Skip to main content

N3 untuk Mat Rempit..

Oleh : AdukaTaruna

Boring punya pasal, gua turunkan ilmu2 gua masa zaman rempit lewat 90an - awal 20an. Kah kah kah.... dont try this at home, coz at home no way.. pergh... cam salah jer omputeh gua nih...

Mat Rempit skang ni berani sebab otak tak ori. Sumbat dengan segala dadah atau alkohol. Tu pasal ada youtube Mat Rempit tengah putus kaki boleh minta rokok. Akal dia takda dah.. Bila otak dah tak ori, maka, selain dari keberanian jalan raya, dia berani jenayah.

Basic ambil coner.

Memula pegang motor mesti nak try layan coner. Layan coner adalah skill pertama yang akan dicari oleh mat2 rempit. Skang ni cuba lu perati. Secara normalnya, bila lu coner, motor akan rebah, tetapi badan tu tetap tegak 90 darjah terhadap titik grafiti. Itu normal.

Kalau lu mendaki jalan kaki, katakan kecerunan sebanyak 45 darjah, badan lu tetap 90 darjah terhadap titik grafiti. Mat Rempit faham ke bahasa gua ni? Adoiyaiii... cuba la jadi Mat Rempit yang educated sket. Camni, lu ambil tali dalam sedepa, dan ikat batu bawah dia. Bagaimana pun nisbah kecondongan muka bumi lu berdiri, tali yang digantung itu tetap akan tegak 90 darjah terhadap titik gravity. Dan kedudukan tulang belakang lu mesti follow sama.

Tapi, bila lu tgk pelumba2 luar negara, badan mereka condong selari dengan kecondongan motor. Bahasa mudah, boleh cecah lutut punya. Ini yang gua heran masa gua jadi Mat Rempit. Lalu gua pun buat ujikaji. Hahaha. Pembantu gua bernama Bahari, tukang jaga kat selekoh, warning gua kalau keadaan tak selamat. Time tu awal pagi. Time Nik Aziz tengah tahajut, Bahari buat kerja gila.

Pendek cerita, hasil ujikaji dan berlatih, gua ingat, pada tahun 1999, gualah Mat Rempit pertama kat Seremban yang boleh coner Selekoh Sarimah depan Ocean (skang The Store) dengan cecah lutut. ngeh3... Hadi Awang pasti bangga, tapi lu orang pasti meluat.

Jadi, kalau lu Mat Rempit, tanya diri sendiri. Betul tak apa yang gua story dalam blog gua nih? Lu hebat ambil coner, tapi kalau setakat kemahiran Melayu normal, lu simpan la. (Bakar... jgn tak bakar. kah kah )Motor laju2 la boleh buat. Setakat C70 lu nak coner dengan kaedah lawan posisi normal tegak terhadap titik grafivi, baik hang sembang dengan Hasan Ali.

Dan majority Mat Rempit (semua orang pun) secara normalnya ialah pengguna anggota kanan. Jadi, dia akan selesa ambil coner sebelah kiri, tetapi kekok bila koner sebelah kanan. Yang tu memang halangan BESAR lu punya dalam menguasai skill nih. Gua jamin. Sebab semua member gua terkial2 coner kanan time gua jadi sifu. Gua nasib baik sebab lahir2 gua adalah kidal. Tapi sebab mak gua Melayu, masa kecik dulu, mak gua jadik zangief kalau gua melampau sangat guna tangan kiri. Makan, menulis, etc. So, dah besar ni, alhamdulillah, gua mahir kedua2 anggota. Men badminton ke, ping pong ke menulis boleh kiri-kanan. Mewarna jer tak boleh. Adoiiyaiii...

Basic jarak pandang.

Bab yang ni bukan datang dari pemerhatian dan pemikiran macam kat atas tuh. Tapi datang pasal pengalaman. Majority, bila kita ambil coner bayekk punya, jarak pandangan kita terhadap jalan ialah pendek. Maksud gua, kita pandang dalam 2-3 meter jer kat permukaan jalan. Selebihnya (jarak melebihi 3 meter) kita menggunakan ekor mata. Cuba chek diri memasing betul ke tak.

