Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Nov 2, 2009

Kenyataan pahit telan dari Prof Aziz.

Oleh : AdukaTaruna

Untuk kes ini, gua merayu TGNA tidak mengambil tindakan drastik terlalu kerap kerana TGNA terlalu berbisa. Dan gua merayu lebih banyak lagi level bawahan TGNA seperti pemimpin PAS, NGO luar, kumpulan bebas, untuk fight dan terus fight mengenai lapok2 dalam PAS.

Perlu diingatkan sejarah merakamkan, loh mahfuz mencatatkan Hadi dan kumpulannya telah menjahanamkan era Malaysia Baru dengan memusnahkan Barisan Alternatif yang diusahakan Team Ustaz Fadhil. Ini adalah sejarah.

Malaysia Baru adalah penting kepada taktikal Negara Islam pada gua. Malaysia Baru adalah seumpama satu komputer yang sangat corrupt yang telah diformat semula. Ketika itulah medan untuk mempromosi elemen2 negara Islam terbentang luas. Itu pada pihak gua. Pada pihak lain juga mempunyai strategi matlamat masing2. Apa pun, selagi dalam wadah demokrasi, lakukanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Kumpulan Islamic State harus memegang media perdana atau mempunyai media yang sampai ke setiap inci rumah-rumah di Malaysia terlebih dahulu. Itu pokok pertama. Di bawah, gua pastekan kenyataan dan pandangan Prof Aziz mengenai kumpulan Hadi dalam PAS. Seperkara perlu difahami, Prof Aziz tidak semestinya menunjukkan matlamat Islamic State dengan penyingkiran team Hadi. Mungkin sekadar bermatlamat Malaysia Segar. Tidak jauh lebih dalam dari itu.

Tanpa membuang masa, kita terus menghayati pandangan Prof Aziz mengenai team Hadi.

"Prof Aziz adalah egen Anwar!"

"Mampoih p la hang."

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar.

Imej yang kelihatan tatkala Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemu dengan media selepas tamatnya mesyuarat Jawatankuasa Agung (JKA) malam Rabu lalu, ialah betapa beliau tidak begitu tepat dan tegas dalam melayan soalan wartawan. Terpaksa Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung, dan kemudian Salahuddin Ayub, Naib Presiden, membantu.

Lebih penting Pas umumnya dan Abdul Hadi khususnya gagal mengambil satu tindakan yang tegas. Kelihatannya mereka masih enggan mengakui masalah yang ada. Bagaimanapun berdasarkan maklumat yang diterima tidak semua dalam JKA begitu: kononnya 75 peratus daripada mereka yang hadir malam itu mahukan tindakan tegas ke atas Ahli Exco Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Dr Hasan Ali. Jadi apabila Abdul Hadi mengumumkan seminar dan hanya tindakan ke atas Selangor tanpa menyebut Hasan banyak tafsiran timbul.

Saya telah menyebut betapa Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah berjaya apa pun hasil dan keputusan malam itu. Berjaya dalam maksud mengetengahkan masalah yang ada. Berjaya dalam memahami sentimen dan keresahan para pengundi dan penyokong parti di luar.

Ini semua nampaknya masih dinafikan oleh Abdul Hadi dan kumpulannya. Nik Aziz juga berjaya menunjukkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tentang perlunya mereka membersihkan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang didesak supaya mengambil langkah yang sama dalam PKR yang masalah dalamannya makin banyak dilaporkan.

Saya telah menyebut betapa langkah drastik yang perlu diambil Pas tidak akan memecahkan parti. Selain sebab-sebab yang telah saya kemukakan sebelum ini sejarah parti itu juga menyokong pendapat saya. Ini termasuklah ketika Pas membuat keputusan menyertai Barisan Nasional pada 1973.

