Skip to main content

Terkini : Pilihanraya di Lenggeng N9.


Oleh : AdukaTaruna

Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.
  • SPRM membuktikan pendakwaan mereka tidak terpilih
  • Sahak mendapat liputan istimewa dalam ucapan perhimpunan UMNO baru2 ini
  • Kekalahan PAS di Bagan Pinang adalah anak jati Lenggeng dan juga bekas calon Lenggeng.
  • Suntikan moral kedua untuk UMNO
  • Penyusunan orang2 Najib selepas Isa Samad
Lengeng adalah satu kawasan yang bertaraf pendalaman. Lenggeng lebih 'estet' dari Bagan Pinang. Rakyatnya adalah penyumbang kepada kekuasaaan BN. Majority adalah orang asli dan Melayu yang hanya ada TV dan astro, membaca akhbar Metro dan Mangga.

Melayu Lenggeng tidak pernah mendapat satu suasana perayaan hari Jumaat, tidak ada sekolah pondok, indeks penagih dadah yang tinggi, taraf kemiskinan yang tinggi, taraf pendidikan yang rendah dan sebagainya.

Sahak adalah 10 kali rakyat dari Isa Samad dan 100 kali rakyat dari Haron Din. Sahak berpakaian kain pelekat, pagoda koyak dan kopiah ketika di balai raya setiap Jumaat berkhidmat untuk pengundi. Sahak adalah samseng yang membela peniaga2 Melayu tepi jalan. Jika Hadi berstatus tukang sembelih lembu, Sahak pula berstatus tukang sembelih dan tukang basuh perut dan usus dari najis di sungai.

Gua juga banyak terserempak Sahak berjogging pepagi di Bukit Tangga masa gua on the way ke Jelebu. Masa gua zaman Mat Rempit, member gua pernah minta sorang Pakcik alihkan kereta dia yang block parking. Motor nak keluar susah. Pakcik tu mohon maaf. Dan time tu gua perasan pakcik tu ialah Sahak di mana ketika itu adalah ADUN Lenggeng. Padahal dia samseng maa...

Kalau gua undi ikut jenama, letak babi pun gua undi babi. Kalau gua undi ikut calon, letak Haron Din pun gua undi Sahak. Tapi gua undi sebab taktikal Islamic State. Letak DAP lawan Sahak pun, gua undi DAP, sebab gua nampak jalan Islamic State itu bila mengundi DAP. Penjelasannya dah banyak gua kasi. Cuma, persoalannya, adalah Melayu mengundi berdasarkan fikrah gua?

Berlakukah PRK di Lenggeng dan di Johol? Kita nantikan sama-sama.

Comments

  1. Bila pilihanraya di NS nanti PAS harus dilihat gagah dan tidak bersama PKR atau DAP.

    PAS telah terbukti mendapat sokongan Melayu Bandar, China dan India.

    PAS For ALL. PAS Rules ALL.

    ReplyDelete
  2. "PAS bla bla bla"...slogan...& bila PAS kalah: "OH, sana masih pakai cawat, tak pandai undi"..cewahhh..alasan camtu? (eh! cam ulang tayang ucapan seseorang pulak..sapa ya AT lu ingat ker?...hehe)

    sorang lagi lebih hikmah...dia selalu kata (& akan selalu gitu) "Ni peluang untuk memperkenal perjuangan PAS di sana" ..& bila kalah: "Tak apalah orang sana belum kenal PAS, belum banyak usaha kita agaknya. Allah belum mempekenankan!"

    ReplyDelete
  3. Pas kena bagi kat India KPP kalau ada pilihanraya kecil nanti.

    ReplyDelete
  4. Hello ANON 3.35
    Kalu PAS kelihatan gagah tanpa PKR dan DAP..dah lama dah orang Melayu undi PAS tapi kenpa org Melayu duk undi UMNO jugak..tu kena tanya!!!!Sejak bila pulak PAS gagah..kalu gagah tak payah pi jumpa Pak lah senyap2 la!!TU BUKAN GAGAH TU PENAKUT!

    ReplyDelete
  5. China? bila pulak rakyat China boleh mengundi kat Malaysia ni.
    Duka, letak la muka Sahak tu dlm blog ni. saje nak kenal. aku ada gak ejen kat Lenggeng nama Sahak. hheehheee....

    ReplyDelete
  6. Setahu teman Lenggeng Johol dulu beruang' rimau pun ada lagi..oleh itu dah comfirm UBN jagi jaguh berdasarkan bantuan beras dan minyak setiap rumah. Lagi satu kat sini banyak rumah janda yang kematian suami nisbah 1 per 20. Habis tu letak kepala lembu jadi wakil pun gerenti menang..?

    Habis tu lu fikir le sendiri..?

    ReplyDelete
  7. artikel tipoooooooo...
    Sahak ader calling gua..
    dia ckp aduka dah xder taruna..
    goncang kuat..
    muhaahahahaa

    ReplyDelete
  8. UMNO pon pandai setting pilihanraya gak.hehehe

    Maka wajib pilihanraya 3 bulan sekali sampai 2013.

