Skip to main content

Air mata Tok Guru demi mengurus persepsi.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Ada pendapat mengatakan HARAM hukumnya melakukan sesuatu yang menimbulkan fitnah. Contohnya anak gadis yang pulang lewat malam berseorangan tidak HARAM. Tetapi apabila situasi boleh mengundang fitnah dan bahaya, maka, hukum HARAM muncul di tajuk senario ketika itu. Dan apabila senario ketika itu (pembolehubah) berubah; contohnya keadaan masyarakat yang selamat, persekitaran yang terang-benderang, terdapat khidmat polis di sepanjang laluan, etc, maka, berubahlah ijtihad HARAM tersebut.

Begitu juga tajaan TGNA ke Mekah. Bloggers UMNO mengatakan tajaan itu adalah bukti TGNA menerima rasuah. Sedangkan seandainya kes itu boleh diklasifikasikan sebagai rasuah, hari ini TGNA setuju terima tajaan, 2 hari lepas lagi SPRM sudah menangkap TGNA, dan mendakwanya di mahkamah. Namun, sampai sekarang, walau diberi 25 jam sehari kepada SPRM, masih tiada lagi pendakwaan dibuat. Mana dia?

Menguruskan persepsi.

Walau ada yang muak terhadap word persepsi, tapi memang tak boleh lari. Kerana dalam PAS, 'hanya' TGNA sahaja memahami wadah yang dipilih PAS adalah wadah undi bagi menegakkan nilai Islam. Yang lain tidak sedar diri. Ada yang kata rela kalah, asal Islam tak kalah. Ada yang kata tak patut Islam kalah, asal BR menang.

Sedangkan, mudarat Islam lebih besar tanpa berada dalam kerajaan BR berbanding hanya sebagai pembangkang seperti anjing. Jika itulah ulama Terengganu berijtihad, maka, keluarlah PAS dan tubuhkan NGO. Tidak perlu bertanding, tidak perlu dengar cakap sesiapa pun.

Dalam kerajaan BR PAS dapat apa sebagai dakwah?

1. Exco agama, MB di beberapa negeri, suara di surau dan masjid.
2. Media kerajaan negeri.
3. Logistik kerajaan negeri.

Kalau memilih rela kalah?

1. Pertemuan jual-beli kambing di rumah Haron Taib
2. Bongkar rahsia parti kepada bloggers UMNO leh Nasha-Hasan
3.
4.

Sejarah yang terakam 1.

Di masa akan datang muslimin Malaysia (anggap kebangsaan Melayu sudah ghaib kerana kacukan dan penerimaan besar2an bangsa lain ke dalam Islam dan dasar negara) akan merujuk tinggalan sejarah oleh para ulama genetik Melayu sekarang.

Mula-mula kita pergi satu contoh ulama barua.Muslimin Malaysia pada ketika itu membaca ulama Melayu terdahulu bernama Hadi sebagai Presiden PAS membatukan diri apabila perlembagaan jemaah Islam dilanggar dalam satu peristiwa memecat Khalid Samad.

Bukan pasal Khalid atau Maya Karin, tetapi pasal satu pencabulan perlembagaan yang dibiarkan. Kes tersebut serius dan berat. Allah menjanjikan hukuman kepada setiap pemimpin yang dipertangungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya. Maka, pada zaman tersebut, adakah itu akan menjadi sirah yang diletakkan di bawah cabang fiqh Islami? Atau menghukum Hadi adalah ulama su'.

Sejarah yang terakam 2.

Sejarah merakamkan satu khalifah Islam menguruskan persepsi apabila menolak pelawaan paderi supaya khalifah itu solat di dalam gereja. Dia bimbang persepsi muslim sama ada sekarang atau zaman akan datang menghala ke arah merampas gereja untuk bersolat atau apa sahaja persepsi salah yang mungkin wujud. Mereka yang wujud zaman akan datang akan mengambilnya sebagai nas bagi merealisasikan persepsi salah.

Nama khalifah itu Umar dan berbaka Arab. Bukan bernama Hadi berbaka Melayu.


Sejarah yang terakam 3.

Harakah pernah menimbulkan satu persepsi buruk dengan penyiaran kartun Zunar yang menggambarkan wajah TDN sebagai wajah khinzir. Sebelum sempat budaya tradisi Harakah menegakkan bulu ketiak kerinting yang dibasahi peluh, TGNA memintas dengan memohon maaf bagi pihak PAS keseluruhannya.

