Skip to main content

Dr Asri PJ Selangor.

Oleh : AdukaTaruna

Ada pembaca blog gua suruh gua ulas andaikata Dr Asri menjadi PJ Selangor. Kalau ikut falsafah Kepimpinan Ulama, esok pagi, sebelum ayam berkokok Subuh, wajib Dr Asri menggantikan Hasan Ali yang bukan ulama tuh.

Tapi kalau ikut falsafah Kepimpinan Islam, maka, serahkan sesuatu bidang itu kepada ahlinya. Dr Asri, seandainya menceburi bidang politik, maka, dia belum jatuh keahlian dalam bidang politik. Dia kena alami dilatih Allah susur gaur alam politik baru boleh dapat keahlian.

Sebab itu gua meletakkan Asri sesuai hanya penjaga dasar. Dia bersama beberapa ulama menjaga dasar. Bab politik serah pada ahlinya yang menyerah dasar politik kepada Asri. Contoh :

Lu bayangkan dalam kes kuil. Asri setakat tegaskan dasar boleh la. Tapi mampu ke dia berhadapan dengan provokasi PEKIDA Shah Alam sepertimana Khalid Samad hadapi? Dalam kes ISA, Asri setakat tegakkan dasar bolehla. Tapi bolehkah dia bergelut dengan SB sepertimana Dr Hatta?

Isa Samad boleh duduk dalam bot dalam hujan lebat dengan bomba menyelamatkan rakyat dari banjir. Tapi ulama macam Haron Din dan Asri? Jangan mimpi beb. Kena hujan pun tak boleh. Jubah pun tak boleh kotor. Sebab itu letak dan serahkan sesuatu itu pada ahlinya.

Kesimpulannya; jaga dasar jer bolehlah; sehinggalah Allah memperlihatkan kemampuan dia memegang keahlian dalam politik. Time lebih cantik. Jaga dasar pun buleh, jaga politik pun boleh.

Comments

  1. Dr.Asri blom diuji bhai..at least kena turun demo, kena tembak gas ngan water canon, kena beduk ngan belantan Fru..baru rasa intro medan demokrasi 1Malaysia...haha

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  2. Baru sekali kena tangkap dah heboh kepoh.

    ReplyDelete
  3. tapi ayat ni memang gua bleh terima lu aduka taruna...santai dan bernas.

    ReplyDelete
  4. dr asri tu ada backup kuat lu tau x? shaidan kassim beb...

    ReplyDelete
  5. selamat cara kau menjawab ek?timbul kan la sikit provokasi,kasi kutuk i2 orang,baru diorng taw kau anti smua pmimpin pas.hahaha,selamat menulis

    ReplyDelete
  6. jaga dasar? macam TGNA la kan? dia pun tak turun Demo kan

    ReplyDelete
  7. siapa kata TGNA tak turun demo ..dulu zmn muda dulu dia turun apa ...lu baru bernaka laaaa..apa lu tahu

    ReplyDelete
  8. ADUKA TERUNA,hang kalau jahil sekalipun,jgn lah terang2 tunjuk dkt org,buat malu hang dan keluarga hang saja.Kalau hang tak reti dgn adab dan cara org agama berhujah dgn dalil dan ilmu,lebih baik hang duk diam,jgn duk tulis,mengata,maki hamun alim ulamak.Itu bukan cara org yg beragama islam.

    ReplyDelete
  9. Salam, abg aduka..
    dasyat penulisan bai..

    man rasa lah, aduka blom knai ustaz haron din nie mcm mana lagi lah..
    xpe2.. nnt jemputlah datang setiap pagi selasa di Darussyifa bangi.. nak dtg dengar kelas perubatan pon boleh iaitu Isnin malam selasa..

    Mungkin persepsi abg aduka boleh berubah kot sedikit..

    Hanya teguran dari seorang sahabat..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...