Skip to main content

Najib persoal penahanan Asri


Gua tak tau la berapa juta orang Melayu yang kena tipu dengan reaksi terkejut Najib akan penahanan MAZA. Yang gua geram juga, sepatutnya sudah ada kenyataan nafi dan keras dari Hasan Ali. Yang ada cuma kenyataan2 longgar.

KUALA LUMPUR 2 Nov. - Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan, tindakan menahan Mohd. Asri adalah bidang kuasa kerajaan negeri dan tidak ada kena mengena dengan kerajaan Pusat.

"Saya tidak tahu motif penahanan Mohd. Asri yang bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak tahu apa yang didakwa mengenai fahamannya tetapi banyak lagi penceramah yang memberi ceramah tidak pula ditahan, tetapi Mohd. Asri ditahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib mengulas penahanan Mohd. Asri ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang dihadiri kira-kira 100 orang malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, persoalan mengenai motif penahanan Mohd. Asri perlu ditanya kepada kerajaan negeri Selangor.

Mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu hanya bersedia berunding dengan UMNO ketika pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib memberitahu, UMNO bersedia berunding kerana ia merupakan tuntutan agama.

Najib memberitahu, UMNO sentiasa mempunyai pendirian jelas bahawa selagi rundingan itu membawa kebaikan maka bersedia untuk mengadakan rundingan.

"UMNO bersedia berunding kerana ia merupakan tuntutan agama, kami buat kerana tuntutan agama bukan kerana politik, itu adalah pendirian kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, rundingan antara UMNO dan Pas tidak bermakna kedua-dua pihak terikat tangan.

Comments

  1. Aduka,

    Kali ini saya juga percaya bahawa Najib tidak tahu menahu tentang operasi JAIS. Tetapi nampaknya ada unsur-unsur Hasan Ali dan geng Terengganu

    Sebab-sebab:

    1. Kalau Najib nak penaya Dr Asri, psal lak offer YADIM kat dia?

    2. Kenyataan Ustazzzzzzzz Nakhaie Ahmad (sekor lagi ulamak) tentang Dr Asri tidak harus mempersoalkan tentang pengurusan duit YADIM. Dr Asri cuma cadangkan YADIM di audit tapi dia pulak marah dengan cadangan tue. Duit lagi!!

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/11/3/nation/5031635&sec=nation

    3. Apabila Najib tawarkan YADIM pada Dr Asri, tiba-tiba jer Harun Taib terhegeh-hegeh nak berunding dengan Dr Asri. Kalau Dr Asri masuk PAS, maknanya dia automatik tolak tawaran Najib.

    4. Bantahan tak masuk akal Persatuan Peguam Syarie dan NGO-NGO Islam terhadap Dr Asri. Malah memorandum mereka itu dinafikan dan di cabar tunjuk bukti oleh Dr Asri tapi sehingga kini tiada bukti yang dapat dikemukakan.

    Kesimpulan:

    1. Ini soal $$$. Tak lari mesti soal $$$. Ulamak ker, tak ulamak ker semuanya sama jer.

    2. Nampaknya ramai yang terlibat dalam skandal pengurusan YADIM ini. Nakhaie kan ramai kawan lama dalam PAS, kawan-kawan dalam NGO Islam (nak termuntah sebut NGO pembodek).

    3. Dr Asri amat ditakuti akan memegang jawatan YDP YADIM. Kalau dia jadi YDP dan pastu panggil Jabatan Audit macamana? Ramai yang akan kena nampaknya.

    4. Kesimpulannya, Kepimpinan Ulama memang adalah satu slogan buatan manusia yang patut dah dibakul sampahkan. Bagi kat ulama pun dia akan kebas gak.

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    Ini semua Niamakahai punya citer... hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sama ada UMNO terlibat atau tidak, orang tetap akan mencurigai UMNO. Sebab :

    1. Maza ngam dgn Harun Din dan dia dipelawa join PAS.
    2. MAZA tolak pelawaan Najib jadi bos YADIM.
    3. Bawak 25 orang nak tangkap MAZA sorang. (saje nak bikin gempaq)
    4. ADUN PKR dan PAS pun dengar ceramah MAZA masa tu.
    5. Keesokan harinya, pemimpin UMNO pakat kutuk JAIS dan kerajaan Selangor dalam paper.

    ReplyDelete
  4. Lu jgn jd bodo la ! ini semua lakonan yg dah siap dgn skrip la wOii, arahan dari kepala UMNO (tolong baca reverse jika statement keluar dr mulut kepala UMNO)jika melibatkan polis dan JAIS ni mesti dtg dari kepala UMNO. adegan ni samada dirancang utk menaikkan saham maza secara langsung atau tidak akan mempunyai impek "HARGA TAWARAN' perghh mcm main komoditi plak ampehhh

    ReplyDelete
  5. aku rasa ni cuma pertelingkahan antara golongan wahabi dan anti-wahabi

    tu aje...

    najib cuma nak raih polulariti dgn mempertahankan MAZA.

    ReplyDelete
  6. ADUKA TERUNA,hang kalau jahil sekalipun,jgn lah terang2 tunjuk dkt org,buat malu hang dan keluarga hang saja.Kalau hang tak reti dgn adab dan cara org agama berhujah dgn dalil dan ilmu,lebih baik hang duk diam,jgn duk tulis,mengata,maki hamun alim ulamak.Itu bukan cara org yg beragama islam.

