Skip to main content

Kempen RM2 untuk TGNA ke Mekah.



Oleh : MSK

Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya.
Nik Aziz menyapu air mata kerana sedih dengan fitnah yang dilakukan terhadapnya. Gambar Ihsan Pinkturtle.

Tok Guru,

Aku tak tau dah banyak mana airmata Tok Guru yang mengalir sepanjang perjalanan perjuangan Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap Tok Guru.
Aku tak tau dah banyak mana kesedihan dan keperitan yang dialami oleh Tok Guru.

Tapi aku tau sejauh mana keikhlasan Tok Guru dalam memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan.
Aku tau sejauh mana pengorbanan yang telah dilakukan oleh Tok Guru.
Aku tau sejauh mana kejujuran Tok Guru dalam menanggung amanah yang diberikan.
Dan aku sakit hati bila ada orang melakukan khianat terhadap Tok Guru.

Aku sakit hati bila ada orang yang menuduh dan memfitnah Tok Guru.
Aku sakit hati bila ada orang yang cuba menjatuhkan Tok Guru.
Jangan diambil sedekah orang yang khianat.
Jangan diambil budi orang yang berperangai iblis.
Jangan diambil peduli mereka yang cuba mengkhianati Tok Guru.

Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin rakyat.
Aku masih menghormati Tok Guru sebagai pemimpin masyarakat.
Sebab aku tahu
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Air mata Tok Guru adalah airmata untuk rakyat.

Dan doa Tok Guru adalah doa untuk rakyat.
Aku tak ada duit nak sponsor Tok Guru.
Dan aku tau Tok Guru juga tak perlu duit aku untuk pergi Mekah.
Tapi aku sakit hati, bila niat Tok Guru untuk ke Mekah di putarbelitkan oleh orang lain.

Hari ini aku jual getah.
Lepas tolak duit beras.
Lepas tolak duit gula dan kopi.
Lepas tolak duit belanja anak kesekolah.
Lepas tolak duit bayar bil air dan api.
Lepas tolak bayar duit streamyx.
Aku masih ada RM2.00 untuk aku sedekahkan kepada Tok Guru.

Supaya Tok Guru dapat mengerjakan Haji pada tahun ini.
Supaya Tok Guru dapat berdoa didepan Kaabah untuk kesejahteraan kami.
Supaya Tok Guru dapat terus berjuang untuk kebebasan kami.

Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan.

Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan penuh keikhlasan.
Kita tidak mengharapkan pembalasan.
Kerana kita tahu…
Pengorbanan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Keikhlasan Tok Guru adalah untuk rakyat.
Airmata Tok Guru adalah untuk rakyat.
Doa Tok Guru adalah untuk rakyat.

Kita buktikan….
Bahawa Tok Guru sentiasa dekat dihati rakyat.

Ada sesiapa boleh boluntier setup benda alah ni, dan akaunnya?

Comments

  1. Cadangan lu ni ada bernas skit... gua x kisah sape2 nak handle benda ni janji amanah. Gua lum mampu lg naik haji jdnya pakat2 collect skit2 bagi kat Tok guru wakil ok la. kalau ada sapa2 nak handle cepat2 bagi tau. benda baik kena cepatkan beb. sekurang kurangnya gua tak ada kepentingan apa2 ngan tok guru.

    ReplyDelete
  2. Sedih, tapi tuan guru bukan nak kan duit kita. Dia ada duit. Dia kan MB. Dia menangis sebab kecil hati dengan sikap segelintir pihak yang tak sudah2 memfitnahnya. Cara terbaik adalah dengan meminta dia bersara. Bukan kita benci dia. Kita sayang. Cukup2lah dia difitnah. Beri dia peluang untuk berehat dan beribadat sepuas2nya. Kalau berani hantarlah mesej kepada dia supaya dia berundur.

    ReplyDelete
  3. Korang ni gila lah...ko ingat TG tak mampu ka? Ada baiknya duit tuh hantar org lain yg tak pernah pergi haji lagi ke sana, tapi kalau kempen nie berjaya, dari segi persepsinya satu pulangan yang besar kepada TG, kalau ramai2 derma, akan memberi persepsi bahawa rakyat simpati pada TG ...even TG mampu, dari segi moralnya, pasti TG akan tersentuh bila dia dapat tahu rakyat prihatin padanya dalam isu nie...

    ReplyDelete
  4. Aku sokong usaha ko AT,kalu ada yang nak handle aku sanggup bagi...tak kira saper yang handle janji jujur dan ikhlas untuk TGNA...

    Semuga Tok Guru takkan menitiskan airmata sedey lagi....

    ReplyDelete
  5. bagi wa tak perlu la buat tabung untuk tu.... TGNA tak perlukan benda² camtu... sebenarnya banyak sponsor² camni TGNA dapat.... yang TGNA tolak pun banyak sebab sponsor yang meragukan..... ni buat aji.... buat umrah tok sah cakap la....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  6. AT ,,, den nak juga hadiah kan pada org tua 100 hengget,,, itu yg den mampu,,, kat sapo nak den beri ka duit ni nanti,,, tolong jawap kat blog den,,,,,, lobih lobih dari bori bini bini dan anak cucu den hehheheheh ,,,, jgn lupo minta kat den nanti,, kalau kau addo kat selomak just cari lah den,, tanya kan den kat yusof tapa pasti kau akan jumpo den ,,,,

    ReplyDelete
  7. "Dan aku percaya, masih ramai diluar sana yang akan bersetuju dengan aku.
    Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan wang rakyat.
    Kita hantar Tok Guru ke Mekah dengan duit penoreh getah, duit petani, duit penjaja, duit pekerja kilang, duit nelayan."

    aku tak bape setuju la.ada yg hanya penah nmpak kaabah kat sejadah je sejak kecik smpai tua...