Kerana apa? Kerana hanya TGNA yang memahami pembolehubah wadah PAS bagi menegakkan Islam di Malaysia.

Sejarah yang terakam 4.

Hadi dirakamkan keliru dan sesat terhadap wadah yang dipilih PAS, dan apakah pembolehubah kemenangan PAS 1999. Kemenangan hasil tanaman Presiden PAS Ustaz Fadhil itu dimusnahkan Hadi bersama geng Terengganu.

1. Barisan Alternatif musnah ditangan Hadi. Hari ini Allah mentakdirkan gelombang rakyat membentuk Barisan Alternatif semula, menggunakan lidah Hadi (Hadi mengusulkan Pakatan Rakyat) yang memusnahkan benda yang sama (Barisan Alternatif) ketika dulu. Adakah Allah mentakdirkan benda ini dengan sia-sia?

2. Lim Kit Siang dikatakan ubat tamat tempoh oleh Hadi. Anwar juga dikatakan sudah tidak relevan. Hari ni Allah takdirkan bagaimana golongan cendekiawan mengatakan Hadi 'ubat tamat tempoh'. Lembik macam Paklah. Keliru dan lembab.  Adakah Allah mentakdirkan benda ini dengan sia-sia?

Akulah Hadi Ketua Pembangkang
Akulah Hadi Ahli PArlimen
Akulah Hadi Ahli DUN
Akulah Hadi Menteri Besar Terengganu
Akulah Hadi PJ Terengganu
Akulah Hadi Presiden PAS
Akulah Hadi Ketua Rusila
Akulah Hadi Ketua Poligami

Adakah Allah mentakdirkan semua ini dengan sia-sia? Hanya untuk golongan berfikir.

Sejarah yang terakam 5.

TGNA dirakamkan memilih menguruskan persepsi pengundi hantu yang dihantar ke Kelantan daripada kaedah berperang oleh Hadi dan team Terengganu.

TGNA mengarahkan tidak menghalang bas2 luar, melakukan provokasi terhadap mereka, sebaliknya menguruskan persepsi mereka dengan solat hajat pedana di stadium. Seolah2penentu kejatuhan kerajaan Islam Kelantan berada di tangan mereka pada hari membuang undi. Sejarah merakamkan TGNA menguruskan persepsi pengundi luar sehingga mengalir air mata.




Pada ketika sentimen ASAL BUKAN UMNO memuncak di peringkat nasional, dan pemilihan merayu, memohon simpati kepada pengundi luar menjadi pilihan TGNA, Hadi memlih pendekatan mengepung bas2 luar, membaling batu. Sejarah merakamkan anak kepada Hadi sendiri mengetuai gerakan tersebut.



Sejarah yang terakam hari ini.

Hari ini, sejarah merakamkan, dengan linangan air mata, TGNA memilih persepsi terhadap jemaah Islam, persepsi terhadap kerajaan Islam Kelantan, memilih maruah setiap titisan darah rakyat Kelantan dengan membatalkan pemergiannya ke tanah suci di Mekah.





Tidakkah anda sebak merakamkan sejarah ini? Demi pembaca di zaman depan, pandangan keyboard menjadi kabur dan berkaca. Gua berhenti setakat ini.

Comments

  1. Suatu pengorbanan yg sgt mulia.. Gua ini ikhlas mengaku yg gua telah menitis air mata bila baca berita ini n tgk gamba beliau.. Impian & niat utk menjadi tetamu Allah SWT di halang oleh setan2 jelmaan manusia.. Subhanallah, semoga tok guru di berikan kesihatan dan juga di pnjgkan umur..

    -pendekar laut-

    ReplyDelete
  2. aku setuju dgn pendekar laut, moga ALLAH memberi balasan yg setimpalnya kpd perosak2 & pengkhianat2 agama.... ameeen.

    > pendekar mustar<

    ReplyDelete
  3. Kalau aku orang kaya, mana-mana Tuan Guru nak pi Haji pun aku sponsor. Tak kesah lah Nik Aziz ke, Hj Hadi ke, Dr Maza ke, Harun Din ke, Ismail Kamus ke. Sekurang-kurangnya aku tahu, ke mana harta aku pergi. Nk bagi kat puak UBN? Aku takut diorang melencong, silap-silap pi Danok, Geylang atau Batam!!!

