Skip to main content

Kuasa golongan muda harus digembleng.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk golongan muda, kita harus gigit falsafah yang betul dalam prinsip demokrasi. Kalau lu enggan tunduk kepada demokrasi atas hujah agama, lu tinggalkan demokrasi sekarang, dan join jemaah lain. Tabligh ada, Hizbut Tahrir ada, Rufaqa' ada. Kalau lu rasa jemaah itu tidak praktikal, lu join lah militian. Dr Azahari, Imam Samudera, Noordin Mat Top, etc.

Kalau lu pilih tajuk demokrasi, bermakna lu kena faham dan akur tentang dunia demokrasi. Dalam demokrasi, lu orang adalah kuasa. Manakala menusia yang terhegeh2 meminta sokongan lu orang adalah balaci terhina. Lu yang upah. Lu yang sediakan macam2 untuknya. Dari menzakatkan petak sawah, mewakafkan tanah sampai ke panjat pokok berkerengga memasang bendera.

Muda dan ahli dulu.

Skang ni, gua nak tanya lu orang. Kepada ahli dulu. Untuk golongan muda sahaja. Adakah Presiden lu orang sekarang ini menjunjung aspirasi lu orang? Semua kesalahan dan tatacara disapu bawah karpet. Adakah Presiden lu orang sekarang berada dalam landasan pembaharuan yang lu orang dahagakan?

Parti lain dah open sampai ke dasar melilih Presiden sendiri, menghadkan kepada 2 penggal, Presiden lu orang bagaimana? FAKAP bukan untuk Presiden lu orang sahaja, tetapi untuk lu sendiri sebagai ahli berdaftar dan berdarah muda.

Muda dan pengundi bukan ahli plak.

Skang ni kepada bukan ahli, tetapi mengundi PAS dan golongan muda. Kalau Pak Onchu rasa dia muda, pun dia boleh masuk book gak nih.

Skang ni, gua nak tanya lu orang, adakah PAS berada di tahap sekarang dengan undi lu orang atau undi ahli mereka semata? Lu jawab. Kemudian, kita asak mereka untuk dapatkan pendirian.

a. Mereka rela kalah, rela tidak diundi kita asalkan hal ehwal parti mereka tidak dicampuri.
b. Mereka menghormati dan membawa aspirasi keseluruhan secara terbanyak. PAS for All.

Kalau mulut sahaja B, tapi lidah, membenarkan dalam hati dan melakukan dengan anggota adalah A, maka lu orang adalah bodoh kerana tidak tahu menggunakan kuasa lu orang. Ibarat si peminta sedekah yang meludah muka lu selepas mendapat sedekah.

Peluang yang dihadirkan Allah.

Kalaulah Allah hadirkan peluang PRK di Seputeh, sepautnya kita semua kembali kepada falsafah demokrasi. Di Seputeh, ianya adalah status quo. PAS menang atau kalah tidak mempunyai apa2 signifikan.

Jika atas hujah meningkatkan moral BN dan menjunamkan moral PAS, moral nasional, ketahuilah, moral PAS kini sudah pun menjunam. Moral BN menang di tempat asal menang tidaklah setinggi mana. Yang penting ialah bagaimana anda, menggunakan kuasa anda, mengajar PAS.

Inilah peluang anda. Anda tidak boleh menghukum Pak Lebai jumud di arena PRU13. Kita yang dahagakan pembaharuan dan keadilan sudah pasti tiada pilihan yang lain. Jika Allah hadirkan peluang ini, marilah kita rebut dan manfaatkan sepenuhnya.

BOIKAT PAS DI SEPUTEH. AJAR PAK LEBAI MELAYU.

Bila mereka perlukan undi anda, mereka datang dengan muka manis, tabung derma dan janji pahala. Tetapi selepas itu mereka menghancurkan janji mereka sendiri, dan mengancam kamu dengan azab neraka. Di mana letaknya nilai maruah kamu sebagai pengundi muda?

Kita lawan PAS sekarang untuk masa depan sendiri selepas PRU13.

Jika anda gagal untuk mengajar PAS sekarang, ketahuilah nasib dan kesinambungan hidup kita di bawah BN selepas PRU13 akan lebih sukar. Nilai mata wang sudah semakin kecil. Sistem keadilan sudah tidak terjamin. Rizab minyak dan rizab emas negara yang tidak pasti jumlahnya.

Jika anda gagal untuk mengajar PAS di Seputeh, dan PAS kekal dalam keadaan Presiden Tiada Telinga, dan Lembaga Disiplin Bawah Karpet, pengundi bukan Melayu pasti tidak akan yakin dengan PAS. Dan jika mereka bertembung dengan format BN berbanding format PAS, maka sudah pasti mereka mengekalkan format yang sudah diketahui walau korup sini-sana berbanding format PAS yang mencurigakan.

