Skip to main content

Kalau Shell dan Petronas dok sebelah2...

Oleh : AdukaTaruna

Beb. Meh sini gua bina situasi untuk lu orang. Skang ni minyak lu orang dah tahap Hasan Ali dah. Then 2km depan ada petrol station. Sebelah Petronas, sebelah Shell. Faktanya, 2-2 minyak jenama tu sama jer pengeluarnya. Macam Adabi suh kilang Nona buat sos tiram untuknya. Guna jenama Adabi.

Apa pilihan lu orang. Maybe lu tak tahu RM10 untuk Petronas dapat 5.555 liter. RM10 untuk Shell dapat 5.556 liter. Lebih setitik la. Kalau isi RM50 ke atas, untung la dalam setutup botol oren. Haha.

Ada yang pilih Petronas sebab kad Mesra. Ada yang pilih Shell sebab Bonus Link. Ada tolak Shell atas sentimen dan taktikal. Ada suka Petronas sebab iklannya ke arah tanggungjawab sosial. Ada yang pilih ikut awek casher sapa paling cun. Macam gampang. So, apa pendirian lu orang time tu? Dan apa sebab lu pilih jenama tu?

Petronas atau Shell?

Comments

  1. -first,wa akan tgk pade praduan ape yg trbaru..kalo time tue petronas wat contest isi minyak dpt keta evo or bmw,wa isi myak kt ptronas..kalu time isi myak kt shell,dpt rebat myak itam n dpt beli keta F1 murah,wa isi myak kt shell..

    -secondly,kalo kedua2 tak wat ape2 contest,wa akan lbih brminat isi kt shell..brg import maa,mti kualiti diorang jage..wa rase la..huhuhu..ptronas under najib, pale otak najib @ umno seboleh2nye nk untung tggi,so mayb kualiti myak kureng skit kot..tp nie cume persepsi aku jer..

    -zargus-

    ReplyDelete
  2. wa hantam semua.... wa guna minyak diesel....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Wa..dah lama guna Shell...bukan wa tak patriotik tapi Petronas yang tak patriotik...dah gali minyak kat negeri orang pandai2 lah bayar..kan awak jugak yang sain perjanjian.

    Yang kedua, wa tengok kenapa Petronas asyik buat peraduan?...maknanya minyak dia tak bagus..dia dapat jual minyak sebab peraduan. bayangkan 20 buah jer kereta yang nak kena rebut...berjuta orang "melabur" untuk 20 bijik kereta tu.. sapa cerdik Petronas ke kita?

    Kalau kita isi minyak Shell..walaupun kita tak dapat BMW tapi confirm setiap orang mendapat minyak yang berkualiti..jangan ingat semua minyak sama.. walaupun RON nya sama tapi bahan yang dinamakan Aditif membezakan kualiti.

    Soal patriotik letak no 2 sebab...pernahkan Petronas Patriotik dengan kita???

    Marilah kita sama2 tinggalkan petronas sementara demi kebaikan bersama.. apabila terdesak Petronas pasti akan berusaha meningkatkan kualiti minyaknya..masa tu baru kita kembali kepada Petronas..

    -Janggut-

    ReplyDelete
  4. SHELL !

    3 sebab ;

    1. Sebab gua terpedaya dengan iklan shell - Lebih Kilometer

    2. Sebab Petronas sepatutnya jual minyak yang hasilnya dari perut bumi Malaysia, bukan dari perut bumi arab.

    3. RON95 memang bangsat !!

    ReplyDelete
  5. terpaksa guna PETronas la pasal kat situ jek ada jual NGV..cuba kat shell ada jual NGV jugak..jgn harap nak pegi PETronas

    ReplyDelete
  6. gua pilih shell psl ade v-power..
    petronas dok ron95 yg hampeh!

    ReplyDelete
  7. wa pilih caltex sebab boleh gi lebih kilometer, enjin sedap

    jibam

    ReplyDelete
  8. Gua igt nk cb myk lintah la plak kot. Mn taw kot2 bley tmbh power!!! hahahaha..