    ReplyDelete
  4. Rosmah menerima 7 juta sbgai hadiah sbb jumpa brg kerabat di raja Kuwait di ats kpl persiaran peribadi, tkde sape yg kecoh ckp rasuah.. 7 juta hadiah semata2 jupe brg, hadiah plak di berikan kpda BINI PM malaysia.. Tkde unsur2 rasuah ka??? Sbb rosmah py psl, heboh dlm surat khabar psl Rosmah di berikan hadiah kerana jujur.. Hahaha.. Mcm sial..

    Tp bila tiba isu ade org sponsor tok guru nk gi HAJI, di ulangi pegi HAJI, kecoh 1 malaysia mengatakan yg tok guru terima rasuah..

    Mmg Bodoh Nk Mampus Org Yg Menimbulkan Isu ini!!!

    ReplyDelete
  5. -pemimpin seperti TGNA sukar dicari ganti..
    -semoga ALLAH memberkati pengorbanan yg dilakukan tuan guru..

    -zargus-

    ReplyDelete
  6. Nangis apasal pulak???? Ek ek le.... Kalau dah sedar ramai lagi orang susah hidup melarat kat dalam negeri, recommend saja pada tiap yang berhati mulia pergi menderma pada mereka.. Allah Maha Mengetahui.

    Sentimental tak kena gaya.

    ReplyDelete
  7. huh...nasib baik wa dapat tahan..kalau tak basah dah keyboard ni,,,



    //rgds
    si rambut merah

    ReplyDelete
  8. alhamdullillah tok guru tak berjaya dirasuah dan menerima rasuah

    ReplyDelete
  9. cibaila lu..gambar las tu mase die test ubat mate permate hijrah..

    mane de nangis..

    ReplyDelete
  10. guna pakai hujah rosmah utk counter tajaan kat nik aziz
    bg wa
    kureng sesuai....hehe

    rosmah dpt hadiah 7juta?
    rosmah guna duit tu kemana?
    ada bwk g mana2 dgn kaum kerabat ke?
    apa media ckp pasai rosmah dpt duit tu?kemana duit tu dia hala kan?hehe
    ada rosmah kata nak g bali or US dgn duit 7juta tu?
    brapa juta rosmah ambil utk dipakai dari 7juta tu? hehe

    dengo citer MB dpt 65K tajaan g mekah?
    elok jgn guna
    wat mcm rosmah..
    salurkan kat mana2 yg patut..hehe


    dah jadi MB ni..
    bg wa
    elok elakkan diri dari bede2 tajaan nie..
    klu x silap wa
    hadiah kecik2 pon dulu nik aziz tarak setuju...
    nape bab tajaan leh setuju lak?
    sebab tajaan g mekah ke?
    klu tajaan lain mcm ne lak
    cth tajaan g bali ke...?hehe
    dengo citer...
    ada puak turapkan jln depan umah nik aziz, nik aziz x terima..
    di byr balik kat org tu...
    nape bab tajaan g mekah leh terima lak?
    sebab tajaan tu g mekah ker?


    kita dah lama main game ni,
    sepatutnye dah tahu
    perjalanan game ni..
    tp mcm x paham2 je lagi..hehe


    maap ckp laa..
    bg wa MB
    tarak leh terima apa2 tajaan.
    lu org jgn jadi MB
    klu nak terima tajaan mana2 pihak...haha


    maap buat pyokong nik aziz.

    ReplyDelete
  11. wa sokong lu uma tp apsal lu byk sgt he2 tu

    ReplyDelete
  12. wa rasa sbb dia teringin nak pi mekah la tu.umo pun dah lanjut.tahap kesihatan pun dah merosot.mungkin ini peluang terakhir nak mengerjakan haji.

    dan akhirnya dgn aqal berjaya melawan nafsu.fikir rakyat dulu beb bila dah jadi pemimpin.respect wa.
    ya Allah,elakkan diri wa dari unsur2 rasuah dan fitnah.amin.

    ReplyDelete
  13. lembut rupanya hati kau Aduka, hehee.....

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  14. KALAU HJ. HADI DAN NASHA DPT TAJAAN TU MACAM MANE YE?

    PERSEPSI KE MEKAH?
    PERSEPSI KE MEKAH?

    KE MEKAH MINUM AIR PEPSI!!

