Skip to main content

Bodoh punya Husam.

Oleh : AdukaTaruna

Tak kena timing sungguh. Orang tengah panas hati dengan UG, dia boleh buat cadangan UG dengan UMNO Kelantan. Memang tak salah. Memang tak salah PAS gabung dengan UMNO pun oleh puak2 Hadi. Tapi dalam politik perlu bijak. Tahu yang mana sasaran pertama, tangga pertama yang perlu dicapai dulu.

Memang ada beza dengan apa yang dilakukan team Task Force dengan Husam. Husam seperti Hadi, yakni cadang secara depan. Tanpa selindung menipu rakyat. Tapi :

1. Husam perlu ada homework dan jangan lari macam Hadi lepas lontar UG.
2. Timing tak kena langsung. Ada homework pun tak berguna.

Weih.. Tuan Ibrahim Tuan Man... lu seret la mangkuk stupid ni sekali. Menyusahkan orang.

Comments

  1. aku rasa ko yg bodoh...pntg ade isu yg ko rs xkna dgn ko trus je bantai tnpa berfikir mn baik n buruknya...xsume perfect bro..ko sape nak kate org bodoh..atau ko rs ko je yg plg bjak n pandai..apa dh ko buat utk parti?utk agama?bsar sgt ke ko punye smbgn sapai ulama pn ko kutuk..tgi sgt ke ilmu ko..sapai sape yg xsbulu ngn ko trus ktuk..kalo ade org cam ko..aku rs sapai bl2 pn Islam xkn mbgun..pk r dlu bro..dah byk sgt ko punyer artikel yg aku rs bodo n banganggg...

    ReplyDelete
  2. ingatla...kita hdup...politik...kje ke ape ke sume krna ALLAH..buat ape pn demi mngakkan agamanya..xde gna hidup kalo smata2 nk dunia..xsmsti bbaik ngn msuh salah...cmne ko nak berdakwah pd org yg ssat kalo xcube bbaik dlu..lwan..lwan jgak..ade otak pakai r bro..gnakan ko punye kelebihan utk kbaikan..bkn utk kbrukan..pe jua yg ko ade skrg adlah ehsan ALLAH...bl2 msa de blh ambik..tmsuk nyawa ko..pastikn ms nak mati tu msih igt pada tuhan..bkn dalam kdaan mmbrik kburukn pd org...krn setiap yg kita buat kalo trus jln ko punye idea burk ni sapai akhirat la ko tgung...

    ReplyDelete
  3. kang lu org kata AT barua husam lak...haha

    barua puak erdogan laaa...hehe

    AT melahirkan rasa tidak setuju
    beliau pd sesuatu..

    klu lu org setuju dgn husam
    sila bg hujah yg lu org setuju

    ReplyDelete
  4. ala lu ni aduka.... ni pun lu tak dapat tangkap.... cuba lu pk.... sedang Lembaga Disiplin dok siasat asan ali, Husam buat kuar plak kenyataan kontroversi ni.... apa tujuan dia.... mesti la nak suruh Tuan Ibrahim tu telus..... kalau lembaga disiplin melenting kat usam tapi pasal asan ali masih lagi diam jer..... baru la usam tembak balik lembaga disiplin tu.... lagi pun usam just bagi cadangan jer baru..... then cadangan pun bukan buat cara gelap..... cara terang benderang.... ngan kata lain usam nak cuit skit jer lembaga disiplin tu..... kalau cuitan usam ni buat lembaga disiplin melatah sampai mencarut² nampak sangat la PAS ni sama jer ngan UMNO.... buat penyiasatan terpilih....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. bezanya ialah....
    UMNO kelantan MASUK PAS.
    UMNO kelantan yang TERPAKSA 'MELUTUT'/MENYERAH/MERENDAH DIRI KEPADA PAS.
    UMNO kelantan akan HILANG RASA JUANG NAK MELAWAN PAS.

    yang beza nya ialah..
    siapa yang 'DICTATE THE TERM'.
    kali Pas yg berkuasa.
    Pas yg menawarkan.
    Pas yg berada diatas.

    tengoklah umno kelantan akan terkial kial menolak untuk menjaga ego.
    umno kelantan akan dilihat sangat inferior jika menerima.
    umno mesti tolak untuk tunjuk macho.

    .... dari sudut timing mungkinlah silap jika orang awam tak dapat faham tujuannya.

