Skip to main content

Nizar | Rakaman bongkar sulit Nasha-Hasan ke Buletin Utama TV3.

Oleh : AdukaTaruna

Klip bongkar rahsia parti Nasha-Hasan di TV3.

Awal dulu gua dah ramal, bahana kesialan ulama dengan perjumpaan sulit bloggers UMNO. Bila diasak dan kritik; Roslan sms berhujah itu program di bawah Lajnah Penerangan PAS Selangor. Kepala ayah dia. Program sulit macam tu di bawah Lajnah Penerangan.

Gua dah ramal tentang media perdana akan mengeksploitasi isu baiah cerai taklik semahunya. Akibat kerja bodoh ulama genetik Melayu. Akibat kelemahan kawalan terhadap organisasi oleh Presiden PAS. Dan kini, kesemua mereka terkial2 bagi menjelaskan pemahaman pengundi yang rata-rata tahap Melayu. Dari non Melayu sampai Melayu. Kesemua mereka keliru habis.

Selain Khalid Samad yang mengakui wujudnya baiah cetai taklik tersebut, kesemua pemimpin tertinggi PAS menafikannya; termasuk Mursyidul Am. Sedangkan rakaman Timbalan Presiden membongkar rahsia parti itu wujud. Sekali tersiar part baiah; berapa pemimpin tertinggi PAS yang telah berjaya dibunuh karektor mereka?

Bayangkan begini.

Buletin Utama siarkan klip Presiden PAS nafi wujud baiah cerai taklik (Astro Awani). Then klip rakaman sulit part baiah cerai taklik Nasha-Hasan ditayangkan pula. 22 juta rakyat Malaysia, dari bayi 2 tahun hingga bakal pengundi baru meluat dan keliru.

Kemudian, upkan kenyataan Salahuddin, Mahfuz, Mustapha Ali, dan terakhir Mursyidul Am tentang penafian. Tak kiralah penafian berbentuk lulit (penafian samar2) atau tidak, tetapi damage besar tetap berlaku. Klip rakaman sulit Timbalan Presiden PAS sekali lagi ditayangkan.

Kemudiannya, tersebar di youtube, dalam bentuk 3gp for handset. Soalnya timing yang dipilih Najib bila? Lihat sahaja bagaimana terdapat gerakan UMNO yang menampal risalah bentuk poster di merata Malaysia berkaitan dengan ini. Bermula dengan isu perbalahan TGNA-TGHH dan diakhiri dengan isu baiah kemudiannya?  

Kepimpinan Ulama? What the fuck is that?

Rakaman itu wujud.

Rakaman itu tidak hanya berada di tangan krew Albanjari, tetapi juga di tangan bloggers UMNO! Jika team Najib boleh mendapatkan ADUN PKR, membunuh Altantuya, menguasai Sultan Perak, meletakkan agen Taks Force dalam PAS, inikan pula kerja mudah mendapatkan rakaman bongkar rahsia sulit PAS oleh Hasan-Nasha.

Dan apakah Khalid Samad dapat membaca gerakan UMNO kerana berada di Selangor dengan mengakui terlebih awal wujudnya baiah cerai taklik sebelum pembunuhan karektor dilakukan dengan tersiarnya sedutan klip bongkar sulit oleh Timbalan Presiden PAS tersebut?

Apakah bergelumangnya Khalid Samad dalam PAS Selangor di bawah Hasan Ali sehingga berupaya membaca gerakan UMNO itu dengan memilih perdebatan, penerangan, penjelasan baiah cerai taklik yang wujud, dari menafikan peringkat awal dan terjerat akhirnya? Walau sukar dan terhad jalan penjelasan, tetapi itulah yang terbaik dalam menepis gerakan catur Najib. Setelah dibola tanggungkan oleh egen Task Force, Nasharuddin Mat Isa.

Kepimpinan Ulama? What the fuck is that?

Comments

  1. tabik spring untuk aduka kerana pandai baca taktik nasha-hassan-umno

    gua pun tak terfikir macam lu tulis, khalid samad memang membanggakan sebagai mp kawasan gua

    jibam

    ReplyDelete
  2. kalau dulu gua dah ambik keputusan delete lu punya blog dr bookmarks wa TAPI sebaliknya berlaku wa dah bokkmark letak kat atas sekali.sebab kepala hotak lu memang power.walaupun wa tak setuju lu maki giler2 kat org tapi input lu memang wa selalu setuju.

    dunia dah terbalik.