    ReplyDelete
  15. Aduka Tirana x habis2 dengki dgn Tuan Guru Hadi Awang, kenapa agaknya? Apa dosa Hadi Awang agaknya. Lantak kau la Aduka. Allah menilai bukan manusia yg menilai. Mereka hanya mencari redha Allah, dan x takut celaan org yg mencela.

    ReplyDelete
  16. Aku x nangis cuma bergenang je. Nampaknya kalu pru13 dalam masa terdekat dan geng ug x dibuang maka kita akan mengulang tahun 2004. Silap2 semua negeri kan terlepas.
    Payah nak cari pemimpin kaya jiwa ni. walau belum terbukti salah, namun nak elak persepsi negatif sanggup ditinggalkan

    ReplyDelete
  17. tok guru sebenarnya rindu sangat nak jumpe Nabi, nak jumpe kekasih, bila ada orang nak taja, tok guru seronok, tapi rupenye jd kot lain, jd tok guru batalkan, sedih sgt tok guru tak dpt jumpe kekasih, insya allah, apa salah lepas ni mana2 org kaya yg takde kepentingan projek di Kelantan, support tok guru gi umrah. Aku nak tengok ape UMNO nak pusing.

    ReplyDelete
  18. maap
    nak tanye skit.
    nik aziz x pernah g mekah ke?
    x pernah wat haji ke?

    ReplyDelete
  19. Dugaan beb....tak terbatas hatta dalam melakukan ibadah... donia..donia...

    ReplyDelete
  20. -wa rase elok nik aziz x pegi haji time nie..die pun dah prnah pegi..lgplak wa risau ,kalu die pegi jauh2 dr mlaysia nie,kang jd mcm dulu yg die pegi mekah gak,wat umrah ke ape,time tue la puak2 UG brkokok,kuar taring msing2..salam kemunting la,mee celup la,,.

    - kli nie die g haji,dah tntu mkn sebulan kt sane,mti die ngah fokus bribadah kt sane,tak smpat die nk ikuti isu2 smasa..kes disiplin hasan ali,kes prjumpaan bloger pas-umno ngan nasha n hasan,kes baiah talak 3 lg..

    -ade hikmah n sebab gak,Allah tngguhkan dlu hasrat nik aziz,g mekah tu..

    -zargus-

    ReplyDelete
  21. uma, kalau dah pergi buat haji, tidak bermakna tidak boleh pergi lagi.

    actually bila pergi buat haji tu, hati memang akan membuak untuk pergi lagi. ini TGNA umur pun dah lanjut, mesti lah dia nak pergi. bukan nya musim haji ni tiap bulan, cuma beberapa hari sahaja dalam setahun!

    UNON

    ReplyDelete
  22. a ah biarlah TGNA tak dapat hadiah apa-2 atau tajaan, lagi elok...selesai. Nak teriak ayaq mata darah pun tak apa...dia buat dah betul tu..batalkan saja niat tu. Hat yg lepas tu kita serah kpd Allah & SPRM..hehe

    Kalau kena mana-2 pemimpin jiwa rakyat patutnya takleh terima hadiah ni...sapa nak bagi kalau dia bukan ada jawatan,pengaruh,kuasa,nama..takkan semua orang bagi tu takda kepentingan nak apa-2..pahala tu 1 hal lain ler..kot depa nak projek ker? nak promosi syarikat depa ker? payah nak tentukan...kena siasat ler.

    ReplyDelete
  23. Ha, puas lah hati kau uma kan! Selama kini tak pernah pun bawak isu taja-menaja ni. Barulah kini nak kecoh. Agak2 sikitlah nak kata orang tu rasuah ke tidak. TGNA nangis bukan sebab tak leh pergi Mekah tapi sedih dengan persepsi orang seperti uma terhadap beliau. Macam tak faham2 lagi permainan jahat puak sebelah sana.

    ReplyDelete
  24. klu dah wat haji
    elok jgn g haji bwh tajaan mana2 puak
    selagi pegang jawatan MB.


    lyn,
    ni medan perang
    musuh mcari ruang dan peluang
    klu dah peluru dihalakan
    kene bijaksana mdpt manafaat dari peluru tersebut...at least peluru tu patah balik kat pale org yg menembak tu...hehe

    jgn sekadar bijaksana mgalahkan musuh, coz tu memang keje musuh.

