Skip to main content

Video Just Another Meeting (JAM).

Video ini adalah usaha panzer dari Utara Online. EGM takda. Yang ada JAM. Apa itu JAM? Baca blog Pak Bakaq. Patutlah org tua tu malas nak datang memula. Sebab dah tahu dia berhadapan dengan genetik Melayu. Tapi sebab suasana dan keadaan yang dibina Utusan, seolah2 TGNA takut; maka, dia terpaksa turun dari pangkal semenanjung. Buang karan sungguh!

Lu tgk bidio ni elok2... gua dah cakap dah... otak Hadi ni lembab. Jenis mentelaah dari pagi sampai malam untuk lulus peperiksaan, sedangkan kalau orang bijak study last minit jer untuk lulus dalam tahap yang sama, dalam jenis peperiksaan atas kertas yang sama. Dari satu ponit ke point, dia ada 'blurr' dalam half minute. Lu tengok bagaimana Cikgu Pa control kelembapan Hadi. Bodoh gile ahli PAS lantik Presiden lemah otak. Haha

Comments

  1. Ha ah lah. Banyak Cikgu Pa yang mendahului Hadi. Lebih baik serah ke Cikgu Pa je handle PC tu.

    ReplyDelete
  2. Kalau mcm nie jer hasil sidang khas nie...baik serupa takyah buat sidang khas la....kecoh ja lebey...tade apa2 perubahan pun...apalah sangat Tuan Ibrahim boleh buat pasal Hasan Ali kalau Nik Aziz kata pun still tak jadi apa2 kat puak2 nie....melingkup la PAS nanti...

    ReplyDelete
  3. wei..udah la tu... herge minyak nak naik thn dpn woii... fokus kpd camner nak manipulat isu ni.. bola dah di lambung... kasi rakyat bukak mata...
    suruh orang minyk Kalid samad citer skit patut ke x patut minyak myk naik...

    saja kacau

    ReplyDelete
  4. pada pandangan aku...ok je hadi handle pc ni ... tak ada yg pelik pun .... Tuan Ibrahim adalah insan yg sesuai utk ketuai JK Displin ni .... aku solute keputusan yg di ambil oleh Hadi...

    ReplyDelete
  5. wakaka... mmg laaa lu org dah sakit ati dgn tg hadi. so apa yg dia buat, siap sikit, habis kene maki. kalau dia tekentut mase pc tu pon korang maki gak. apa punya presiden. kentut depan org. x layak jd presiden bla bla... wakaka....( wa pon satu bg contoh merapu).

    adoiii malang btol pas skang ni...

    ReplyDelete
  6. depan PC pun mustafa ali yg control..lu bayangkan kat belakang macam mana.

    satu lagi punye bodoh, dah TGNA sebut hassan ali, nasha dan stopa tertuduh dalam bab ni.
    abes meeting maka:

    - hassan ali akan disiasat
    - nasha mungkin dah tau tak patut muka dia keluar kat situ
    - stopa ali plak bleh tebal muka sama sama presiden keluarkan keputusan meeting. apa punya bangang?

    laporan polis dibuat terhadap 3 orang. sorang didakwa di mahkamah. sorang lagi dibebaskan balik rumah senyap2. Sorang lagi duduk sebelah polis tolong umumkan keputusan..kebodohan yg nyata..AJK pas pusat pun semua lembap!

    ReplyDelete
  7. aku tengok dan dengar press conf hadi ok je.SU agong berbisik tu biasala.rilieks je.xde kudis pun.ko ni mengarutlah aduka.kalau dia x power dah lama dah kene reject dan mesyuarat akan jadi tunggang tebalik.4 jam meeting tu dikira lama tu.macam2 ahli mesyuarat boleh bantai presiden semau mungkin.bila selesai meeting tiba2 mursyidul am dah cau kul 11mlm lagi.kemudian jam 12mlm, husam musa dan dr.lolo pula keluar.apa cerita ni aduka?mesyuarat xhabis lagi dah keluar.xtahan kene bantai ker?aku ingat hadi awang dan penyokongnya kene bantai tapi mcm sebaliknya plak.setuju x dengan aku?

    -CIKAI-

    ReplyDelete
  8. kah kah..kalau macam ni la, boleh sangat kau nak langgar dia Duka.. cara Salahudin counter lebih berkeyakinan...

    Duka, patut kau menyamar jadi wartawan malam tadi..pastu aju soalan2 maut kau tu..kira pra-langgar la.. hahah

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  9. beb, lu tengok tantawi sekor ni punya statement kat malaysiakini aku quote dari sini http://malaysiakini.com/news/116078:

    "Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan pula berkata, dalam mesyuarat malam ini, beliau akan mengusulkan agar lembaga displin – yang dipengerusikan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – diaktifkan sepenuhnya bagi menangani pihak yang mencetuskan masalah dalam parti.

    "Ia melibatkan isu-isu perbalahan di luar (parti), cara mengendalikan maklumat parti, mendedahkan minit mesyuarat parti, tuduh-menuduh dalam media.

    "Misalnya tuduh sesuatu pihak ini pro-Umno, mestilah ada bukti. Kalau tuduhan tanpa bukti, boleh menyebabkan prejudis sesama sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini."


    Hah pegi la siasat ahmad awang tu..dan si nasha dgn hasan ali jumpa blogger umno semalam tu dalam kategori disiplin mana pulak?

    siasat sekali haron din yang tuduh ada puak tertentu jadi agen musuh masa muktamar baru ni.

    tantawi2..akal kat lutut

    ReplyDelete
  10. wa nk tanya:-

    hasan ali akan disiasat (Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor)

    tapi bagaimana pula dengan
    2. Nasa dan Dato' PA

    Kedua-dua nama tu dipetik oleh YAB Mursyidul Am PAS kan???