    Adun tpt wa pon kroni KJ ni.Awal2 dulu die kene setup Pusat Khidmat Rakyat sendiri,takleh pakai opis UMNO sbb gaduh ngn Umno local.Arap2 die pon kne tendang gak.wakakak

    ReplyDelete
  9. Bismilah Hir Rahman NIr rahim
    ADUKA o ADUKA lu ni betul betul adik beradik kohok bonar. Apa Lu pikir SPRM bodoh macam lu ka? Sedangkan ADUN LUNAS KEDAH SPRM leh katakan tiada unsur penyelewengan tututan walaupun melibat tuntutu RM 148,000.00 setahun oleh ADUN LUnas ini pulak ADUN Lenggeng n ADUN Johol ( sakit ) .Aduka o tolong jangan buat lawak bodoh macam si Nabil . Bodoh punya ADUKA .

    ReplyDelete
  10. alah budak AT ni bukan cerdik sgt pun, idea yg dikemukan pun diceduk dari buku kristian yunani, kau baca aje lah apa yg AT nk tulis, yg kau mrh dia pehal, dia memang dilahirkan menjadi penulis bangang, tapi kau jangan maen main dgn dia, dia ni ramai link dengan penulis blog yg maha hebat, boleh mentafsir alquran dah alhadith tanpa perlu belajar pun, tak ada mazhab-mazhab ni, kalu kau org tanya banyak mesti pengampu dia tanya kau org dengan soalan maut, cth soalan, sesiapa yg boleh tunjukan sembahyang cara iman shafie sembahyang yg sebetul betulnya, tak menjawab tu, mazhab mazhab ni tak main lah,

    ReplyDelete
  11. Sesiapa juga (tidak kira agama, bangsa dan parti politik)yang berbuat baik akan di beri pahala...

    ReplyDelete
  12. hj jamaluddin yang dol.
    itulah cara BN maintain kuasa.
    reason aku senang je.
    BN tak bodoh nk sabitkan kes Lunas sebab:-
    1. Majoriti Lunas terlalu besar utk ditumpaskan oleh BN
    2. Dengan status quo yang PR perintah Kedah dan Dun Lunas pernah dimenangi oleh BA pada PRK yang lalu-lalu.

    Dun Lenggeng? Takde hal lah.. Status pendalaman..

    ReplyDelete
  13. wa suka gak strategi think tank najib nie..hehe

    leh tahan laju...

    harap hadi punye think tank lebih laju lg...
    klu x,
    kene tinggal byk tiang laaaa...hehe

    ReplyDelete
  14. aku pun pernah gak sembang dengan sahak nie... dia pakai kain pelekat jer... sembang tak ingat kutuk pakcik aku tauke balak tu... hehehe

    ReplyDelete
  15. kalu jadi PRK tpt mcm tu (berdasarkan analisa AT la, wa tak penah jejak situ) mgkn PAS tak sesuai letak calon. boleh la bg kat PKR ke atau DAP. mana tau leh bukak cwgn DAP melayu.
    atau boleh guna alasan lama "boikot pilihanraya pasal tak SPR tak adil" he he

    ReplyDelete
  16. Ok. Saya cadangkan kita slow sikit.

    Hj Hadi kata

    "Justeru, katanya, kekalahan yang menimpa jemaah Islam bukan semata-mata kerana kejahatan musuh akan tetapi juga daripada kelemahan dalam diri jemaah sendiri"

    1. Bagus dia akui kelemahan jemaah. First step utk repair diri.

    2. Cuma aku harap pengakuan itu termasuk diri dia sendiri lah. Jangan time dia cakap camtue, dia pikir orang lain dlm PAS jer.

    3. Dia dah cakap macam tu, bagus lah. Tapi kita tengok praktikal nya macam mana pulak pasni.

    ReplyDelete
  17. Prof.dr.aziz bari bg pandangan
    agar PAS lakukan
    reformasi kepimpinan...hehe.

    mesti melompat2 totok ijau..haha

    ReplyDelete
  18. gua nak tanya sket la pada sesape la org PAS yg terlibat ngan kepimpinan. laporan post moterm BP dah kuar lum? mgkn untuk bacaan korang je la kot. tak yah bg ringkasan, jwb dah atau belum je,
    pasal 3-4 hari baru kuar statement "kami AKAN buat post moterm" skrg dah nak 2 mggu he he. kalau ISO tu NCR

    ReplyDelete
  19. Salam Aduka,

    lu punya entri, tapi kedah la nie yang dapat nama... masuk malaysiakini..

    tengok sini

    apa punya turr

    ReplyDelete
  20. Aduka .. kan gua dh ckp..
    Sahak dh kol gua td..
    dia ckp ajib mane beran lwn dier..
    sahak tue pemimpin pojaan ramai..
    YB kedai kopi..

    ReplyDelete
  21. KAU SUKO2 HINO ORG LONGGENG APO SAL....
    KG KAU PANDAI2 BONA KO...
    BOKEH GENERAL KOMANDO YANG SELOSAIKAN MASALAH KEK GRIK DULU KAU TAU ORG MANO...ORG LONGGENG...KALAU ORG LONGGENG BODOH CAM KAU CAKAP XKAN DIO LEH JADI CAM TU...

    SOBAP AN X SOKONG PAS ,ORG TU BODOH ?

    ReplyDelete
  22. KAU SUKO2 HINO ORG LONGGENG APO SAL....
    KG KAU PANDAI2 BONA KO...
    BOKEH GENERAL KOMANDO YANG SELOSAIKAN MASALAH KEK GRIK DULU KAU TAU ORG MANO...ORG LONGGENG...KALAU ORG LONGGENG BODOH CAM KAU CAKAP XKAN DIO LEH JADI CAM TU...

    SOBAP AN X SOKONG PAS ,ORG TU BODOH ?

    ReplyDelete
  23. Org yang tidak boleh menerima kekalahan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.