Skip to main content

Terkini : Majlis Syura tolak EGM


Oleh : AdukaTaruna

Gua tak ke mana hari ni. Demam. Mesti kena kifarah nih. Padan muka xenan. Sebab lepas gua, kompom dia plak demam. Ikut level kifarah xenan patut lebih berat sebab gua just air liur jer, xenan bukan air liur jer, siap buat aktiviti lagi.

Mase gua kekecik, kulit hitam gua lebih hitam dulu. Berkilat beb. Tak caya tanya Ahmad Garang. Nenek gua selalu tiaw gua kalau gua main hujan. Nak2 hujan panas. Demam kang. Sakit kepala kang. Stendet la.. nenek gua Melayu macam gua gak.

Tapi masa tu gua sangat pelik. Kenapa nenek cakap camtu? Gua main hujan selamba badak tapi tak demam pun. Siyes gua memang pelik. Kini, mungkin sudah 20 tahun berlalu, baru gua dapat rasa kebenaran nenek gua. Gua dah tua agaknya la.

Skang ni, asal gua kena hujan jer, otomatik kepala gua pening2 lalat 2-3 jam lepas tuh. Banyak helan ma. Nasib baik nenek gua just larang pasal hujan jer dulu. Kalau nenek gua larang tunjuk pelangi nanti jari gua kudung, mau mampos gua hari ni.

So, tadi, ketika gua terlentang kelemahan depan tv tengok adik2 gua berhempas pulas berlumba kereta kat ps2, gua terima arahan sorang AJK untuk mengadakan EGM di YM malam ni kol 11.30 malam.

"Salam duka. Malam ni meting kat YM. Kol 11.30. Pasal EGM."

"Haaa? Ookkk..." Gua jawab lemah.

"Lu apsal ni? Tido lagi ke? Ceh."

Tapi, tadi petang, gua diingatkan adik gua.

"Ngah..."

"Hmmm...."

"Malam ni. Man U lawan Liverpool."

Pergh..... caner nih? EGM kat YM ke, bola? Cita2 Islamic State ke bola? Maka, gua pun mempergunakan Majlis Syura. Jangan lu tak tau Nasha tu orang noghori den. Biras Pak Onchu.

Majlis Syura tolak EGM di YM malam ni.


Comments

  1. Hang betui bagi aku suspen aja.., semalam kawan aku bagi tau Hasan Ali dah keluar PAS masuk bebas, kena cret dah aku, ptg ni hang pulak...

    ReplyDelete
  2. Bhai...

    Hahaha... lawak la... gua tak minat sport la... hahaha...

    Lebih baik gua layan gua punya online bisnes nih..... hahaha...

    Oh yer.. tadi dapat borak skit ngan Wak Albanjari.... dier pon tensen... hehehehe

    ReplyDelete
  3. lu lyn dua2 skaligus. Bro, wa nk join gak EGM ni.. hahaha, bley ke ni??

    ReplyDelete
  4. ~~~~~~Jangan lu tak tau Nasha tu orang noghori den. Biras Pak Onchu.~~
    CILANATTTTTTTTTTTT ekau AT,,,, mano sey ado kono mengono dgn mangkok hayun tu hahahahah,,,,,,,,
    doman ekau tu bukan kifarah tetapi,,,,, lu pikir lah sendiri!!!

    ReplyDelete
  5. nxt PRU nti kt mane la Nasa nk bertempek plak.. Kt klate, sure tk dpt.. Hehehe, ape kata Nasa bertanding kt kusi Ganu plak..Wakakaka..

    ReplyDelete
  6. Adukataruna,
    Andainya tak jadi diadakan EGM,maka Presiden PAS TGHH wajar menunjukkan keikhlasan dan kebijaksanaannya untuk "difuse" suasana tegang ini.Dia mesti berani membuat beberapa keputusan yang bolih dilakukannya(dalam kekuasaannya):
    (1) Menggantikan Mustafa Ali sebagai S/U Agong kepada orang lain yang lebih diterima umum dan AJK PAS Pusat.Jika susah sangat nak cari calun,biar Dato KJ meneruskan tugas S/U Agong.
    (2) Memilih Ketua Penerangan yang baru - yang lebih aktif dan berwibawa.Disyorkan Mat Sabu.
    (3) Mengembalikan Jawatan Pengerusi Perang/Gerak Saraf kepada salah seorang Naib Presiden seperti dahulu.Disyorkan sama ada Dato Mahfuz atau Sallahuddin.Bakar Chik tu buat semak saja diIbu Pejabat PAS.Kalau dia handal sangat suruh dia perbetulkan keadaan diTrengganu.
    (4) Pengerusi Lembaga Pentadbir Harakah dijawat olih Ketua Penerangan parti - seperti dahulu.Dengan cara ini Pengerusi Lembaga Harakah akan bertukar tatkala ditukar Ketua Penerangan.Ini untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengujudkan akauntabaliti.
    (5)Melantik Pengarah Pilihanraya PAS Pusat yang baru - yang lebih muda,lincah dan bolih bekerja untuk menghadapi PRU 13.
    (6) Menilai semula lantikan Pesuruhjaya Negeri khususnya diSelangor dan Trengganu
    Semua cadangan diatas bolih dilakukan olih Presiden kerana semua dalam bidang kuasanya.Dia wajar menunjukkan kepada semua ahli PAS bahawa dia seorang Presiden yang sayangkan PAS dan tak mahu PAS berpecah.Dia mesti meletakkan PAS diatas dan berani mengenepikan "kuncu-kuncu"demi perpaduan PAS.Inilah satu ujian buat TGHH.Mari kita lihat sama ada dia ada te.... atau lehernya masih dijerut olih Mustafa Ali.

    ReplyDelete
  7. Takyah tggu majlis syura kensel. TGNA sendiri dah taknak buat! Kah kah kah

    ReplyDelete
  8. aku tertunggu tunggu jugak apa hasil mesyuarat khas tu nanti..mungkinkah diputuskan untuk diadakan EGM? Atau president akan diberi kata dua supaya mengumumkan pemecatan 2-3 kerat proksi UMNO tu atau EGM akan digerakkan juga oleh AJK Pas Pusat?

    ReplyDelete
  9. tak betul ler usul EGM ditolak oleh orang yg diragui ramai ..bukan melalui prosedur yg betul...ni semua hanya akan menyemarakkan kesangsian ramai terhadap PAS sendiri kerana ada tokoh pemimpin seperti tidak menghormati TGNA...mana pegi fahaman wala pengikut PAS? usul TGNA harus dipertimbangkan oleh TGHH juga...apa kata TGHH?

    ReplyDelete
  10. Nasa tu orang nogori yo? Apo pulak bertanding kek Kelantan. Samo yo jonih eh macam KJ. Cari tompek selamat nak bertanding.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.