    Patutnya 2-2 ni pun kene dihadapkan ke Jawatankuasa Displin

    ReplyDelete
  11. Memanglah Mesyauart ni gagal mencapai matlamat... kekeke

    aku dah cakap dah....

    saja menyibuk... layan...

    ReplyDelete
  12. Kan dalam pc tu sebut, mesyuarat da setuju semua tuduhan yg dilemparkan tu tak benar. Jadi tak perlulah siasat.

    Satu gi, mana ada sebut Dr Hasan yg kena siasat. Yang kena siasat PAS Selangor. Jadi termasuklah mangkuk2 macam Dr Zulkifli, Dr Hatta, Dr Mariah, Khalid Samad and gang.

    Harapnya lembaga disiplin boleh amik tindakan gila2 punya tegas pada puak2 pemecah belah ni.

    Kelakar juga bila ada orang persoal tuan ibrahim, sedangkan dia pengerusi lembaga disiplin dari sebelum ni lagi. Memang ada kuasa besar lembaga ni.

    Pastu yg ko ni duka, aku takde tengok pun yg setengah minit TGHH blur. Cuba engkau tunjuk saat ke berapa sampai ke berapa??? Memang engkau ni kaki fitnah dan kutuk orang nombor satu. Ingat kit, paling banyak manusia kena azab kat kubur sifat mcm engkau nilah, pengadu domba..

    ReplyDelete
  13. tak nampak ker ader part yg tghh ade skit blur sebelum dicover oleh S/U AGONG.

    Aku mendambakan PAS zaman Dato Fadzil. biarpun time tu PAS hanya memerintah Kelantan dan satu penggal di Terengganu, tapi PAS ketika itu cukup berketrampilan dan gagah

    ReplyDelete
  14. kalau siasat Nik Abduh boleh gak, sesedap tuduh blogger Pas berbohong, macam tau je blogger tu ahli Pas....
    tuduh penasihat bapak dia jahat, timbulkan UG ms bapaknya di Mekah..kan ke pencetus perbalahan tu, tuduh menuduh dlm media baru..
    Tantawi patut tengok anak buah dia ni dulu....

    ~KOPI JANDA

    ReplyDelete
  15. camni lah. sape sahaja yang menggunakan sebarang media utk membuat sebarang hentaman baik anak mursyidul am, exco kanan kerajaan negeri perlu dihadapkan ke lembaga displin parti supaya sebarang tuduhan yang dilemparkan dapat dijawab bersama bukti dan fakta

    Kebetulan nik abduh, anak mursyidul am, dato' dr hasan ali-exco kanan kerajaan n.selangor dan dato' husam-exco kanan kerajaan kelantan

    ReplyDelete
  16. nampaknya yg dlm alam maya lebih hebat dari dunia luar. kalau dah hebat kenapa duduk dlm je. ayuh keluar. jgn jadi baling batu sembunyi tangan.

    jgn ikut org yg telah menghina isteri nabi, sahabat nabi, imam2 mazhab dan ulama' semasa. ini musuh islam sebenarnya.

    dia x sedar kerja yg dilakukan adalah utk memburukkan islam. bahaya. bimbang nanti saudara akan terhukum sama di hadapan Allah.

    jgn sia2kn adab saudara semua. kritik sesiapapun x menjadi masalah, tapi adab sebagai muslim kena jaga, jgn batalkan adab tersebut, kerana benci.

    x sama org yg berjuang dgn org yg duduk dlm komputer. kalau sayangkan jemaah PAS bukan dgn cara mcm ni.

    nk berhujah pastikan hujah mantap dan dalil mesti kemas. kalau org x setuju dgn kita.., berlapang dada. jgn mencerca org yg sudah buat kerja, ..kita punya kerja apa?? mencaci sahaja??

    ReplyDelete
  17. lu tu FZY ape cerita?
    lu dah kluar ke?
    kluar brp hari?
    pe keja yg lu dah buat?

    ReplyDelete
  18. Anonymous Thursday, October 29, 2009 4:01:00 PM berkata:

    "lu tu FZY ape cerita? lu dah kluar ke? kluar brp hari? pe keja yg lu dah buat?"

    - sabar jgn marah saudara. saudara kena kontrol emosi yg bersarang dlm diri saudara. kalau saudara memberi komen yg positif x jadi masalah.

    yg jadi masalahnya menyokong org yg telah menghina isteri nabi, sahabat nabi, imam2 mazhab dan ulama' semasa (sape lg kalau bukan Aduka Taruna).

    jgn jadi buta mata, hati dan x ada telinga.

    kalau saudara ada info yg betul x ada masalah, tapi kalau lebih kepada mencari2 kesalahan org. x takut azab api neraka ke?

    ada faham x?

    kawal emosi ok.. wallahu'alam..

    ReplyDelete
  19. Hhhaha..aduka ni memang biola pun....pepandai je buat citer mengarut...

    Boleh jadi tukang karut....bangsat punya syiah sesat ni...

    ReplyDelete
  20. ni laa masalahnya dgn ulama' ahlus Sunnah wal jamaah ni. tak tahu sistem Islam yg sebenar. haru-biru. cam negara2 Sunnah gak. semua ikut telunjuk barat. cam hampas.

    kalu ikut cara Shiah, mmg dah kautim. dah lama dah puak munafik umno ni bungkus. tapi ramai yg tak tahu pasal Shiah tapi kondem bagai nak rak. mmg hampas wal-tolol.

    ReplyDelete
  21. selagi puak Trengganu perintah pas,itulah jadinya

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.