Sejarah perpecahan PAS pasca 2008 dipecahkan kepada beberapa fasa. Fasa-fasa itu adalah:
a. Selepas kemenangan 2008
b. Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap
c. Kerajaan Perpaduan
d. Sabotaj Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor
FASA SEJURUS KEMENANGAN 2008
Pada waktu ini bibit2 perpecahan telah mula berlaku. Ikuti kenyataan Ustaz Ahmad Awang di bawah yang mengesahkan berlaku konspirasi di kalangan beberapa kepimpinan PAS Pusat yang mahukan kerajaan campuran UMNO-PAS berlaku di Perak dan Selangor:
Dari maklumat yang saya kumpul dari beberapa sumber yang berotoriti dalam PAS, panggilan telefon tersebut telah datang dari Dato’ Harun Din sendiri.
Di Selangor Hasan Ali telah sampai ke peringkat terakhir perbicangan beliau dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS namun dihalang oleh Dato Kamaruddin Jaafar kerana tindakan Dato Hasan Ali bertentangan dengan keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat. Hasan Ali sehingga ke tahap sudah tidak mahu bercakap lagi dengan Dato Kamaruddin Jaafar di telefon ekoran marahnya beliau kerana hasrat beliau dihalang oleh mantan SU Agung PAS itu.
Punya kemaruk nak jadi MB, sampai Roslan SMS sanggup menyorok watikah perlantikan yang sepatutnya diserah kepada Sultan Selangor dari Presiden PAS. Watikah perlantikan itu adalah atas permintaan Tuanku sebelum Tan Sri Khalid dilantik sebagai MB sehingga menyebabkan berlakunya kelambatan dalam perlantikan Tan Sri Khalid.
Fasa Muzakarah dan Perjumpaan Dalam Gelap
Ustaz Nasaruddin mendedahkan kepada kita bagaimana bermulanya Muzakarah dan perbincangan dalam gelap dengan UMNO:
Baca di sini juga: Baru Sebulan Memerintah, Sudah Mahu Berbincang Dengan UMNO?
Secara mudahnya satu kertas kerja disediakan dan dibentangkan oleh Dato Harun Din yang mahukan PAS bermuzakarah dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat. Ertinya, Dato Harun Din dan sekutu-sekutunya (yang dipanggil Fraksi UMNO) menyokong perbincangan dalam gelap (juga dipanggil Muzakarah) di belakang Pakatan Rakyat.
Kertas kerja tersebut hanya dilihat oleh orang-orang tertentu sahaja sehingga Mursyidul Am pun tak pernah tengok kertas kerja tersebut. Tapi, ianya digunakan sebagai justifikasi untuk berbincang dalam gelap dengan UMNO. Antara perkara yang dibincangkan dalam gelap adalah menaikkan kerusi Melayu di Parlimen kepada 75%. Nampak sangat puak2 “perpaduang” ini paranoid.
Terdapat juga usaha melobi para pemuda SEBELUM pendedahan yang dilakukan oleh Pak Lah tentang perbincangan2 dalam gelap seperti yang saya dedah di sini: http://www.malaysiawaves.com/2008/10/roslan-sms-harus-nafi-cerita-ini.html
Mursyidul Am menentang segala usaha Muzakarah dengan UMNO dan satu mesyuarat Khas Majlis Syura diadakan di Kota Baru. Keputusannya adalah Muzakarah ditolak, yang diizinkan hanya Muqabalah.
Maksud Muqabalah pula adalah:
“Kata Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub, muzakarah sesuatu perbincangan yang serius dan ada keputusan. Sementara muqabalah adalah pertemuan santai yang tidak membawa apa-apa keputusan. Sekadar sembang kosong, katanya kepada saya tengah malam tadi apabila kami berdua minum di Kopitiam, Hulu Klang. ()”
FASA KERAJAAN PERPADUAN
Kerajaan Perpaduan adalah lanjutan dari usaha Muzakarah yang telah dibunuh oleh Tok Guru satu masa dahulu. Pengakuan Ustaz Nasaruddin Mat Isa dirujuk:
Jelas, selepas usaha Muzakarah digagalkan oleh Tok Guru, mereka merubah sanggul dan menamakan ia dengan nama baru yakni Kerajaan Perpaduan.