    ReplyDelete
  3. kalau tak jadi macam tu lu g la fakap ngan rosmah mansor

    persepsi bangang camni pon dikata hebat..adoii..bangang...

    ReplyDelete
  4. woiii aduka mana link youtube tu?????kasi publish le, wa pu mau tengok...lu gila, wa pun gila maaa

    ReplyDelete
  5. At,

    Kenapa ko tak komen TGNA bagi jawatan CEO PMNK kat Menantu hah??

    Kemudian pergi buat haji dengan duit tajaan orang? Beliau MB, kalau MB lain orang taja, dah tentu membawa imej dia disogok, kenapa pulak TGNA tak kena?? Dia pun MB juga?


    Jawab AT jawab....dulu hang sibuk hentam TG HH,sokong TG NA la sangat...skrg isu nie awat bisu??

    ReplyDelete
  6. Dulu lu sibuk sgt dengan org lain dok wala2 kat Hadi...

    Apesal skrg isu MB Kelate lu senyap??
    Takkan lu pun wala kat ulama kelate nie? Takleh kena kritik lansung...

    Bayangkan kalau Hadi yang buat serupo...maki seranah Hadi kena...kronisme la..sayangkan menantu la...bangang,lembap,bodoh...membuka pintu kepada fitnah SPRM...

    apesal kena dekat TG NA lu macam tikus masuk lubang?? Hentam la...apa, dlm kes nie lu sokong kepimpinan ulama??? hahhahahahaha

    jawab jgn jd bisu isu nie....

    ReplyDelete
  7. ya Anon November 11, 2009 3:04 PM....
    Pada aku, TGNA tak patut ambik sponsor gi haji tu...soal rasuah mungkin tak lekat...pasal yg sponsor sapa? Kalau sponsor tu dia dapat apa projek lagi? Mungkin tak ada. TAPI soal persepsi umum akan terjejas & 1 fitnah kpd TGNA.

    sekian dimaklumkan!

    ReplyDelete
  8. ada apa pada bai'ah lafaz untuk cerai isteri?. Kalau lompat masuk UMNO, UMNO boleh bagi tiga atau empat juta, boleh cari isteri lain yang lebih muda dan lebih cantik woii. korang jgn jadi TOLOL mcm Akai Terencat(AT) la ngoK!!

    ReplyDelete
  9. Bab Khalid Samad vs Zul Nordin apa komen lu bhai ....


    takkan senyap aja isu baiah nie..

    selalu tak dan apa2 lagi orang lain senyap...lu yg meloncat dulu...pasal geng UG kunun...

    takkan bila kena kat khalidsamad lu diam aja bhai...??

    sejak bila lu jadi LEMBAP nak komen nie bhai....hahahahahaha

    ReplyDelete
  10. At, wa nak dengaq pendapat lu sendiri, bukan komen dari blog2 lain tentang isu baiah?

    Tu kira ijtihad ulama gak tuh,salu kan lu hebat kritik bab ijtihad nie, nie lah peluang lu nak kritik ulama dalam PAS?? kalau wujud baiah dari kalangan PAS, lu rasa salah ke tak salah dari sudut agama la buat baiah macam tu?? Setakat nie wa tak dengar lagi komen lu bab nie ..

    Ker lu sependapat dengan Mufti Perak dalam hal nie? Sependapat dengan zul pkr? Mufti Johor?

    ReplyDelete
  11. sejak isu kepimpinan PAS ni sehingga sekarang kes Kelantan pula, dunia maya bahkan media tradisional di mesia ni terlalu bertumpu kepada PAS.

    semacam Hassan Ali, Nasha, Mustafa Ali, TG Hadi Awang, TG Nik Aziz berstatus superstar pulak. buat sementara ni, Siti Nurhaliza boleh tolak ke tepi. Najib sudah tentu lah orang buat tak kisah saja.

    mesti UMNO bahkan PKR dan DAP juga cemburu gila kat PAS sekarang sebab PAS glamer...walaupun glamer sebab-sebab bangang. haha sama bangang dengan MCA.

    - Putera Malaysia

    ReplyDelete
  12. Selepas kafir-mengkafir dan syurga, UMNO dapat modal baru iaitu Baiah cerai taklik. Tahniah buat Nasa-Hassan!

    ReplyDelete
  13. Apalah salahnya TGNA terima tajaan tu? Dah hajat orang. Yang penting tajaan itu bukan berupa rasuah.