    ReplyDelete
  9. Edyes, ambe dah test. Memang betul kalau isi shell kita dapat lebih kilometer. Kalau nak jimat lagi campur dengan minyak str 2020. Memang berbaloi-baloi!

    ReplyDelete
  10. Salam,

    Wa bukan nak komen pasal lu punya artikel. Tapi pasal kaler blog lu.

    Kaler ni ok lah sikit daripada putih.

    ReplyDelete
  11. Bhai...

    Esso dan Mobil pilihan gua... pasai .. hahahaha... gua dah ader 50 ribu lebih mata ganjaran Smile... hahahaha...

    tapi kan.... kereta gua satu lagi tak pakai minyak... dier guna letrik jer... sebab kereta RC ... hahaha

    ReplyDelete
  12. Antara Petronas atau Shell, aku pilih BHP sebab minyak RON95 dia lagi bagus.

    Aku isi Shell atau Petronas RON95 enjin keter aku lebih bising. Especially Shell. Aku cuma isi Petronas kalau tak jumpa BHP jer dan level minyak aku dah nyala kuning.

    Aku guna RON95 BHP keter aku serupa aku guna Primax (RON97) Petronas.

    - UNON

    ReplyDelete
  13. shell, lebih kilometer. yang terbaru jimat sehingga 1 liter*





    *ikut terma dan syarat he he

    ReplyDelete
  14. shell dan petronas iklan je lebih2.bayangakan dengan isi 50 liter boleh jimat 1 liter.tahukah anda hanya beberapa model mempunyai tangki kereta mempunyai 50 ltr.semua kereta proton dan kereta dibawat 1.8cc mempunyai tangki 40liter aje.untuk pengetahuan rakyat malaysia ron95 tidak berkualiti.cuma iklan berlebihan untuk mempopularkan ron95.

    ReplyDelete
  15. Hangpa semua bagi komen ikut sedap mulut tanpa sebarang fakta. Tak payah bagi komen lah macam tu. RON95 dah lama digunakan di negara eropah. awat semua mat salleh tu bodoh mcm hangpa ka ... Hampeh konon. kalau dah pakai kereta buruk tu letak la minyak apa pun akan ttp meragam la.

    ReplyDelete
  16. aku skarang isi shell .. lebih kilometer... aritu masa aku nak isi minyak kat kesas, stesen petronas lengang .. kat stn shell penuh! beratur sebab nak isi minyak ..

    pegi mampus la patriotik .. (tapi aku terjebak gak isi minyak RM20 ngan guna kad mesra sebab nak menang kete .. hehehe)

    bini aku keje caltex .. tapi aku selamba derk aje isi shell .. dia ada starcard bleh la isi caltex dapat rebat sikit..

    best la komen kat sini .. aku takyah pikir pasal tatabahasa etc..

    TAPI .. aku tak nampak lagi la apa kaitan Hassan Ali ngan perumpamaan stesen minyak ko nih .. explain la.. kepala dah jem ni pukul 8pm .. letih nak pikir ...

    ReplyDelete
  17. wa pilih petronas sbb turun depam rumah ada pam petronas. wa malas mau jalan jauh cari pam lain. kena jimat minyak beb muahahaha

    kesimpulannya petromas prihatin sbb buat pam depan rumah gua. jgn pam tu malatup sudah. hancur rumah gua

    ReplyDelete
  18. Dua2 Yong tak ambik. Hahaha. Yong ambik BHP, pilihan pertama. Caltex, pilihan kedua. Kalau takde, Yong isi RM10 je dari Shell. Lepas tu Yong akan cari BHP/Caltex. Petronas cuma ade RON95. Yong tak singgah. Pengalaman adik Yong dan suaminya menggunakan RON95 amat menjengkelkan.

    Nak tau kenapa ambik BHP? Pergi tengok websitenyer dan bandingkan dengan Shell dan Petronas. Nampak beza?

