Skip to main content

Kepimpinan Hadi faktor kemenangan besar PAS di Terengganu dan Malaysia PRU13.

Nov 8th, 2009 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama
 
Oleh: MSK

Bila aku kutuk PAS, orang kata aku cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bila aku kutuk PKR, orang kata aku nak melemahkan PKR. Tak sangka aku boleh buat macam tu? Kalau betui la …Sang Kelembai pun kalah kat Matsamankati. 

Bila aku kutuk, tandanya aku sayang. Bila aku tak cakap apa-apa, tandanya aku dah meluat. Selepas muktamar yang lalu…aku berhenti mengutuk PAS. Pasai aku dah meluat.

Tapi hari ini, bila Dr. Abu Hasan Hasbullah membentangkan kajiselidik dia, baru ada orang yang ternganga. Itu pun..masih ada yang besar kepala…hanya mahu cerita yang menjadi halua telinga. Cerita-cerita yang tak baik…dianggap tahi telinga.

Semua teks yang dibawah diambil tanpa kebenaran dari Mstar.

Imej PAS dilihat menjadi semakin negatif terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.
Pendedahan yang mengejutkan itu didedahkan oleh pengkaji politik, Dr Abu Hassan Hasbullah ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran PAS di sini hari ini.


11
Menurut beliau, berdasarkan kajian yang dibuat keatas 2,100 responden yang dipecahkan kepada tiga peringkat umur mendapati golongan muda yang berumur 21-30 tahun telah hilang kepercayaan kepada kepimpinan PAS iaitu seramai 633 orang.

Sebaliknya hanya seramai 67 responden yang menyatakan pandangan bahawa mereka menyokong kepimpinan PAS.

Sementara itu bagi golongan kelompok umur 31-40 tahun, seramai 519 orang menyatakan pandangan negatif manakala seramai 181 orang adalah positif.


2
 “Ini bermakna hanya seramai 181 orang daripada kelompok umur berkenaan menyatakan PAS mampu terus bergerak ke hadapan dengan kepimpinan yang sedia ada,” kata Abu Hassan pada seminar yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan.

Sementara itu, sejumlah 751 orang daripada kumpulan umur 41-50 menyatakan telah hilang sokongan terhadap pemimpin PAS manakala sejumlah 396 responden masih menyokong.


3
Dalam pada itu, Abu Hassan berkata satu lagi penemuan yang mengejutkan ialah kebanyakan daripada mereka yang menyatakan pandangan negatif terhadap PAS dari kelompok umur 41-50 tahun adalah daripada kawasan pantai timur dan utara.

Penemuan itu ternyata bertentangan dengan tanggapan umum selama ini bahawa kawasan pantai timur merupakan kubu kuat PAS.

“Barisan kepimpinan serta peserta seminar ini perlu memandang berat mengenai perkara ini, kebanyakan daripada jawapan-jawapan positif atau yang menyokong adalah daripada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Kajian Abu Hassan juga turut memfokuskan kepada kempimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


4
Menurutnya, dalam kumpulan umur 21-30 tahun, seramai 493 responden memberikan jawapan negatif manakala seramai 207 responden menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdul Hadi.


5
Manakala bagi kelompok umur 31-40 tahun, seramai 539 orang menyatakan jawapan yang negatif dan seramai 161 orang adalah positif.

Selain itu, dikalangan responden yang berumur 41-50 tahun, seramai 383 orang menyatakan pendirian tidak menyokong dan 317 respon adalah sebaliknya.


6
Jelas Abu Hassan, pendirian yang agak seimbang bagi kelompok umur 41-50 tahun menunjukkan golongan tersebut lebih berpengalaman dalam politik.

“Namun dua generasi yang lebih muda (21-30 tahun dan 31-40) kelihatan sangat agresif dan bergantung kepada tanggapan semata-mata,” katanya.

Comments

  1. Data-data nie semua masih boleh dipersoalkan dan diperdebatkan. Kenapa hanya 2000? 2000 yang bagaimana? Terlalu banyak keraguan pada data2 ini yang boleh diperhalusi lagi. Tugas Pemuda PAS untuk membuat bancian semula kalau ingin counter data-data nie.

    ReplyDelete
  2. ha ha ha... tajuk macam gampang.. sekali baca.. ha ha

    ReplyDelete
  3. tajuk cam kimak je duka hahahaha.....

    ReplyDelete
  4. PAS tak mahu terima realiti. Kalau kajian dr tu tak betul, pi buat sendiri.

    Tanya perwakilan pun sebenarnya dah cukup, cuma tak mau nak buat, takut jawapannya nanti tak mengembirakan kepimpinnan.

    Wala' membabi buta.

    ReplyDelete
  5. Aku rasa data ni logik. Dan tak menunjukkan pengaruh PAS merosot.

    Kenapa?

