Skip to main content

2010 Tahun Menggempur Pembaharuan.

Oleh : AdukaTaruna

Tahun 2009 adalah tahun paling penat dengan isu politik. PRK datang bertali arus. BN bergoncang tak berhenti. Dengan UMNO sekian hal, MCA sekian, MIC lagi. Tu belum sebut PKR punya hal dan PAS punya hal. DAP jer yang agak tenang sket kot.

Bloggers plak berkerja macam robot. Tahun 2009 tahun paling rumit. Ada blogger yang nyaris2 disaman Nasha, ada blogger yang kena tangkap polis. Macam2 kes. Demo plak. Macam2 jenis demo yang gila hangat. Dari kes Perak, sampai GMI, sampai kepala lembu. Pendek story tahun 2009 tahun berantakan.

Kemudian, gua ada mencadangkan KONVENSYEN BLOGAWAN PAS RERORM. Bro MSK dengan pantas bagi lampu hijau sanggup setupkan program tu di tempat dia (Perak). Perak gua pilih sebab geografi dok tengah2. Kira adillah. Kalau ada blogger Siam yang nak datang pun boleh. Bloggers diorang pun ramai yang aktif.

Namun, bila gua fikir balik, dengan keadaan banjir, dengan keadaan tak tentu arahnya senario politik negara, yg keje gomen gaji lambat bulan ni, nak pakai raya haji n anak skolah; ah... macam-macam hal yang boleh menghalang komitmen bloggers, maka, gua fikir, program tu perlu dianjakkan ke satu fasa yang betul2 selesa. Maklumlah bloggers ni adalah aktivis politik yang miskin, bukan ahli politik sepenuh masa yang bergaji dari parti masing2.

KONVENSYEN BLOGAWAN BARISAN RAKYAT 2010.

Cadangan gua ini belum dirasmikan lagi kepasa MSK. Just story2 idea jer kat blog gua nih. Gua ingat, kita jadikan tahun 2010 sebagai tahun kebangkitan bloggers terhadap perubahan. Semangat dan iltizam baru. Kita listkan peristiwa dan hujah2 tahun 2009 untuk digulungkan pada tahun 2010.
  • Ada bloggers PAS REFORM
  • Ada bloggers PKR REFORM
  • Ada bloggers DAP REFORM
Kalau bloggers PAS REFORM, bentang senarai kelemahan PAS sepanjang tahun 2009, tekan dan cadangkan bentuk penyelesaian di konvensyen tersebut. Begitu juga bloggers PKR dan DAP jenis REFORM. Apa yang kita tak puas hati dan harapkan perubahan ke arah yang lebih baik.

Kaizen!


Ingat. People adalah kuasa perubahan. Pemimpin hanaylah sekadar balaci upahan kita. Kita yang bayar gaji mereka dan mengundi mereka. Jangan sesekali falsafah ini terbalik. Wala' Wala' Uncle diorang.

Konvensyen yang ini, kalau MSK setuju, maybe dia akan kontek network dia. Setup bayeek punya konvensyen. Kuasa people. Pembetulan konsep falsafah kuasa people. Refreshing moral kita semua bagi menghadapi satu arus perubahan besar-besaran.

PROJEK LANGGAR HADI.

Tahun 2010 juga gua dengan memember akan lancarkan Projek Langgar Hadi ni, yang dipanggil xenan Marching To Rusila. Tak boleh lambat beb. Paklah sekor ni kena gulungkan sebelum PRU13. Dapat tak dapat, belakang kira, janji sejarah merakam usaha kami. Macam rakaman sekor burung bawa air dalam paruh nak padamkan api membakar nabi. Secoit jer, tapi terakam.

Kalau konvensyen itu berlaku sebelum Marching To Rusila, maka, kami berpeluang mempromosi projek kami di booth, pameran, poster, banner, etc semasa konvensyen itu berlangsung. Kalau konvensyen itu berlaku selepas Marching To Rusila, mungkin lain sikit. Tak kisahlah. Janji 2-2 berlaku dengan licin. Syukur alhamdulillah.

So, gua akhiri dengan seruan tahun 2010 adalah tahun menggempur perubahan!!!! Yeeeyyeeaaarggghhhh!!! Cam tak kena jer slogan nih. Ah.... lantaklah. Korang la yang betulkan.

Comments

  1. aku tolong setup minum pagi dah la. Kat sini ada tempat kueh singgit 4 ketul. Boleh 2 ketul sekali ngap! err.. jadi jangan tak jadi plak!

    ReplyDelete
  2. salam AT, gua sokong sangat2 apa yg lu cadangkan tu. gua akan tolong sekadar termampu terdaya.

    ReplyDelete
  3. wa... cam biasa la penjaga dasar......

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Sebagai Menyahut cadangan Zaid Ibrahim, aku cadangkan TGNA Aziz mari resmikan konvensen ini dan penutupnya oleh Nizar....

    Kasi puak UG Panas hati sikit....

    ReplyDelete
  5. haluuuuuuuuuuuuu bro aduka,

    aku ader soklan skit maa. kalo hassan ali nk joint jadi bloger, nk trime x samdol ni.....

    maklumlah la ni hassan ali tgh gila meroyan..UMNO....UMNO...UMNO....ngok.

    kalo mahathir depa kasi slipar kat leher, hassan ali pulak aku cadangakan kita kalungkan tahik babi!!!!!


    KHAK TUIH!!!!! hassan ali....

    ReplyDelete
  6. AT ...kalau hang pijak bumi Perak...aku pakat hambat hang sekali dengan MSK....tolong jangan cemar bumi Perak.....

    ReplyDelete
  7. Encik mudzaffar tak payahla hambat aduka ka sapa sapa yg hang tak suka,perak ka mana mana negeri ka bukan pak hang punya. Jadila melayu celik akai, yg x evasive mengelak berdepan konflik,umno nak karam ka apa ka pegi jahanam dgn depa,tapi kalau pas n ahlul ahlul nye maseh dgn mentaliti yg tk bulan tu tak islam,lagi la mcm gampunk. Teruskan encik taruna apa yg hang rasa betui utk pas ni,jgn kita jd bonsai fikrah n paranoid dgn kehendak reform!melayu einstein is aduka phewit.haha

    ReplyDelete
  8. oiiii muzafar... negeri perak dah lama dah dilacur.... hang tak sedaq ka????....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. Setuju dengan cadangan AT.Tahun 2010 kita semua hancurkan Geng UG ni supaya kali ini "tutup buku" akan benar-benar tutup dan tak akan dibuka-buka buat selama-lamanya.Sekiranya kita berjaya,InsyaAllah tahun-tahun berikutnya(menjelang PRU ke 13)PAS akan mantap,kuat,dihormati dan disegani kembali.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.