Akhirnya, selain Kelantan, keadaan akan menjadi Melayu berlonggok di bawah format UMNO, dan bukan Melayu mempunyai kuasa pendesak di bawah Keadilan dan DAP. Siapa yang rugi? Adakah ahli2 berdaftar PAS faham sampai ke tahap ini? Tidak. Kerana mereka adalah jenis dan berkualiti stupid.

Jika kuasa Melayu berlonggok di bawah UMNO, adakah kematian Melayu akan dibela seperti TBH? Jika kuasa Melayu berlonggok di bawah UMNO, adakah SAR akan mendapat pembelaan seperti sekolah Cina? Jika Melayu berlonggok di bawah UMNO, adakah tanah Melayu di Wilayah Iskandar dapat dihalang dari dijual kepada warga Israel dan Singapura?

Adakah ini diijtihadkan mudarat kecil oleh para ulama celaka PAS? Apakah ini dinamakan ijtihad 2 pahala oleh Harun Taib bila memfatwakan kerjasama dengan UMNO lebih syarie?

Dengar sini anak muda....

BOIKAT PAS DI SEPUTEH. AJAR PAK LEBAI MELAYU.

Comments

  1. woi Aduka Mat Bunga!
    kalau background kaler hitam, awatnya tulisan kaler merah..ponin den oii!
    tulisan kaler putih la..takkan aku nak kena highlight tulisan baru baca...Abu Bakar Chik tol la kau ni...huhu......

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  2. huhu.. silau la woiiiii
    baik kau jgn tukar warna itam.
    sakit mata aku

    ReplyDelete
  3. hampas benar blog baru ko ni bai...

    + : ko boikot la sorang2.. ngee

    ReplyDelete
  4. kali aku kata.....

    aduka....


    BETUL...BETUL...BETUL.... (versi upin dan ipin....)


    BLUES UNTUK RAKYAT....

    ReplyDelete
  5. kali aku kata.....

    aduka....


    BETUL...BETUL...BETUL.... (versi upin dan ipin....)


    BLUES UNTUK RAKYAT....

    ReplyDelete
  6. tak mesra rakyat betoi la blog ko ni...
    sakit mato den baca tulisan merah berpinar tu...

    takkan ko ni pon "adalah jenis dan berkualiti stupid." ?

    ReplyDelete
  7. Memboringkan.......... Ingatlah mati.. kamu akan dikutuk dihina anak cucu... kerana kamu... jatuhnya kerajaan

    ReplyDelete
  8. BOIKOTTTT!!!Kasik pengajaran sket wat pAS sblum tlambat!!!

    ReplyDelete
  9. ADUKA TARUNA!!!!!!

    GUA MEWAKILI SUARA FOLLOWER BLOG LU DENGAN INI MENDESAK LU SUPAYA MENGUBAH STYLE BLOG LU KEPADA YG ASAL!!

    KAMI BG TEMPOH 48 JAM BERMULA 00:00, 25/11/09.
    JIKA PADA 23:59, 26/11/09 LU MASIH MENGEKALKAN STYLE YG MENYUSAHKAN FOLLOWER LU YG BERIBU-RIBU NI, KAMI AKAN MEMBOIKOT BLOG ADUKA TARUNA!!!

    KAMI AKAN PASTIKAN BILANGAN HITS MERUNDUM DENGAN DRASTIK. MARI AJAR ADUKA TARUNA, DIA ADALAH BALACI, KITA ADALAH TUAN!!!

    YG BENAR,


    ............
    PRESIDEN
    ADUKA TARUNA FAN CLUB (ATFC)

    ReplyDelete
  10. presiden atfc,

    jgn air liyur je lebey.

    bak mai desain hang.

    haha

    hantar sini..

    adukataruna2008@gmail.com

    memekak je lebey.

    ReplyDelete
  11. GUA DAN FOLLOWER LAIN NAK ADUKA KEKALKAN STYLE LAMA, BUKAN NAK PROPOSE DESIGN LAIN. APA KE BODOH ANON 5.18 PM. FAKAP LU!!


    YG BENAR,


    ............
    PRESIDEN
    ADUKA TARUNA FAN CLUB (ATFC)

    ReplyDelete
  12. apa si aduka taip dalam ni.... wa malas baca.... tak nampak apa² pun...

    -abanghensem

    ReplyDelete
  13. -prubahan mmg sukar org nk trima pd prmulaannye..tp bile diri dah biase wat,bnda tue akan jd rutin kite gak..
    kalu tak skang kite nk mulekan,bile lg?...

