Skip to main content

Hasan Ali langgar disiplin demi langgar disiplin.

Oleh : AdukaTaruna

Masa gua kekecik dulu, gua terlupa buat satu tugasan sekolah. Bahasa Inggeris bhai... Cikgu plak Lim nak mampos punya garang. Rambut berminyak sikat tepi, kemeja cerah ada garisan halus memanjang, seluar slack poket L macam poket seluar jeans tuh bawah seluar jenis boot cut.

Gila garang orang tua tu siot. Gua plak darjah 5. Ah mampos... So, time jadual cikgu Lim ajar kelas gua, gua round satu sekolah, masuk kelas ke kelas, panggil bebudak takraw, meeting kat kantin. Gua budak takraw. Hahaha. Ponteng ma. Kat kantin, hanya sebut pasal hari latihan jer, then macam2 agenda la muncul. Siap nak berkelah kat Ulu Bendul lagi.

Itu dulu. Masa gua darjah 5. Skang ni konsep yang sama gak. Langgar disiplin demi langgar disiplin. Hasan Ali dah langgar disiplin. So, demi menyelamatkan diri, dia langgar satu lagi disiplin. Memang Hasan Ali pakar perjumpaan sulit la.

Ketika menanti keputusan JK Disiplin, sepatutnya jika PAS mengamalkan apa yang diludah2 atas pentas ceramah, Hasan Ali perlu menggantung jawatan sehingga JK Disiplin mengesahkan Hasan Ali tidak bersalah. Kalau PAS amalkan apa yang diludah2 di pentas ceramah, di kuliah2 agama lah. Tapi percayalah. PAS adalah parti ulama retorik bangsat. Allah nak tunjuk ni bhai..

JK tengah buat siasatan dan tindakan, Hasan Ali dah buat road show. Yang paling tak tahan tu, tuan rumah dipaksa menyediakan tempat untuk road show salah laku Hasan Ali. Hahaha. PAS adalah parti kedua mangkuk selepas UMNO. Dalam tajuk pengurusan organisasi.

Masa gua mula2 di TKO atau mula2 berkawan dengan ahli2 PAS, mereka sangat menyakini parti mereka cemerlang bhai.. gua releks jer dulu. Simpan kuku. Hujung tahun 2006, gua start bedah tempurung kepala ahli PAS melalui artikel mempertikaikan Hadi. Time tu usen tak nak kawan dengan gua. Haha.

2007, gua bedah kepala otak ahli Melayu PAS dengan daulat dan kesaktian word ulama, Kepimpinan Ulama, etc. Bab2 ulama la. Terus kena ban di TKO, kena ugut bunuh pun ada. Mansur dari Sabah mati2 tuduh gua SB. Ntah mana hilang mamat tu, tp gua yakin, dia still follow blog gua nih.

La ni, member gua si Dayat terus potong line internet dan guna peruntukan itu untuk pasang astro. Hahaha. Dia cakap biar dia baca suratkhabar Harakah jer. Perbincangan internet menyebabkan kepala dia bengkak dan keliru.

"Apa pun gua setuju lu jatuhkan Hadi. Yang lain-lain gua kena tapis dulu. Semoga berjayalah perjuangan korang nak langgar Hadi."

Kesemua tu gua tak cakap yang lebih baik lu orang ikut pemimpin PAS lu orang. Cuma bab2 sampingan macam konsep agama yang gua faham, baru gua tulis dan rakam lebih baik lu ikut ulama dari ikut gua. Cuma gua lontarkan apa yang gua faham sahaja dalam blog gua sendiri.

Skang mari kita terus lihat road show Hasan Ali. So, korang kena stanby rakaman la. Nak harapkan Albanjari punya group, janji kepada pembaca nak dedahkan selepas Mesyuarat Khas, tapi dedahkan kat Tuan Ibrahim semata. Apa punya janji la. Itu topik janji kepada pembaca.