Kalau gua salah, maybe sebab dunia gua (kami) yang tinggal berdekatan dengan Bukit Putus. Asal koner, mesti pandang 2-3 permukaan jalan. Sebab selalu jalan Bukit Putus berminyak. Dan inilah prosedur stendet gua bila time coner.

Satu hari, zaman jahiliyah dulu la.. bebudak Bangah Motor (Seremban) ada game dengan budak Semenyeh. Motor Kriss. Kategori Stendet Mody. Jarak 2 kilo. Vanue Highway Serdang.

Kitorang dalam kumpulan sebanyak lebih kurang belas2 helai motorsikal bergerak dari Seremban. Sampai tol Sungai Besi, kat Petronas situ, bersaingan dengan budak2 Semenyeh ni. So, dah berlumba, dan tunjuk terer dengan teruja sekali.

Bila sampai satu selekoh (ke Cheras la kalau tak silap gua), depan bangunan ASTRO, bebudak Semenyeh lead la coner tuh. Dah jalan diorang, memang la. Ada member gua yang terlajak ke depan sebab tak tahu jalan.

Tapi coner tu agak panjang pasal dia susur masuk ke flyover atas. Time acara coner RXZ beramai2 tu, gua sorang jer baring. Dengan bongkak dan eksyennya, gua memotong beberapa utas motorsikal (Cewah.. mesti lu orang meluat punyalah baca nih). Tapi prosedur asas gua, pandangan 2-3 meter depan, selebihnya ekor mata.

Last2, laju punya pasal gua nyaris bantai motor member gua sebab imej motor dia baru masuk frame ekor mata gua. Gua buat keputusan cuba cilok dari arah luar (kanan motor member). Pasal sebelah dalam budak Semenyeh. Baru tayar depan gua masuk, member gua blow (camni kot ejanya. maksudnya perlahankan motor) minyak. Dan gua pun membuang ke arah lebih kanan.

Merumput dan melanskap.


Bila sahaja tayar depan cecah rumput, gua pun makan rumput. Hahaha. Time tulis ni jer hahaha. Time tu gilo punya cemas. Sakit belum dilulus otak lagi. Gua time tu normal beb. Rokok pun gua tak hisap sampai skang, jangan sebut arak.

Dan gua berguling2 ala citer Yusof Haslam menghempas pokok pinang lanskap. Pergh.... ayat dah macam novel pop dah. Lepas berjaya menghempaskan diri sendiri, baru gua rasa sakit. Gile punya sakit. Hasan Ali sungguh.

Kejap2 tu member2 gua ramai kerumun.

"Ko ok ke Ngah?"

"Aku ok. Kasi aku 5 minit jap. Jap g aku bangun. Sakit siot."

"Tapi motor ko terbakar."

Terus hilang sakit gua bhai.. gua bangun dan dah macam orang gila nak padamkan api. Member plak boleh halang sebab takut meletup. Macam siot. Last2 hangus.....

Sejak itu, lepas rasa insaf gua beransur hilang ditelan zaman, gua ubah prosedur gua. Jarak pandang gua ketika mengambil selekoh ialah melebihi 5 meter. Kurang  5 meter, baru gua guna ekor mata. Ahmad Garang2 mesti senyum sambil berkata padan muko kau bila baca N3 nih.

Pernah gak la main kat litar Batu 3 Shah Alam tu dulu.. ngeeeee....

Teknik membrek ketika coner baring.

Kalau lu kaki coner, motor lu kena guna spring yang keras sket. Kalau stendet punya spring, memang kelam-kabut tak stabil bila mencecah kelajuan tinggi ketika selekoh. Beralun.

Bila time coner, jangan la blow minyak atau perlahankan motor dengan cara menutup minyak. Halaju motor akan lebih laju dari enjin. Keadaan ini akan menyentak engine anda dan membuatkan motor tak stabil. Kalau lu coner setakat laju Mat Rempit baru nak up, suka rasa pedal kaki cecah jalan, memang tak payah baca tajuk ni la. Tak bagi kesan pun pada kestabilan motor kalau sekadar laju2 tahap lagi laju dari pekerja kilang balik kerja malam Jumaat.

