahmad yaacob kejab.So beware of this kerja kotor Pas Pusat...
    ..dari teleskop spy leman...

    ReplyDelete
  7. Ambe tetap suruh anak ambe yang besar tu pergi kedai walaupun masa tu dia tengah buat kerja sekolah. Ambe tak berani suruh sikecik tu pergi kedai. Maklumlah sekarang ni musim culik budak. Lagi satu sikecik tu auta sikit. Suruh beli serbuk kari dibelinya cikedis.

    ReplyDelete
  8. kalau wa adik lu wa akan jawab.... alah ngah tu bukan dok mesin kelapo tu.... angah tu lembap gak cam gen melayu.....omak suruh la angah poe kodai..... sambil² tu suruh angah mancing tepi longkang dokek kodai tu.... dapek anok ikan sepat sekor pun jadi la... goreng pun sodap!!!!!

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. ngah..

    "aiman tak kessssaaahhhh~~~~"

    kah kah kah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.