Gua tak pasti ada kaedah ulama yang janji boleh dibatalkan apabila bertembung dengan kemudharatan. Tapi tafsiran kemudharatan ulama Melayu selalu silap. Yang mana besar dan yang mana kecil. Skang ni, pada gua, rakaman sulit tersebut menimbulkan fitnah gelap dan curiga yang lebih dasyat apabila disulitkan.









Di atas tu road show Hasan Ali. Harap2 ada la yang jadi perisik rakyat untuk dedahkan kepada pengundi awam. PAS kan for all. Tak pernah pulak PAS lancarkan kempen undi PAS hanya untuk ahli PAS. Haha.

Sambung cerita bedah-membedah.

Kita sambung balik citer pembedahan kepala Melayu PAS. Sebaik sahaja artikel pertama gua mendedahkan point2 kelemahan Hadi (gua tak tau mana pergi artikel tu. Yang pasti dalam arkib TKO), usen terus minta gua pergi usrah.

Gua releks jer la. Senyum jer, follow jer. Kebenaran itu sebenarnya berada dalam hujah. Islam adalah kebenaran, maka Islam berada dalam hujah. Sains adalah kebenaran, maka sains berada dalam hujah dan berada dalam Islam. Ini sunnah yang Allah tetapkan; yakni :

Kebenaran itu adalah hujah.

Esok, tahun 3030, harap ada generasi depan qoute kata-kata gua. "Kebenaran adalah hujah - AdukaTaruna." Ngeee...

Contoh. Pihak A dulu meyakini pasang dan surutnya air disebabkan ketam gergasi dan lubang besar. Maka dengan hujah, tegaklah kebenaran pasang surat air kerana ketam yang keluar dan masuk dalam lubang besar itu; pada ketika itu, sebelum kedatangan Islam dan sebelum kedatangan hujah lain.

Kemudiannya, kedatangan Islam yang menceritakan peredaran malam, siang, bulan menyebabkan lahirnya cendekiawan yang mengkaji manuskrip itu. Maka, akhirnya bertembunglah kebenaran pihak A dengan kebenaran pihak B. Soal pasang surut air.

Jadi, kembali kepada sunnah yang Allah tetapkan, kebenaran adalah hujah. Maka, hujah peredaran bulan adalah lebih tegak dan dia mengambil tepat sebagai kebenaran setakat ini. Sehinggalah nanti bertembung dengan hujah yang lebih spesifik kelak.

So, kesimpulannya. Kebenaran adalah hujah. Maka, usrah yang diperkenalkan usen kepada gua adalah salah satu elemen hujah (sedikit sahaja elemen hujah-fikrah kerana lebih banyak elemen membentuk ahklak) untuk kebenaran di fasa mereka (ahli PAS). Fasa gua akan sampai nanti. Dan fasa pembatal gua akan tiba juga nanti jauh lebih depan. Tumbang tak tumbang tak tentu lagi.

Hari ini.

Hari ini suara Kepimpinan Ulama adalah sesat dan silap bukan lagi kecil. Suara Hadi adalah lemah bukan lagi terpinggir. Kerana apa? Kebenaran itu adalah hujah. Benar tidak boleh tumbang dengan hujah. Benar akan meresapi otak walau hati akan cuba menolaknya.

Hasan Ali cuba menegakkan benar dengan hujah melalui road shownya. Di luar disiplin jemaah dan ludah2 PAS dalam kuliah dan ceramah, silakan. Tapi hujah mana yang tegak, maka itulah yang benar.

Sama2lah kita lihat. Gua sudahi tulisan dengan akhlak yang tak baik, diluar tajuk hujah.

Kepimpinan Ulama adalah fakap.

Comments

  1. salam.. duk la aku bace hang punya blog nih tak abeh2 duk fakap ulama punya kepimpinan... da tuh kau nak style yg macam mane? cerita sket next n3 mane satu syle yg paling best?