    ....dalam kes sebelum ini..sapa perigi yg gi cari timba??

    ReplyDelete
  6. tapi yg lebih baik...
    usah main taktik ni lah...
    husam pun gi cari taktik lain lah.

    karang hidup balik isu ni..lagi payah..

    ReplyDelete
  7. Engagement dengan UMNO Kelantan maksudnya UMNO Kelantan masuk Pas. Sebab Pas lebih berkuasa.
    Engagement dengan UMNO Selangor maksudnya Pas ditelan UMNO sebab UMNO lebih berkuasa di Selangor. Tak paham ke AT.

    ReplyDelete
  8. Engagement dengan UMNO Kelantan maksudnya UMNO Kelantan masuk Pas. Sebab Pas lebih berkuasa.
    Engagement dengan UMNO Selangor maksudnya Pas ditelan UMNO sebab UMNO lebih berkuasa di Selangor. Tak paham ke AT.
    Patutnya dalam era PKR bermasalah ni, Pas jauh bergerak ke depan. Tapi kerana tindakan beberapa mangkuk, Pas masih tidak diakui untuk mengetuai PR!

    ReplyDelete
  9. huk aloss, penulis AT(akai terencat) saja wat lawok bodo mare2 kat usam..huhuhu.. engkorang bukan xkenal budak Akai Terencat nih

    ReplyDelete
  10. Salam sdr. Aduka

    Saya bersetuju dengan pandangan Tuan perunding. Timing saja mungkin silap.

    ReplyDelete
  11. Gua rasa Hussam saje je nak kasi panas lagi isu ni supaya jgn malap. mgkn dia sangka buruk anggap penubuhan lembaga disiplin taktik je, sama macam ppost moterm BP dah putih janggut gua tunggu.


    eh kt selangor pun PAS kuat dr Umno la, kalau gabung jd MB he he

    ReplyDelete
  12. Husam memang bodoh. Habis cerita.

    1. Bila nak lawan Nasa, buat malu-malu. Lawan dah siap buat seminar Kepimpinan Ulama, dah kempen seluruh kawasan dia masih belum umum. Orang dah masuk gear lima dia masih gear neutral. Strategi apa macam ni.

    Kesimpulan: Bodoh nombor satu.

    2. Tau prosedur kira undi tak membenarkan calon atau wakil calon untuk menjadi saksi, apsal tak bantah awal-awal?

    Tau Tok Pa control Muktamar, tau Tok Pa sanggup runding dalam gelap untuk UG pastu tipu, psal masih percaya 100% ketelusan Muktamar?

    Lepas kalah baru nak melalak.

    Kesimpulan: Bodoh nombor dua.

    3. Orang tengah marah pasal UG, dia cadangkan pasal UG.

    Hello la brader, kalau orang Kelantan nak orang UMNO pegang jawatan Exco, baik dia undi UMNO awal-awal.

    Dekat 20 tahun pengundi Kelantan tak nak UMNO jadi pemimpin negeri, tiba-tiba dia nak suruh pulak UMNO pegang exco?

    Kesimpulan: Bodoh nombor 3.

    4. Orang tengah bersedia nak marahkan Jwatankuasa Disiplin sebab dijangkakan pro UG akan terlepas.

    Husam dah bagi alasan kenapa boleh lepaskan pro UG. Sebabnya dia yang dilihat sebagai orang TGNA pun buat benda yang sama.

    Nanti alasan Jawatankuasa Disiplin - tak nak perpecahan dalam PAS. Tak nak aniaya orang kuat TGNA (nama TGNA gak kena jual) jadi lepaskan semua sekali. Maafkan semua sekali.

    Hasil: Semua lepas.

    Kesimpulan: Bodoh nombor 4.

    5.
    Bak kata sesetengah orang kat sini, alasan yang sama boleh dilakukan di Perak, Kedah dan Selangor.

    PAS jadi MB, UMNO ada pegang Exco.

    Objektif pecahkan PR di semua negeri ini tercapai.

    Itu yang diaorang nak la bahlol. Hari ini sekadar pegang jawatan Exco tak apa la, janji pilihanraya depan PR dah berpecah dan UMNO menang besar, boleh ambik balik jawatan MB.

    Kesimpulan: Bodoh nombor 5.

