Skip to main content

Perangkap Konvensyen Blogger PAS 2009



Ramai ahli PAS mengambil kesempatan dengan dunia blog bagi meluahkan perasaan. Mereka tidak perlu memberi identiti. uma, disman, mikhail16 antara contoh ahli PAS yang bersuara menggunakan blog.

Sunnah menetapkan orang cerdik tidak boleh dipimpin oleh orang bodoh. Dan dalam kelompok majoriti bodoh, sudah pastilah orang2 bodoh yang dipilih mereka. Ini konsep demokrasi. PAS tidak guna kaedah setulen nabi.

Bila ini berlaku, sebahagian kecil golongan cerdik akan memberontak. Adalah mustahil fitrah manusia cerdik dipimpin oleh manusia bodoh dan manusia lembab. Allah sudah menetapkan begitu. Namun, untuk memberontak semborono tidak boleh kerana terikat dalam perjanjian jemaah.

Semua ini ibarat air yang terkepung. Dan air yang semakin terkepung tadi akan mula meneroka struktur lemah dan rendah untuk melepaskan tekanan. Dan alam blog adalah trend atau fenomena terbaru mengenai ini.

Ramai mereka yang cerdik meluahkan pendapat, tekanan dipimpin manusia bangang, secara merahsiakan identiti. Dan orang bangang terdesak tersepit dengan keadaan ini. Hasil pandangan orang cerdik yang diupah orang bangang itu, maka lahirlah satu program Konvesyen Blogger PAS 2009.

Sasarannya terbahagi kepada 3.

1. Blogger terkenal PAS yang mendedahkan identiti mereka. (contoh Penarik Beca, Cenangau, etc)

2. Blogger terkenal PAS yang menyembunyikan identiti mereka. (Manjung Mari, C++, etc)

3. Blogger2 PAS baru.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS dedah identiti hadir konvensyen tersebut, kemungkinan besar di akhir program tersebut, mereka terpaksa mengangkat ikrar terbaru atau bai'ah terbaru. Bertujuan mengurangkan serangan kepada pemimpin2 bodoh dan lembab. Keadaan sangat terdesak. Sedangkan kesemua blog ahli PAS yang membelasah pemimpin stupid berhenti secara automatik setiap kali menjelang pilihanraya sebagai keutamaan yang utama.

Apabila kesemua blogger terkenal PAS sembunyi identiti hadir konvensyen tersebut, maka, maklumat identiti mereka juga tidak lagi rahsia. Jika golongan ini menukar blog mereka, mereka terpaksa bermula dari bawah. Bermula dari tidak dikenali.

Blogger2 PAS yang baru juga perlu disekat menjadi pengikut kepada blogger2 PAS yang ternama. Mereka perlu dibrain wash, diserahkan identiti mereka. Lihat sahaja senarai followers blgger seperti Penarik Beca yang mencecah hampir 600. Berapa jumlah kategori student, blogger baru di dalamnya?

Penarik Beca sahaja bisa menggerakkan 600 media baru mengikuti pandangan dan fikrahnya. Katakan dari 600, 300 bersetuju dalam satu2 pandangan. Dan dari 300 pecah lagi kepada pengaruh mereka sendiri. Jika student, pengaruh mereka sesama student. Jika Unit AMal, pengaruh mereka sesama Unit Amal.

Semua ini adalah satu kuasa rakyat golongan cerdik yang bertembung secara fitrah dengan manusia golongan bodoh. Peraturan alam menetapkan mustahil golongan cerdik membiarkan diri diperintah oleh golongan bodoh, walaupun bersetuju dengan sistem majoriti bodoh berkuasa melantik orang bodoh sebagai pemimpin (demokrasi barat).

Cadangan.

Anda boleh hadir. Anda boleh berikan identiti. Tetapi berikan alamat blog lulit. Itu sahaja cara melawan sistem yang dicipta bagi menyelamatkan golongan bodoh. Namun, cara ini tidak boleh digunakan oleh blogger kategori 1.

Untuk blogger kategori 1 pula, anda boleh menguasai suasana konvensyen secara bergabung dengan blogger kategori 2. Ambil alih konvensyen tersebut dengan hujah2 bernas, tepat dan tidak berlapik. Keadaan akan menjadi panas. Situasi akan mempunyai nilai berita. Cara ini bisa membuatkan blogger kategori 3 menyebelahi anda. Blogger kategori 3 akan teruja melaporkan suasana tersebut.

