Skip to main content

Hadi Awang umpama Paklah hilang stim - Prof Aziz

Oleh : AdukaTaruna

Paklah hilang stim? Pergh.... gua nak tengok lu sebut benda yang sama atas pentas Seminar Khas Sabtu ni bro.

eksklusif Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga boleh diumpamakan beliau "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini.

Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.

Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi kini dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam politik baru Pakatan Rakyat.

Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim".

Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti timbalannya Nasharuddin Mat Isa dan setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan".

Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya.

Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.

Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah".

Ditemui di pejabatnya di kampus UIA pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka.

Comments

  1. caya la prof..sorang2 lu tembak maut. Hassan ali dah kena..sekarang lu sebut hadi, mustafa dengan nasa je ek..hadi lu pukul abes2..gua rasa kalau hadi plak kena lepas ni prof akan target maut kat nasa atau mustafa next..gile mantap prof..lu sorang vs UG team. cayalah..nak harapkan ahli ahli pas, semua dah kena racun wala'.

    ReplyDelete
  2. dulu rasanya orang2 (PAB) begini banyak dalam PAS tetapi sejak PAS menang besar PR12... orang 2 begini seperti dah tenggelam... macam tinggal TGNA sahaja masih mengekalkan amar makruf, nahi mungkar.

    ReplyDelete
  3. Anonymous Friday, November 6, 2009 1:40:00 PM berkata:

    "nak harapkan ahli ahli pas, semua dah kena racun wala'."

    Jawapan:

    Antara pimpina PAS:

    1. PRESIDEN: YB DATO’ SERI TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG
    2. TIMBALAN PRESIDEN: YB USTAZ HAJI NASHARUDIN MAT ISA
    3. NAIB PRESIDEN: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    4. NAIB PRESIDEN: YB SALAHUDDIN AYUB
    5. NAIB PRESIDEN: YB DATO' HJ MAHFUZ OMAR
    6. KETUA DEWAN ULAMAK: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
    7. KETUA DEWAN PEMUDA: USTAZ NASRUDIN HASSAN THANTAWI
    8. KETUA DEWAN MUSLIMAT: USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
    9. SETIAUSAHA AGUNG: DATO’ HAJI MUSTAFA ALI
    10. BENDAHARI PAS PUSAT: YB DR. HAJI MOHD. HATTA MD RAMLI
    11. KETUA PENERANGAN PAS PUSAT: USTAZ HAJI IDRIS HAJI AHMAD
    12. KETUA PENGARAH PILIHANRAYA: YB DATO’ USTAZ HAJI ABDUL HALIM ABDUL RAHMAN

    AHLI JAWATANKUASA KERJA:

    YAB DATO' SERI IR. MOHAMAD NIZAR JAMALUDDIN
    YB DATO’ KAMARUDDIN JAFFAR
    YAB DATO' SERI USTAZ AZIZAN ABD RAZAK
    YB DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD. ALI
    USTAZ HAJI ABDUL GHANI SAMSUDDIN
    DATO’ USTAZ HAJI ABU BAKAR CHIK
    MOHAMED HANIPA MAIDIN
    YB DATO' IR. AMIRUDDIN HAMZAH
    YB DR. LO’ LO’ HAJI MOHAMAD GHAZALI
    USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
    YB DR DZULKEFLY AHMAD
    YB DR. SYED AZMAN SYED AHMAD NAWAWI
    YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
    MAZLAN ALIMAN
    YB USTAZ HAJI TAIB AZAMUDDIN MD. TAIB
    YB DR. MUJAHID YUSOF RAWA
    YB DATO’ HAJI HUSAM MUSA
    HAJI MOHAMAD SABU
    HJ MOHD ANUAR TAHIR
    HAJI ASMUNI AWI
    YB MOHAMAD TAUFEK ABDUL GHANI
    YB DR. HAJJAH SITI MARIAH MAHMUD
    YB WAN UBAIDAH WAN OMAR
    HAJI AHMAD DOLLAH