    Kesimpulan besar: Husam memang bodoh. Aku cadangkan orang macam Khalid Samad atau Mujahid bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden.

    Husam boleh blah. Dia cuma layak jaga Kelantan (itupun tak terjaga). Tak payahlah nak berangan pergi peringkat nasional.

    ReplyDelete
  13. tengoklah umno kelantan akan terkial kial menolak untuk menjaga ego.
    -----

    Kalau aku Najib, aku arahkan UMNO Kelantan terima dengan syarat di Selangor pun sama dan kerjasama di Perak - Nizam masih jadi MB tapi majoriti exco adalah dari UMNO.

    Geng ular dalam semak akan lompat kata idea bagus, sokong. Hadi boroi akan kata dia syukur sebab akhirnya dah makin ramai penentang idea UG dah mula faham dan sokong idea UG.

    Lepas tue Husam nak kata apa? Kena la Tok Guru Nik Aziz jugak cuci taik.

    Husam bodoh, bodoh, bodoh, bodoh dan bodoh lagi.

    ReplyDelete
  14. UMNO boleh main isu. Pilihanraya 2008 PKR dan DAP sokong PAS di Kelantan.

    Tak dapat jawatan Exco, tak apa lah. Ini tiba-tiba lak UMNO yang di tawarkan jawatan Timbalan Exco. UMNO yang penaya Kerajaan Kelantan 20 tahun kena tawar jawatan.

    Kan buat orang PKR dan DAP marah free?

    Bodohlah Husam. Idea UG tue untuk pecahkan PR. Strategi masa panjang beb. Tak apa PAS jadi MB. Janji PR pecah, jawatan MB boleh ambik kemudian. Tue pun masih tak paham?

    Hang nak jadi Hadi Junior ker Husam?

    ReplyDelete
  15. Adukataruna,

    Dalam ilmu pemasaran ada disebut "Test Market". Munkin Husam Musa nak tengok reaksi orang,khususnya Geng UG - apa reaksi mereka.Kenyataan ini dibuat dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan -bukan dalam gelap,bukan diluar negeri dan bukan dihotel-hotel 5 bintang diKL.Pengguna kaedah ini(Husam Musa) nak tengok:

    (1) Apa reaksi Geng UG dan kuncu-kuncunya.
    (2)Beranikah Pengerusi Lembaga Disiplin memanggil Husam Musa.
    (3)Timmingnya tepat dan betul sebab Lembaga Disiplin sedang bermesyarat.
    (4)Isu Geng UG ini masih panas dan diperkatakan dalam banyak blogg.

    Boom! Jerat dah mengena.Suhaimi AlManiri dah pun menghentam TGNA dalam akhbar Siasah.Untuk makkluman: AlManiri ini adalah salah seorang penulis upahan Mustafa Ali yang turut terlibat dengan blogg Anti-Husam sebelum Muktamar DiShah Alam.

    Tunggu dan lihat,apa gerak-kerja yang akan dilakukan oeh Geng UG ni.Think-tank Hadi Awang dan Mustafa Ali akan kerja "over-time" untuk menghentam Husamm Musa.

    ReplyDelete
  16. Dari Anon 4.11pm,
    *(tambahan)
    Nak kenal siapa Suhaimi Embung Al-Maniri,sila ke:

    http://zainulfaqar.wordpress.comm.

    ReplyDelete
  17. Cik Anon 4:52pm,

    U suka sgt ke baca pertelingkahan dalam organisasi yang dihambur berbaur unsur tidak profesional?

    Memalukan sungguh. Mcm ni kerja organisasi dlm PAS? Tak suka, kutuk2 dalam blog. Tak der profesionalisme langsung.

    No wonder lah. Stupid.

    ReplyDelete
  18. Husam the last fortress for Pakatan Rakyat...........

    ReplyDelete
  19. Cik Evelyn,

    Berhujah mengenai politik adalah amalan demokrasi.Dalam sistem demokrasi falsafahnya "agree not to disagree".You put forward your view and others may also put forward their views.As you expect others to respect you,you too must learn to respect others.Calling other people "stupid" may reflect on yourself.

    ReplyDelete
  20. KESIMPULANnya puak2 pas dan pkr memang bangang dan bodoh..jenis puak khawarij..

    xingin eh akar umbi UMNO nak gabung dgn celaka2 pas ni..jenis celaka dan khawarij

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.