Bererti semenjak PRU 2008 sehingga sekarang, usaha membawa PAS rapat dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat berjalan terus dan terus.
Setelah dua keputusan muktamar yang menegaskan PAS akan memperkukuhkan Pakatan Rakyat, usaha rapat kepada UMNO terus berjalan berlawaan dengan keputusan Muktamar PAS Pusat.
Fasa Sabotaj Pakatan Rakyat
Ini bukan sebenarnya fasa tapi perkara yang berlaku sepanjang masa. Mari saya senaraikan beberapa tindakan sabotaj yang jelas:
a. Membuat keputusan bercakap dengan UMNO di belakang Pakatan Rakyat, yakni
dalam gelap
b.Menyebarkan fitnah berkaitan dengan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor
- i. Teresa haling azan, orang Melayu dalam PBT hanya 30%, SELCAT tindas pegawai2 kerajaan, projek International Zone adalah projek tajaan kerajaan negeri, Furniture City tak beri peluang pada Orang melayu dan banyak lagi
- Menyerang kerajaan Selangor dalam banyak isu i.e. Isu Arak, isu SELCAT, Isu Elizabeth Wong, Isu perlantikan Madam Low. Ini jelas usaha yang menguntungkan UMNO dan Barisan Nasional
d.Menyokong puak2 UMNO dalam isu kepala lembu dan kuil Seksyen 23
f.Mengadakan isu setiap kali ada pilihanraya kecil
Dan banyakkkkkkk lagi bukti yang boleh saya bawakan tapi nanti saya dedah. Tapi pembaca semua telah maklum. Benda benda yang sudah terang lagi bersuluh.
Yang lebih menyedihkan, puak2 ini semuanya jenis telunjuk lurus kelingking berkait. Depan orang boleh berpeluk bergelak dengan Ronnie Liu dan Elizabeth Wong, tapi kat belakang sebar fitnah dan kata nista pada DAP dan PKR.
Depan ahli semua menyanyi mereka penyokong Pakatan Rakyat, pembawa panji Pakatan Rakyat. Tapi kat belakang, sebar fitnah pasal Pakatan Rakyat. Satu contoh kecil boleh dibaca di sini.
Dengan kata lain, puak2 ni orang Terengganu panggil "bansee plawok" (bangsa penipu). Jangan percaya satu benda pun puak-puak ni cakap. Semuanya penipu dan pendusta. Bangsa Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi. Tiada akhlak Islamiyyah langsung dengan puak2 ni.
Tu sebab diorang round satu Malaya untuk cerita pasal "wala'" (ketaatan). Diorang nak ahli2 PAS terus taat pada mereka walaupun mereka ni penipu.
PENUTUP
Selagi usaha berterusan untuk membawa PAS kepada UMNO ini tidak dihentikan, maka PAS akan terus berpecah dan bersengketa.
Tokoh2 yang dinamakan Tok Guru mesti dibuang dan dibersikan dari PAS demi menjamin kesatuan dan kesepaduan PAS serta kesinambungan perjuangan Islam.
Ikutilah arah dan hala tuju Tok Guru Nik Aziz dan saya jamin PAS akan aman tenteram kembali. PAS perlu membersihkan diri mereka dari elemen2 Kerajaang Perpaduang ini dengan kadar segera dan ianya mesti bermula dari Pusat sampailah ke peringkat Pemuda Cawangan.
Tulang Besi
Apa hal nie bro, copy paste dari blog Tulang Besi, Mana idea dan hujah lu? Gua nak dengar dari Lu pulak..
ReplyDeletebhai..TB warning kau ala2 Wak Banjari....wakaka
ReplyDelete~KOPI JANDA
Kalau dalam PKR, sape yang ada pakatan dengan UMNO akan ditendang keluar. Tapi dalam PAS ni payah sikit sebab deme pandai bermuka2. Lagipun mungkin sebab dah terikat dengan baiah cerai talak tiga.