Meskipun presiden ketika itu Datuk Asri Haji Muda menerima tentangan yang kemudian diserlah dalam bentuk satu barisan calon bebas pada PRU 1974, Pas tidak pecah. Begitu juga apabila Asri dan pasukannya keluar Kabinet Datuk Hussein Onn, meninggalkan panglima jihad Pas Datuk Haji Hassan Adli keseorangan di dalam kerajaan. Walaupun Kelantan terlepas dan Berjasa tertubuh selepas Pas dipecat dari Barisan pada 1978 parti itu kekal. Sebaliknya Berjasa yang kemudiannya terbubar.

Pas juga utuh apabila Asri meninggalkan parti dan menubuhkan Hamim pada 1982. Cabaran ketika itu kuat kerana Pas - diterajui oleh Datuk Fadzil Noor yang mula aktif dalam parti mulai PRU 1978 – terpaksa berhadapan dengan Anwar yang menyertai UMNO hasil pujukan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berkat kepemimpinan Fadzil Pas berjaya menawan kembali Kelantan – yang kekal hingga sekarang – pada 1990. Kecekapan Fadzil membaca gelombang reformasi selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada 1998 membolehkan Pas menawan Terengganu pada 1999. Fadzil juga mencipta rekod dengan meletakkan Pas sebagai parti pembangkang terbesar dalam Parlimen sekali gus meletakkan beliau sebagai Ketua Pembangkang Melayu pertama dalam sejarah Malaysia.

Saya tidak fikir mereka yang dilabelkan sebagai pemimpin bermasalah oleh Nik Aziz mempunyai ketokohan sehebat nama-nama tadi. Dengan itu apa yang hendak ditakutkan? Tapi nampaknya Abdul Hadi tidak berfikir begitu.

Apa pun kesalahan Hasan Ali cukup jelas. Justeru menubuhkan jawatankuasa disiplin untuk menanganinya adalah kerja sia-sia. Membuang masa. Saya fikir tidak ada alasan undang-undang yang Hasan boleh gunakan untuk mempertahankan dirinya. Baik undang-undang perlembagaan mahupun undang-undang pentadbiran. Apa pun perlembagaan adalah undang-undang utama negara. Perlembagaan mengatasi undang-undang lain termasuk perlembagaan-perlembagaan parti politik, termasuk Perlembagaan Pas.

Sebab itu pada saya penubuhan jawatankuasa disiplin itu hanya helah Abdul Hadi dan kumpulannya untuk mempertahankan Hasan khususnya dan kumpulan mereka umumnya. Mereka tidak mahu mengaku kalah.

Selain itu masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah politik, bukan masalah undang-undang. Kalau ia masalah undang-undang sekali pun semuanya cukup jelas. Dalam undang-undang wujud apa yang dipanggil ‘judicial notice’ atau pengiktirafan kehakiman. Ini merujuk kepada sesuatu yang tak perlu dibuktikan. Prinsip ini terpakai dalam hal-hal yang semua orang nampak dan semua orang tahu. Seperti matahari naik di sebelah timur dan turun di sebelah barat. Ini tak perlu disiasat atau memerlukan saksi. Gelagat Hasan Ali semua orang tahu. Mengapa dia salah pun semua orang tahu. Semua ini ada dalam perlembagaan. Hanya mereka yang degil dan tak mahu mengaku saja yang tidak nampak. Saya berasa lucu bila soal Abdul Hadi dan kumpulannya pertuduhan dibangkitkan. Ini bukan soal jenayah. Atau soal pembuangan kerja melibat kakitangan awam.

Mungkin Abdul Hadi dan kumpulannya mengharapkan mahkamah membuat tafsiran undang-undang yang pelik sebagaimana mahkamah membuat penghakiman yang aneh dalam kes-kes yang melibatkan krisis politik di Perak! Ini tidak mustahil kerana tindak tanduk Abdul Hadi dan kumpulannya, khususnya Hasan Ali, menguntungkan UMNO. Di negara ini banyak perkara pelik – yang tidak mungkin berlaku di negara lain – telah berlaku.