    PESURUHJAYA PAS NEGERI-NEGERI

    1. PESURUHJAYA PAS KELANTAN: YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT
    2. PESURUHJAYA PAS TERENGGANU: YB DATO’ USTAZ HAJI HARUN TAIB
    3. PESURUHJAYA PAS PERLIS: YB USTAZ HAJI HASHIM JASIN
    4. PESURUHJAYA PAS KEDAH: YAB DATO' SERI USTAZ HAJI AZIZAN ABDUL RAZAK
    5. PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG: USTAZ MOHD SALLEH MAN
    6. PESURUHJAYA PAS PERAK: USTAZ ABU BAKAR HUSIN
    7. PESURUHJAYA PAS PAHANG: DATO’ USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
    8. PESURUHJAYA PAS SELANGOR: DATO’ DR. HAJI HASAN MOHD ALI
    9. PESURUHJAYA PAS W. PERSEKUTUAN: HAJI MOHAMAD NOOR MOHAMAD
    10. PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN: HJ ZULKEFLY MOHAMAD OMAR
    11. PESURUHJAYA PAS MELAKA: USTAZ HAJI ABDUL GHANI ABDUL RAHMAN
    12. PESURUHJAYA PAS JOHOR : DATO’ DR. HAJI MAHFODZ MOHAMED
    13. PESURUHJAYA PAS SABAH: HAJI MUHAMAD ABDULLAH
    14. PESURUHJAYA PAS SARAWAK: USTAZ HJ OSMAN MUSTAPHA.

    * * *

    Pemimpin x lebih2, tapi pencacai UMNO, munafik2 dlm ni lebih sudu dari kuah. Perbezaan pendapat x pelik, ..mereka bertenang, kerana mereka ada adab, tapi pencacai banayk merapu.

    Kalau pimpinan PAS x nk tukar pimpinan nk buat mcm mana? x kan mereka x tahu kebaikan utk PAS/ummah?

    Mereka berjamaah bukan bersendirian mcm saudara, berlapang dada utk segala masalah.

    Kalau saudara cerdik sangat masuklah dlm pimpinan, baru tahu senang ke susah nk buat kerja ummah.

    Banyak pengorbanan saudara, kalau berkorban pun x berani jgn mimpilah.

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan FZY,

    Puak-puak ni tahu bangkang, tak puas ati, dan yang paling parah dah berase diri hebat...

    Buat kerja ummah malas, hanya pandai, taip kat PC lepas tu tidor...blah pi shopping tak pun main games....baca paper Umno, jadikan paper umno rujukan muktamad...masuk blog..lepas tu kondem orang dah macam tahap diri tu maksum...

    Oiit, kerja menaip memang senang, tlepas tu balik tido...tak de kerja lain...citer merapu, lepas tu rase diri bijak....hampeh!!!!

    ReplyDelete
  5. FZY said,

    "Kalau saudara cerdik sangat masuklah dlm pimpinan, baru tahu senang ke susah nk buat kerja ummah"

    Proses jadi pimpinan macam beli rumah teres ker?? Down paymet berapa? Bank mana boleh keluar loan?

    ReplyDelete
  6. FZY,
    Jemaah seperti PAS memang ramai yang telah berkorban dan akan terus berkorban.Yang berkorban semata-mata untuk mencari Keredaan Allah - bukan sekadar wang ringgit malah turut mengorbankan tenaga dan masa.Mereka tak mencari jawatan menteri,wakil rakyat malah jawatan-jawatan besar dalam PAS.Tak seperti setengah orang.
    Ini Prof Aziz Bari tahu dan faham.Prof Aziz coba hendak "menyumbangkan" sesuatu untuk PAS dan layak sebagai seorang ahli akedemik,beliau mengenengahkan pendapat yang boleh membantu PAS.Analisa beliau tak berkehendakkan bayaran atau pujaan - dilakukan semata-mata kerana sayangkan PAS dan ingin melihat PAS maju malah munkin harapan beliau dapat melihat PAS menggantikan UMNO dimasa depan.
    Kena apa kita tak berterima kasih kepada Prof.Aziz sebaliknya melontarkan tomahan pula kepada orang yang "masih mau menengur kita"?Kalau teguran itu baik,kita jadikan ciri untuk tindakan dan sekiranya teguran itu "tak baik"kita jadikan bahan bualan kosong.
    Tak ramai ahli akedemik yang jujur,ikhlas dan ingin melihat PAS maju.Kebanyakannya kaki ampu UMNO dan bekerja keras pula menentang PAS.Betul atau salah - bukalah minda kita dan terima teguran cara berlapang dada.

    ReplyDelete
  7. susah apa sangat ker bila dah dapat pi usrah,ceramah,tamrin semua tu? susah sangat ker bila dah dapat pi masjid 5x waktu? kalau ada yg dapat buat, apa susah lagi? Dah dapat buat/amal semua benda tu kira baguslah anda dah istiqomah & mujahadah, anda terpilih... TAPI TAK perlulah selepas dah bersusah-payah begitu, anda berasa heran & marah orang lain tak boleh 'susah-susah'? orang cerdik dia jalan terus pun boleh kalau dia nak dakwah/ajak orang lain, tu lagi eloklah. Tak payah label orang gelaran bagai-bagai...ada paham.
    Pada aku, nak usahakan dakwah cara baik & halus, jaga hati biar ikhlas & tak ujub & riak tu yg paling 'susah'. Nak buat 1 hal 'susah' tapi tak susah mana nak jaga hati & dakwah buat benda yg sama kita buat.
    Pasal masing-masing buat, masing-2 dapatlah pahala/ganjaran...jangan persoal orang lain kalau ya pun kita dapat amal soleh & 'kerja ummah'yg 'susah' tu.

