Skip to main content

MB Kelantan: Nik Aziz umum pengganti, pelan peralihan.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat digesa menamakan penggantinya ketika pentadbiran kerajaan negeri pimpinan beliau yang sudah tahun ke-19, terus dibelenggu isu demi isu.

Gesaan itu diketengahkan oleh Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

"Saya secara peribadi rasa perlu Tuan Guru Nik Aziz menamakan pengganti atau sekurangnya bagi petanda untuk mudahkan proses," kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Mohd Amar menambah: "Kalau berlaku tiba-tiba (perubahan pucuk pimpinan), mungkin orang yang naik (pengganti) perlukan masa untuk stabilkan keadaan."

Kata beliau, pandangan itu bukan bertujuan memaksa berundur sekarang.

"Cuma pada pandangan saya, Tuan Guru sudah ada dalam fikiran tapi tak mahu namakan kerana tak nak lukakan sesiapa.

"Bukan suruh Tuan Guru berundur, lebih baik namakan pengganti atau cadangkan kepada parti, nak terus kekal pun tiada masalah," katanya lagi.

Nik Aziz menerajui Kelantan sejak pilihan raya umum 1990.

Kata Mohd Amar, pelan peralihan boleh mengurangkan kekecohan dan khabar angin.

"Kalau peralihan kuasa berlaku dan jelas, mungkin kekecohan ini tak berlaku," katanya.


Dah la... Nik Amar lambat. Semalam TGNA buat surat rasmi dah. Dalam surat tuh, dia namakan AdukaTaruna sebagai MB Kelantan dan AbangHensem as Mursyidul Am. Tapi surat tu bocor ntah macamana.


Akibatnya, Husam terus sakit belakang, Nasha terus saikit dada, Hadi nyaris2 beli tiket ke Palestine. Tu belum gua citer Hasan Ali tarik2 rambut sendiri depan cermin. Dengki la tuh. Tak dapat terima hakikat. Apa ingat orang luar tak bleh jadi MB Kelantan ke?

Comments

  1. Hahahha....

    aduka-aduka, baru ko tahu hebatnya PAS...

    Nah baca ni!!

    Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagaiketua pegawai ekselutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

    Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.

    Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.

    Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.

    Keputusan itu dibuat bagi menjaga kesinambungan perjuangan Islam di negeri itu dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.

    Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.

    Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.

    Ariffahmi juga hadir mendengar sidang media tersebut.

    Dalam perkembangan berkaitan, Ariffahmi dimaklumkan telah mengumumkan meletakkan jawatannya dalam satu sidang media sebentar tadi.

    Hahahah.....TGHH pun termasuk orang yang diterima nasihat...

    PAS TETAP SATU! - tiada UG, tiada Erdogan!

    ReplyDelete
  2. http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23368:nik-aziz-setuju-nasihat-ariffahmi-letak-jawatan&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

    ReplyDelete
  3. aih, mcm tk sbr nk tok guru berundur ni? hahaha.. Lu nik amar tk kna timing btl la.. Tggu la setel satu2.. Kelantan teguh sbb tok guru.. So, bila tok guru berundur nti, undi aku msh blm ttu utk PAS. Aku pduli ape.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. wa jadi mursyidul am????....perkara pertama akan wa sentuh pasal wala'... pastu perlantikna CEO PMBK wa akan lantik adik wa..... bukan pasal kroni ke apa ke sebab utamanya... senang wa nak berurusan ngan orang yang wa kenal..... kalau wa lantik orang lain nantikan silap alntik ahli UMNO kecoh plak satu donia.... hahaha

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.