Comments

  1. Dah tersepit baru nak konvensyen itu ini...

    boleh blah..., gua tak blog untuk PAS, wrong date bro...

    ha..ha...ha...

    ReplyDelete
  2. Ustaz Deris who? abaikan saja psl ni bukan arahan tapi ajakan saja..tu ada makna tu! depa nak jerat tengkuk hangpa semua bloggers saja. Bukan depa nak suruh hentam UMNO pun pasal tu tentu keutamaan bloggers pro-PR tapi depa nak hangpa jangan la keras sangat dgn kepimpinan yg lemah,cuai & khianat. Senang ar depa nak buat apa depa harapkan.

    ReplyDelete
  3. ada kene baiah taklik jatuh talak 3 tak?hahahaha..

    mampussss...lu org nanti.haha

    ReplyDelete
  4. kebebasan hentak pimpinan di bekukan oleh Akta PAS
    yg dibentang pd mesyuarat khas.haha..

    akta OSA akan dikuatkuasakan.
    dan bukti2 akan di ilangkan dari jabatan imegressen PAS..haha

    ReplyDelete
  5. Dengan itu, Penarik Beca dipaksa melafazkan baiah cerai talak 3 depan Hasan Ali. Kalau story bab Hasan lagi, jatuh cerai. Wakakaka. Mau kena tempeleng tuh.

    ReplyDelete
  6. Bersangka baiklah.


    Mungkin Ustaz Idris awang nak tingkatkan kelajuan blog ahli PAS supaya dimuatkan lebih laju.

    ReplyDelete
  7. Siapa menetang Kremlin akan ditangkap oleh KGB dan dihantar ke Siberia untuk mengikuti kelas pemulihan

    ReplyDelete
  8. jemput blogger UMNO untuk serahkan maklumat parti, jemput blogger pas supaya jaga rahsia parti jangan dibawa ke blog blog..


    bagus la cara organisasi ni..kalau company dah lama lingkup

    ReplyDelete
  9. ustaz idris awang akan umumkn pimpinan maya pas masa konvensyen nti..

    siap ade presiden,timb. pres,ajk dll..

    rugi wooo sape tak pegi..

    -zargus-

    ReplyDelete
  10. pak bakaq? pak bakaq ahli pas ka? ka dia penyokong fasal 3 & 4 perlembagaan pas saja.

    ReplyDelete
  11. pergi la kalau nak tahu kebenaran, jgn jadi munafik dlm ni saje.

    berkokok kat sini je buat apa. mengadap pimpinan PAS nanti kecut telur.

    poodah.

    ReplyDelete
  12. wa rasa blogger PAS akan dibrain wash kan ala BTN...haha

    lepas nie jadi mcm blogger umno kene cucuk idung...haha


    blogger PAS = blogger UMNO
    dua2 kene cucuk idung
    boss tarik idung ke sini
    ikut
    boss tarik idung ke sana
    ikut...
    jgn x ikut...haha

    ReplyDelete
  13. gua rasa tujuan berblog ni nak elakkan dari jadi lembu kena cucuk idung...mana yang tak betul tetap tak betul...mana yang betul tetap betul..

    tapi kalu niat ust derih ni nak kongkong dan suruh bloggers ikut arahan, baik jadikan bloggers semua editor suratkabor siasah dengan harakah...

    tapi kena bayor gaji le...amacam ust derih...ada bran ke...??

    ReplyDelete
  14. pasal aper nak kongkong, bukan dia bayor duit pun..kita suka melatah tak ketahuan, Kasi chance buat dulu,

    dlm iSlam kalau kita niat nak buat JAHAT masih tak dikira selagi kita tidak melakukan perbuatan tersebut.
    inikan pulak cuma nak konvensyen..dah kelam kelibut...

    Kita ghaser kita cerdik,sbb kita boleh tulis apa2 sajer tapi diluar tu org menilai kita...terpulanglah

    ReplyDelete
  15. salam AT...

    janganlah membuat andaian yang bukan-bukan...
    nampaknya virus ciptaan amenoo ini telah merebak dari satu isu ke satu isu yang lain..
    asyik melatah walau pun tidak dicucuk

    tahniah kepada 'think tank' amenoo,sekurang-kurangnya telah berjaya buat masa ini dan bleh klim lebih sikit..

    kalau ana nk buat perangkap pun tak lah seteruk i.s.a

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu