Skip to main content

Khalid Samad Babi Hitam, Nasha-Hassan Kambing Putih



Perkara yang saya dedah ini bukan perkara rahsia kerana mengikut beberapa sumber dari berbagai blog, salinan rakaman ini sudah pun berada dalam tangan UMNO.

Jangan lupa bahawa isu ini mula pecah hasil dari perjumpaan Blogger UMNO dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali di kediaman beliau tempohari.

Hasil dari itu, Mahaguru58 yang mula2 membuat pendedahan cerita ini hasil dari apa yang beliau kutip dari lisan Ustaz Nasaruddin dan Hasan Ali.

Yang sebenar-benar bersalah adalah Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa kerana mendedahkan rahsia parti kepada blogger UMNO dan membiarkan blogger2 ini merakamkan perjumpaan mereka. Mengapa begitu baik sangat dengan blogger UMNO pun saya tak faham.

Sekarang ini, saya 100% yakin bahawa UMNO sudah pun mempunyai satu salinan rakaman tersebut dan saya yakin 100% rakaman tersebut akan digunakan 2-3 hari sebelum hari Mengundi dalam pilihanraya umum nanti bagi menjahanamkan PAS serta Pakatan Rakyat.


Baiaah Taklik Dipersetujui oleh Calon dan juga Isteri/Suami Calon

PAS tidak bijak dalam menangani isu ini. PAS Pusat masih hidup dalam angan-angan bahawa seolah2 UMNO tidak mempunyai bukti kukuh terhadap isu ini. Mereka menganggap bahawa isu ini akan mati selepas mereka memberikan gambaran yang tidak berapa benar.

Dan PAS boleh keluar kenyataan yang mahu merendah-rendahkan Khalid Samad hanya kerana Khalid Samad berkata perkara yang benar?

Penghabisan sekali yang akan dipersalahkan adalah Khalid Samad sedangkan pendedahan awal cerita ini datang dari blog Mahaguru58 lantaran dari dialog antara Blogger dengan Hasan Ali dan Nasarudding Mat Isa.

Bukan Khalid Samad yang dedah kah perkara ini pun. Tapi nampaknya Khalid Samad sedang dikambing hitam kan. Kesian Khalid Samad tapi saya dedah ni bukan sebab Khalid Samad pun.

Tiada sebab untuk merasa malu dalam isu ini kerana baiaah taalik ni berjaya menghalang politik wang. Punya berkesan Baiaah Taalik ni sampai Ibrahim Ali pun takut satu macam nak melompat padahal dia tu raja lompat.

UMNO Sudah Ada Satu Salinan Rakaman Tersebut

Bayangkan apa akan jadi pada PAS, PKR dan DAP sekiranya rakaman yang saya dedah ini keluar 2-3 hari sebelum hari mengundi dalam PRU nanti?

Waktu itu kita sudah tidak ada masa lagi untuk menghadapi serangan ini dan ianya mampu membuat 80% pengundi wanita mengundi Barisan Nasional.

Adakah kita mahu menunggu 2-3 hari sebelum pilihanraya, baru kita hendak ambil isu ini secara serius?

Ataupun kita dedahkan apa yang musuh ada sekarang ini dan kita tangani isu ini di luar waktu kempen dengan masa yang cukup?

INGAT!!!! Sejauh mana kita cuba menyorok dalam isu ini, UMNO sudah pun mempunyai senjata untuk membunuh kita. Malahan, mereka lagi suka kita menyorok dan berbohong. 2-3 hari sebelum pilihanraya, sudah lah kita berbaiaah taklik, pemimpin2 kita juga telah berbohong kepada rakyat Malaysia seluruhnya.

Di waktu itu, APA AKAN JADI PADA PAS, PKR dan DAP? Sudah tentu kita akan tergolek.

Pengalaman Pribadi Saya 1990

Waktu itu jemaah di kampus saya telah bersetuju untuk menghantar jemaah dari kampus kami berkempen di Parlimen Bagai Serai. Waktu kami sampai, kami ditempatkan di Markaz Parlimen PAS di Titi Tinggi. Kami diletakkan di Markaz Pusat PAs bertanggungjawab terhadap research dan perang saraf.

Calon Parlimen kami adalah Dato' Zainal Abdin Zin dari Parti Semangat 46. Iye saya pernah berkempen untuk Zainal Abidin Zin yang dinamakan dalam affidavit Ketua AMK Ipoh Timur itu.

Alhamdulillah, antara kejayaan kami adalah mengagalkan program anak angkat UMNO tajaan Ramli Ngah Talib.

Nak bagitau, keadaan waktu itu cukup positif untuk APU dan Gagasan Rakyat, waktu kami tangkap anak2 angkat yang dihantar UMNO itu, mereka bagitau kami sebelum mereka dihantar ke Bagan Serai, mereka telah berkumpul di kediaaman MB di Ipoh. Waktu mereka bertemu MB, Ramli Ngah Talib telah menangis meminta mereka kuat berusaha memenangkan BN.

Ertinya, keadaan UMNO dan BN AMAT GOYANG pada waktu itu sehingga MB sendiri boleh menangis depan anak2 angkat yang berjumlah dalam seribu ke seribu setengah.

Kami membuat pengkajian malahan kami berjaya mendapat maklumat sulit dari BN yang menunjukkan BN ketinggalan amat jauh di Bagan Serai. SAya masih ingat betapa konfiden Zainal Abidin Zin masa itu.

Dan apabila gagal program anak angkat, memang kami tahu UMNO dan BN dah surrender. Ketiga-tiga kaum, Cina, Melayu dan India, berada di belakang APU dan GR.

Bayangkan Tunku Abdul Rahman berceramah di Bangsar, jumlah yang datang adalah dalam ribuan. Sedangkan penduduk Bangsar ni orang2 yang kerja di pejabat dan tiada masa untuk politik. Tunku punya konfiden sampai dia terus terang kata "Mahathir ni dajai". Orang semua bertepuk dan bersorak bila dia cakap macam tu.

PBS pula ambil peluang ini untuk mengisytiharkan keluar dari Barisan Nasional. Semangat jentera BN masa tu cukup down. Maksudnya kemenangan yang kami hajati pada masa itu amat hampir. Tapi, Dato Seri Anwar tetap setia dengan Dr. Mahathir walaupun pada masa tu BN sudah hampir tamat hayat.

Kami lihat keadaan cukup positif sehinggalah Ku Li bertindak amat bodoh dan pergi berjumpa Pairin 2-3 hari sebelum hari mengundi.
Jadilah apa yang dipanggil "Tengkolok Ku Li". Padahal Cikgu Pa dah cakap jangan pergi tapi dia degil.

Bayangkan, sebelum berangkat dari airport Subang, dia sempat ceramah di Shah Alam dan kedatangan pada masa itu adalah dalam jumlah 5000 hingga 6000 orang tempatan. Waktu itu, pengundi Shah Alam tak ramai macam sekarang. Begitulah bersemangat rakyat Malaysia mahukan perubahan

Ku Li Nak Tunjuk Pandai dan Kena Kantoi

Nasib baik Kelantan tak kalah sebab jentera Kelantan sempat menyebarkan gambar Dr Mahathir memakai tengkolok yang sama sebelum rakyat pergi mengundi. Jentera Kelantan memang kemas dan kemas sejak zaman itu lagi.

Kami lihat sendiri jentera kami jadi lemah depan mata kami bila isu Ku Li pakai tengkolok salib ini ditimbulkan 2-3 hari sebelum election.

Dato Zainal yang begitu konfiden sebelum ini, menjadi seperti menikus. Kalau sebelum ini ceramah beliau berapi-rapi, lepas tu kami nampak slow sikit kadang banyak.

Jumlah orang yang mahu membantu kempen juga jatuh dengan mendadak selepas kes Ku Li pakai tengkolok ini.

Dan memang kita tiada masa dan keupayaan untuk meneutralisasi serangan UMNO/BN itu. Hasilnya, negeri Perak yang sepatutnya jatuh, kekal tangan UMNO BN. Tangisan Ramli Ngah Talib telah disambut oleh Ku Li dengan menunjukkan kebodohan beliau.

Saya dah belajar dari 1990. CUKUP PAHIT. Dan saya lebih sayangkan parti saya dari pemimpin.

Biarlah saya dedah benda ni sekarang dari UMNO mendedahkannya 2 atau tiga hari sebelum hari mengundi.

Tuan Guru Presiden pernah ajar saya bahawa Nabi SAW bersabda "Umatku tidak akan dipatuk pada satu lubang dua kali".

Itulah motivasi saya membuat pendedahan ini.

Kalau nak marah, pegi marah Hasan Ali dan NAsaruddin Mat Isa kerana memberi peluru pada musuh untuk membunuh kita.

Wallahualam

Tulang Besi

Comments

  1. bro aduka taruna nak tanya apsal KP PAS la ni mcm ketua putri umno dulu2, lembik dan tak tau apa2 sembang lebih kan jd agen umno lak hahahahha, nampak sangat pemuda pas la ni dok reti nak memilih, kalau ketua pemuda pas cam bekas ketua pemuda umno dulu dulu yang aww tuh mampuih lah,apsal pemud apas tak pilh cam mahfuz ka salahuddin ker, ni jenis nak ampu jer manjang, mampuih pas cam gini

    ReplyDelete
  2. dah cantek khalid jadi kambeng itam dlm issue ni...
    tindakan khalid bg wa
    dan cantek
    dgn gerakan penafian dari PAS pusat.

    khalid diberi amaran..
    PAS pusat myatakan tidak merestui bede ni.
    bg wa
    dah cukup cantek.

    cume lepas ni,
    sapa lg nak bkorban jd kambeng itam ?
    hasan dan nash..
    ada sanggup korban
    jadi kambeng itam ke?haha
    wa tgk
    mcm nak selamatkan tengkok masing2 je...hehe

    kene gertak skit
    abis bede2 yg leh cari makan diciterkan.
    ni mcm ke nilai pimpinan PAS...?
    timbalan presd tu
    bukan macai bawahan...

    ReplyDelete
  3. Saya memang sakit hati, meluat dan geram yang amat terhadap Hasaan anak Ali dan Nasaruddin anak Isa...saya hairan kenapa dan mengapa mereka berdua ini buat perjumpaan yang melibatkan blogger dari UMNO?.Bangang ke mereka ni?Sorang Timbalan Presiden, sorang lagi Pesuruhjaya PAS negeri tetapi otak tak daaa...

    Yang pi buka rahsia parti tu pasai apa?.Memang mereka ni tak layak memegang jawatan dalam parti..mereka tidak sedar ke hukum terhadap seseorang yang membuka rahsia parti terutama parti yang memperjuangkan Islam...mengapa mereka berdua itu begitu 'bodoh' membiarkan parti berada dalam keadaan tertekan.Mana tanggungjawab mereka terhadap kesilapan mereka tersebut.Pada saya, langkah paling baik, letak jawatan.Itu paling afdal untuk memikul tanggungjawab di atas kesilapan mereka yang membuka rahsia parti kepada pihak musuh.

    Hari ini, Mursyidul Am, Presiden dan Setiausaha parti bersilat untuk menjawab, menepis dan mematikan langkah musuh yang menyerang PAS kiri dan kanan.Mana mereka berdua ni..menikus,langsung tidak buka mulut.Sedangkan mereka yang empunya angkara..dasar jahanam.Sepatah haram pun mereka tidak menjawab tuduhan.Nak jawab apanyer..mereka yang buka ruang untuk dipanah musuh.

    Saya memang sakit hati, di saat-saat PAS tenang dan berada dalam keadaan yang cukup kuat untuk memimpin PRU13...tup-tup 'kembar tak seiras' tu menjadi gunting dalam lipatan.Telunjuk lurus kelingking berkait.

    Dalam PAS, hubbuduniya tidak menjadi keutamaan..dalam UMNO, ya jadi kalau mereka berdua nak sangat kemewahan..abis edah dengan PAS selepas parlimen bubar nanti, silakan menyertai UMNO...saya alu-alukan.Dalam UMNO, hukum hakam, tegahan agama mereka biasa-biasa je langar,hidup mereka penuh kemewahan...macam-macam ada.

    Sekian mohon mencadangkan...

    ReplyDelete
  4. yang marah ok, bg nasihat, yang ko pulak dok pi dedah sama buat apa? pasal projek anak angkat la, apa yang dibuat la, tak ke sama ja ko ngan hassan ali n nasarudin? 2x5. baca blik arkaanul baiah yang pertama apa? rs2 dah khatam kan? cek balik. blog bukan medium yang memenangkan Islam, tp Allah. jgn bangga diri.

    ReplyDelete
  5. ALA HABIS la aku,,susah la wanita nak kawin ngan ahli PAS yg bujang cam aku ni kalau dia tahu ada baiah ni...

    ReplyDelete
  6. cibai... siape blogger UMNO yang ade rakaman tu.. bagitau sini

    ReplyDelete
  7. ahli jer takper...bukan calon maa... kalau ko takut cerai taklik jgn jadi calon maa...aper daa...ahli tak kena, yg nak jadi calon aja kena ....

    ReplyDelete
  8. calon UMNO mesti suka kalau ada baiah taklik talak 3 kat diorang.

    lepas menang terus berduyun-duyun tukar parti ke Gerakan. atau parti multi racial lain dalam BN.

    ada alasan mee segera untuk cerai bini lama dan kawin lain...hahaha

    - UNON

    ReplyDelete
  9. "Tuan Guru Presiden pernah ajar saya bahawa Nabi SAW bersabda "Umatku tidak akan dipatuk pada satu lubang dua kali"."

    ********

    Rs2nya ini yg tok guru nik aziz slalu pesan & igtkn. Bukannya haji hadi.. Huhuhu

    ReplyDelete
  10. apa la punya BODOH tahap babi punya adun PAS yg sumpah BAI'AH nie.... dlm AL-QURAN tak disebutkan pun sumpai bai'ah utk parti, cuma bai'ah utk fii sabi lillah.

    4u2know

    ReplyDelete
  11. Inilah jadinya bila PAS mengangkat orang yg bodoh dan bangang jadi pemimpin. Baik presidennya, timbalannya, s/usaha agongnya, PJ negerinya.. sama bangang taraf gaban.

    Sekarang Ketua Pemuda PAS pulak kata kena patuh dan taat kepada amalan parti...
    hei baii, kalau amalan yg bangang dan bodoh kena patuh ke? Amalan mengira undi secara sulit tengah malam buta waktu orang tidor, kena patuh ke? Amalan berunding dgn UMNO dlm gelap, lepas tu tak mengaku, kena patuh ke? amalan berunding secara sulit dgn UMNO dan tinggalkan rakan sepasukan dlm PR kena patuh ke? amalan timbalan presiden & S/Usaha Agong yg tak tahu buat kerja, hanya tidor, tak memperjuangkan keperitan rakyat dan buat statement bodoh2 kena patuh ke? Presiden PAS cakap merapu suruh PAS, PKR dan DAP bersatu padu, tapi orang2 dia sendiri yg menyepak terajang rakan2 dlm PR tu kena patuh ke? Amalan bangang pemimpin PAS bagi bola tanggong untuk musuh belasah PAS tu kena patuh ke? Amalan pemimpin yg suka bercakap mcm hero, bila kena belasah dgn orang, kata orang buat fitnah.. itu kena patuh ke?

    hai PAS.. bila la kau nak jadi cerdik?

    ReplyDelete
  12. saya bersetuju sgt2 dgn anafikir...

    meluat betul dgn nsha dan hasan ali, dulu meluat dgn nasha saja, sekarang tambah sorang lagi hassan ali, siap bela org JAIS yg tangkap dr maza, apa kehe... baru ja masuk pas dah nak tunjuk hero... org yg lebih lama dlm pas tak buat perangai camtu pun... baik2 jaga parti, nak buat kenyataan pun timbang baik buruk dulu... bukan kita tak tau si amno busuk tu, lambat ada peluang nak putar belit.

    yg si nasha tu pulak, dulu masa berunding dgn amno, bukan main gah bercakap seolah2 dia aja yg terror, dia sorang ada privilege runding ngan amno, siap bohong kat ahli/penyokong/pemimpin pas lagi konon tak ada jumpa amno.. semata2 nak jaga hati amno... pirah, boleh belah, meluat nak mampus, tapi lagi meluat kat pewakilan yg bangang yg lantik mereka masa perlantikan. gerammmmmmmm

    ReplyDelete
  13. PAS lebih baik buang perkataan ISLAM dari parti mereka sebab boleh menyebabkan orang bukan islam keliru tentang islam yg sebenar,iaitu islam yg syumul.Kebanyakan pemimpin PAS lebih banyak main politik jer..contoh yg terkini macam Hassan Ali dan Nasha.Dan org2 yg menyokong PAS pun kebanyakan tak 100% amal kan agama pun..yg tak solat pun ramai..saja jer jenis suka duk cari buruk org dan jenis suka duk caci maki org..cara bahasa dari tulisan dah dapat diagak jenis org yg mcmana..Tapi ada juga individu dalam PAS yg boleh dihormati kerana cara amal agama dan istiqamah-nya,seperti mana Tuan Guru Nik Aziz.Wallahu`Alam

    FREEMAN

    ReplyDelete
  14. Yang bersalah dilindungi, yang menongkah arus aka penderhaka dijadikan korban. PAS=UMNO.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.