ReplyDeleteAT dah tumpul... wakakaka
ReplyDeleteAT dah tumpul... wakakaka
ReplyDeletecopy paste je dari blog tulang besi, sama species, so kenalah fahamkan, tak habis habis lagi fitnah dari tulang besi, jap lagi tarik le artikel sebab terlampau panas, kesian le jadi penyambung lidah fitnah,
ReplyDeleteulamak kunun,,,balik2 walak pd tuhan cap tengkolok jugak
ReplyDeletealamak AT lu punya rate sudah jatuh la bro
ReplyDeleteCisss..aku mati-mati ingat lu punya...plagiat rupanya...
ReplyDeleteKalau kat kolej ni, dah kena buang lu bhai...
Bhai...bhai....
Tulang besi ko buat macam al-qur'an la pulak...
Dahlah bukti dia tu meramput.....
Layan je la bhai...
pemerhati bebas sepatotnye ada output dia sendiri, bukan cedok output org lain.
ReplyDeletedah jadik pembolehubah bersandar plak lu nih. kehkeh!
-boyot-
pehh, plagiat rupanya..
ReplyDeletemana idea lu..
lu plagiat malaysian wave punya artikel, malaysian wave balun lu sebar fitnah..
hati2 bro, nanti bukan setakat rating blog lu jatuh, krebiliti lu pun turut menjunam...
http://www.malaysiawaves.com/2009/11/nasihat-pada-manjung-mari-dan-aduka.html
AT, ni aku copy paste pengunjung blog MW yang hentam n kritik lu...
ReplyDeleteAnonymous said...
masuk ni dah berapa kali Aduka taruna tu kena nasihat/tegur..
bukan setakat malaysian waves, dah banyak blog, web blog yang yang sebelum ni tegur/kritik si At tu, termasuk la blog2 otai..
baru ni, Wak Al-banjari dah tegur coz AT terbit artikel fitnah dalam blognya...kali ni, blog ni plak..
adeh, AT...disebabkan nak lariskan blog, sanggup ko hina perjuangan PAS..lepas satu satu isu kau cipta dan sebar...nampaknya kau masih belum matang...kau tak sedar, tindakan kau tu bukanlah bersifat profesional....
harap semua ambil pengajaran...
-pak mat
wan_munirah said...
kononnya cara depa tu ganas la, anak muda kononnya..tu tunjuk belang tu...habis semua nak dihamunnya termasuk TGNA dan sehabat nabi.....
hai dunia2...
Anonymous said...
sokong artikel ni..
kalau korang nk tau, AT bukanlah dalam barisan penyokong PAS..dia hanyalah atas pagar..
apa pun, atas pagar sekalipun, kita patut tegur dan kritik kalau salah..jgn jadi mandul sehingga dikatakan tegur org atas pagar seolah2 nafikan jasa mereka ketika mengundi PAS...kalau begitu, penyokong umno pun ada undi PAS, so tak perlu hentam/kritik mereka kalau buat salah??
sepatutnya disetiap blog, selain diletakkan ruangan link untuk penyokong PAS atau PR, diletakkan juga ruangan link untuk golongan 'atas pagar' ni, kita asingkan, barulah senang kita nak nilai mereka....
AT, ni aku copy paste pengunjung blog MW yang hentam n kritik lu...
ReplyDeleteAnonymous said...
masuk ni dah berapa kali Aduka taruna tu kena nasihat/tegur..
bukan setakat malaysian waves, dah banyak blog, web blog yang yang sebelum ni tegur/kritik si At tu, termasuk la blog2 otai..
baru ni, Wak Al-banjari dah tegur coz AT terbit artikel fitnah dalam blognya...kali ni, blog ni plak..
adeh, AT...disebabkan nak lariskan blog, sanggup ko hina perjuangan PAS..lepas satu satu isu kau cipta dan sebar...nampaknya kau masih belum matang...kau tak sedar, tindakan kau tu bukanlah bersifat profesional....
harap semua ambil pengajaran...
-pak mat
wan_munirah said...
kononnya cara depa tu ganas la, anak muda kononnya..tu tunjuk belang tu...habis semua nak dihamunnya termasuk TGNA dan sehabat nabi.....
hai dunia2...