    -err,nie wa komen utk isu boikot n design lu..hahaha..pakej maaa...

    -zargus-

    ReplyDelete
  14. Salam
    AT, wa bleh terima tulisan lu.

    Cuma, apasal merah?

    Hilang nafsu wa nak baca blog lu.

    ReplyDelete
  15. Salam
    AT, wa bleh terima tulisan lu.

    Cuma, apasal merah?

    Hilang nafsu wa nak baca blog lu.

    ReplyDelete
  16. Salam tuan blog, tolong siarkan,

    KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN

    Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.

    Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..

    Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.

    UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.

    INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???

    Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :

    1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.

    2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.

    3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.


    Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.

    Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI


    Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.

    Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.

    Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.

    Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”

    KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.



    KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,

    KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.

    KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS

    HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.


    INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
    KOTA BAHRU, KELANTAN

    ReplyDelete
  17. reda kisah arif fahmi .... timbul plak kisah MPKB......


    -abanghensem

    ReplyDelete
  18. boikot jgn x boikot,
    fatwa semasa dari uma..haha

    kisah MPKB tu
    leh dihighlight kan..hihi

    ReplyDelete
  19. AT, tlg fwdkan masalah MPKB ini kpd org yg berkaitan, kot ada kebetulannya, mintak disiasat, pas kena prihatin kpd masalah2 sebegini, arah org siasat dan ambil tindakan. amat takut org ignore ja walaupun pihak yg mengadu dah berusaha mengadu. kesahihan aduan pun kena tengok jugak.

    ReplyDelete
  20. lu org ingat at ni ajk kawasan ker. nak komplen poie la mana2 cawangan. hehe...
    dier tau menyalak dlm ni jah. hahaha

    ReplyDelete
  21. fakap la style blog ni..

    lahanat jebat betoi..

    nak baca pon dah bosan..

    bodoh=stupid!

    tukag la woi!

    ReplyDelete
  22. huhuhu.. wa tak tau laa..
    kot2 wa sorang je perasan..

    tapi.. lately, article in this blog hanya direspon oleh org2 yang sama...
    respon pun biasa jah..

    kenapa itu macam aaa..

    penat AT berhujah ni..

    wa ingat nak berhujah gak..

    tapi cam dah basi plak..

    hehehehe...

    i had sense something but time would tell the truth...

    kui..kui..kui...

    ReplyDelete
  23. PAS menang kat Ganu sebab mata lebam Anwar. Tsunami politik 2008 sebab kelemahan pentadbiran Pak Lah. Sedarlah PAS oi. Kamu tu bukannya terer sangat. Kamu tu sekadar parti alternatif je. Nak jadi parti berpengaruh macam UMNO kena ubah pemikiran jumud tu. Dengar nasihat cendikiawan dan profesional. Orang tolong buat analisis dan kajian patut ucap terima kasih. Bukan lekehkan kajian orang.

    ReplyDelete
  24. Time kasih bumblebee kerana ambil kira pandangan ambe supaya warna teks ditukar kepada warna hitam dan latar warna kelabu. Kepada sahabat AT sekalian, ambe rasa design baru ni lebih moden berbanding yang lama. Jangan marah2 lagi ok.

    ReplyDelete
  25. Nasib pengundi PAS setia yang dianak tirikan seperti yang diceritakan Insan Kecewa patut diberi perhatian. Sebagai blog berpengaruh, harap AT dapat memperjuangkan nasib kasta rendah dalam MBKT tu.

    ReplyDelete
  26. cglyn, wa tukar bukan sbb lu punya idea la.

    kah kah kah.

    ReplyDelete
  27. Gua ade rase, ramai dh bebal ngan Parti2 melayu nih. Pekate kite pakat bersatu tubuhkan Parti baru. Yang lebih baik die orang. Die orang ingat dah terer sangat. Wat parti untuk betul2 punyer untuk rakyat bawahan. Member2 gua ramai dah boikot puak2 ni. Kami bukan golongan atas pagar. Kami dah turun dari atas pagar, wat tanah baru. Insyaallah akan terjadi dengan izin Allah.
    AT... kan lu cakap kiter sebenornyer yang berkuase, gune kuase kite. Bior die orang denagn citer2 die orang.

    Idup demokrasi

    ReplyDelete
  28. searchforheaven,

    lu tak payah menyalak la..lu tu turun padang berhujah....basi tak basi bukan alasan..yg penting ada telor atau tak......byk persoalan AT lu org penyedot telor Hadi tak jawab..pengecut dan bacul.....

    ReplyDelete
  29. rilek bro.. lu provoke gua ka??


    aukkkkkkkk... aukkkkkkkk...

    wa nak salak ni...

    wakakaka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.