    ReplyDelete
  25. uma oii.. wa mampu setuju ngan lu... but bila lu ngulang2 mcm nie... naik menyampah lak wa... btw org sama je yang baca... ntah apa2...

    apa kata kalau wa punya persepsi mcm nie lak...

    dengan semangat ukhuwwah TGNA.. maka dia x sampai hati nengok TGHH kene hentam atas banyak isu lately... maka atas kesedaran dia mengawal.. maka timbul cerita nie...

    kemudian.. mcm biasa, finishing TGNA memang tahap superb.. maka alih2 dia batal...

    lu x rasa salah ke buat andaian TGNA nak terima tajaan.. sedangkan ini hanyalah politik beliau??...

    hehe.. dan tu hanya andaian wa je.. kuikui

    ReplyDelete
  26. setuju dgn berg...kaco stim betul la uma ni...ni entri, bagi la feeling sikit, sekali sekala AT post artikel cmni,support sikit maa..xkan nk siyes, maki2 je...huhu...

    caya la lu AT..:p

    ReplyDelete
  27. haha... :D
    nie mcm wa ala2 majuk prof.aziz laaa...haha

    ReplyDelete
  28. AT,

    Artikel terbaik kebelakangan ini.

    ReplyDelete
  29. maaf ckp, tapi org salu p mekah wat haji sekali jer, Rasulallah pun sekali jer wat haji, kita nak p mekah kena melalui kuota, kalau sbb kita dah p byk kali, bagi org lain p pulak, rukun islam kelima tuh hanya wajib sekali, kemudian negeri tengah kucar kacir, mana leh pemimpin pentingkan diri dia dahulu, sedangkan byk lagi benda tak selesai...demi perpaduan dlm PAS...baguih sungguh tindakan batalkan niat nak p haji tuh...mungkin TG NA nangis sebab lain kot hahahaha...

    ReplyDelete
  30. Adukataruna,
    Ramai orang tuduh lu macam-macam.Ada yang kata lu tak ada hati-perut.Kali ini terbukti dikalangan tukang-tukang komen dalam post ini - ada yang betul-betul tak ada hati-perut dan langsung tak ada perasaan "halus" walau secebis terlekat dihati.Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka ini.

    ReplyDelete
  31. Bhai...

    Jawab ni, jawab...

    http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2009/11/nizar-kkk-jawapan-saya-kepada-nik-aziz.html

    ReplyDelete
  32. 1).....cuba korang smua pikir...adakah TGNA d taja prgi haji kerana dia berstatus MB? atau di taja kerana dia seorang tok guru?jikalau lah dia berstatus MB saja yakni bukan tok guru..agak2 korang ada ke yg nk sponsor?klu aku la, mmg aku xkn sponsor wlu aku bnyak duit skli pn kpd yg berstatuskn MB je.
    2).....aku tetap bersyukur wlaupn TGNA xdpt g mekah tahun ni..sbbnya mungkin ada hikmah yg kita x tau..yg aku nmpknya mungkin ALLAH nk pnjangkn umur tok guru maklumlah skg ni wabak PENYAKIT H1N1 dah masuk mekah dan dah ada pn yg kna....WALLAHU A,LAM...

    ReplyDelete
  33. apa pun wa tetap sokong TGNA.... tapi wa tetap nak menantu TGNA si arif tu step down.... letak jawatan.... dialah pengacau dalam PMBK....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  34. Ada la hikmah sebaliknya...sekurang2nya tuduhan rasuah tu x boleh pakai sbb x jadi pergi..hairan aku TGNA nak pergi haji kecoh 1Malaysia..semua org nak pi haji..ramai tunggu giliran..mcm aku ni merayu x dapat2..kata org tahun ni haji akbar tu mungkin sbb TGNA teringin nak pergi lagipun dia dah uzur...aku kenal satu mak cik ni mertua org Tabung Haji..2 3 kali pergi Mekah..maklumlah kroni...kalau kroni org Tabung Haji boleh pergi banyak kali tak kan TGNA tak boleh pergi? Apa salahnya tajaan tak ada salah...Tok Mufti Harussani kata SAH...jangan la jadi puak UBN anggap tajaan haji rasuah..fitnah dosa besar...macam kat Terengganu tiap2 tahun ada tajaan haji kepada Pengerusi JKKK...rasuah ke? Amboi! kalau JKKK UMNO tak salah pulak..jangan double standard la...cuba korek2 semua tajaan haji puak UBN ni..mau depa sengap...malah menteri2 pun ada kuota haji masing2...ni taja ke rasuah?...tajaan haji tujuan baik...lain la tajaan yang lain..