    ReplyDelete
  14. Mungkin kalau ada sapa-2 orang hajat/harap benar sorang ustaz/tok guru yang tawaduk/warak gi buatkan haji, leh gak dia tumpang pahala, walaupun dia sendiri leh pegi sendiri hj tu...hehe...entah ler.

    Camna pulak tajaan/sponsor rombongan gi seberang sempadan negara..atau Hathyai atau Phuket atau ke Putrajaya, CLyn? Tu bukan rasuah

    ReplyDelete
  15. persepsi ambe TGNA warak orangnya dan tidak menerima rasuah.

    ReplyDelete
  16. Lyn,

    Apa pulak tak salah? Sekarang ni PAS dalam proses menguruskan persepsi. Kalau tak selidik siapa yang taja, apa hubungan dia dgn MB, pelbagai persepsi bleh timbul, tambahan dia sbg MB Kelate, kalau yg taja tuh org yg pernah dpt projek kerajaan negeri, apa persepsinya nanti??

    Melantik menantu sebagai CEO PMBK, apa persepsi orang ? Kronisme?

    Dah dua peluru PAS kena ... ingat persepsi jgn buka ruang utk persepsi negatif ....

    ReplyDelete
  17. Pasal baiah PAS...dah sumer pimpinan jawab takde baiah. Haji Hadi cakap takde. Nik Aziz cakap takde. Azizan kate takde. Salahudin, Mahfuz dan ramai lagi...yang duk kalut pi tanye jugak pasal ape? Pi la tanye yg kate ada...dia baiah dengan sape?

    Macam Azizan kate, nak heboh ape. Kerajaan BN pun mensyaratkan bagi orang kawin yang tinggal isteri lebih 4 bulan tu jatuh talak...yang ni pasai apa tak heboh...bodoh pencacai UMNO...nak komisen pun buat homework la..

    ReplyDelete
  18. Persepsi terhadap TGNA lebih banyak yang positif daripada negatif. Dia cakap apa pun, Tuhan samseng, Nakhoda kapal, islam pelestik - Persepsi orang nasih positif. Sebab dia dah bina persepsi positif itu sejak 20 tahun yang lalu. Persepsi terhdp Hadi tetap negatif sebab dia yang bina persepsi yang macam itu. Nak wat cam no?

    ReplyDelete
  19. Apa punya hujah kau ni Lyn? Mentang2 ler persepsi orang terhadap TGNA positif, jadi kau ingat TGNA boleh buat suka hati dia jek? Org perempuan duk dalam dapur jek la. Apa punya hujah kau bawa ni aku pun tak faham. Nak aku gelak kan kau menangis pulak. Hahaha. Kau pun nak tumpang populariti orang ke?

    ReplyDelete
  20. ahaks... ntah apa2... konon2 persepsi diri sendiri sama je ngan persepsi semua orang...

    woi anon 12:18, Tok Guru boleh je nak pergi guna duit sendiri... btw, diapun banyak taja orang pergi haji... check dengan orang2 kanan beliau...

    Cuma, bila satu2 hajat yang hanya mengharapkan balasan baik di'sana'... maka selaku ahli agama... TG x kan menolak... dan kalau lu x puas hati sangat... siasat la siapa yang taja tu... n gali apa pula peranan atau kebaikan dia dapat dengan pemerintahan TGNA... kalau lu dapat buat gitu... baru lu boleh nak serang TGNA...

    dan persepsi wa... lu ni UMNO... wakaka... coz orang PAS walaupun dia budak2 TGHH... hampir mustahil nak kutuk TGNA... huahua

    ReplyDelete
  21. taja utk g haji?
    elok guna duit tu kat rakyat kelantan... awat semua rakyat kelantan dah kayoo ke?
    brapa byk haji mau buat?
    yg mana 1 yg perlu diberi keutamaan..?

    g haji?
    g bantu org2 yg perlukan bantuan?

    dah jadi MB
    klu leh elakkan diri dari tajaan mana2 pihak..
    g dgn duit sendiri laaa...

    rm65K
    brapa byk rakyat kelantan leh dibantu?
    brapa byk beras leh diberi
    utk rakyat kelantan?

    klu MB UMNO ditaja puluh2 ribu
    mesti huru hara totok PAs ni...haha

    ReplyDelete
  22. dia bukan buat sesuka hati. dia tahu apa dia buat dan dia ada penjelasan atas apa yang dia buat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...