    ReplyDelete
  2. woi terung,lu bru folow blog mamat nie ke?..dah berape kali AT ckp,yg patut ditekankan ialah kepimpinan Islam bkn kepimpinan Ulama..lu bace la N3 die yg dulu2 tue..bru leh pham..

    -zargus-

    ReplyDelete
  3. Bhai...

    Pimpinan PAS ramai yang takder telor nak gantung jawatan sendiri sehingga selesai urusan dengan jawatankuasa disiplin...

    Semuanya retorik jer....

    Nasib baik gua dulu terus letak jawatan.... senang macam tue... hahaha

    ReplyDelete
  4. betul lah -zargus-
    budak baru si -terung- ni

    -toyong-

    ReplyDelete
  5. eh kalau ulama tu maksudnya orang yang berilmu, maksudnya kepimpinan orang yang berilmu ok la. tapi ada ilmu takda iman susah gak, tu yang senang menipu tu he he

    ReplyDelete
  6. zargus jgn jadi bodoh. kau x faham apa itu ualam' agaknya. termakan racun UMNO barangkali.

    pimpinan PAS dah pilih, bai'ah je la. kalau x nak kau buat parti lain jgn bodoh sangat.

    ramai org alim dlm PAS, x membising pun mcm kau. sudahlah.., belajar dulu. tapi ingat jgn bodoh sangat.

    ReplyDelete
  7. woi FZY, ko galak sangat nak screw org sampai ejaan nko pun silap... busuk sungguh hati hg kamjad.

    ReplyDelete
  8. ...tapi hujah tak semestinya kebenaran

    ReplyDelete
  9. Bro.. kebenaran datang dengan hujah... tapi, x semua nabi adalah rasul...

    ReplyDelete
  10. Dalam pandangan gua berkaitan dengan parti PAS dan ulamak-ulamaknya.... adalah lebih baik PAS berpecah dua.

    Kumpulan pertama dinamakan PAS Terengganu dan kumpulan kedua dinamakan PAS Malaysia.

    PAS terengganu gua serahkan pada TG Hadi bersama ulamak-ulamaknya yang tahu hal syurga dan neraka. Kepada sesiapa yang hanya berminat pada akhirat saja maka bolehlah jadi ahli PAS Terangganu.

    PAS Malaysia gua serahkan pada rakyat Malsyaia yang berkelayakan dalam keagamaan Islam dan tahu menguruskan negara. Pada sesiapa yang ingin hidup aman sejahtera didunia dan akhirat bolehlah jadi ahli PAS Malaysia.

    Bila ada dua PAS, harga saham bagi seorang wakil rakyat dalam parti PAS akan melambong tinggi dan ia akan menyusahkan agen UMNO nak melobi dan merasuah wakil rakyat dua buah parti PAS itu. Ahli PAS akan lebih selamat./.?

    Tak perlu ada road show disetiap tempat kononnya nak mempertahankan kesalahan yang telah dibuat. Seseorang itu tidak akan dipandang bersalah selagi dia berpegang teguh pada peraturan dan prinsip parti. Kecuali sipermerhati itu matanya rabun jauh.... Hassan Ali disangka Nasharuddin Mat Isa.

    Gua harap cadangan ini dipersetujui dan disokong oleh Hassan Ali demi menyelamatkan diri dari tindakan jawatan kuasa displin parti...

    Kalau YB dah rasa susah hidup dalam PAS sehingga nak nak kaya pun tak boleh... lompat saja ke dalam tong taik UMNO seperti rakan di Pelabuhan Kelang tu....

    ReplyDelete
  11. lu aduka dengan zargus ni BODOHlaa....

    ulama tu kan pewaris nabi..
    kepimpinan islam tu tertegak dengan jalan yang dibawa oleh ulama'

    pastu korang nak suruh sapa yang memimpin umat islam?? nak suruh SAMY VELLU??

    dah sah ko memang bangang + MERENG!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...