Apa pun elok Nik Aziz teruskan apa yang dimulakannya. Seperti yang saya katakan beliau telah menang. Paling tidak sedang mendahului. Hanya bilangan gol yang kita belum tahu. Setakat ini memang Abdul Hadi dan kumpulannya sedang mencari helah untuk bertahan. Tetapi saya tidak fikir mereka boleh bertahan lama. Apa yang berlaku sekarang pun sudah cukup untuk meletakkan kumpulan itu dalam keadaan bertahan. Itu pun dalam parti. Di luar sana susah untuk mereka menegakkan hujah-hujah mereka. kalau para pemimpin Pas di peringkat akar umbi emosi dan tidak mahu mengakui masalah yang telah pun diungkapkan oleh Nik Aziz mereka akan hanyut bersama Abdul Hadi dan kawan-kawannya.

Seperti yang saya telah katakan sebelum ini Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim boleh bertindak ke atas Hasan. Sebenarnya – sebagaimana yang telah pun dinyatakan oleh perlembagaan dan disahkan oleh mahkamah dalam kes Anwar Ibrahim – anggota Kabinet boleh dipecat bila-bila dan atas apa sebab sekalipun. Hatta tanpa sebab pun ketua kerajaan boleh berbuat demikian. Pada hakikatnya di sisi undang-undang Khalid tidak perlu peduli kepada hasil dan prosiding jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan oleh Pas.

Ketika ini Khalid selesa kerana duri dalam daging yang memeningkan kepada selama ini sudah pun diselesaikan oleh UMNO. Selain itu dengan meninggalkan PKR dan berkawan dengan UMNO-Barisan Nasional Badrul Hisham Abdullah telah mengesahkan kedudukan UMNO sebagai pengumpul sampah dan barang lusuh sebagaimana yang mereka lakukan di Perak, di Kedah dan sekarang di Selangor.

Khalid perlu nekad dalam mempertahankan imej Pakatan. Lagipun Pas, kecuali Nik Aziz, macam tidak sungguh-sungguh. Perkara yang mudah dan jelas ditangani dengan cara yang pelik dan berbelit-belit. Hasan Ali telah melanggar perlembagaan dan sesiapa yang mempertahankannya akan tenggelam bersamanya.


* Profesor Dr Abdul Aziz Bari mengajar undang-undang di UIAM, Gombak.


Sumber Sinar Harian.

14 comments:

bumblebee said...

mantap!

fight fight fight!!

mountdweller said...

Tunggu saja bila masanya Hadi N the geng akan hanyut. Kalau mereka tidak hanyut sendirian mereka akan membawa PAS hanyut bersama mereka di PRU13 nanti.

Anonymous said...

penyedut telor Hadi mane?

searchforheaven?
ali zaidan?
malin?
zaragosa?
kapt shiqaqi?
shannaro?
fzy?

mari pertahankan telor ulamak anda!!

Anonymous said...

prof aziz x layak bg pandangan dlm isu politik,lbih2 lg dlm isu parti politik pas sebab dia adalah pensyarah undang2 bkn ahli politik..kata2 ketua penerangan pas...hehehe

-zargus-

kontol said...

ketua penerangan lulusan agama, patot dok pondok aje..dia bukan lulusan mass comm.

Anonymous said...

malas aku nak fight.fightpun xmenang jgak.last2 hadi jugak mendahului.lagi fight lagi teruk image nik aziz dan erdogen tercalar.lagi kutuk,lagi teruk ahli kutuk nik aziz dan erdogen.politik islam bukan mcm sekular brother nak main sembrono je fight.tengokla nanti.asyik kene je.

Anonymous said...

Di mahkamah Allah kelak, Dia tidak bertanya sama ada kamu menang atau tidak, sebaliknya adakah kamu berusaha atau tidak.

Itu jugalah yang dilakukan oleh burung pipit ketika Nabi Ibrahim AS cuba dibakar oleh Namrud.