Anonymous said...
sokong artikel ni..
kalau korang nk tau, AT bukanlah dalam barisan penyokong PAS..dia hanyalah atas pagar..
apa pun, atas pagar sekalipun, kita patut tegur dan kritik kalau salah..jgn jadi mandul sehingga dikatakan tegur org atas pagar seolah2 nafikan jasa mereka ketika mengundi PAS...kalau begitu, penyokong umno pun ada undi PAS, so tak perlu hentam/kritik mereka kalau buat salah??
sepatutnya disetiap blog, selain diletakkan ruangan link untuk penyokong PAS atau PR, diletakkan juga ruangan link untuk golongan 'atas pagar' ni, kita asingkan, barulah senang kita nak nilai mereka....
kes di kelantan tu bagi wa ada gak kaitan pasal isu UG ni..... Husam ke arif fahmi ke syeikh ke .... tu sebagai scapegoat jer..... bila TGNa bersara dari politik kita tengok la isu UG akan bergema kembali....
ReplyDelete-abanghensem
isu UG jadi scapegoat??
ReplyDeleteatau isu UG jadi bahan untuk menghentam pimpinan ulama.
si Tulang Besi (TB) ni buat chronology sejak PRU13 (2008)..
kesinambungan sebelum tu.. dia ada cerita??
Ada dia cerita kenapa PAS bertahaluf dengan DAP@PKR??
Ada dia cerita dalam chronology tu TGHH berpeluk dengan Lim Kit Siang utk satu proses Tahaluf siyasi??
Sebelum Pilihanraya..
PAKATAN RAKYAT wujud ke secara rasmi???
Kenapa sebelum tu belum wujud secara rasmi??
Kenapa ya??
Korang ada fikir ke?
sebelum PRU13..
apa janji yang ditaburkan PAS, DAP dan PKR??
Kebanyakan ceramah2 Politik pra PRU13..
Mengajak rakyat berubah.. jika tidak dapat tumbangkan BN, paling kurang meidakkan 2/3 majoriti..
Supaya masalah ekonomi, rasuah, kronisme dapat dibendung..
Then after PRU13..
Pembangkang mencipta sejarah.. berjaya menidakkan 2/3 majoriti Parlimen.
Pada masa kemenangan itu, yang mengikat kerjasama antara PAS dan DAP ialah Anuar Ibrahim dan PKR…
Dan pada masa itu.. pembangkang baru sepakat untuk membentuk satu pakatan Secara Rasmi walaupun tidak berdaftar…
Namun pada PRU13, PAS tidak dapat menawan Terengganu walaupun menang besar di Kelantan dan Berjaya kuasai DUN Kedah.
Selepas kemenangan besar itu..
Tsunami politik yang melanda negara memihak kepada kebangkitan Dato Sri ANUAR IBRAHIM.
Ini dibuktikan dengan cita2 untuk membentuk satu kerajaan baru pada 16 sept 2008 dengan undi tidak percaya di Parlimen.
Namun tidak menjadi kenyataan…
Dan selepas itu juga berlaku pergolakan pemilihan MB di Perak dan sebagainya.
Persekitaran dalam PAS nampak cantik sehinggalah Muktamar di SHAH ALAM pada august 2008.
Then semasa pra muktamar, hebatlah perang maya dan timbullah isu yang dikatakan oleh Ustaz Ahmad Awang, isu UG dan sebagainya..
Well…
Pada masa itu..
Character assasinantion dituju kepada TGHH, us Nasha dan geng2 PAS dari Terengganu…
Tetapi kenapa serangan terlalu melampau kepada TGHH??
Kenapa ye??
Kerana isu UG??
UG itu merosakkan aspirasi pembangkang? Atau aspirasi rakyat??
------------------- huhuhuhu-----
Banyak lagi aku nak gemburkan otak2 ni.. tapi.. tu je setakat ni..
Aku bagi korang peluru untuk hentam aku yang PRO ULAMA..
Hehehe…
ko sokong korang..AT dah mula mnyampah arr.. asyik copy paste je semenjak tukar backgroud blog baru.. gua geli arr bangsa2 copy paste, macm xde maruah arr.. lu punya ayat hilang arr..
ReplyDelete~gua xlayan kopi janda..