    ReplyDelete
  35. hahah.nice to drop by here. 1 only can say one thing to u ol

    "Great Minds Discuss Ideas; Average Minds Discuss Events; Small Minds Discuss People."

    so,dont juz criticize,give solution.assumption,4 a civilize people is a bullshit.u have proof?then u r rite.if not,then STFU.

    u talk about islam,change,revolution,do u ever think about islam act?if islam is like this,then i will run,far,far away.but its not.its u people.a people that called themselves muslim,yeah,muslim,by names.

    ReplyDelete
  36. SaoQ...who are you to insult us..the MUSLIM? You are good enough? If you want to run, then just run? If you want to learn about Islam, there are so many ways, so many sources..just browse the internet...there are so many.I come accross so many like you...you hate ISLAM..you have prejudice towards Islam..you will not open your mind even if the truth is infront of you...your religion is your religion, my religion is my religion...you are an embarassment to your own reliogin.

    ReplyDelete
  37. setuju dgn andaian Berg...TGNA cuma nak mengalihkan isu menghentam Hadi dgn mengorbankan diri mjadi mangsa persepsi.

    ingat TGNA bodoh sgt ke nk terima sbrg tajaan/hadiah dgkan dia tahu benar politik kotor UMNO. dia jwb kat wartawan ttg hal selipar kena curi tu pun jwpn saja2..betul mmg betul, tp tak penting krn bg TGNA media arus perdana ni kalo TGNA jwb serius dan betul pun mereka putar belit...dr dulu lagi TGNA mmg layan x layan sgt wartawan arus perdana.

    ReplyDelete
  38. SaoQ, the truth is by being pious,smart & doing it right. So u r about right if u r not coming ere just to provoke us, imo. Don't be stupid by doing stupid thing. Learn from the masters about the true Islam if u r really looking for it. If not, just bugger off. Mind yer own businezz so they say. What say u?
    hehe

    ReplyDelete
  39. "Hadi memlih pendekatan mengepung bas2 luar, membaling batu. Sejarah merakamkan anak kepada Hadi sendiri mengetuai gerakan tersebut."

    Kau officially bangsat dengan kenyataan ini.

    Yg sebenarnya, sms bas2 tu masuk pd hari mngundi, penduduk tahan utk sahkan sama ada mrk pngundi hantu atau x. Kmdn polis masuk campur, dan anak TGHH datang cuba tnteramkan keadaan. Tup2 dia pula di tahan polis. Ini mnybabkan penduduk naik angin dgn provokasi polis.

    Kau bangsat krn mngatakan anak tghh yg ketuai gerakan kepung dan baling batu. Kau bangsat krn kau kata Tghh pendekatannya kepung dan baling batu. Ini hal yg tak ada. Pemeriksaan ni hal biasa. Kau tnya la apa yg pas kelantan buat? Kau tgk mcmmana PKR sndiri menang di Lunas.

    Kau officially bangsat dan dajjal.

    Puak2 celaka penyokong makhluk hina ni tlg ingat sama. Jgn bangsat mcm dia. Hati busuk, keji!

    ReplyDelete
  40. Uma, kau tak de hati perut ke? TGNA dah lama berjuang dalam medan ni. Rasa kasih rakyat Kelantan tidak dinilai dengan pakej RM65k tu. Dia tu dah tua. Entah esok lusa, dia tinggalkan kita. Terkilan dia tak dapat pergi Mekah. Berharap dia nak beribadat kat sana tahun ni. Dia dah banyak berjasa, salah ke rakyat Kelantan nak balas jasa dia tu? Patut ke kita menagih pengorbanan atas alasan menjaga persepsi puak sebelah sana? Sejak bila TGNA tidak difitnah oleh mereka?