    ReplyDelete
  7. gua rasa maza tak boleh pakai

    bodoh punya ustaz, kena kencing dengan najib cukup2

    ada hati nak pertahan kerajaan pusat sama najib

    takkan la dia bodoh tak boleh baca tactic najib

    siap cakap dato jamil khir pak tongkol salahkan kerajaan selangor

    http://mt.m2day.org/2008/content/view/28281/84/

    ustaz tak pandai politik, kena tipu la korang selamanya

    jibam

    ReplyDelete
  8. AT

    nasib baik bakal presiden cadangan lu tu pandai baca politik daripada hadi awang

    jibam


    gua amik dari facebook

    oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

    TAULIAH - APAKAH KERANA DIA DR ASRI ATAU KERANA UNTUK MENGAIBKAN PAKATAN RAKYAT, ATAU ADA AGENDA LAIN…..
    Kongsi
    Hari ini pada pukul 4.56 ptg
    SELASA, 03 NOVEMBER 2009 | 15 ZULKAEDAH 1430H

    Isu pendakwaan terhadap Dr Asri bukanlah perkara aneh atau pelik. Bahkan PAS konsisten membantah tindakan tersebut. Cuma yang anehnya ialah kenapa UMNO bersungguh-sungguh membantah dakwaan terhadap Dr Asri, sedangkan sepatutnya kita kena konsisten terhadap kes, bukan siapa yang terlibat.

    Isu larangan ceramah tanpa permit bukan perkara baru. Bahkan sebelum ini pun bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato' Ishak Baharom pernah dihalang menyampaikan ceramah di Selangor. Lagi pelik, beliau bekas Mufti Selangor, tak dibenarkan ceramah di Selangor. Begitu juga Dato' Dr Harun Din juga pernah dihalang, sedangkan ribuan pelajarnya di UKM menerima ilmu darinya, bahkan yang nak halang dia pun bekas anak muridnya. Begitu juga Dato' Ismail Kamus, Mufti Perak Dato' Harussani juga dihalang menyampaikan kuliah di beberapa negeri.

    Apakah istimewa Dr Asri berbanding tokoh lain? Bagi saya isunya bukan Dr Asri, sebenarnya isu yang besar adalah bagaimana untuk memburuk-burukkan kerajaan Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Kerana itulah media membesar-besarkan isu ini.

    Saya sangat tidak bersetuju bila mana tokoh agama dilarang menyampaikan kuliah dan ceramah atas alasan tiada tauliah. Kita telah kenal ilmunya dan kemahiran yang ada, tetapi itulah hakikat yang sedang berjalan. Sebenarnya tindakan JAIS itu betul dengan peraturan, yang sepatutnya kalau dilihat dari sudut penceramah yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah, memang melanggari peraturan dan JAIS mengambil tindakan tepat pada kesalahan tersebut. Yang pelik bukan tindakan JAIS, tetapi tindakan pemimpin UMNO membela mereka yang bersalah mengikut undang-undang Jababan Agama Islam Selangor. Jawapannya bukan kerana Dr Asri, tetapi kerana ia berlaku di negeri Selangor. Sebagai perbandingan kalau ia berlaku kepada Dr Harun Din, dan tangkapan dibuat pula di negeri Johor, saya yakin kenyataan dari pemimpin UMNO akan berubah bentuk. Inilah hakikat yang cuba disembunyikan.


    Sekali lagi saya nyatakan bahawa jabatan-jabatan agama setiap negeri harus bezakan antara tokoh agama yang mempunyai ijazah dalam bidang agama, dan diiktiraf oleh masyarakat. Takkanlah mereka ini pun perlukan tauliah juga. Kena tengoklah siapa mereka, bukan tengok di negeri mana mereka berceramah sahaja. Kerana itu, pimpinan PAS kita konsisten menentang keperluan tauliah bagi golongan yang memang diketahui keilmuannya, diiktiraf oleh masyarakat dan mempunyai kepakaran dalam bidang agama untuk menyampaikan ilmu agamanya di mana sahaja.

    ReplyDelete
  9. yg ni tuan ibrahim tuan man tulis dalam facebook mengenai PR

    hebat orang tua ni


    Kita mesti kembali kepada landasan kerja persiapan menghadapi pilihanraya:

    * Berapa ramai pengundi baru yang kita sasarkan dapat dicapai,
    * Bagaimana persiapan bilik gerakan
    * Semakan daftar pemilih terkini
    * Semakan rang yang dibentangkan
    * Bantahan yang perlu dibuat
    * Cadangan persempadanan pilihanraya, jawatankuasa persempadanan pilihanraya
    * Permasalahan kewangan setiap dun, parlimen, dan UPU

    Apa tindakan kita untuk memastikan segalanya berjalan dengan cukup lancar? Ini yang perlu diberi tumpuan. Jangan kita terperangkap dengan agenda musuh agar kita menghabiskan masa kepada perkara yang bukan menjadi tugas kita. Dengan kata lain jangan anda habis masa, tenaga dan wang ringgit memikirkan masalah yang sebenarnya bukan masalah.

    Dulu ada satu kisah enam orang pelabur berbincang untuk menjalankan ternakan kambing, cadangan sangat baik. Tetapi bila sampai kepada bagaimana pembahagiaan keuntungan, suasana mula tegang. Masing-masing rasa dia sepatutnya mendapat lebih banyak berbanding yang lain. Keadaan makin tak terkawal sehinggalah seorang yang lebih banyak berdiam diri dalam mesyuarat sejak awal berkata:

    “Kita nak bahagi keuntungan, tapi di mana kambingnya. Kambing pun tak ada lagi, dah bincang untung rugi”.

    Barulah mereka sedar rupanya mereka bincang perkara yang tak ada. Menghabiskan masa, tenaga dan memeningkan kepala saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.