    Adekah kualiti minyak deme berbeza? jawapannya:
    a. Sudah tentu.
    b. Pump yang digunakan berbeza. Ade pump catat rekod salah, meter laju naik, tapi minyak tak laju masuk. Ini anak buah Yong yang kerje sambilan syarikat minyak Shell citer. Kot dia tipu tak taule. Miker hero2 siasatle sendiri.

    ReplyDelete
  19. he he
    Gua guna petronas ler
    Kete malaysia gune minyak malaysia jer.
    Kalau dah mai dari Kodiang pi mana pon nak kena balik Kodiang gak.
    Awat! kalau isi minyak import (konon2 la) keta 1.3L bleh laju cm 2.4L bai.

    -pe salahnye kasut buatan Gombak-

    ReplyDelete
  20. Petronas!
    Suka ati aku la nak pilih apa pun..

    ReplyDelete
  21. Baca komen pasal shell n petronas ni menjadikan ilmu petrokimia mcm sampah je,ada 3 isu major,a)branding of products,both petronas n shell n bley kata smua oil n gas major players branding nya bagus, terpulang lu org nk consume mana 1. b) beniaga minyak petrol,diesel,enjin,etc ni bukan mcm beniaga pasar mlm or bundle,all fuels n lubes yg kita consume falls under strict regulation of production,so tk semudah itu kita nk ckp oh petronas tipu ron95 n tk berkualiti,better grade comes with price, jgn jd melayu bonsai fikir la lu org yg smbong nk tau tp komen mcm tau. c)petronas kalau byk malfunction managementnye dah lama dah melingkup,soal royalti pada kelantan kita tggu lah, by the way aduka,lu memang bgus..keep it up,

    ReplyDelete
  22. hahaha.... ada yang tak paham pasal kaitan asan ali ngan minyak..... wa pun tak paham ... hahaha.... cuma pendapat wa .... asan ali ni baik jual minyak la lagi baik....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  23. Yo...tak munkin Asan and the gang boleh jadi BHP dan Caltex. BHP knowledge enterprise - learning organization, Stakeholders values etc. Features ni takde kat Assan n the gang. Caltex R&D diakui kereta hebat. Cth. BMW tulis kat kotak enjinnya, BMW rekomen minyak enjin Caltex, bukan Petronas/Shell. Lebih kurang gitu bunyinya.

    ReplyDelete
  24. dekat rumah aku ada 3 stesyen bersebelahan....
    kaunter Caltex = awek dara
    kaunter Shell = janda bergetah
    kaunter Petronas = jantan kaberet

    so agak2 korang aku isi minyak kat mane..Haha mestilah Shell!!
    muahahahaaahaaa.....

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  25. semua minyak gua rembat.....

    semua minyak gua da rasa....

    kalu kereta aku abis minyak....

    mana petrol pum aku jumpa dulu....

    aku rembat....

    ReplyDelete
  26. Siapa yg kata minyak semua sama tu memang genetik melayu bebal.

    Dah tentu la minyak keluar kilang penapisan tu sama samada Shell atau Petronas atau Esso. Tapi minyak tu dicampur pula bahan-bahan lain sebelum dihantar ke stesen minyak masing-masing.

    Bahan campuran ni lah yg membezakan antara minyak syarikat ni.

    Ikut pengalaman sendiri lah baru boleh cakap, jgn cakap ikut teori semata. Test sendiri lah minyak tu semua baru boleh nak komen.

    Kereta Iswara aku masuk Ron95 mana-mana pun tak ada beza, kereta KIA aku masuk Ron95 Shell dia jadi bising. Paling elok Ron95 BHP dia serupa dgn aku guna Ron97 Petronas.

    - UNON

    ReplyDelete
  27. steady la bro..

    wa penah tanya benda ni kat membe wa..

    teruk beb...tambah2 time minyak motor abeh plak..

    wakaka...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.