    ReplyDelete
  41. ramai tak paham sebenarnya kes ni.... kat negeri wa ni orang sponsor buat ibadat ni satu kebiasaan dah..... ada yang kata…. DARIPADA TGNA TERIMA RM65K TU UNTUK BUAT HAJI LEBIH BAIK TGNA BAGI KAT ORANG SUSAH ATAU SPONSOR ORANG LAIN YANG TAK MAMPU BUAT HAJI….. oiiii lu orang paham ke camne sponsor tu dibuat???? Apa niat orang yang bagi sponsor tu????.... cuba lu orang selidik dulu….. lu orang ingat TGNA dapat CASH MONEY KE????..... biasanya permintaan orang yang sponsor tu mintak hanya batang tubuh orang tu jer pegi buat ibadat….. yang lain orang sponsor tu jer uruskan…… orang yang pegi buat ibadat tu tak pernah pun lihat wang tu….. pastu niat orang sponsor mintak TGNA pegi buat haji….. kalau TGNA tolak dia batalkan sponsor tu….. kita orang luar tak payah la nak ajar orang sponsor tu sponsor orang lain… Memang dah niat dia nak sponsor TGNA jer untuk ibadat Haji ni…. Mungkin orang tu dah banyak dah abis wang untuk kebajikan lain… kat tempat wa ni nak buat masjid pun kekadang orang hantar pasir , simen, kayu…. Tak bagi wang kat AJK masjid…. Tetiba ada orang hantar bahan-bahan mentah tu….. sama la musim korban ni…. Tetiba ada orang hantar 2-3 lembu untuk masjid buat korban….. AJK masjid pun tak kenal sapa tuan punya lambu tu… Tu pun rasuah gak ke?????...... banyak sangat citer-citer rekaan sampai yang mengarut pun banyak……

    -abanghensem

    ReplyDelete
  42. Ini adalah perancangan sulit husam utk jatuhkan tok guru dalam senyap dan manis kerana TGNA tak pilih dia sebagai penggantinya. dialah yang merancang kidefella mengamuk dan dedahkan maklumat palsu di pmbk. orang yang rapat dgn dia maklum pada aku bahawa semua tuduhan yang dilaporkan kpd sprm telah dibisingkan dan disebarkan oleh husam dan kickdefella selama sebulan 2 dah. so siapa yang bersubahat dengan laporan surat layang kpd sprm???

    ada sahabat yang maklum bahawa kickdefelaa telah bagitau dia utk jatuhkan ariffahmi walau apa cara sekalipun di atas sebab dendam dan irihati. jika dengan kaedah sprm ariffahmi tak jatuh maka dia tak teragak2 utk jatuhkan tok guru sekali. moga allah selamat tok guru dan keluarganya.

    carector assasination kpd ariffahmi telah berjalan lama dah, dan dibuat oleh semua kroni husam d kelantan. tujuannya utk memalukan ariffahmi dan tok guru. lepas tu husam akan bubuh org dia d pmbk supaya dia dapat bolot semua aset dan kepentingan d pmbk.

    inilah tok guru cuba elak utk memberi keadilan kepada semua orang politik dibawahnya.
    tok guru perlu kan orang yang dia percaya, bukan dilihat semua sebagai memihak kpd mana2 pihak dan yang penting ada fikrah islam jelas serta memahami kehendak dasar dan pentadbiran dia. Ariffahmi lah insan yang memenuhi semua kretirea ini disamping kelayakan yg lebih dari cukup kerana ijazah, Mba dan jurutera profesional.

    sahabat juga maklum bahawa ariffahmi terpaksa menerima tarawan tok guru ini selepas beberapa kali menolak sama seperti tok guru tawarkan dia d air kelantan dulu, dia tolak juga. kita kena tanya juga adakah pas kelantan buat perancang utk sediakan pelapis bagi menjaga agensinya? jadi tok guru melihat menantunya boleh dambil utk memenuhi perancangan pas kelantan masa depan utk jaga GLC.

    bukan senang nak cari orang yang ada fikrah, faham dasar kerajaan, cukup kelayakan, sanggup kerja kuat, dapat terima gaji yang murah dikelantan, boleh harungi serangan umno. ramai org korporat tak sanggup, baik dok kl dan buat apa yang nak dibuat. tak de siapapun kacaupun. gaji di kelantanpun tak seberapa dibanding dengan halangan dan tanggungjawab

    kita semua juga kena buat survey sokongan politik husam di kelantan. aku masih ingat masa lawan nasha dulu, dia hanya dapat sekitar 20 peratus sahaja undi dari kelantan. tu lawan nasha bukan lawan org yang tok guru boleh terima.

    ini adalah gambaran tahap penerimaan dia di kelantan. cuba kita bayangkan jika MB dan pesuruhjaya jatuh ke tangan orang lain?? adakah husam masih ada dalam arus perdana di kelantan??? aku rasa org semua akan sepak dia ke tepi longkang. jadi sesuatu mesti dilakukan utk jaga survival politiknya. serangan kpd ariffahmi adalah antara episod dalam skrip besar husam, anual bakri dan kicdefela.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...