    Ok, daripada 2000 orang ni, datang dr semua kelompok. UMNO, PAS, DAP, MCA, tak berparti, atas pagar, tak minat politik, pembenci politik etc.

    Secara purata 35% saja percaya kpd kepimpinan Hadi. Actually, ni acceptable kalo ko amik kira semua golongan.

    Even Anwar Ibrahim pun, cuma ada 54% yg sokong kepimpinan dia utk jd PM. Pdhl survey tuh dibuat di Selangor/KL, area yg PKR paling kuat beb!

    Ni kan plak Hadi, yg survey tuh di buat di satu mesia. Org2 bn, pembenci politik mestilah xsuka dia. Org2 pkr, dap n atas pagar mestilah ada yg xsuka dia gak even bkn semua.

    So, bg aku logik gak la 35% tuh.

    Tp, aku ttp pikir pemimpin kena muhasabah gak. Kena naikkan pengaruh n baiki diri.

    ReplyDelete
  6. logik gak lah responden yg digunakan secara rawak. PRU13 nanti pun yg akan pengundinya lebih kurang camni gak. Bukan ahli PAS je...

    Ini sebenarnya adalah data persepsi awam, bukan undi ahli PAS, data ni sangat relevan, jika PAS bekerja ke arah memenangi PRU13. Misi utama PAS adalah memenangi PRU13, manakala visinya sudah tentu mendirikan negara yagn di dalamnya terlaksana perintah2 Allah.

    So, data ini relevan, kerana respondennya sama dgn pengundi.

    ReplyDelete
  7. inilah namanya jika penyokong pas menghadapi sindrom penafian, prof tu terangkan masih tak percaya , prof tu berkata hasil penyelikannya, aku dah follow prof ni punya kajian di astro awani , ia mmg benar dan munasabah,

    ReplyDelete
  8. bila orang bentang hasil kajian ..... dikatakan tak logik plak.... masih tak dapat terima kenyataan lagi ke..... tunggu la PRU13 nanti.... pastikan keadaan akan kembali kepada sebelum PRU12 baru la buat post mortem..... hasil post mortem simpan diam² jangan dedahkan.....

    -abanghensem

    off topic - alah N9 menang nasib jer malam tadi..... bakar!!! bakar!!!

    ReplyDelete
  9. Orang PAS ni memang ramai yg bongok. Tak reti adab berpolitik langsung. Diorang ingat dah lulus sekolah kat Mesir tu dah bijak politik? Kalau belajar sains politik kat Al Azhar sambil belajar syariah, boleh la kata terror politk.

    Ini tidak, bab politik zero. Hancusss..

    Diorang ingat cukup hanya berdoa, berserah pada tuhan. Nabi sendiri pun berusaha sedaya upaya. Berbincang dgn general tentera dia sebelum berperang. Ada ketika pun kalah juga. Strategi balik.... Itu nama nya berusaha.

    Memang ramai orang PAS sekarang ni bongok. Termasuk lah presiden dia sekarang ni. Bodoh tak boleh di ajar!

    - kuntau

    ReplyDelete
  10. Untuk menyelesaikan masalah aku cadangkan letak je calon bebas pro Pakatan Rakyat kat kawasan yang ditandingi PAS Vs umno. Abih citer!

    ReplyDelete
  11. Prof Aziz depa kata slh, Dr Abu Hassan pn depa kata slh jgk.. Woi, ahli2 yg bongok,jgn syok sdri!! Org dh tlg buat kajian utk PAS tu. Bknnya asyik dok terlentang kt Rusila n Jln Raja Laut. Nk tahu realiti sbnr, hangpa tggu PRU13 nti. Klu PAS tk reform, kecuali Klate, yg lain habuk pn tarak!!

    ReplyDelete
  12. org meluat BN sebab pak lah.
    jgn sampai org meluat PAS/PR
    sebab hadi udah laaa...hehe

    sedar diri
    sedar realiti dan tuntutan semasa
    dlm susana yg ada..
    klu org x sedar diri
    x leh nak ckp apa laaa...haha

    ReplyDelete
  13. Pengundi Pakatan Rakyat akan menghormati Hj Hadi sekiranya beliau mengundur diri sekarang.

    ReplyDelete
  14. Salam sdr. aduka

    Hakikatnya "sekiranya PAS tidak berbah, tunggulah hari rebah"

    ReplyDelete
  15. Ni survey suma rakyat mesia beb. Cuba survey pnyokong n ahli pas aje. Mesti len.

    Aku ingt kalo survey ni dibuat utk tgna pon, lebeh kurang je kot. Kalo lebih pon dlm 2-3% jek

    btw, survey mstar ckp, dlm 85% punca masalah pas nih sbb campor tgn pehak luar. Dlm 5% je kate masalah kepimpinan. Mstar nih, byk pyokong pmbangkang baca. Sbb tu survey dia len sikit dr dr abu hasan nyer survey.

