Skip to main content

Timing EGM.


Oleh : AdukaTaruna

Pak Bakaq bimbang timing EGM tidak kena. Diburukkan lagi BERSIH memberi amaran 10 lagi PRK mungkin berlaku, di mana jika BR tewas, kerusi BR di parlimen menyusut kepada 74.

Pada bacaan gua pula, dalam keadaan kacau-bilau prestasi BR terutama PAS, menyerahkan negara kepada mereka adalah satu kerja bodoh. Mereka perlu diberi latihan menjaga negeri dulu. Gua enggan merakam sejarah peribadi memberikan undi peringkat pusat (Malaysia) kepada golongan yang gagal peringkat negeri (Terengganu).

Ada satu cabang dalam peperangan, di mana; terdapat satu kaedah memenangi pertempuran untuk memenangi peperangan. Pada ketika menang atau kalah parlimen BR di kerusi terbabit tidak membawa erti apa2, adalah perlu PAS memfokuskan satu keputusan rasmi terbaru, satu resolusi terkini, satu suntikan segar sama ada :

a. PAS kekalkan kepimpinan status quo.
b. PAS melakukan tranformasi kepimpinan.

Ahli PAS harus patuh selepas parti menyediakan peluang kedua. Jangan ada lagi bertelingkah. Tiada dasar yang terbabit sehingga melibatkan Majlis Syura. Kenapa harus takut?

Satu perkara yang perlu diambil kira ialah; dalam demokrasi ala Malaysia, PM mempunyai kuasa mengadakan PRU. Najib bila-bila masa boleh membubarkan parlimen. Jika Najib mahu membubarkan parlimen ketika EGM PAS berlangsung, silakan. Kerana selagi kekacauan ini tidak ditamatkan dengan satu resolusi terbaru, ianya tiada makna. Malah, bisa saja PAS menangguhkan EGM untuk mendepani PRU.

PAS terlewat jika tertungu-tunggu PRU13 dalam keadaan para pengkhianat pengundi, bebas dan berleluasa mengemudi parti. Jika anda adalah penganut fahaman Terengganu, di mana hanya ahli PAS sahaja layak mengundi di Malaysia ini, tidak mengapalah.

Apa pun, penutupnya, gua menyeru kepada kesemua yang bersetuju, selagi PAS tidak melakukan perubahan, maka di PRU13 :
  1. Jangan berikan undi kepada PAS untuk parlimen sahaja; ATAU
  2. Berikan undi parlimen kepada PAS berdasarkan calon sahaja.
Anda akan dihina alam kerana bodoh memberikan tanggungjawab besar kepada golongan yang gagal dalam tanggungjawab kecil. Adalah kerja bodoh meminta orang yang gagal di peringkat negeri (Terengganu) supaya menjaga peringkat pusat (Malaysia) yang jauh lebih komplek, majmuk.

Comments

  1. haha..dah smakin nampak lu pro-umno. kempen lu ke arah tidak mengundi pas.. jarum halus beb. terer gilo lu

    ReplyDelete
  2. EGM skrang atau nak tunggu next general election baru nak ubah, itupon jika orang tak meluat/menyampah/jijik dengan PAS. Rasanya bagan pinang dah bagi petunjuk... nak tunggu petunjuk apa lagi! Kalau Pas macam Umno baik org sokong umno..

    ReplyDelete
  3. Adukataruna,
    Kata-kata akhir lu "Adalah kerja bodoh meminta orang yang gagal diperingkat negeri(Trengganu)supaya menjaga peringkat pusat(Malaysia)yang jauh lebih kompolek,majmuk." Memang betul,tepat dan sohih.
    Malangnya,seribu kali malang,tak ramai ahli-ahli PAS tahu dan faham hal ini.Munkin mereka tak tahu sebab tak dapat maklumat*(kerana buta internet) atau tahu tapi tak ambil pot kerana terlalu wala atau tak peduli langsung asalkan dapat memekik "Allahu Akbar" dekat ceramah-ceramah,sudah cukup.

    ReplyDelete
  4. EGM tidak perlu...Apa yang perlu dilakukan oleh PRESIDEN PAS sekarang ialah menyatakan pendirian beliau sama mahu terus dengan PR atau berkeras mahukan UG.

    Sekiranya beliau mahu terus bersama PR..
    1)sila beri amaran kepada saf pempinan agar tidak terus melalak ke media bila ada perkara yang tidak disenangi dalam Pakatan
    2) Bincangkan segera status Kelab Penyokong PAS...
    3) Bagaimana mahu memenangi semula hati pengundi bukan Islam tanpa meminggirkan syariat Islam...

    Sekiranya mahu terus dengan UG, sila jelaskan :
    1) Adakah islam akan diangkat dengan lebih tinggi sekiranya bersama UMNO. Sila jelaskan bagaimana ianya boleh berlaku?
    2) Adakah polis , mahkamah, SPRM, SPR dan lain-lain akan menjadi telus dan berkecuali.Sekira jawapannya "YA" :
    -sila siasat semula kes Altantunya.
    -Sila siasat dengan lebih telus kes Teoh Beng Hock
    -sila siasat dengan lebih telus kes kugan.
    -sila siasat dengan lebih telus ke PKFZ
    -sila siasat semula kes lingam dll Seandainya polis, mahkamah, SPRM, SPR dan lain-lain tetap tidak berubah maka PAS sesungguhnya bersekongkol dengan orang-orang yang zalim,.
    3) Adakah PETRONAS akan membayar royalti kepada Kelantan?

    Banyak lagi sebenarnya persoalan yang perlu dijelaskan oleh TGHH. Tapi mohon TGHH jawab dulu persoalan diatas kerana ianya adalah punca utama kenapa kami tolak idea UG....

    ReplyDelete
  5. UG14 wa layan.. rocks..
    tapi UGbn soli..naik lori

    ReplyDelete
  6. shannaro, lu ni bodoh melantun-lantun jugak. giler buang masa terbaca komen lu nih. lu duduk je la dendiam kat ganu tu. bodoh mcm lu ni mmg tak boleh diajar. serupa dgn tok guru lu. org nak PAS berubah kearah yg lebih baik la badigol. giler menyampah wa dgn org yg bongok mcm lu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...