Skip to main content

PAS Selangor tidak teliti dan tidak ikut peraturan - Ustaz Ahmad Awang.

"Hal berkenaan tidak dapat dielakkan kerana masalah kepimpinan yang dialami parti itu sekarang kebanyakannya memang berpunca daripada masalah di Selangor."

Menurutnya, krisis dalaman PAS di negeri pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat itu dikesan apabila mesyuarat dewan harian bertindak memecat Khalid sebagai timbalan pesuruhjaya dan Saari Sungib daripada ketua penerangan negeri.

"Mana boleh mesyuarat dewan harian pecat ketua penerangan dan timbalan pesuruhjaya negeri, sedangkan ia hanya boleh dibuat dalam mesyuarat perhubungan negeri.

"Dari situ kita sudah nampak kepimpinan di Selangor tidak teliti dan tidak ikut peraturan," kata Ahmad.

Comments

  1. masalah dlm 1 organisasi ni
    stardard laaa...
    mana ada organisasi x ada masalah,hehe
    selagi mana ia manusia..
    jgn lah harap 100% perfect ala
    teori or ideal..

    yg ponting
    sedar diri...haha

    sapa gamak2nya
    jadi daging korban sempena raya korban ni..
    sanggup ke bkorban..
    ala2 biar kalah asal islam menang...hehe

    ReplyDelete
  2. aku harap baik la ust mad awang ni diam ja.....

    sat gi orng bangkit plak pasai dia dapat keta mewah dari toke balak time PR memerintah perak dulu ,,, baut malu jaaa.....

    ReplyDelete
  3. Anonymous Friday, November 6, 2009 9:55:00 AM berkata:

    "aku harap baik la ust mad awang ni diam ja.....

    sat gi orng bangkit plak pasai dia dapat keta mewah dari toke balak time PR memerintah perak dulu ,,, baut malu jaaa....."

    Jawapan:

    Baik kau tu yg diam. Pencacai???

    ReplyDelete
  4. Bila masa Ust Ahmad dapat kereta dari tokey balak. Yang Ust Ahmad TIDAK ADA sebarang jawatan kerajaan semasa PR memerintah Perak. Ketua kampung pun tidak. Usahkan yang agih kawasan balak. Jangan jadi sengkek sangat le nak fitnah orang pun.

    ReplyDelete
  5. Adukataruna,

    Pandangan Us.Ahmad Awang tu betul dan tepat.Dewan Harian mana-mana Perhubungan Negeri TIDAK ADA KUASA untuk memecat sesiapa malah tidak boleh membuat sebarang keputusan tanpa dirujuk kepada Perhubungan Negeri.Dewan Harian sekadar boleh membawa cadangan saja kepada Perhubungan Negeri.Terserahlah kepada Perhubungan Negeri untuk membuat sebarang keputusan.
    Takkan pemimpin yang ada PHD tak faham Perlembagaan PAS.

    ReplyDelete
  6. hehe..angkara Hassan Ali & co. ker tu? Tentu ramai tak caya/tak boleh terima kenyataan.
    Dia dah banyak buat masalah/hal...tegas tak bertempat...kalau ada wibawa eloklah letaklah jawatan & mintak maaf sebelum dia kena kicked..malu woii.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.