    ReplyDelete
  16. believe it or not..if this is only a storm in the cup somehow it'd turn to become a disaster to PAS ...do something about it, do it ASAP ... or else many people'd say "goodbye PAS".

    Say what the leaders like, but remember! People have their rights to say

    "TGHH OUT NOW...ENOUGH IS ENOUGH!

    ReplyDelete
  17. Kalah sekali xkan dh disaster? Dh la kalah kat tmpat isa samad lak tuh.

    Nk tau ok x ok, kena wat satu agi prk. Sorang adun PR kena brkorban letak jwtn utk hal ni. Hihihi. Suruh la mane2 adun ganu tu letak jwtn sorang. Dr Alias razak ke. hihihihi

    ReplyDelete
  18. mari sokong Nizar sebagai presiden Pas...

    lancarkan sekarang...!!!

    duka...lu gua lantik jadi presiden 'kempen nizar presiden pas'...

    wakakakakaka.....

    ReplyDelete
  19. Agaknya kalau pun ada Malaikat turun dari langit(merupa seperti manusia) tunjukkan pada Hadi Awang kajian mereka,Hadi Awang tak akan percaya.Buat masa ini dia dengar dan percaya hanya kepada Mustafa Ali dan Bakar Chik.

    ReplyDelete
  20. diaorg x letak dalil quran dan hadis
    mana nak caya...hehe

    harap lu org paham yeaa..

    ReplyDelete
  21. Ambe rasa kalau kajian tu hanya melibatkan ahli PAS sahaja, keputusannya tak kan jadi cam tu. Majoriti ahli PAS menyokong Hadi, sudah terbukti melalui muktamar. Namun demikian, PAS harus berfikir kembali. Yang mengundi mereka adakah ahli PAS semata2? Golongan atas pagar yang perlu diberi perhatian kerana undi merekalah yang menentukan PAS menang atau tidak.

    http://cglynblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  22. Bukan semua orang masuk PAS nak berjuang utk Islam..... kebanyaknya nak jawatan.... harta kekayaan..... dan nak tolong Melayu (UMNO!!!) lagi banyak. Tapi tak dinafikan ada individu yg ikhlas dgn perjuangan menegakan syiar islam dan dakwah islamiah,dgn mengunakan PAS sebagai platform kearah itu.PAS bukan lah ISLAM,pas hanya sebuah parti politik yg konon2nya memperjuangkan syiar islam,tetapi maksud sebenar kebanyakan individu berjuang dlm pas hanya lah utk mendapatkan jawatan,kedudukan dan kuasa pemenrintahan dari kerajaan yg memerintah sekarang.Dan utk itu mereka mengunakan agama dalam setiap perkara yg dapat menarik sokongan manusia terhadap mereka(bukan atas maksud DAKWAH).Apabila ada individu diantara mereka yg sudah mendapat jawatan dan kuasa ,maka terserlah lah watak mereka yg sebenarnya.Ini kita dapat lihat dari kekalutan yg terjadi di antara mereka sekarang,kata-mengata,tuduh-menuduh,fitnah-menfitnah diantara mereka pun bermula..Apa kah ini akhlak org islam yg kita mahu contohkan pada org bukan islam?...TO BE CONTINUE…Insyaallah…
    WALLAHUA`ALAM

    DR.NARA

    ReplyDelete
  23. UMNO-BN cybertrooper pun sibuk mencelah sini? DAN (sempat) lagi menyelit fahaman sekular sini? hehe.. hal PAS sekarang adalah masalah kepimpinan saja...pasal dasarnya dah jelas untuk semua menilai..no thanks 4 yer info!

    PAS ya MEMANG bukan ISLAM...UMNO jauh sekali...kafir? entah ler lu tanya TGHH & puak dia yg pandai hal menghukum orang nih...hehe

    PAS parti politik yang KONONnya memperjuangkan syiar Islam??? Lu mungkin Dr. (pinjam ayat TGHH sekejap: Tapi kajian (lu) tak terperinci (tak lengkap tanpa ayat Quran & hadith)...PAS MEMANG bawa, guna, memperguna, memperjuangkan BUKAN SAJA SYIAR malahan LEBIH daripada tu.. AKIDAH tu yg utama dsbnya. Cuma tak perfect ler...ada saja silap/kekurangan ..tu betul.

    Hal nak kuasa, nak jawatan, nak menang PRU, kuasai kerajaan tu memang in back of the minds ..apa salahnya? Ikut Islam tu tak salah apa ler...yg SALAH adalah mereka (Muslim) dlm PAS ker UMNO ker yg rasuah, yg tamak jawatan,kuasa, hingga salahguna kuasa, pangkat, seleweng duit rakyat..dll.

    Anyway, am with u on "Akhlaq" tu penting untuk orang Islam tunjuk kpd semua (defo Islam for all)..tu pun untuk orang bukan Islam yg pakai akal (terbuka minda) untuk menilai semua sudut kebenaran, bukan biased mana-mana,prejudice etc.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.