30 minit jer Prof?
PAS memerlukan “korban” dengan menggugurkan beberapa pemimpin kanannya untuk menyelesaikan masalah dalamannya berhubung kontroversi idea kerajaan perpaduan, kata seorang ahli akademik.
“Tidak perlu ulang apa yang saya sudah katakan. Kalau itu terlalu berat, gugurkanlah (timbalan presiden) Nasharuddin Mat Isa atau (pesuruhjaya PAS Selangor) Dr Hassan Ali, sebab terlalu jelas PAS perlukan korban,” kata profesor Dr Abdul Aziz Bari.
Pakar undang-undang perlembagaan itu, yang membangkitkan semula itu bulan lalu, diundang menghuraikan pandangannya berhubung masa depan PAS bawah kepemimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap lemah dan perlu berundur bagi menyelamatkan parti itu.
Dr Abdul Aziz dijangka mengulangi dan mempertahankan nada kritikalnya itu di seminar politik PAS di Gombak, Sabtu ini.
Ia diadakan sebagai menggantikan muktamar khas seperti disarankan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melenting selepas merujuk artikel Dr Abdul Aziz, ‘Pengajaran Dari Bagan Pinang’ di sebuah akhbar 19 Oktober lalu.
Ahli akademik yang dekat dengan politik pembangkang itu mengkritik Abdul Hadi dan beberapa pemimpin kanan parti itu, antaranya Dr Hassan yang dianggap menimbulkan di Selangor sehingga membawa kemerosotan kepada undi PAS pada pilihan raya kecil tersebut.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Abdul Aziz berkata sekiranya PAS gagal melakukan reformasi itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh membetulkan keadaan dengan menggugurkan Dr Hassan sebagai exco kerajaan negeri.
Dalam seminar 7 November ini, Dr Abdul Aziz diberikan masa 30 minit bagi menyampaikan pandangan kontroversinya itu kepada kira-kira 1,000 peserta - terdiri daripada semua barisan pemimpin kanan di semua peringkat termasuk tiga dewan utama dan kawasan.Padatkan dengan pil2 pedih, prof. Banyak dan lama sangat telan pil wala tu prof. Dah tahap bodoh kekong dah memasing tuh. Lu bagi hujah sampai tercampak serban memasing. Sebut nama dengan jelas kat seminar tu prof. Jangan jadi Melayu. Terlapik2, terkias2. Sikit2 nak merajuk, sikit2 nak jaga hati. Satu problem pun tak selesai.
Kalau sebut nama Hadi, pandang muka Hadi, prof. Kalau Hadi duduk atas pentas, belakang tempat berucap tu, toleh sekali kat Hadi, prof. Ambil masa 2 second untuk audien turut pandang Hadi. Skill ni beb. Lu tgk cane gelabah dia time pc nanti.
Then sebut nama Nasha. Ketepi sikit sambil toleh ke arah Nasha. Kengkonon bagi laluan kepada yang tak nampak Nasha. Ini semua skill prof. Buat dalam 2-3 second, then terus rapat balik ke mic. Terus bentang hujah2 kaw punya.
Sejarah ni prof. Nama lu akan terakam dalam sejarah. Anak cucu lu akan ada simpanan bidio lu belasah puak2 bengap PAS ni. Lu memang kena maki zaman ni, tapi hero zaman akan datang. Siyes ni prof. Lu gagal, gua maki lu plak.
wa tambah skit... sambil toleh tu prof senyum sinis skit.... hehehe
ReplyDelete-abanghensem
Gua takut Prof je yang terkedu skali tgk yang datang semua yang pro Hadi pandang macam nak makan orang, silap-silap tak balik Prof ni kan.
ReplyDeleteso gua nak offer jadi bodyguard leh. tapi jangan harap la gua nak dukung prof macam citer bodyguard tu he he
Tanpa PAS, Umno dah lama mati. Tanpa Nik Aziz, PAS jugak dah lama mati! Kalau ditakdirkan Allah mengambil Nik Aziz pergi, sama2 kita saksikan kata-kata aku ini!
ReplyDeletehaluuuuuuuuuu
ReplyDeletelepas pandang2 mamat tu prof, ko jangan lupa pulak jelirkan lidah barang skali 2....pas tu trus ko
KHAK TUIH !!!!!!!! mangkuk hayun tu....key
Adukataruna,
ReplyDeleteJangan-jangan Prof Aziz tidak akan dipelawa dalam seminar tu sebab makalah beliau yang kedua tersiar dalam akhbar Sinar.
Prof.Aziz tak akan gentar(sekiranya dia dipelawa) sebab "he has nothing to gain or lose" - dia bukan nak jadi menteri atau Duta dan tak berminat nak jadi wakil rakyat.Dia cuma sayangkan Harakah Islamiah ni.
AT, kau penyokong kuat TGNA, team kelate tu.
ReplyDeletekalau bole pula, ada sokong kelate jugak ke. kau org negeri bai...
salah eja. 'bola' bukan 'bole'. harap maaf ye empunya tanah.
ReplyDeleteoff topic sikit.
man tiger....lu off topic kang kene maki dgn mikhail plak.
ReplyDeletewa rasa la, prof tu kene maki lu sekalik taruna. kalau dia follow blog lu, mmg dia maki lu.
prof tu bukan jin tontoya.
untung team bola klate, ble pi umrah. team bola kedah amacam? apa ostad zizan buat?
shannaro....
ReplyDeleteostat azizan akan kata.... KERAJAAN NEGERI KEDAH TAKKAN IKUT JEJAK LANGKAH KELANTAN .... SEBAB KOMPOSISI KAUM PASUKAN BOLA KEDAH TAK SAMA NGAN KOMPISISI KAUM PASUKAN BOLA KELANTAN...... KAMI ADA CARA KAMI SENDIRI...
-abanghensem
ha ha ha ..abanghensem! Tepat Kedah tak nak ikut acuan Kelantan...kononnya la. Tapi elok juga pakai akai depa sendiri, tengok la kot depa leh buat semua benda? hehe..apa pun all the best untuk Kedah.. tadbir elok-elok jangan jadi mangkuk.
ReplyDeleteSeminar akan jadi 1 drama saja kalau semua perwakilan pro-Hadi saja..even pro mana-mana pun tak adil jugak...Eloknya letak tepi dulu preference..bincang/debatlah cara hikmah agar capai tujuan perelok keadaan PAS. Kalau ada panel atau perwakilan berani buat cadang sebarang tindakan keras seperti gugur/lucut jawatan orang tertentu lagi eloklah. Demi PAS juga.
ADUKA TERUNA,hang kalau jahil sekalipun,jgn lah terang2 tunjuk dkt org,buat malu hang dan keluarga hang saja.Kalau hang tak reti dgn adab dan cara org agama berhujah dgn dalil dan ilmu,lebih baik hang duk diam,jgn duk tulis,mengata,maki hamun alim ulamak.Org bukan islam jer yg tak hormat dan memuliakan ulamak.Hang aku taktau lah..
ReplyDeleteNasha,mustapha ali,hassan ali jelas jenis manusia yg munafik.Guna agama untuk kepentingan dunia..kalau ikhlas berjuang untuk agama,sila letak jawatan dgn cara terhormat..
ReplyDelete