Skip to main content

Konvensyen Khas Blogger PAS Reform.

Oleh : AdukaTaruna

Dengan ini, gua mencadangkan Perak jadi tuan rumah. Sebab team Perak ni bab setup bab2 kerja memang cam gaban. Banyak pengalaman. Kes Perak, PRK Perak, muktamar ari tu, macam2lah.

Bloggers diorang pun aktif dan melambak. Geografi pun dok tengah2. Kita pinjam blogger PKR, si MSK sat untuk jadi manager tuan rumah. Tapi kalau nak elak team Terengganu tuduh konvensyen tu perancangan Anwar, MSK tak boleh jadi manager la. Kena pilih orang lain.

Tak payah grand sangat la. Sebab miskin bhai... habes dah duit memasing derma kat ceramah PAS. Haha. Buat kat memana pun boleh. Makan bihun goreng n air sirap pun jadi. Janji kesemua blogger PAS REFORM dapat bentangkan pandangan, desakan mereka kepada PAS.

Akhir nanti semua akan dapatkan resolusi bersama. Dan buat sidang media. Siapa nak cakap, pepandai la pilih. Jangan gua dah. Gua bangang BI ma. Kalau Mustapha Ali sebelah gua, kompiden sket. Copek sket. Tak boleh lengah dah ni. Nanti dah sojuk.

1. Cenangau
2. Albakistani
3. Ikut Suka Aku
4. Xenan
5. ..a moment in time..
6. Kak Maymot
7. Bukan Anak Dunia
8. BaganUtama
9. C++
10. Wak Banjar
11. Hanz
12.ManjongMari
13. Kapak Besi
14. Reformis Jalanan
15. Tulang Besi 
16. Wartamaya
17. my-restless
18. Batu Gajah Mari 
19. Aku Ingin Bebas.
20. rashidah-alkampari
21. shalehudin 
22. muslimeen-united
23. Karpet Kuning
24. pr-vs-bn
25. BukanCalon
26. kerabubersuara
27. Cikgu Lyn

"Weih aduka.. hang nak sabotaj Konvensyen Blogger PAS oleh Ostad Deris ka?"

"Pale otak lu. Pilih la tarikh lain. Lu ingat gua macam ulama Terengganu ke? Suruh SPRM siasat Nik Aziz menjelang Seminar Khas."

Comments

  1. apo lak buek kat perak,, buek lah kat surau hitam ampangan tu,,, ekau boleh jadi pengurus nyo,,,,, !!!!!

    ReplyDelete
  2. emcees Manjung Mari. Suara power. tak pakai mic pun tak pe!

    ReplyDelete
  3. aduka, gua sokong! gua dah lama follow lu dari TKO lagi, silent reader...

    cepat2 buat sebelum sojuk!

    guayangsokongantimelayumovement!

    ReplyDelete
  4. huhu faiz, sapa pulak yg anti melayu nih.
    kau biar betul.. takdok sapa sini anti melayu..
    kau nih salah pemahaman agaknya.
    sekolah dulu BM dapat berapa?
    hehe

    ReplyDelete
  5. No problem brader,

    Aku boleh sediakan tempat. sedia makan minum. Buat kat UREKA. Cuma bagi tau tarikh.

    Tapi perjalanan konvensyen...hangpa uruskan. Aku tak mau masuk campur.

    ReplyDelete
  6. bumblebee..hehe

    aku dapat 5 jer..kekeke..teruk, karangan failed..

    maksud aku..anti assabiyah la.. sikit2 melayu..sikit2 melayu... ala, mcm style pakcik sorang yg dok hulu hilir kasi penerangan skang ni la kat selangor tu..

    ok, kasi clear sket, anti genetik melayu bangang mcm aduka slalu dok cakap tu..

    patutnya ISLAM no 1...

    ok ka penerangan aku bumblebee? hehe

    bro MSK, cepat organize bro..aku tau ko bole arrange punya..

    ReplyDelete
  7. Buat kat UREKA? kena tambah spotlight lebih nih!

    ReplyDelete
  8. bangang bi tak bleh buat sidang media? kat PBB pun tak macam tu. hmm..stendetlah. melayu maa

    ReplyDelete
  9. faiz,

    bagi tau tarikh dan masa. Semua sudah ready.

    ReplyDelete
  10. bro msk, aku follow jer, tgk aduka punya plan or blogger lain..aku ni blog pun takde..apatah lagi follower...kekeke..

    cuma aku sokong sangat cadangan aduka tuh.

    ReplyDelete
  11. SALAM sEMUA...

    Siapalah Anony 1:53 tu... kenai pulak aku... suggest aku jadi MC... oii jangan cari pasai... aku pun nak ikut serta, tapi kalau boleh hari Cuti atau Minggu, hari lain aku kerja.., aku memang setuju. Apa pun kalau boleh aku harap MSK jadi Penasihat atau Chairmannya. bukan apa, dia orang lama, banyak idea, bab tu aku tabik kat MSK...

    ReplyDelete
  12. Nak join lah skali. Tolong masukkan blog ambe dalam senarai tu.
    http://cglynblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. lu org semua ni
    agen anwar....hahaha

    pemecah belah PAS...haha

    ReplyDelete
  14. http://tukangkebunjalankebun.blogspot.com/

    aku nak jual baja walaa ..terbukti kebun aku subur...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.