Skip to main content

Menantu TGNA letak jawatan.

Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai ekselutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).



Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini. Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini. Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.

 Jika perkara ini benar, gua rasa nak sujud syukur kerana maruah kerajaan Islam Kelantan diutamakan.

Jika perkara ini benar, gua rasa nak ciyom2 Nik Aziz kerana tidak berkompromi terhadap maruah kerajaan Islam Kelantan.

Jika perkara ini benar, gua rasa nak pelok2 Ariff sambil ucap terima kasih tak terhingga. Takper la bro. Lu bukan cikai punya orang. Banyak lagi ruang untuk lu berkhidmat.

Jika perkara ini benar, gua rasa nak lambung2 Zaharuddin.net, Al-Bakistani, Penarik Beca, Mat Sabu, Mahfuz dan semua blogger yang berjuang mengutamakan persepsi, berjuang mempertahankan maruah kerajaan Islam Kelantan.

Terima kasih TGNA,
Terima kasih Ariff,
Terima kasih Husam,
Terima kasih semua.

Comments

  1. -lu biar btul bro, tp kalo btul...

    -alhamdulillah..ni bru la,kepimpinan melalui teladan..TGNA ur a LEGEND!!!

    -ariffahmi,lu btul2 anak jntan!!..

    -zargus-

    ReplyDelete
  2. Hahahha....

    aduka-aduka, baru ko tahu hebatnya PAS...

    Nah baca ni!!

    Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagaiketua pegawai ekselutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

    Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

    Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

    Keputusan itu dibuat bagi menjaga kesinambungan perjuangan Islam di negeri itu dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.

    Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

    Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

    Ariffahmi juga hadir mendengar sidang media tersebut.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ariffahmi dimaklumkan telah mengumumkan meletakkan jawatannya dalam satu sidang media sebentar tadi.

    Hahahah.....TGHH pun termasuk orang yang diterima nasihat...

    PAS TETAP SATU! - tiada UG, tiada Erdogan!

    ReplyDelete
  3. maaplah
    lembab nak mampus.

    x kan lah x paham2 lg..
    klu menantu MB UMNO jadi CEO
    pon mesti lu org bising punye.
    awatlah lembab sgt..
    nak je wa hentak pale pimpinan PAS ni.
    terutama MB nya...hehe

    lepas ni
    jgn bubuh menantu anak beranak jadi CEO mana2 syarikat kerajaan negeri.
    syarikat yg ada kaitan dgn kerajaan negeri pon tarak leh.

    ReplyDelete
  4. xada org nasihat hadi ke?
    kasi undur diri...haha

    lepas ni
    elok ada NGO g jumpe hadi
    minta dia undur diri...hehe

    prof.aziz nasihat x makan saman.haha

    ReplyDelete
  5. Hj Hadi, bila nk ltk jwtn ni?? Hahaha, dok sibuk main kt umah org, umah sdri tk terjg pn..

    ReplyDelete
  6. t kasih hadi awang, t kasih harun taib sebab nasihatkan tok guru supaya nasihat arif letak jawatan

    t kasih kat husam? apa yg dia sumbangkan.

    tergamak dia ugut tok guru sama ada pecat dia atau pecat arif. manusia jenis apa ni

    kerana dia usung kickdfela ke pmbk yg buat kerajaan kelantan hru hara sekejap

    so AT, bila plak projek langgar Husam ni?

    ReplyDelete
  7. nik aziz berjiwa besar

    hadi awang teman sejati

    arifahmi memang jantan

    husam? nape o bagi kata dua kat tok guru? takde cara lebih sopan ke ha

    ReplyDelete
  8. seperti wa cakap dulu.... TGNA ni berjiwa akar umbi... apa yang akar umbi nak itu yang TGNA akan laksanakan..... wa yakin pasni kueng skit la serangan UMNO kat kelantan ni.... sapa sangak TGNA sanggup suruh menantunya sendiri resign.... uma..... wa rasa TGNA sengaja jer lantik menantunya jadi CEO tu.. bukan apa... dah lama dah kelantan ni sunyi ngan isu panas..... boring la..... hahaha
    oiii anon 4:43.... dari mana lu tahu Husam ugut TGNA supaya buat pilihan tu..... OoOOo dari blog MSO ke..... hahahahahaha... mana bleh pakai blog tu..... tu pun dia cakap dari sumber yang dia jer boleh percayai...sumber dia wa tak percaya langsung!!!!!..... hahaha... lagi pun wa rasa MSO dah jangka arif fahmi akan resign.... jadi dia create citer tu kasi menarik.... kononnya Husam yang bagi kata dua kat TGNA.... baru lpot citer tu nampak menarik.... baru orang enjoy nak layan..... hahaha

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.