    "kerja ummah" tu mesti mau jaga jemaah kasi cun baru boleh kerja dgn berkesan...PAS parti politik yg nak menang undi mestilah buat kerja bagus...bukan pimpinan yg 'syok sendiri' (baca bodoh sombong, lembab dll) ... mungkin dulu ramai kita tak caya hal ni, tapi sekarang makin jelas orang luar pun nampak benda ni...come on, wake up!

    ReplyDelete
  8. lungkup jemaah kalo mangkuk2 geng taruna ni jd pimpinan. takyah sebut la.

    diorang ni mmg takkan berubah dr terus menghentam. pada wa bagus juga diorang ni bedil pimpinan walaupon wa x setuju. atas topik hujah, buka ruang pbahasan. baru la kita nampak mengkuk2 ni xde keje lain. xde efek pon kat jemaah dgn makian lu orang.

    ReplyDelete
  9. Attack personal lak prof ni. Men label-label. Subjek ape ek ajar attack personal? Nak attack, attack pemikiran udah le. Ni dah lg teruk dr respon Us Idris dah nih.

    Macam bodo

    ReplyDelete
  10. FZY,

    lu baik baik sebut pasal pengorbanan tu..orang macam hassan ali berkorban apa beb? masuk pas tahun 1999 time bisnes dah nak lingkup. Pegi ceramah kat pejabat kerajaan terengganu masa PAS dan kelantan semua dibayar khidmat ceramah air liur dia. Nasa pun berapa tahun duduk dalam pimpinan? tak berapa tahun aktif dah naik jadi SU agung..parti bayar gaji die..kereta pun kemain lawa. apa yang lu nak kagum sangat?

    ReplyDelete
  11. cian lak wa kat hadi...huhu

    tp mau x mau..
    wa setuju dgn prof...hehe

    masa hadi dah berlalu.

    bg wa
    realiti dan tuntutan masa
    memerlukan ketua yg ciri2 yg tertentu
    utk main game ni
    dlm mcilok agamaNYA dlm system bernegara mgunakan saluran PRU.

    hadi sesuai mjadi pjaga dasar
    PAS, dan wakil PAS utk mjalinkan
    hubungan dgn gerakan islam diluar sana.

    ReplyDelete
  12. Jawatan pemimpin adalah amanah.

    Zaman sahabat nabi dahulu mereka bertolak-tolak tak mahu jadi pemimpin sebab takut memikul amanah yg besar.

    Pemimpin PAS sekarang ni, jika terdapat bantahan terhadap kepimpinan mereka, sepatutnya berusaha untuk meletakkan jawatan untuk mengelakkan dari fitnah seperti kata-kata mereka gila kuasa dsbnya.

    Ini tidak. Lagi berusaha mengekalkan kuasa ada lah. Siap nak saman masa kena tuduh buat perjumpaan gelap dulu. Punya lah kemut kuasa. Akibatnya sekarang makin pecah belah jadinya.

    - Putera Malaysia

    ReplyDelete
  13. ngah, pelik kan..

    tiga tawon dulu2 ekau sorang2 beria suruh hadi step down.. siap ekau wat petisyen lagi suruh hadi letak jawatan. wpun petisyen tu, hanya 27 orang saja yg sign.. sedey...

    dulu jugak, ekau sorang2 yo dok kutuk geng PAS ganu.. dr dulu lagi ekau yakin yg PAS Ganu ni akan bikin masalah dikemudian hari..

    takde sorang pong dengar cakap kau ngah.. siap kutuk ekau lagi ada.. kat TKO toksah citer. jenuh carik password nak masuk TKO. smpi den asik register akaun baru, sebab terpalit samo kene ban den moderator tukil TKO, gara2 tolong publish artikel ekau. kah kah kah..

    tp sekarang nih, bila ada professor yg suruh HADI undur, semua org puja dia.. kata dia ahli akademik yang jujur hendak melihat PAS maju. sedangkan idea nih, ekau dah kuarkan sejak 3 tawon dulu lagi.. sepatutnya, seantero malaya yg kutuk kau dulu, patot tabik spring kat ekau ngah.. mano dio moderator tukil tukang ban ekau tu ngah, den nak tulun baling slipar kat dahi diorang yg bekedut tuh. kah kah kah..

    dan, smpi hari ini, 27 orang yg sign petisyen UNDUR HADI ekau tu ngah, boleh tersenyum lebar.. haha.. (walaupun den tahu, lagi 5 org tu, ko sorang yg sign banyak2 kali.. kah kah kah.. lagi 3 orang plak, den sign sendiri. ngeeee)

    ReplyDelete
  14. "" FTZ said...