Yang benar,


.................................
Ostad Akhil Hayy Al-Astrowi

bumblebee said...

cik anon, jadik dok diam2 saja buleh menang lah yer? bagus jugak logik anon nih. belajar kat pondok mana? tadah kitab kuning ke? ini macam orang pun ade..

uma said...

cian lak kat hadi and da geng
prof.aziz kasi tuju meriam
kat diaorg lak..hehe

apa yg wa paham
prof.aziz bckp dlm contact perlembangan..
hasan ali bg beliau dah mlanggar
perlembangan..
tu sal beliau suruh terajang je hasan tu.. x payah nak wat siasatan2 lg...hehe

Hanz_Azdi said...

ha ha ..judicial notice? Tepat sekali... sudah terang lagi bersuluh...cam siang & malam...matahari terbit d Timur, terbenam d Barat...dll...ops! 1 lagi contoh ialah Hassan Ali dlm hal pentadbiran kerajaan S'ngor (isu Selcat,arak), jemput bloggers musuh PAS sendiri & dedah rahsia PAS pulak tu? hehe..hujah yg mantap. Smash it!

Anonymous said...

Peringatan pada semua ahli PAS, sesungguhnya orang ramai yang bukan ahli sedang menilai dan mengkritik kepimpinan presiden yang anda pilih.

Mereka sudah memberi beberapa hujah berlandaskan fakta tentang corak kepimpinan dan juga kumpulan haluan kiri dalam parti PAS.

Apa yang perlu anda semua buat adalah menilaikan semula segala kritikan itu dan perbandingkan pula dengan hujah balas dari presiden dan kuncu-kuncu mereka.

Gunakan akal waras ketika membuat bantahan atau sokongan. Persoalan yang perlu dijawab... mengapa mereka dipihak yang benar dan dimana pula letak kesalahan mereka yang dituduh...?

Jika anda salah membuat pernilaian terhadap kempimpinan parti yang diterajui oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kuncu-kuncunya... ada kemungkinan PAS akan menghadapi pergolakan bukan saja dari dalam tetapi UMNO juga akan mengambil kesempatan untuk menjahanamkan perpaduan yang ada sekarang.

Jangan salahkan Prof Aziz.. orang ini hanya memberi krtikan yang membina. Tapi yang perlu ambil perhatian terhadap kritikan itu adalah perwakilan yang diberi amanah untuk memilih pemimpin.

Benarkah perwakilan telah memilih pemimpin yang betul untuk memimpin parti PAS...? Atau perwakilan menyalahkan cara mengira undi yang tidak telus seperti mengira undi POS...?

Kita tidak mahu presiden yang lemah dikuasai oleh orang yang hanya mencari kepentingan diri mereka semata-mata.

Kita tidak mahu parti PAS yang dipimpin oleh presiden lemah menjadikan keseluruhan parti menjadi "Parti Lebai Malang... yang dikejar tak dapat yang diusung keciciran."

Taliban said...

seronok la lu AT
ade org tahap prof yg dah bersuara skrg.kalau nak harap blog nyamuk lu ni sampai bila2 lu kena maki balik.haha.

pemimpin lemah seperti pak lah patut di ganti (sepatutnya org tu kena sedar diri,jgn tamak dgn jawatan).kalau pemimpin yg diganti pun tak mampu bawa perubahan ke arah Islamic state,ganti lagi.ayuh pas!lu kena berani!ke lu nak tunggu zaman kegemilangan Islam tu datang tanpa ada usaha?

Lyn said...

Aziz Bari ni pengikut setia blog ni. Apa yang AT tulis dalam blog ni lepas tu dia tulis balik dalam Sinar Harian guna bahasa sopan. Kau memang ada bau2 bacin dengan dia ke, AT?

Anonymous said...

ADUKA TERUNA,hang kalau jahil sekalipun,jgn lah terang2 tunjuk dkt org,buat malu hang dan keluarga hang saja.Kalau hang tak reti dgn adab dan cara org agama berhujah dgn dalil dan ilmu,lebih baik hang duk diam,jgn duk tulis,mengata,maki hamun alim ulamak.Itu bukan cara org yg beragama islam.