Kalau lu tahap main game, atau litar, ketika selekoh dalam halaju tinggi, jika wujud keperluan brek bagi mengekalkan 'line' terbaik, brek dengan keadaan minyak still dipulas. Sekalipun perlu, hanya turunkan sikit pulasan minyak. Tetapi motifnya, pastikan halaju motor tidak sehingga menyentak enjin.

Kalau tidak, sentakan halaju kepada enjin akan membuatkan motor anda menggelupur. Selain merugikan beberapa second ketika anda perlu tingkatkan semula halaju motor.

Dont try this at home. At your dream ok.

Comments

  1. graviti la beb! grafiti yang conteng-conteng tu! he he

    ReplyDelete
  2. tula ngah..org sebat gak korner..tp ko main sebat je..kan dh terbakar motor,menyusahkn toyol,wok,bongah,aku(walaupn aku xde mlm tu) tp ko jgn lupa ABOT KENDUNG!!
    -ahmad garang

    ReplyDelete
  3. tula ngah..org sebat gak korner..tp ko main sebat je..kan dh terbakar motor,menyusahkn toyol,wok,bongah,aku(walaupn aku xde mlm tu) tp ko jgn lupa ABOT KENDUNG!!
    -ahmad garang

    ReplyDelete
  4. agak2 ler AT......mana ler bleh tgh koner pulas minyak....kena buang gear dulu lah bg RPM naik.....gua pun perempit mcm lu gak.....arak x der..pil pun x der...bohsia pun gua x layan....cuma gua ni isap rokok jer.....race kat batu 3 tahun 2001 main keriss gua sapu bersih ( overall champion )...tahun 90an gua rider haram kira yg top lah kat melaka.....turun kendong offer nak game rxz semua mcm tikus......x tau lah kalau lu pernah dgr 7-11....tu gua nyer bdk2......hahahahahhahaa

    ReplyDelete
  5. he he.
    Terkonang semasa dulu....
    Jln batu Feringgi sampai empangan Teluk Bahang.
    Padang Kota Lama.
    Depan USM.
    Roundbout Bukit Jambul.
    Pantai Seaget.
    Klu tak complete tempat2 ni haram balik umah malam minggu....
    Bawak RGV kesayangan, lawan arus roundbout Bukit Jambul, turun gear 4, full trotal, tangan kiri masuk poket seluar, complete 10 round baru balik tido.
    Best gile... bukan wat willy tunjuk terrer (Juah), hati mau berani.
    Hidup HLP (Hang la Paria)- Penang.

    ReplyDelete
  6. AT ilmu rempit hang tak cukup tinggi da. Tapi budak rempit sekarang sengkek pakai motor 4 stroke mana laju dah tu motor mak bapak tolong beli reramai tunjuk eksyen. Budak kereta turbo lagik la teruk enjin ribu bila game ja main ratus kahkahkah.

    Nasib baik mak aku pesan nak main motor ikut yang halal ( cubprix ). Abang aku training jalan kat tengah bendang (bertar) ja itupun keluar cover depan majalah RODA-RODA tahun 2001.

    p/s - 3 tahun aku keja kat banda kaba dari corner Fajar, stadium kubu, kg hulu sampai jalan gereja x jumpa pon sparring partner yang gila.

    ReplyDelete
  7. hahaha..minyak itam pun siap aku sponsor lg pasal nak ajak die kuar mlm tu boy..last2 aku ngan faiz leman gak yg tido kat slekoh astro tunggu motor bangah yg tgh berasap mcm pisang paneh tu..aku yg ajak die join mlm tu x sampai hati plk aku nak susah kan die lg..

    pengajaran nye ngah lain kali kalu x biase ngan lokasi atau keadaan jangan la main sebat je, bawak2 la study dulu..hehehe

    ReplyDelete
  8. hahaha..menyusahkn org lain xpe jgn ko susahkn abot kendung ngah..

    yed ada umah umah btau nnt..

    -ahmad_garang

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.