    Aku setuju dengan FZY,

    Puak-puak ni tahu bangkang, tak puas ati, dan yang paling parah dah berase diri hebat...""

    lu cakap org hanya tahu bangkang ... lu tarak nampak ka .. lu org lagi kuat bangkang .. pagi bangkang petang bangkang malam bangkang... semua tarak kena sama lu...

    apa lu orng ingat lu org je boleh bangkang ....

    wa setuju sama lu aduka kalau tarak ini org pas arr rasa diolang semua betui la. diolang mana tau diolang punya president sudah tarak stim.

    ReplyDelete
  15. bumblebee...

    ko si aziz tu sobonar eh si angah...

    wakakaka

    ReplyDelete
  16. Mana lu tau kerja pemimpin tu berat atau tidak? Lu pun tak pernah jadi pemimpin, kalau jadi pemimpin lu mesti mau orang ikut cakap lu saja (melihat gaya lu tulis diatas tu) Semua mesti sokong jangan bangkang, gunakan alasan adab berjemaah itu dan ini. Kalau nak harap jemaah lu saja pangkah dalam pilihanraya, pasti hancur punya. Ini bila orang ramai tegur sikit bukan main pertahan pemimpin dan rasa ikut cara jemaah dia sahaja. Ini yang jemaah malaysia yang kuat bagi sokongan ini... ingat apa. Bodoh sangatkah kami sampai tak tau menilai siapa pemimpin yang perlu di tegur atau tidak. Ingat kami lurus bendul tak tentu hala ke!... Ada pernah orang ramai marahkan pemimpin tak tentu pasal? lu jangan ingat orang jemaah lu saja yang tahu, orang ramai pun ada mata juga tau1.

    ReplyDelete
  17. spot on prof aziz.. kalau paklah ada ramai berebut nak ganti tp ngan hadi ramai berebut nak sua bantal.. ingat PAS menang bukan kerana jemaah PAS saja, pengundi bukan terdiri dari orang pas saja.. biarlah pas hanyut ngan labunya sendiri... next election kalau tak sedar biar Pas rasakan akibatnya.. ikut artikel tulangbesi, kalau buat election mengejut kelantan jer bertahan?

    ReplyDelete
  18. Teguran Prof.Aziz ni menghasilkan 3 kemunkinan"
    (1) Ahli-ahli PAS yang ingin melihat PAS berjaya dalam PRU ke13,menyokong analisa Prof.Aziz.
    (2) UMNO(melalui pencacai-pencacainya)mengutuk Prof.Aziz kerana khuatir - sekiranya ada perubahan dalam PAS,mereka akan gulung tikar diPRU ke13.
    (3) Geng UG dan kuncu-kuncunya - ikut langkah UMNO kerana takut kehilangan jawatan dalam PAS dan munkin akan ditendang keluar sekali.Kalau ini berlaku ketua-ketua Geng UG akan kempunan jawatan menteri dan ramai kuncu-kuncu "miss syoru".
    Inilah pertimbangan yang wajar difikirkan kepada ahli-ahli PAS yang akan pergi keseminar esok.Lain dari 3 perkara ni tak payahlah nak bangkitkan.Buang masa saja.

    ReplyDelete
  19. http://adukataruna.blogspot.com/2009/10/anak-roslan-sms.html

    FZY said...

    cakap dlm ni boleh laa. cuba la bertemu dgn mana2 pimpinan, lepas tu tanya. x berani punya (lebih2 lg AT), sembang boleh laa, nampak gempak, ayat power, tapi habuk pun tarak. poodah..

    Wednesday, October 21, 2009 5:13:00 PM MYT

    hussin said...

    fzy,

    i accept your challenge with a proviso, of course. to be done at dewan fadzil noor, markaz tarbiyyah, taman melewar. closed-door attended by all leaders from top down to ydp level. can u arrange that?

    jumpa one to one tak main. ok fzy, the ball is now at ur feet.
    Wednesday, October 21, 2009 9:29:00 PM MYT

    ReplyDelete
  20. hehe hussin...howay mate...but forget it man coz they ain't half a man to do so.
    i bet they haven't got a clue what we're really up to..if so, they're just playing deadwoods...yeah let's fight against those culprits within PAS supremacy.
    anyway which ball did u particularly refer? hehe...wonder they've any ball? coz i gonna kick it hard...& score a screamer!
    hehe..u make my day!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.