    ReplyDelete
  8. woii korang semua!!
    LYN minta Tok Guru Nik Aziz bersara!!!
    apa respon??

    kalau MALIN yg cakap ni memang dah kena maki ni..tp kroni yg cakap, senyap aje la..tak gitu org PAS?!

    ReplyDelete
  9. saya cadangkan kutipan ni ada limitnye, skdr cdngn x lebih rm 100 setiap orang. kalau sprm nk cari,bg list kat dia dan suruh dakwa semua

    jgn heran plak klu ada pegawai sprm,pdrm y dtng menyumbang...
    huahuahua

    P/S 1: persepsi selalu no 1. tapi jgn anggap semua pegawai sprm & pdrm adalah anjing KERAjaan umNO.

    dr
    -mahasiswa islam SeMalaysia-

    ReplyDelete
  10. Anonymous Anonymous said...

    woii korang semua!!
    LYN minta Tok Guru Nik Aziz bersara!!!
    apa respon??

    kalau MALIN yg cakap ni memang dah kena maki ni..tp kroni yg cakap, senyap aje la..tak gitu org PAS?

    ---------------------------

    hang nk suruh cakap apa?, nk suruh maki ke?. ala biarlah itu pendapat dia ..

    ReplyDelete
  11. aku takut benor kalau TG nangis...gua teringat kisah bila Nabi didatangi Jibril untuk menterbalikkan dan menghapus kaum yang menganiaya beliau...Nabi kasih akan umatnya belaiu tak bagi Malaikat membungkam umat beliau...TG orang yang dikasihi Allah...gua rasa mohon jauh dari bala/bencana akan menimpa...takut...

    ReplyDelete
  12. taksub tak abis-abis.. bukan orang halang pergi haji.. tapi sumber tu tak berapa nak betul.. kalu aku ada kuasa meluluskan projek kat orang dan leoas orang tu sponsor aku.. tak betul lah tu.. taja ada kepentingan la tu.. tak kira la tok guru ke sapa ke... mungkin dalam hal ni Allah telah menjaga hambanya ini dari terjerumus dalam tajaan tu walaupun mungkin telah beri aib padanya.. mungkin kerana Allah sayangkan di beri peringatan di dunia dlm bentuk diketahui semua orang.. mungkin Allah tidak menizinkan kita ke rumahnya kerana perkara itu... Allah saja yang Maha Mengetahui.. kita hanya menumpang dan melakonkan watak masing-masing untuk dinilai.. sama ada layak atau tidak.. untuk memasuki syurganya...

    ReplyDelete
  13. Dh rs sumber tk btl, ramai2 ni nk tjk yg dari sumber yg btl la ni. Klu Najib nk gi Haji tanpa di iringi oleh body guard, askar2, aku akn rela bg derma jgk kt najib. Ade bran tk?? hahaha..

    ReplyDelete
  14. Boleh dikatakan kempen derma ni sebagai kempen pulih persepsi TGNA juga ler. Jika banyak sumbangan dlm lebih kurang sebulan, katakan dah RM30 ribu, maka tentu orang ramai akan anggap TGNA sebenarnya difitnah & masih disayangi. Mungkin persepsi kpd TGNA & PAS akan tambah elok bila TGNA derma semua kutipan kpd tabung kebajikan anak-anak yatim piatu dsb.
    Tapi dari segi kemampuan dia sendiri mampu gi haji tu..Dia sedih pasal kurang sihat saja kot. Atau tak tahan hati diasak puak yang dengki bocorkan cerita sponsor haji ni (spt media massa yg bawak cerita ni kepada umum). Moga dia sabar dgn ujian ni.
    p/s: Lyn, soal letak jawatan tu mungkin dia layak lagi sbg MB..Melainkan dia sendiri rasa nak lantik/didik orang lain sbg MB. Atau mungkin ajal dia mendahului hajat dia sendiri & hajat kita untuk lihat dia berbuat begitu. Entah ler.

    ReplyDelete
  15. He he he...masa ambe tulis tu ambe sedang beremosi. Bayangkan ambe yang tak de kena mengena dgn tok guru boleh rasa kecewa dengan fitnah itu sampai nak suruh dia letak jawatan, macam mana pula dengan batang tubuh atau ahli keluarga dia sendiri? Politik memang teruk. Bukan calang2 orang yang boleh bertahan. Ambe akan derma dan mendoakan kebahagaian tok guru selamanya.

    ReplyDelete
  16. Pi MAMPOS la dgn lu..Lu bz lu punya pasal lah..apahal lak lu nak cite dgn org...punya lah banggang bin bangsat punya budak...kahkahkah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.